Anda di halaman 1dari 2

Pada era letusan teknologi yang kian memuncak ini, dalam meniti arus kemodenan yang

semakin mencabar akal dan minda, kita acap kali didengarkan dengan pelbagai permasalahan
sosial seperti amalan bersukan yang semakin lenyap dan hilang dalam kalangan marhaen
Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang pemikiran saya apabila isu penglibatan generasi
muda dalam bidang sukan dikemukakan ialah apakah langkah efektif yang perlu
diimplementasikan oleh ibu bapa untuk membantu pihak sekolah bagi menggalakkan anakanak
melibatkan diri dalam aktiviti sukan?

         Bagi memulakan tarian pena ini, ibu bapa boleh menyediakan peralatan sukan dan
kemudahan sukan yang lengkap kepada anak-anak sebagai langkah yang pragmatik untuk
membantu pihak sekolah menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam bidang sukan. Pada
zaman kini, terdapat banyak kedai peralatan sukan yang menawarkan peralatan dan kemudahan
sukan pada harga yang berpatutan di merata tempat berbanding zaman dahulu adalah amat
sukar untuk masyarakat memiliki peralatan sukan atas faktor tidak mampu atau tidak dijual di
kawasan berdekatan tempat tinggal mereka. Tuntasnya, ibu bapa mestilah menyediakan
peralatan sukan dan kemudahan sukan yang lengkap untuk anak-anak sebagai salah satu cara
dalam membantu pihak sekolah memberikan galakan kepada anak-anak untuk melibatkan diri
dalam bidang sukan.

               Memetik wasitah nirmala yang seterusnya, ibu bapa haruslah memberikan sumbangan
dari segi kepakaran dan kewangan bagi membantu pihak sekolah dalam usaha untuk
menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Ibu bapa yang berkemampuan
mestilah bersikap ringan tangan dengan menyumbangkan sebahagian wang untuk kesejahteraan
anakanak mereka termasuklah dalam bidang sukan. Oleh itu, ibu bapa dan guru-guru mestilah
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam usaha menggalakkan anak-anak bergiat aktif
dalam bidang sukan. Memang tidak dinafikan, penglibatan ibu bapa dalam pemberian
sumbangan kepakaran dan kewangan merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu pihak
sekolah bagi menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

           Dari gawang pemikiran saya yang berbeza pula, ibu bapa mestilah menggalakkan anakanak
mereka mengikuti program kesukanan sebagai usaha untuk membantu pihak sekolah melibatkan
anak-anak dalam bidang sukan. Untuk meningkatkan kemahiran anak-anak dalam sukan
tertentu, ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka mengikuti program kesukanan sama ada
yang dianjurkan oleh pihak sekolah, kerajaan mahupun swasta. Anak-anak boleh mempelajari
pelbagai jenis teknik baru dan mengetahui selok-belok sukan yang dipilih olehnya daripada
jurulatih yang berpengalaman dalam program sukan tersebut. Apabila anak-anak bertambah
mahir, mereka akan bersemangat dan berkeazaman dalam mencapai tahap pencapaian yang
lebih tinggi daripada yang pernah dicapai sebelum ini. Tuntasnya, ibu bapa mestilah menghantar
anak-anak ke program kesukanan sebagai langkah efektif dalam membantu pihak sekolah untuk
menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

          

                Bagi menggulung diskusi pintar ini, janganlah kita jadi seperti katak di bawah tempurung
sebaliknya lihatlah isu ini dari kaca mata burung. Usaha yang proaktif dan pragmatik perlulah
dilaksanakan bagi mencapai matlamat untuk menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan
agar dapat melahirkan pewaris kepimpinan negara yang memiliki badan yang sihat dan otak yang
cerdas. Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, saya menegaskan lagi
bahawa ibu bapa memainkan peranan yang dominan dalam membantu pihak sekolah untuk
menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Anda mungkin juga menyukai