Anda di halaman 1dari 51

MEMBACA

MURIDKU
Bahan Bacaan Bahasa Melayu Tahap 2 Panitia BM SCSM
TEMA 1:
Kekeluargaan
1. KENANGAN MANIS BERSAMA KELUARGA
Pada cuti sekolah yang lepas , Mei Ting berkhemah
bersama – sama keluarganya di Taman Negara . Ayah
Mei Ting mendirikan khemah sambil dibantu oleh adik
lelakinya . Mei Ting pula menolong ibunya menyediakan
makanan tengah hari .
Selepas mengisi perut , Mei Ting dan adik lelakinya
bermandi – manda di sungai . Air sungai di situ sangat
jernih . Ayah Mei Ting mengawasi mereka di tepi sungai .
Ibu Mei Ting pula duduk berehat sambil membaca buku
di tepi khemah .
Perkhemahan itu menjadi kenangan manis untuk
Mei Ting dan keluarganya .
2. KELUARGA BESAR
Aku sebatang gigi . Aku digelar Geraham . Aku tinggal
bersama dengan keluarga . Kami dijaga dengan baik oleh
tuan .
Ayah dan ibu aku bernama Kacip . Aku terdapat
banyak adik – beradik . Ada yang aku panggil Taring . Kami
saling menyayangi antara satu sama lain .
Kami mempunyai tugas yang berbeza . Kacip berfungsi
memotong makanan . Taring pula berfungsi menyiat makanan.
Manakala Geraham berfungsi memecah dan melumatkan
makanan .
Suatu hari semasa sedang memotong makanan , ayah
tiba – tiba patah . Kami berasa sedih kerana kehilangannya .
Ibu memberitahu bahawa ayah akan tumbuh kembali . Kami
menanti ayah dengan sabar .
3. PULANG KE KAMPUNG HALAMAN
Cuti sekolah sudah tiba . Ayah dan ibu membawa kami pulang
ke kampung . Kami sangat rindu akan nenek dan datuk .
Kami bertolak ke kampung pada awal pagi . Sebelum
bertolak , kami bersarapan dahulu . Abang membantu ayah
mengangkat beg . Kakak pula membantu ibu membungkus
makanan .
Kami melihat pemandangan yang indah sepanjang
perjalanan . Kami melalui kawasan sawah padi dan ladang
kelapa sawit . Ayah berhenti di hentian rehat dan rawat . Kami
berehat dan makan kerana sudah penat dan lapar .
Selepas berehat , kami meneruskan perjalanan . Saya ,
kakak dan abang tertidur . Mujur ibu menemani ayah
memandu sambil berbual . Kami tiba di kampung lewat senja .
Nenek dan datuk menyambut kami dengan gembira .
4. BAPA BOREK , ANAK RINTIK
Halim ialah seorang murid tahun lima . Dia bersekolah di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min . Halim merupakan
anak tunggal .
Halim seorang yang petah bercakap . Dia dipilih oleh
Cikgu Zura untuk menyertai Pertandingan Bercerita .
Halim dilatih oleh ayahnya . Ayah Halim seorang yang
hebat . Dia pernah memenangi Pertandingan Pidato Peringkat
Kebangsaan . Ramai orang mengagumi ayah Halim .
Pada hari pertandingan , Halim berdebar menanti
gilirannya . “ Cikgu yakin dengan kamu , Halim . Kamu hebat
seperti ayah kamu , ” pesan Cikgu Zura .
Halim bercerita dengan berani . Penonton bertepuk
tangan . Akhirnya Halim mendapat johan dalam Pertandingan
Bercerita . Halim mengikut jejak langkah ayahnya . Bapa borek
, anak rintik .
TEMA 2 :
Perpaduan
5. YANG BERAT SAMA DIPIKUL , YANG RINGAN SAMA DIJINJING
Kampung Hasanah dilanda banjir .Hujan turun tidak berhenti
sejak semalam . Rumah Hasanah juga dimasuki air .
Hari ini Hasanah dan keluarganya dipindahkan di
dewan orang ramai . Mangsa banjir yang berada di pusat
pemindahan mengambil berat antara satu sama lain .
Keesokan harinya , ibu Hasanah dan beberapa orang
wanita menyediakan makanan . Mereka masak bersama –
sama . Sepanjang hari , banyak perkara yang mereka
bualkan .
Ayah Hasanah dan beberapa orang rakannya
mendirikan tempat menyidai pakaian . Mereka saling
bekerjasama . Bak kata pepatah , yang berat sama dipikul ,
yang ringan sama dijinjing . Bencana yang menimpa
kampung Hasanah telah merapatkan lagi hubungan antara
penduduk kampung .
