Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR,PERLIS

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI

PENGGUNAAN MUZIK DAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG


MENARIK MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK
PENDIDIKAN JASMANI

NAMA: FAZILAH BINTI ISMAIL


NO IC: 840423-04-5158
KELAS: PJK (B)
1.0 Pendahuluan
Kertas kerja ini dirangka untuk menjayakan Projek Internship. Ia juga bertujuan bagi guru membuat
penambahbaikkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani murid tahun

5 Maju Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak agar lebih menarik dan mencapai objektif
pembelajaran. Penggabungjalinan mata pelajaran merupakan satu strategi dan kaedah pendidikan untuk
membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menarik dan menggalakkan pemikiran kreatif
pelajar dan bersikap inovasi dalam melaksanakan aktiviti dan merangsang setiap pelajar untuk mencapai
kecemerlangan. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai
bentuk walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan
mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu, penggabungjalinan mata pelajaran lain dalam pendidikan
jasmani dengan seni visual dan seni muzik memainkan peranan yang penting dalam pendidikan
keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih sistematik dan bermakna.

2.0 Rasional
I.

Menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dan menarik minat pelajar semasa pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

II.

Merangsang pemikiran dan minda pelajar supaya berfikiran kreatif.

III.

Meningkatkan konsep kendiri pelajar supaya dapat membuat penilaian, pandangan,


keyakinan,kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta memupuk nilai murni dikalangan pelajar.

3.0 Matlamat
I.

Pelajar dapat membentuk pergerakan gimnastik berirama yang menarik bersama ahli kumpulan
mengikut tema, irama muzik dan penggunaan bahan pembelajaran yang bersesuaian.

II.

Penggunaan motor kasar dan motor halus pelajar digunakan sepenuhnya.

III.

Membentuk sikap berdaya cipta dan bekerjasama terhadap rakan dan guru.

4.0 Sasaran
Murid tahun 5 Maju Sekolah Kebangsaan Changkat Jong iaitu seramai 30 orang
5.0 Tarikh Projek
Tarikh yang dicadangkan untuk melaksanakan projek ini adalah pada 24 April 2015

6.0 Tempat Projek


Dataran Kejat Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak.
8. Bahan dan Alatan
I.

Skitel

II.

Wisel

III.

Pom pom

IV.

Speaker

V.

Stokin

VI.

Kad Manila

VII.

Tali

9.0 PENUTUP
Diharapkan projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan kepada pelajar Tahun 5 Maju.
Semoga projek ini, meningkatkan minat dan penglibatan pelajar serta memberikan motivasi pelajar di
dalam Subjek Pendidikan Jasmani di sekolah. Diharapkan projek ini memberi manfaat kepada semua
pihak.
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(FAZILAH BT ISMAIL)
Guru Pelatih
SK Changkat Jong.

(SHAIFUL NIZAM B. MOHD NASIR)


Guru Pembimbing
SK Changkat Jong.

Disahkan oleh,
.
(MOHD NAZRI B. KAMARUDDIN)
Guru Besar
SK Changkat Jong.

Anda mungkin juga menyukai