Anda di halaman 1dari 7

Kini ibu bapa terlalu mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka.

Oleh hal yang


demikian, mereka tidak memberikan galakan kepadaanak-anak dalam aktiviti kokurikulum
terutamanya sukan.

Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak menceburi bidang
sukan.

Contoh rangka jawapan

Contoh jawapan.

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana,
aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Walau
bagaimanapun, ada sehelintir ibu bapa yang tidak memberi galakkan kepada anak-anak dalam
aktiviti kokurikulum dan hanya menumpukan sepenuh perhatian dalam pencapaian akademik
sahaja.Anggapan sebegini adalah salah kerana aktiviti kokurikulum banyak memberikan impak positif
kepada pelajar untuk cemerlang dibidang akademik dan kokurikulum. Sekiranya ibu bapa
memberikan galakkan adn sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan sukan di negara
ini lebih mudah tercapai seperti kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan cara
itu, negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayan atlet di bidang
sukan.

Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakkan seperti
membelikan peralatan sukan. Sekiranya anak-anak memilih peralatan sukan yang lengkap an sesuai
sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Contohnya, ibu bapa perlulah
membelikan baju, kasut, peralatan sukan seperti raket atau kayu hoki dan sebagainya yang
diperlukan oleh anak mereka. Janganlah disediakan dengan peralatan yang ala kadar sahaja seperti
melepaskan batuk di tangga. Dengan hal demikian, minat anak-anak dalam bidang sukan dapat
dikembangkan seterusnya mereka akan berlatih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestai
serta melakar kemenangan yang boleh mengharumkan nama ibu bapa, sekolah, negeri dan juga
negara.

Ibu bapa juga berperanan untuk menasehati anak-anak supaya mereka bergiat cergas dalam
kegiatan sukan boleh membentuk anak-anak yang sihat dan cergas. Di samping itu, anak-anak yang
mempunyai bakat yang besar dan mempunyai potensi untuk maju bolehlah melibatkan diri dengan
lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah
dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara
dipersada dunia. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah kalau kita hendak menjadikan
anak-anak kita berjaya di bidang sukan, galakkan mereka untuk menceburinya dari sejak kecil lagi.

Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak
mereka ke tempat latihan atau permainan dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih
bersemangat untuk bergiat aktif dalam sukan. Mereka juga boleh menemani dan menyaksikan
sendiri anak-anak mereka berlatih atau bertanding. Dengan adanya dorongan dan sokongandari ibu
bapa sudah tentulah akan mendatangkan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak mereka
dalam usaha untuk mencipta kejayaan.

Belikan juga anak-anak majalah sukan, atau video yang berkaitan dengan sukan yang diceburi
supaya anak-anak boleh meningkatkan lagi pengetahuan dalam sukan yang diceburinya. Selain itu,
kisah-kisah kejayaan ahli-ahli sukan idola mereka yang dipaparkan di majalah-majalah boleh
dijadikan pembakar semangat untuk mmereka berusaha dengan lebih gigih.

Sebagai kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak menceburi bidang
sukan amat besar sekali. Hal ini demikian kerana, galakkan dan dorongan ibu bapa adalah
perangsang utama untuk anak-anak berjaya dalam apa bidang sekalipun. Sehubungan itu, ibu bapa
perlulah diberikan kesedaran dan kefahaman kepentingan anak-anak mereka menceburi bidang
sukan supaya negara dapat melahirkan lebih ramai lagi jaguh sukan di peringkat dunia. Tidak
dinafikan kejayaan dibidang akademik amat penting, tetapi ianya harus diseimbangkan dengan
kejayaan dibidang kokurikulum juga terutamanya sukan. Yang bulat tak akan datang bergolek dan
yang pipih tidak akan datang melayang, begitu juga dengan sukan, kejayaan tidak akan datang tanpa
usaha yang keras dan paling penting galakkan dan dorongan ibu bapa

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan.
        Huraikan pendapat anda.

Rangka Karangan 

Pendahuluan
- antara bidang yang penting di negara kita - aktiviti sukan mendatangkan banyak faedah

Isi-isi
i. memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan
ii. menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif
iii. memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan
iv. membelikan anak-anak majalah sukan

Penutup
- peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan – ibu bapa perlu memainkan peranan yang
sepatutnya

Karangan Contoh

       Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian
kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh
itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan
dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan
sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan
tercapai iaitu seperti peribahasa Melayu, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Dengan
cara itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan
atlet negara dalam bidang sukan.

       Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan
dengan cara membelikan anak-anak mereka peralatan sukan. Sekiranya anak-anak memiliki
peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan.
Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat
yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton,
squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya
peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar
kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara.

       Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan
dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam
aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan
menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat
dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta
kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi
untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.

       Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak
mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka
lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani
anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan
atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada
anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung,
tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan
pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

       Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka.
Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang
sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam
bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan
antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus
semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

       Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk
menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya
memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di
negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata
dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan
akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam
bidang sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi
arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan.

Isu ketidakhadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum bukanlah masalah baru di


kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan
untuk menggalakkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum.

Pihak sekolah merupakan pihak yang paling penting dalam usaha menggalakkan
pelajar menyertai kegiatan kokurikulum. Hal ini kerana, pihak sekolah boleh melaksanakan
pelbagai program kepada pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum yang
diadakan. D a l a m u s a h a m e m b e r i k e s e d a r a n , k e m p e n   tentang kebaikan
menyertai kokurikulum perlu diadakan secara berterusan oleh pihak
pengurusan kokurikulum sekolah. Apabila pelajar telah mendapat kesedaran tentang
kebaikan aktiviti kokurikulum, pasti mereka akan datang ke sekolah untuk menyertai
kegiatan yang diadakan.
Selain itu, ibu bapa juga boleh memainkan peranan penting. Hal ini kerana ibu
bapa boleh menasihati anak mereka supaya menyertai kegiatan kokurikulum kerana
banyak faedah yang akan diperolehi.Sikap ibu bapa yang prihatin dan bertanggungjawab
tentang aktiviti kokurikulum pelajar di sekolah pasti akan mendorong anak mereka untuk
menyertai kegiatan yang dijalankan. 

Masyarakat juga boleh memainkan peranan penting dalam usaha menggalakkan pelajar


-menyertai kegiatan kokurikulum. Sebenarnya masyarakat berupaya mendorong pelajar untuk
menyertai kegiatankokurikulum.     Orang awam boleh melaporkan kepada pihak sekolah jika
terdapat pelajar yang ponteng daripada aktiviti kokurikulum di sekolah.
Masyarakat  hendaklah menjauhi sikap individualistik kerana sikap ini tidak baik dalam
kehidupan bermasyarakat.

Selain itu, pihak media massa juga boleh memainkan peranan penting. Kebolehan media
massa
Untuk mempengaruhi pendengar atau pembaca memang tidak dapat dinafikan
lagi Media cetak juga boleh memaparkan rencana tentang kebaikan aktiviti kokurikulum dan
begitu juga dengan media elektronik.  Jika pihak media dapat mempelbagaikan bentuk kempen,
pasti pelajar akan terdorong untuk menyertai kegiatan kokurikulum. 
 
Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran juga boleh memainkan peranan dalam usaha
nenggalakkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum. Hal Ini kerana, Kementerian
Pelajaran boleh merancang program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Tindakan
kerajaan yang mengambil kira markah penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum untuk
kemasukan ke Institusl Pengajlan Tinggi Awam  merupakan langkah yang baik. Oleh itu, pihak
Kementerian Pelajaran juga sewajarnya membuat pemantauan terhadap masalah yang dihadapi
oleh pihak sekolah dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum dan cuba mengatasinya.

Minat pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah semakin menurun.


Huraikan langkah - langkah untuk menggalakkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum.

Memang tidak dapat kita nafikan bahawa pengllibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di
sekolah semakin menurun dari semasa ke semasa. Sebenarnya, jika kita halusi kegiatan
kokurikulum merangkumi kegiatan atau aktiviti yang dilaksanakan di luar waktu pengajaran dan
pembelajaran yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti kegiatan unit beruniform, persatuan
atau kelab dan permainan.

Sebenarnya, kegiatan kokurikulum banyak mendatangkan faedah kepada pelajar-pelajar


terutamanya dari aspek ilmu, kepemimpinan dan kesihatan. Oleh itu, semua pihak termasuklah
ibu bapa haruslah mengambil tindakan proaktif untuk menggalakkan pelajar-pelajar untuk
melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.

Antara langkah yang patut diambil ialah memberikan taklimat dan kesedaran kepada ibu bapa
atau penjaga. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa mempunyai konsep dan persepsi
yang salah tentang kegiatan kokurikulum. Mereka berpendapat bahawa markah peperiksaan
merupakan segala-galanya. Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum kononnya akan
mengurangkan masa belajar anak-anak mereka. Oleh itu, mereka akan cuba menghalang anak-
anak mereka daripada menyertai kegiatan kokurikulum. Bagi mengubah konsep dan persepsi
salah mereka, maka kerajaan haruslah menganjurkan kempen dan sesi ceramah untuk memberi
ibu bapa maklumat yang betul tentang tujuan dan manfaat pelajar yang melibatkan diri dalam
kegiatan kokurikulum. Dengan adanya usaha sedemikan, maka mereka akan menggalakkan
anak-anak mereka menyertai kegiatan kokurikulum.