6. BUAIAN DAN PAPAN GELONGSOR
Nama aku Papan Gelongsor . Buaian ialah rakan baikku .
Kami tinggal bersama – sama di taman permainan .
Setiap petang , ramai kanak – kanak akan datang ke
taman permainan . Mereka akan menggelongsor di atas
badanku . Kami gembira apabila kanak – kanak ini gembira .
Pada suatu hari , sekumpulan remaja datang ke
taman permainan . Mereka menyepak buaian . Mereka juga
memusingkan buaian sehingga berputar dengan laju .
Keesokan harinya , remaja – remaja itu datang lagi .
Mereka mencabut skru pada buaian . Buaian rebah .
Kasihan buaian kerana aku tidak mampu membantunya .
Badanku juga habis diconteng oleh mereka . Beginilah nasib
kami , jika manusia tidak tahu menghargai kemudahan yang
disediakan .
7. BERKHEMAH DI HUTAN
Weng Chun suka melakukan aktiviti lasak . Baru –baru
ini , dia menyertai aktiviti perkhemahan anjuran Tunas
Kadet Remaja Sekolah .
Semasa perkhemahan dijalankan , Weng Chun
berkenalan dengan seorang peserta . Namanya Faizul .
Mereka berada dalam kumpulan yang sama .
Weng Chun dan Faizul saling membantu antara
satu sama lain . Mereka mencari kayu api dan masak
bersama- sama. Weng Chun banyak membantu Faizul
semasa aktiviti merentas hutan .
Faizul pula membantu Weng Chun ketika aktiviti
berakit . Weng Chun hampir lemas kerana rakit mereka
pecah . Mujurlah Faizul yang pandai berenang
menyelamatkan Weng Chun . Kini , mereka menjadi
sahabat baik .
8. KAWAN BAIK
Saya ada seorang kawan baik . Nama kawan baik saya
Abu . Abu tinggal di Rumah Anak – anak Yatim Mesra .
Ayah dan ibu Abu sudah meninggal dunia kerana
kecelakaan jalan raya . Dia kini sebatang kara .
Saya mengenali Abu semasa ayah dan ibu
menghulurkan bantuan kepada anak – anak yatim .
Abu menegur saya . Sebelum pulang , dia memberikan
bola sepak kesayangannya kepada saya .
Saya dan Abu mempunyai banyak persamaan .
Hubungan kami sangat rapat . Ayah dan ibu juga suka
akan Abu .
Ayah dan ibu membuat keputusan untuk
mengambil Abu sebagai anak angkat . Saya sungguh
gembira . Kami memeluk erat antara satu sama lain .
TEMA 3 :
Kebersihan &
Kesihatan
9. KEBERSIHAN DIRI
Kita perlulah sentiasa menjaga kebersihan diri . Kita perlu
mandi tiga kali sehari . Badan akan menjadi bersih dan
cergas .
Mulut mengandungi banyak bakteria . Oleh itu ,
gosok gigi selepas bangun dan sebelum tidur . Elakkan
makan gula – gula dan aiskrim kerana akan menyebabkan
gigi rosak .
Selain itu , kita perlu memotong kuku seminggu
sekali . Kuku yang panjang menjadi tempat tinggal kuman .
Selepas potong kuku , cuci tangan hingga bersih dengan
sabun . Kaki juga perlu dibersihkan . Basuh kaki sama seperti
kita membasuh tangan .
Badan yang bersih membuatkan kita berasa sihat .
Jika kita bersih , ramai kawan akan suka akan kita .
10. COVID - 19
Aku ialah COVID-19.Virus baharu yang menyerang tubuh
manusia . Aku telah merebak ke seluruh dunia .
Aku memusnahkan sistem pernafasan manusia .
Hospital menjadi penuh sesak dengan pesakit disebabkan
aku. Pesakit yang aku serang memerlukan bantuan
pernafasan . Doktor dan jururawat bekerja siang dan
malam menyelamatkan nyawa .
Sejak aku tiba di dunia , keadaan mula berubah .
Pergerakan manusia sudah terbatas . Kawalan
pergerakan diperkenalkan . Aku semakin berkuasa .
Namun , manusia semakin bijak . Mereka memakai
pelitup muka . Mereka juga kerap mencuci tangan . Jarak
satu meter dijaga .Nampaknya aku terpaksa mengalah
kerana manusia sudah bertindak memerangi aku .
