Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP AKTIVITI PENGGUNAAN PETA

I-THINK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MATA PELAJARAN SEJARAH
TAHUN 6 IBNU SINA
(INDIVIDU)

NAMA PELAJAR : MOHAMMAD IRWAN BIN SHARIFFUDDIN


PROGRAM : PISMP SEJARAH SEMESTER 8 2017
NAMA SEKOLAH : SK MENGABANG TELIPOT, KUALA NERUS
NAMA AKTIVITI : PENGGUNAAN PETA I-THINK DALAM PDP SEJARAH
TARIKH PELAKSANAAN : 27 FEBRUARI 2017

OBJEKTIF

i) Melahirkan modal insan yang bermaklumat dan berpengetahuan tinggi dalam


aspek afektif dan kognitif sesuai dengan misi dan visi sekolah.
ii) Mempraktikkan pembelajaran abad ke 21 dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
iii) Melatih kemahiran berfikir aras tinggi sesuai dengan kehendak dan falsafah dalam
dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
iv) Mewujudkan rasa minat dan keseronokan pembelajaran dan pengajaran pada
murid-murid dalam mata pelajaran Sejarah khususnya murid tahun 4, 5, 6.

STRATEGI PELAKSANAAN
Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan Peta
I-Think bermula apabila saya mendapat idea untuk menjalankan aktiviti
pembelajaran pada abad ke 21 iaitu bermain teka silangkata untuk mata pelajaran
Sejarah Tahun 5 Ibnu Khaldun. Dengan bantuan dari guru kelas 6 Ibnu Sina, saya
telah mula merangka lapan peta konsep yang bersesuaian dengan tajuk ‘Lahirnya
Sebuah Cinta’ Sejarah tahun 6. Dalam tiga minggu pengajaran, penggunaan peta
konsep telah dijadikan sebagai aktiviti ‘Bermain Sambil Belajar’ kerana kaedah
bermain sambil belajar ini telah saya terapkan sejak dari fasa praktikum semester 7
yang lepas.

REFLEKSI

1
1) ​Kekuatan Projek
Terdapat beberapa kekuatan yang menyumbang kepada kejayaan aktiviti ini.
Antaranya bantuan, sokongan dan idea dari rakan internship dan juga guru-guru SK
Mengabang Telipot yang menjadi rujukan utama saya untuk penyediaan,
perancangan dan visualisasi bentuk lapan konsep Peta I-THINK dalam
menyesuaiakan tajuk yang diajar Selain itu, sokongan guru-guru Sejarah telah
melicinkan perjalanan aktiviti saya ini. Tambahan pula, kerjasama dan komitmen
daripada mentor, Puan Norhashimah Ismail telah menjadi faktor utama dalam
menjayakan aktiviti penggunaan Peta I-THINK Sejarah tahun 6 ini.

2) ​Kelemahan Projek
Beberapa kelemahan telah dikenalpasti dalam kekangan untuk menjalankan
aktiviti PdP ini, antaranya ialah kesuntukan masa yang diberikan dan jumlah jam
waktu mengajar yang diberikan oleh pihak sekolah empat jam seminggu. Selain
daripada itu, saya juga terlibat dengan projek galeri sejarah bersama-sama dengan
rakan internship yang mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan sepenuhnya.

PENAMBAHBAIKAN
Antara cadangan yang dapat diajukan dalam program internship ini adalah
tempoh internship ini perlu ditambah kepada lima minggu memandangkan projek
internship memerlukan komitmen yang tinggi dari pelaksana iaitu guru pelatih yang
memerlukan bimbingan, idea dan bantuan dari orang lain khususnya kakitangan
akademik sekolah dalam menjayakan satu-satu projek dan aktiviti. Di samping itu,
pihak panitia juga perlu menyediakan sedikit perbelanjaan kepada guru pelatih untuk
memulakan sesuatu aktiviti di sekolah.

KESIMPULAN
Secara keseluruhan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan baik mengikut
jadual perancangan yang telah disertakan dalam Kertas Kerja Projek. Semoga projek
ini mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran kepada Panitia Sejarah khususnya
dan panitia-panitia lain amnya.

DISEDIAKAN OLEH,

2
………………………………………………………….
(MOHAMMAD IRWAN BIN SHARIFFUDDIN)
Pelaksana Aktiviti
Penggunaan Peta I-THINK
Dalam PdP Sejarah
DISEMAK OLEH,

……………………………………………………………
(PN MASBAH BINTI ETLI)
Guru Mata Pelajaran
Sejarah Tahun 6 Ibnu Sina
Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot
21030, Kuala Nerus Terengganu Darul Iman

3
LAPORAN BERGAMBAR​ ​PELAKSANAAN AKTIVITI PDP MENGGUNAKAN
PETA I-THINK DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN 6

4
5
6
7

Anda mungkin juga menyukai