Anda di halaman 1dari 1

SOP : Peraturan Di DalamKelas

1. Murid hendaklah menggunakan‘hand sanitizer’ yang disediakan sebelum


duduk di tempat masing-masing.
2. Murid dikehendaki duduk di tempat yang telah disediakan mengikut pelan
lantai di dalam kelas masing-masing seperti yang disediakan oleh guru
tingkatan masing-masing.
3. Murid tidak dibenarkan mengalihkan kedudukan kerusi dan meja masing-
masing.
4. Murid hendaklah menggunakan kerusi dan meja yang telah ditetapkan sahaja,
perkongsian kerusi dan meja tidak dibenarkan sama sekali.
5. Murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing sepanjang masa.
6. Sekiranya perlu ke tandas, murid hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru
subjek terlebih dahulu. Setelah itu, bergerak ke tandas mengikut laluan yang
telah ditetapkan.
7. Pergerakan keluar masuk murid hendaklah mengikut arah laluan yang di
tetapkan.
8. Murid hendaklah sentiasa memastikan penjarakan social dilakukan di dalam
kelas sepanjang masa (berada1m dari orang lain).
9. Murid tidak dibenarkan berada di sekitar meja guru tanpa tujuan.
10. Pada waktu rehat, murid hendaklah makan di tempat masing-masing.
11. Buang sampah makanan ke dalam tong sampah yang disediakan di luarkelas
(BUKAN di dalamkelas)
12. Sekiranya murid tidak sihat perlu SEGERA memaklumkan kepada guru
subjek untuk tindakan lanjut.

Pematuhan kepada peraturan ini akan menjamin keselamatan murid


semasa berada di dalam kelas.
#kitajagakita #kitaboleh #fightcovid19

Anda mungkin juga menyukai