11. KEBURUKAN MAKANAN RINGAN
Hadi suka makan makanan ringan . Ibu telah
melarang Hadi makan makanan tersebut . Tetapi
Hadi degil dan tidak mahu mendengar kata .
Makanan ringan seperti keropok dan gula –
gula tidak baik untuk kesihatan . Makanan ringan
mengandungi garam dan bahan perasa .
Suatu hari , perut Hadi sakit . Dia meraung di
dalam bilik . Ayah membawa Hadi ke klinik
berdekatan . Doktor memeriksa Hadi . Rupa- rupanya
Hadi mengalami gastrik . Dia tidak makan nasi tetapi
makan makanan yang tidak berkhasiat .
Hadi pulang ke rumah . Dia mulai berubah
dan mengamalkan gaya hidup yang sihat . Dia tidak
lagi makan makanan ringan .
12. BERSUKAN UNTUK KESIHATAN
Halena suka mata pelajaran Pendidikan Jasmani . Dia
suka melakukan aktiviti sukan di sekolah .
Cikgu Khairi ialah guru Pendidikan Jasmani
Halena. Beliau mengajar Halena dan rakan – rakannya .
Setiap hari Rabu , Halena akan memakai pakaian sukan .
Semasa waktu Pendidikan Jasmani , dia dan rakan –
rakannya akan pergi ke padang .
Hari ini , Cikgu Khairi mengajar mereka aktiviti
regangan badan . Selepas itu , mereka diajar cara
membaling dan menangkap bola dengan betul .
Kemudian , mereka bermain bola beracun . Cikgu Khairi
menjadi pengadil .
Selepas waktu Pendidikan Jasmani tamat ,
mereka perlu berkumpul dan menyimpan bola di dalam
stor .Halena berasa sungguh gembira . Badan Halena
berasa semakin cergas dan bertenaga selepas bersukan .
TEMA 4 :
Keselamatan
13. SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA
Suzi sedang membantu ibunya di dapur . Ibu mahu
memasak kari ayam dan ayam goreng .
Semasa Suzi memotong bawang , jarinya luka
terkena pisau . Ibu menyuruh Suzi mencuci luka . Ibu
bergegas ke ruang tamu mencari peti kecemasan .
Tangan Suzi dibalut supaya darah berhenti mengalir .
Ibu meminta Suzi berehat tetapi Suzi tidak mahu .
Jadi , ibu meminta Suzi supaya menggoreng ayam . Suzi
melumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit .
Kemudian , ayam dimasukkan ke dalam kuali.
“Aduh !” jerit Suzi . Sekali lagi , lengan Suzi pula
terkena minyak panas . Kasihan Suzi . Sudah jatuh
ditimpa tangga pula . Ibu berpesan kepada Suzi supaya
lebih berhati – hati selepas ini .
14. KECIL MENJADI KAWAN , BESAR MENJADI LAWAN
Cuaca pada petang ini sangat panas. Nenek pergi ke
halaman rumah . Dia menyapu daun – daun pokok yang
sudah kering .
Aku membantu nenek mengumpul daun – daun
kering . Nenek melonggokkan daun – daun kering di satu
tempat . Kemudian , nenek menghidupkan api . Api itu
sangat kecil . Tiba – tiba , api yang kecil tadi bertukar
menjadi marak .
Aku menjadi kelam – kabut . Aku berlari dan
memanggil nenek . Alangkah terkejutnya nenek apabila
melihat api yang marak . Nenek mengambil sebaldi air lalu
menyiram api . Kami sangat bernasib baik . Api berjaya
dipadamkan .
Nenek mengucapkan syukur . Sepatutnya daun –
daun kering itu tidak dibakar semasa cuaca panas . Api
sewaktu kecil menjadi kawan ,apabila besar menjadi lawan .
15. WASPADA DI JALAN RAYA
Aku sebuah kereta . Nama aku Proton X70. Aku telah dibeli
oleh seorang anak muda bernama Ahmad .
Hari ini pertama kali aku dibawa oleh Ahmad .
Ahmad tidak memakai tali pinggang keledar . Dia juga
membawa aku dengan laju . Di selekoh jalan , dia tidak
menekan brek .Aku dibawa dengan cara yang sangat
bahaya .
Sudah dua tahun aku berkhidmat dengan Ahmad .
Sikapnya masih tidak berubah . Sudah beberapa kali Ahmad
disaman kerana menyalahi undang – undang jalan raya .
Suatu hari , Ahmad membawa aku ke bandar . Di
persimpangan jalan , Ahmad tidak memberhentikan aku .