Selain itu, pihak sekolah juga harus senantiasa menekankan kepentingan kegiatan kokurikulum
dalam dunia kehidupan dan kerjaya masa depan pelajar. Pihak sekolah boleh menganjurkan
sesi ceramah atau merealisasikan minggu kokurikulum bagi menanamkan minat pelajar
terhadap kegiatan kokurikulum. Orientasi kokurikulum difikirkan amat perlu untuk memberikan
pendedahan dan pengalaman kepada pelajar-pelajar baharu, khususnya pelajar-pelajar Kelas
Peralihan dan Tingkatan Satu pada minggu pertama sesi persekolahan supaya mereka lebih
mengenali dan mengetahui jenis kegiatan kokurikulum yang wujud dan akan dijalankan
sepanjang tahun di sekolah, bak kata peribahasa Melayu tak kenal, maka tak cinta. Minat pelajar
baharu akan meningkat apabila mengetahui wujudnya pelbagai aktiviti mengikut cita rasa dan
minat pelajar dijalankan oleh pihak sekolah seperti program perkhemahan, ekspedisi dan
sebagainya.

Tambahan pula, kerajaan harus memberikan penekanan kepada kegiatan kokurikulum dengan
menjadikan markah pencapaian kokurikulum tahunan sebagai salah satu syarat utama bagi
pelajar-pelajar untuk memasuki kolej ataupun universiti awam tempatan. Mereka yang aktif
dalam kegiatan kokurikulum dan juga mempunyai keputusan peperiksaan akademik yang
cemerlang harus diberi keutamaan. Hal ini difikirkan mampu menggalakkan pelajar untuk
menyertai lebih banyak aktiviti kokurikulum dalam pelbagai peringkat dan jenis untuk meraih
peluang dan kesempatan untuk memasuki kolej atau universiti awam tempatan pilihan mereka.
Syarat ini juga boleh diaplikasikan dalam penentuan calon untuk mendapat biasiswa negeri atau
biasiswa persekutuan.

Sehubungan dengan hal itu, sistem pengiraan markah kokurikulum di peringkat sekolah harus
diperketat bagi mengelakkan penipuan. Usaha pemantauan dan pemerhatian oleh guru-guru
penasihat dan pihak berwajib kokurikulum sekolah dapat membantu usaha untuk mengekang
gejala negatif tersebut. Setiap aktiviti yang disertai oleh pelajar perlu disokong dengan bukti
seperti sijil penyertaan, sijil kepujian atau sijil kecemerlangan sama ada di peringkat sekolah,
negeri, kebangsaan mahupun di arena antarabangsa. Bagi mengelakkan berlakunya masalah
ini, guru-guru penasihat haruslah senantiasa memantau buku rekod kehadiran pelajar dari
semasa ke semasa.

Masyarakat luar juga harus menyokong usaha kerajaan dalam memberikan kesedaran kepada
orang ramai melalui kempen dan sesi ceramah. Mereka boleh menyediakan tempat yang sesuai
kepada pihak yang berwajib di samping menghulurkan bantuan sama ada berupa sokongan
moral, wang ringgit, hadiah galakan dan perkhidmatan agar masyarakat umum memahami
matlamat dan objektif kegiatan kokurikulum dalam sistem pendidikan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum memainkan peranan yang amat penting kepada pelajar-
pelajar. Semua pihak haruslah senantiasa berganding bahu dan berusaha gigih untuk
menggalakkan setiap pelajar sama ada di bandar atau di luar bandar untuk menyertai kegiatan
kokurikulum kerana kegiatan tersebut dapat melahirkan modal insan yang mampu memimpin
negara kita sekali gus merealisasikan Wawasan 2020. Sesungguhnya, generasi pelajar pada
hari ini merupakan umarak nusa bangsa yang cemerlang pada masa hadapan sejajar dengan
slogan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara!

