Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR

Hutan,yang merupakan habitat hidupan liar,telah banyak dicerobohi manusia yang tamak dan
rakus dalam mencari rezeki dalam kehidupan seharian yang semakin mencabar.pelbagai aktiviti manusia
seperti pembalakan haram serta pembangunan yang tidak terancang telah mengakibatkan kemusnahan
yang besar terhadap habitat hidupan hidupan yang mana kita tahu hanyalah hutan rimba untuk hidupan
darat sera lautan biru untuk hidupan air.perkara ini seterusnya boleh memungkinkan kepupusan
hidupan liar serat flora dan fauna yang lain sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan sebaiknya oleh
semua pihak.justeru,sebenarnya terdapat pelbagai kepentingan menjaga alam sekitar yang sudah perlu
berada dalam ingatan semua manusia supaya segala aktiviti manusia tidak menjejaskan kelangsungan
alam sekitar.

Antara kepentingan menjaga alam sekitar ialah untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem yang
sedia ada.Hal ini kerana kebanyakan laporan tahunan terhadap keadaan flora dan fauna mendapati
bahawa peratusan flora dan fauna saban tahun semakin merosot.Hal ini demikian kerana kehilangan
habitat mereka dan disebabkan faktor-faktor yang lain.Keseimbangan ekosistem perlulah dikawal
dengan sebaiknya kerana segala hidupan di bumi tidak kira tumbuhan ,haiwan dan manusia saling
melengkapi antara satu sama lain.Jadi,pengekalan ekosistem yang baik perlulah diambil perhatian oleh
semua pihak kerana kepentingan menjaga alam sekitar ini sebenarnya mempengaruhi aktiviti kita
seharian.

Seterusnya, kepentingan menjaga alam sekitar seperti mengelakkan pemanasan global serta
perubahan iklim yang ketara juga perlu dititikberatkan dalam segenap dimensi.Hal ini kerana fungsi
alam sekitar terutamanya tumbuhan tersebut yang mana tumbuhan akan menyerap karbon dioksida
untuk menjalankan proses fotosintesis.Karbon dioksida yang mana juga mempengaruhi pemanasan
globalyang berada di udara mampu dikurangkan sekiranya jumlah tumbuhan di sekeliling kita mampu
ditingkatkan secara berterusan.Hal ini menunjukkan bahawa alam sekitar bukan sahaja bertindak
sebagai hiasan semula jadi,malah alam sekitar juga membantu dalam mengharmonikan suasana
kehidupan manusia seharian

Di samping itu,perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar mempunyai nilai ekonomi yang boleh
mendatangkan nilai ekonomi yang boleh mendatangkan pendapatan yang berlibat kali ganda kepada
sesebuah negara.Misalnya,melalui pengeluaran lessen-lesen kepada para pemburun untuk menembak
rusa,babi hutan,burunhg dan pelanduk.PERHILITAN memperoleh sebnyak RM500000 hingga RM 1 juta
hasil daripada pengeluaran lessen-lesen kepada pemburu.Di samping itu,nilai dagangan antarabngsa
bagi hidupan liar bagi negara kita amat tinggi,iaitu sekitar AS $20 juta setahun.

Selain itu,penjgaan alam sekitar amat penting kerana alam sekitar adalah aset penting dalam
bidang penyelidikan perubatan demi kesejahteraan kesihatan manusia.Hal ini kerana alam sekitar telah
menjadi antara sumber untuk manusia dalam membina sesuatu peralatan.Umpamanya,monyet yang
dijadikan sebagai bahan eksperimen.Sebagai contoh,seseorang saintis yang berjaya mencipta ubat untuk
sesuatu jenis penyakit tentunya ingin menguji ubat tersebut ke atas sesuatu hidupan sebelum disahkan
layak digunakan oleh manusia .Oleh yang demikian,keberkesanan sesuatu penemuan baharu dalam
bidang sains juga bergantung terhadap keadaan semasa alam sekitar.

Akhir sekali,jumlah pelancong ke negara kita juga sebenarnya bergantung terhadap keadaan alam
sekitar yang masih terjaga sepanjang semasa.Hal ini kerana kita tahu bahawa flora dan fauna di Malaysia
sebenarnya diakui menjadi faktor utama yang menjurus kepada peningkatan peratusan pelancong
terutamanya dari luar negara.Contohnya,khazanah alam sekitar negara seperti pewartaan hutan simpan
di Malaysia sbenarnya merupakan antara langkah yang efektif supaya penjagaan alam sekitar dapat
diteruskan.

Kesimpulannya,sudah terang lagi bersuluh,segala kepentingan menjaga alam sekitar yang telah
diutarakan sebentar tadi perlulah sentiasa disematkan dalam diri setiap rakyat Malaysia .Hal ini kerana
sesiapa yang bakal disalahkan sekiranya keadaan alam sekitar di negara sendiri selain daripada rakyat di
negara tersebut.Oleh itu,kerjasama serata sikap saling melengkapi perlulah diteruskan agar segala
kekhilafan serta kekurangan dapat diatasi dalam masa yang singkat.

Anda mungkin juga menyukai