Tanpa disedari , Ahmad telah melanggar sebuah lori . Akibat
kecuaian Ahmad , badanku hancur . Ahmad pula
mengalami kecederaan parah . Inilah akibat jika tidak
berwaspada di jalan raya .
16. KEJADIAN LEMAS
Hasan dan Wahid mahu mandi di air terjun yang terletak di
hujung kampung . Mereka juga mengajak Amran mandi
bersama .
Amran menolak pelawaan Hasan dan Wahid kerana
sekarang musim hujan . Bahaya mandi di sana ketika musim
hujan . Amran menasihati Hasan dan Wahid tetapi mereka
tetap berdegil .
Semasa Hasan dan Wahid mandi , tiba – tiba air
menjadi keruh dan deras . Fenomena ini dipanggil kepala air .
Hasan sempat menyelamatkan diri . Namun Wahid hilang
ditelan arus . Amran yang melihat kejadian itu menjerit
meminta tolong .
Lima belas minit kemudian ,pasukan penyelamat tiba .
Mereka memulakan operasi mencari dan menyelamat .
Malangnya , mereka hanya menjumpai mayat Wahid . Hasan
sangat menyesal kerana tidak mendengar nasihat Amran .
TEMA 5 :
Kebudayaan &
Kenegaraan
17. BERSATU HATI
Negara kita pernah dijajah . Ramai orang Melayu , Cina
dan India telah dibunuh dengan kejam . Wanita dan
kanak – kanak juga ditindas.
Namun rakyat bangkit dan menentang
penjajah. Semangat juang mereka sangat tinggi .
Mereka mahu memerdekakan tanah air . Mereka tidak
mahu hidup dalam cengkaman penjajah .
Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana
Menteri Tanah Melayu yang pertama .Beliau yang
menuntut kemerdekaan negara . Semua rakyat bersatu
padu tidak kira kaum dan agama .
Akhirnya , Tanah Melayu telah mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 . Jika rakyat tidak
bersatu hati , Malaysia pasti dijajah sehingga kini . Oleh
itu , kita perlu menjaga negara daripada kembali
dijajah .
18. WAU BULAN
Hari ini ada Pesta Wau Bulan di tepi pantai . Saya ingin
menyertai pesta itu tetapi saya tidak mempunyai wau .
Tok Dalang mengajak saya membuat wau .
Saya menolong Tok Dalang menyediakan bahan
– bahan seperti buluh , benang , kertas , gam dan pisau
raut . Tok Dalang membuat wau bulan dengan teliti dan
tekun . Beberapa jam kemudian , wau bulan sudah siap .
Kami membawa wau bulan di tepi pantai untuk
diterbangkan . Wau bulan mudah diterbangkan di
kawasan yang berangin . Wau bulan Tok Dalang
kelihatan cantik dan terbang tinggi .
Ramai orang memuji wau bulan Tok Dalang .
Saya berasa sangat bangga . Saya pasti akan
menyimpan wau bulan ini untuk dijadikan kenang –
kenangan .
19. SEMANGAT PATRIOTIK
Datuk saya seorang pesara polis . Dia menamatkan
perkhidmatannya di Balai Polis Bukit Kepong .
Datuk mempunyai semangat patriotik yang tinggi .
Setiap kali Hari Kemerdekaan menjelang , datuk akan
menghias rumah dengan Jalur Gemilang . Nenek selalu
menyokong datuk . Nenek akan membantu datuk
membuat persiapan Hari Kemerdekaan .
Saya membantu datuk menggantung Jalur
Gemilang . Ayah pula memasang kain rentang dengan
tulisan “ Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan ”.Datuk
kelihatan sangat gembira .
Pada pagi 31 Ogos , datuk bangun awal dan
memakai baju Melayu lengkap . Kami berdiri di hadapan
tiang Jalur Gemilang . Kami menyanyikan lagu Negaraku .
Kemudian , kami mendengar perutusan sempena Hari
Kemerdekaan .
20. TARIAN NGAJAT
Cikgu Nancy mengajar murid – murid tahun empat menari .
Mereka akan membuat persembahan tarian ngajat semasa
Hari Anugerah Kecemerlangan .
Tarian ngajat merupakan tarian kaum Iban di
Sarawak . Pada suatu ketika dahulu ,tarian ngajat
dipersembahkan untuk menyambut pahlawan Iban selepas
pulang berperang .