1-Pihak sekolah perlulah menjalankan pemantauan terhadap aktiviti kokurikulum dari masa ke masa. 
>Pihak sekolah mestilah memastikan aktiviti yang dijalankan mestilah mendatangkan manfaat
kepada pelajar.
>Tindakan ini perlu dilakukan kerana banyak aktiviti kokurikulum di sekolah dijalankan bagai
melepaskan batuk di tangga 
>Pelajar berasa kecewa kerana kegiatan yang dijalankan tidak menarik minat mereka.
> contohnya, pelajar datang ke sekolah hanya bermain bola sepak tanpa bimbingan secara sistematik.
2-Pihak kerajaan perlulah menekankan kepentingan penyertaan kegiatan kokurikulum dalam
kalangan pelajar melalui pengenalan sistem pendidikan baharu. 
>sistem pendidikan yang tidak hanya mementingkan akademik perlulah diperkenalkan supaya semua
murid berminat untuk menyertainya. 
>Pelajar akan memberikan tumpuan yang seimbang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. 
> contohnya penglibatan seseorang pelajar dalam bidang kokurikulum perlulah diambil kira semasa
seseorang iu memohon untuk kemasukan ke universiti.
3-Pihak sekolah seharusnya menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab yang baharu yang sesuai
dengan minat dan kemahiran para pelajar. 
> pihak sekolah sepatutnya menjalankan kajian tentang minat pelajar terhadap jenis aktiviti
kokurikulum.
> Berusaha untuk membentuk kelab atau persatuan demi kebajikan pelajar.
> Para pelajar akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang
diminati.
> Contohnya, pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab komputer untuk pelajar yang meminati
bidang teknologi maklumat
4- Pihak swasta boleh meringankan beban pihak kerajaan 
> memberikan sumbangan untuk membaiki dan menaik taraf kemudahan yang diperlukan oleh kelab
dan persatuan
> Hal ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan untuk dinikmati oleh para pelajar
yang menyertai kegiatan kokurikulum.
> contohnya, pihak sekolah bolehlah membina gelanggang tenis yang baru untuk ahli kelab tenis yang
semakin bertambah dengan menyumbangkan derma.

Pelajar zaman ini enggan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pelbagai alasan
diberikan atas sikap tersebut.
Huraikan  cara-cara untuk menarik minat pelajar semula.

Minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum semakin berkurangan kerana mereka melihat
aktiviti ini tidak memberikan sebarang faedah. Banyak pihak terutama ibu bapa turut
berpendapat aktiviti kokurikulum membebankan anak mereka untuk berjaya dalam bidang
akademik. Sebenarnya, ada banyak cara yang boleh digunakan untuk menarik minat pelajar
menyertai aktiviti luar darjah ini.

Kaedah utama yang boleh menarik minat pelajar untuk menyertai kokurikulum berkait rapat
dengan kesungguhan pihak sekolah mewajibkan pelajar mereka menyertai aktiviti ini.
Pelajar yang diwajibkan menyertai aktiviti ini akan menikmati suasana sebenar faedah
menyertai kokurikulum lalu timbul kesedaran. Lama-kelamaan, mereka akan terus menyertai
kokurikulum kerana sudah memahami keperluannya dalam kehidupan mereka.

Selain itu, pengambilan pakar dalam bidang kokurikulum boleh menarik minat pelajar
menyertainya. Apabila nama-nama terkenal menjadi jurulatih sesuatu acara sukan di
sekolah sudah pasti semua pelajar akan menyertainya kerana tertarik dengan idola mereka.
Jelaslah, minat pelajar boleh ditimbulkan menerusi pengambilan pakar yang betul dalam
setiap aktiviti kokurikulum.

Tambahan pula, kokurikulum boleh dicetuskan minatnya dalam jiwa pelajar apabila ibu bapa
sendiri memberi galakan kepada anak. Galakan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak
akan menjadi lampu hijau yang memberikan dorongan supaya anak terus bergiat aktif dalam
kegiatan sebegini. Ringkasnya, penglibatan pelajar dalam kokurikulum akan bertambah
sebaik sahaja ibu bapa mereka memberikan sokongan moral.
Minat terhadap kegiatan luar darjah ini boleh ditingkatkan menerusi pemberian ganjaran
kepada pelajar yang aktif.  Ganjaran ini dalam bentuk wang dan hadiah seperti komputer
atau telefon bimbit yang boleh diberikan setiap bulan kepada pemenang dalam sebarang
aktiviti kokurikulum tersebut. Jadi, setiap pelajar akan berusaha melibatkan diri secara aktif
supaya mereka memperoleh ganjaran itu.

Kesimpulannya, semua kaedah tadi boleh dilaksanakan jika semua pihak melihat isu ini
sebagai perkara penting dalam hidup pelajar. Kita harus sedar aktiviti luar darjah boleh
membentuk peribadi pelajar menjadi lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. Peribahasa
melentur buluh daripada rebung harus menjadi asas utama jika kita mahu pelajar melibatkan
diri dalam aktiviti berfaedah ini.

Anda mungkin juga menyukai