Anda di halaman 1dari 2

TATACARA PELAJAR SEMASA WAKTU REHAT DAN KETIKA BERADA

DI KANTIN
1. Pelajar mesti berada di luar kelas dalam barisan lurus dan senyap sebelum bergerak
ke kantin.

2. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat.

3. Pelajar mesti berbaris semasa membeli makanan/minuman dan dilarang memotong


barisan.

4. Pelajar dilarang berlari-lari ketika berada di kawasan kantin.

5. Pelajar juga dilarang masuk ke bahagian dapur kantin atau ke tempat menjual
makanan/minumam.

6. Pelajar yang telah selesai membeli makanan/minuman mesti bergerak segera ke


meja yang disediakan

7. Pelajar dilarang membawa balik makanan/minuman ke dalam kelas.

8. Pelajar hendaklah makan dan minum dengan tertib di tempat yang telah disediakan
dalam keadaan duduk.

9. Pengawas bertugas hendaklah sentiasa mengawasi pelajar untuk memastikan tahap


disiplin terkawal.

10. Pinggan mangkuk yang telah digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang
disediakan.

11. Pelajar hendaklah membuang segala bungkusan dan sisa makanan ke dalam tong
sampah yang disediakan.

12. Pelajar hendaklah bergegas ke tapak perhimpunan setelah selesai makan dan minum
mengikut laluan yang ditetapkan dalam keadaan yang terkawal.

13. Pelajar hendaklah mengamalkan kebersihan dan keselamatan di kantin semasa


waktu rehat.
14. Pelajar hendaklah segera memberitahu pengawas atau guru bertugas jika berlaku
sebarang kemalangan atau pergaduhan.

Anda mungkin juga menyukai