Murid – murid sangat teruja untuk belajar tarian
ngajat . Cikgu Nancy mengajar dengan sabar . Mereka
berlatih dengan bertungkus lumus . Selepas dua minggu
berlatih , murid - murid sudah mahir menari .
Pada hari Anugerah Kecemerlangan , murid – murid
menari dengan bersungguh-sungguh . Di penghujung tarian,
mereka mendapat tepukan yang gemuruh daripada para
penonton . Cikgu Nancy berasa bangga dengan murid –
muridnya .
TEMA 6 :
Alam Sekitar
21. PENCEMARAN SUNGAI
Hari ini cuti sekolah sudah bermula . Sani sedang mandi –
manda di sungai bersama Ali . Mereka datang awal pagi
dan bersarapan di sana.
Tiba – tiba , mereka terdengar bunyi bising . Sani
dan Ali mengintai di sebalik pokok . Mereka melihat
beberapa orang lelaki mengangkat tong yang besar .
Kemudian , lelaki itu menolak tong hingga jatuh ke dalam
sungai .
Sani melihat ada minyak tumpah dari tong itu .
Sekumpulan lelaki itu meninggalkan kawasan sungai . Ali
sempat mencatat nombor kenderaan mereka . Mereka
segera ke balai polis untuk membuat laporan .
Beberapa hari kemudian , pesalah telah diberkas
oleh pihak polis. Tindakan berani Sani dan Ali dipuji oleh
pegawai polis .
22. NURSERI POKOK BUNGA NENEK
Nenek suka menanam pokok bunga . Semua pokok
bunga ini nenek simpan di nurserinya .
Ada pelbagai jenis pokok bunga di nurseri
nenek . Ada bunga anggerik , mawar , kemboja dan
sebagainya . Nenek menjual pokok bunga ini
kepada rakan – rakannya .
Selain dijadikan hobi , nenek juga dapat
menambah pendapatan sampingan . Di nurseri
nenek , perkhidmatan merawat pokok bunga juga
disediakan . Nenek akan meletakkan baja yang
secukupnya supaya pokok bunga kembali segar .
Pada hari lahir saya , nenek memberikan
pokok bunga mawar berwarna putih kepada saya
sebagai hadiah . Saya amat menghargai pemberian
nenek . Saya akan menjaga pokok bunga mawar
dengan baik .
23. BEG MESRA ALAM
Saya mengikut ibu pergi ke pasar raya . Ibu mahu
membeli barang dapur . Kami menaiki teksi ke sana .
Saya mengambil troli dan membantu ibu
memilih barang keperluan . Kemudian , kami ke kaunter
untuk membayar harga barang . Ibu mengeluarkan beg
yang berwarna – warni di dalam beg tangannya .
“Beg apa itu , ibu ? ” tanya saya . “Oh , ini beg
mesra alam ! Di pasar raya ini tidak menyediakan beg
untuk mengisi barang – barang yang kita beli . Oleh itu ,
ibu bawa beg serba guna ini ,” jawab ibu .
Beg itu ringan , nipis dan mudah dibawa ke
mana – mana sahaja . Selain itu , beg itu juga boleh
dicuci dan diguna semula . Paling memikat hati ialah
beg mesra alam itu diperbuat daripada tumbuh –
tumbuhan .
24. GOTONG - ROYONG DI SEKOLAH
Sekolah Rizuan akan mengadakan gotong – royong pada minggu
hadapan . Mereka akan membersihkan kawasan sekolah .
Rizuan dan rakan – rakannya ditugaskan untuk
mencantikkan taman bunga . Oleh itu , Cikgu Ling meminta setiap
murid membawa pokok bunga dari rumah . Manakala Cikgu Ling
akan membawa baja .
Rizuan secara sukarela akan menyediakan keperluan
berkebun seperti serampang tangan , sudip tangan , pasu dan
penyiram . Dia akan meminta bantuan ayahnya untuk membawa
peralatan ini .
Rizuan dan rakann – rakannya tidak sabar mahu
menunggu hari gotong – royong . Mereka mahu menghias
kawasan sekolah dengan pokok – pokok bunga .
Cikgu Ling berbesar hati dengan bantuan murid-muridnya.
Beliau berharap kawasan sekolah akan bertambah indah dengan
pokok – pokok bunga .
TEMA 7 :
Sains ,
Teknologi &
Inovasi
25. DERIA
Saya mempunyai empat deria . Empat deria ini
mempunyai fungsi dan kepentingan yang tersendiri .
Deria yang pertama ialah deria dengar .
Saya menggunakan telinga untuk mendengar .
Deria yang kedua ialah deria lihat . Mata digunakan
untuk melihat .
