Anda di halaman 1dari 2

Berkelah di Pantai Balok

Baru-baru ini, keluarga kamu berkelah di satu tempat menarik. Tulis satu catatan
tentang perkelahan itu.

Sabtu, 22 Februari 2014

7.00 pagi -Semua ahli keluarga bergotong-royong mengangkat barang-barang dan


bekalan ke dalam kereta.

8.30 pagi -Kami seramai 6 orang bertolak ke Pantai Balok, Kuantan dengan menaiki
kereta Exora ayah. Ayah memandu kereta dengan tenang menuju ke Lebuh Raya
Pantai Timur. Sepanjang perjalanan, kami dapat menikmati pemandangan yang indah
sambil berbual-bual dengan ahli keluarga.

10.30 pagi -Kami selamat tiba di Pantai Balok. Tanpa berlengah, kami mengangkat
barang-barang dan bekalan dari dalam kereta untuk dibawa ke tempat yang strategik.
Kemudian, kami bergotong-royong mengemas tempat perkelahan tersebut dengan
memasang khemah, membentang tikar dan menyiapkan hidangan sarapan pagi.
Selepas itu, kami menikmati sarapan pagi daripada bekalan yang dibawa sambil
menikmati suasana tepi pantai yang menyegarkan.

11.30 tengah hari -Kami menukar pakaian dengan pakaian mandi. Syukur kerana
cuaca pada hari ini cerah dan selamat untuk kami bermandi-manda di pantai itu. Saya
sungguh seronok mandi di situ kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama
keluarga seperti berenang dan sebagainya. Walau bagaimanpun saya tidak lupa
pesanan daripada ayah dan ibu agar kami sentiasa berwaspada semasa mandi di
pantai tersebut.

01.00 petang -Kami pergi ke bilik persalinan untuk membersihkan diri dan menyalin
pakaian. Kami dikenakan bayaran 30sen seorang untuk menggunakan kemudahan di
bilik tersebut. Selepas itu kami menuju ke tempat perkelahan kami untuk menikmati
makan tengah hari. Saya sangat seronok makan tengah hari di sini kerana
suasananya berbeza dari kebiasaan. Kami makan di bawah sebatang pokok yang
rendang dengan pemandangan yang menarik serta tiupan angin yang lembut dan
menyegarkan.

2.30 petang -Selepas mengemas barang-barang, kami menuju ke surau di situ untuk
menunaikan solat Zohor. Ayah saya mengajar kami bagaimana melakukan solat jamak
dan qasar iaitu solat Zohor digabungkan dengan solat Asar. Saya sangat seronok
mendapat ilmu dan pengalaman baru sambil solat berjemaah bersama keluarga.

3.30 petang -Setelah barang-barang disimpan di dalam kereta, kami berangkat


pulang ke Temerloh semula. Semasa dalam perjalanan, ayah singgah sebentar di
sebuah gerai di Gambang. Ayah membeli beberapa jenis keropok dan makanan ringan
untuk dibawa pulang.
4.30 petang -Kami berhenti di RNR Temerloh untuk minum petang.

5.30 petang -Kami tiba di rumah. Kami mengangkat barang-barang perkelahan ke


rumah untuk dibersihkan dan disimpan semula. Penat rasanya tetapi kami amat
gembira kerana dapat berkelah dengan ahli keluarga pada cuti sekolah kali ini.

Anda mungkin juga menyukai