Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

NAMA SEKOLAH : SJK(T) LADANG PADANG MEIHA

KOD SEKOLAH : KBD 5046

ALAMAT SEKOLAH : SJK(T) LADANG PADANG MEIHA,09400 PADANG SERAI.

PKG : PKG PADANG SERAI

DAERAH : KULIM BANDAR BAHARU

PENGLIBATAN MURID : 155

PENGLIBATAN GURU :17

PENGLIBATAN STAFF SOKONGAN : 3

RASIONAL PROGRAM:

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT) merupakan
langkah besar-besaran oleh Perpustakaan Awam Negeri-negeri dalam memacu masyarakat ke
arah minat membaca sekali gus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri di Malaysia relevan
dalam kehidupan masyarakat seharian. Program ini dilaksanakan secara serentak di seluruh negara
pada Selasa, 24 April 2018 jam 11.00 pagi. Mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari
berkenaan rakyat Malaysia akan berhenti sebentar dan membaca bersama-sama selama 10
minit.Program ini merupakan langkah ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan
menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu
persekolahan dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia,
mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi.
PELAKSANAAN PROGRAM DI PERINGKAT SEKOLAH

Sebagai perlaksanaan program di peringkat sekolah kami SJKT Ladang Padang Meiha, telah melibatkan
semua guru dan murid pra sekolah hingga tahun 6. Sehari sebelum program semua murid dan
guru juga diberi taklimat tentang program ‘Jom Baca Untuk 10 Minit’ ini. Semua murid
dan guru digalakkan untuk membawa buku untuk bacaan masing-masing dan perpustakaan
sekolah juga menyediakan bahan bacaan untuk perlaksaan program ini. Pada pagi program semua
guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan untuk perlaksanaan program ‘Jom Baca Untuk
10 Minit’ ini . Program ini telah dijalankan di tapak perhimpunan bersama semua guru dan staff
sokongan. . Program ini dijalankan sampai pukul 11.10 pagi.. Program ini berjaya dilaksanakan
seperti yang dirancang. '10 Minutes Read Together’ atau ‘10 Minit Membaca Bersama’ ini dapat
merangsang minat murid untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai pelbagai perkara melalui
pembacaan.
LAPORAN BERGAMBAR

DISAHKAN OLEH

M.jeyendaran

EN.JEYENDARAN A/L MARIMUTHU

Anda mungkin juga menyukai