Deria yang ketiga ialah deria bau . Saya
menggunakan hidung untuk menghidu . Akhir sekali
ialah deria rasa . Lidah digunakan untuk merasa
pelbagai jenis makanan dan minuman .
Ada orang yang tidak mempunyai deria .
Oleh itu , kita perlu bersyukur dengan nikmat yang
dikurniakan . Semua deria ini perlu dijaga dan
dimanfaatkan dengan baik .
26. KITAR HIDUP KUPU - KUPU
Julia terlihat ulat di dahan pokok dari luar jendela . Dia
melihat ulat itu makan daun . Habis semua daun
berlubang .
Beberapa hari selepas itu , Julia melihat ulat
sudah tiada . Tetapi dia melihat di dahan yang sama
ada kepompong tergantung .
Seminggu selepas itu , Julia ternampak sesuatu
keluar daripada kepompong . Tiba – tiba , seekor
kupu – kupu yang cantik keluar daripada
kepompong. Kupu – kupu itu terbang dan hinggap
pada pokok bunga .
Julia sangat terkejut dan tidak menyangka
bahawa ulat boleh berubah menjadi kepompong .
Inilah yang dinamakan kitar hidup kupu – kupu .
27. KAKI PALSU ALIF
Alif ialah murid kurang upaya di sekolah saya. Dia
tidak mempunyai sebelah kaki . Kakinya telah
dipotong kerana dijangkiti kuman semasa lahir .
Alif menggunakan kaki palsu . Setiap hari ,
Alif akan membuka kaki palsunya untuk dicuci .
Semasa hendak tidur , kaki palsu Alif akan
ditanggalkan . Dia sangat bersyukur kerana dia
masih boleh berjalan menggunakan kaki
palsunya . Alif tidak pernah mengeluh .
Teknologi perubatan masa kini memberi
harapan kepada ramai pesakit . Salah
seorangnya ialah Alif . Saya kagum akan
semangat Alif . Dia sangat tabah dan sabar
mengharungi kehidupan dengan sebelah kaki
sahaja .
28. AHLI ASTRONOMI
Cita – cita saya ingin menjadi seorang ahli astronomi . Saya
mahu mengkaji bintang , planet dan seluruh angkasa .
Di sekolah , saya suka mata pelajaran Sains .
Banyak ilmu baharu yang saya pelajari . Antaranya ialah
ilmu astronomi . Saya dan beberapa orang rakan telah
menyertai Pertandingan Kuiz Angkasawan Muda . Kami
telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini .
Tokoh yang saya kagumi ialah Datuk Dr . Syeikh
Muszaphar Shukor . Beliau merupakan angkasawan
Malaysia yang pertama . Saya sangat kagum akan
semangatnya yang tinggi .
Ibu berpesan kepada saya supaya belajar
bersungguh – sungguh agar dapat mencapai cita – cita
saya . Saya akan berusaha untuk merealisasikan cita-cita
saya .
TEMA 8 :
Pertanian &
Penternakan
29. BERKEBUN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Sejak negara dilanda virus COVID-19, banyak
industri yang terpaksa ditutup . Keluarga Julia turut
terkesan . Ayah Julia terpaksa Bekerja Dari Rumah
(BDR ) kerana syarikatnya tidak beroperasi .
Ayah Julia mencadangkan agar mereka
memanfaatkan masa yang ada dengan berkebun .
Mereka menanam bayam Brazil , serai , cili padi ,
bendi dan sawi .
Tanaman mereka tumbuh dengan subur .
Mereka dapat menjimatkan belanja dapur . Ibu
tidak perlu ke pasar untuk membeli sayur – sayuran .
Walaupun pandemik COVID-19 memberi
banyak impak kepada kita , tetapi kita perlu bijak
menggunakan masa . Berbakti kepada tanah ,
akan ada hasilnya .
30. USAHAWAN LABU
Pada hujung minggu lepas , Aini dan ayah melawat
mak ciknya iaitu Puan Zaleha . Puan Zaleha ialah
seorang usahawan yang berjaya .
Puan Zaleha mengusahakan tanaman labu .
Beliau telah mengusahakan tanaman tersebut selama
lapan tahun . Beliau juga menghasilkan kerepek dan
jus labu . Kini , beliau mempunyai kilang memproses
labu sendiri .
Beliau amat mementingkan mutu dan kualiti
produk yang dihasilkan . Permintaan terhadap
kerepek dan jus labu sangat menggalakkan .
Aini kagum akan usaha dan kesungguhan mak
ciknya . Dia juga ingin berjaya dan menjadi usahawan
yang disegani seperti mak ciknya .
31. MELAWAT KA LADANG TERNAKAN
Ranjit , Farid dan Huang Jing berpeluang melawat
ke ladang ternakan . Pemilik ladang itu ialah Encik
Raju .
Encik Raju menternak lembu , kambing dan
kambing biri – biri . Semua binatang ternakan Encik
Raju dijaga dengan rapi . Encik Raju juga
mengupah lima orang pekerja untuk menguruskan
ladang ternakannya . Oleh hal yang demikian ,
ladang ternakan Encik Raju sentiasa bersih dan
binatang ternakannya sihat – sihat belaka .
Ranjit , Farid dan Huang Jing juga
berpeluang belajar cara memerah susu lembu .
Biarpun lawatan ini begitu singkat , mereka bertiga
berpuas hati kerana mendapat pengalaman
baharu .
32. BUAH- BUAHAN TEMPATAN
Pada cuti sekolah yang lalu , saya dan keluarga
pulang ke kampung datuk . Datuk mempunyai dusun .
Tiba sahaja di kampung , datuk mengajak
saya ke dusun . Datuk menanam banyak buah –
buahan tempatan seperti durian , manggis , duku dan
pisang . Buah – buahan ini rasanya sangat sedap dan
berkhasiat .
Datuk menjual buah – buahan di pasar tani .
Harga buah – buahan tempatan lebih murah . Ramai
orang gemar membeli buah – buahan yang datuk
jual . Datuk turut menjual tempoyak yang dihasilkan
daripada durian .
Saya sangat suka makan buah – buahan
tempatan . Selain enak , buah – buahan tempatan
juga baik untuk kesihatan .
TEMA 9 :
Integriti
33. DISIPLIN DIRI
Farhan murid tahun lima . Dia bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Bagan Pasir . Dia seorang yang sangat
berdisiplin .
Farhan membuat jadual harian di rumah . Dia
sentiasa patuh akan jadual yang dibuat . Ibu bapa
Farhan sangat berbangga dengannya . Setiap pagi ,
dia akan bangun awal dan mengemas tempat tidur .
Dia juga membantu ibu menyediakan sarapan .
Farhan akan memanfaatkan masa cuti dengan
membaca buku . Dia suka membaca buku berkaitan
haiwan . Pada sebelah petang pula dia akan bermain
badminton bersama kakaknya . Setiap malam dia akan
tidur awal supaya mendapat rehat yang secukupnya .
Farhan seorang anak dan murid yang
berdisiplin. Dia ingin berjaya dan membanggakan ibu
bapa dan guru-gurunya .
34. BERSIKAP JUJUR
Aisam dan Kamil baru pulang bermain bola sepak di
padang . Tiba – tiba , Kamil terpandang sesuatu yang
bersinar di atas jalan raya .
Alangkah terkejutnya mereka apabila terlihat
seutas rantai emas . Kamil mengambil rantai emas itu .
Mereka saling berpandangan . Aisam mencadangkan
kepada Kamil untuk membuat laporan di balai polis .
Kamil menyerahkan rantai itu kepada pihak polis .
Rupa-rupanya , pagi tadi ada seorang wanita yang
datang membuat laporan tentang kehilangan rantai itu .
Wanita itu menemui Kamil dan Aisam . Dia mengucapkan
terima kasih atas kejujuran mereka .
Setibanya di rumah , Kamil menceritakan peristiwa
tadi kepada ibu bapanya . Mereka berbangga dengan
sikap jujur Kamil dan Aisam .
35. BERBUDI BAHASA
Izat dan abangnya ingin ke kedai buku . Mereka menaiki
bas ke sana . Mereka menunggu bas di perhentian bas .
Izat dan abangnya beratur semasa menaiki bas .
Mereka tidak berebut – rebut . Izat terlihat seorang
wanita hamil berdiri di sebelah tempat duduknya .
Dengan sopan , Izat memberi tempat duduk kepada
wanita itu . Wanita itu mengucapkan terima kasih
kepada Izat .
Selepas membeli buku , mereka singgah membeli
cendol kerana berasa dahaga . Tiba –tiba ,Izat didatangi
oleh seorang peminta sedekah . Izat yang baik hati
memberi sejumlah wang kepada peminta sedekah itu .
Izat berasa gembira kerana dapat bersedekah .
Abang memuji sikap Izat yang berbudi bahasa .
Sikap ini perlu dicontohi oleh semua orang .
36. PENGAWAS YANG BERINTEGRITI
Hassan seorang pengawas . Dia sangat berdisiplin dalam
menjalankan tugas . Guru – guru juga senang dengan
sikap Hassan .
Setiap pagi , Hassan akan tiba awal di sekolah .
Minggu ini dia bertugas menjaga pagar sekolah. Dia
mencatat nama murid – murid yang lambat hadir ke
sekolah . Dia tidak bersikap pilih kasih . Dia amanah
dalam menjalankan tugas .
Pada waktu rehat pula , Hassan memastikan
semua murid beratur semasa membeli makanan . Dia
akan menegur murid yang berebut – rebut dan saling
bertolakan . Jika mereka tidak mendengar nasihat , dia
akan mencatat nama mereka .
Hassan berasa bangga dapat menjalankan tugas
dengan baik . Dia berjanji akan terus memikul
tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya .
TEMA 10 :
Ekonomi ,
Keusahawanan &
Kewangan
37. USAHA TANGGA KEJAYAAN
Pak Cik Zul seorang petani . Pada mulanya , dia
hanya bercucuk tanam di belakang rumahnya .
Dia menjual sayur yang ditanamnya dengan
menunggang motosikal dari rumah ke rumah .
Beberapa tahun kemudian , permintaan
sayur semakin meningkat . Kebun sayur Pak Cik
Zul semakin luas . Ramai peraih datang untuk
mendapatkan bekalan sayur – sayuran . Dia
sentiasa berusaha untuk mengembangkan
perniagaannya .
Pak Cik Zul membeli sebuah karavan tani.
Dia mengupah pekerja untuk menjual sayur –
sayuran menggunakan karavan tani . Dia juga
menjual sayur – sayuran secara dalam talian .
Kini , perniagaannya semakin maju .
Benarlah , usaha tangga kejayaan .
38. MENABUNG AMALAN MULIA
Nenek menghadiahkan sebuah tabung kepada
Qaseh. Dia berasa sungguh gembira .
Nenek berpesan kepada Qaseh supaya rajin
menabung . Sejak hari itu , dia akan menyimpan baki
wang belanja di dalam tabung . Dia semakin bijak
menggunakan wang semasa berbelanja di sekolah .
Dia tidak lagi boros berbelanja .
Qaseh mempunyai impian untuk membeli
basikal dengan duit simpanannya . Setiap hari , dia
menabung sekurang – kurangnya RM1 . Dia ingin
tabungnya cepat penuh supaya dapat membeli
basikal impiannya .
Beberapa bulan kemudian , tabung Qaseh
telah penuh . Dia mengira jumlah wang yang
terkumpul . Akhirnya , dia berjaya membeli basikal
impian menggunakan wang simpanannya sendiri .
39. KAD DISKAUN
Malek mengikut ayah pergi mencuci kereta di
bandar . Ayah ingin mencuci kereta di pusat cuci
kereta yang selalu dikunjunginya .
Setibanya di pusat cuci kereta , ayah
menyerahkan kunci kepada pekerja di situ . Kami
duduk menunggu di kerusi yang disediakan . Ramai
pelanggan hari ini . Menurut ayah , pusat cuci kereta
ini sering mengadakan promosi .
Sementara menanti kereta siap dicuci , Malek
membeli air di mesin layan diri yang disediakan .Dia
memerhatikan pekerja mencuci kereta ayah dengan
bersih dan cermat .
Setelah kereta siap dicuci , pekerja tadi
memulangkan kunci kepada ayah . Ayah tidak perlu
membayar upah mencuci kereta kerana kad diskaun
ayah telah penuh . Ayah dapat berjimat hari ini .
40. BIJAK BELANJA
Hari ini saya mengikut ibu membeli – belah di pasar
raya . Ibu ingin membeli barangan keperluan rumah .
Sebelum ke sana , ibu telah menyenaraikan barangan
yang hendak dibeli .
Saya membantu ibu menolak troli . Ibu melihat
senarai barangan yang telah dibuat . Ibu mengambil
sebuku roti dan membelek – belek tarikh luput pada
bungkusan roti . Kemudian , ibu membeli susu tin . Ibu
memeriksa keadaan tin tersebut dan membuat
perbandingan harga .
Ibu ternampak ada tawaran harga untuk
lampin pakai buang adik . Ibu membeli lampin yang
membuat tawaran harga supaya lebih jimat .
Ibu berpesan kepada saya agar sentiasa bijak
berbelanja dan tidak membazir .

Anda mungkin juga menyukai