Anda di halaman 1dari 5

Topik 1-ISU POLITIK DUNIA SEMASA

1.2 Cabaran pendemokrasian di Negara-negara Timur Tengah


Maksud Demokrasi-Suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan
struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat.Pendemokrasian bermaksud pembentukan
sesebuah negara melalui demokrasi atau pemilihan rakyat kepada pemimpin melalui pilihan
raya.
Contoh:Negara-negara demokrasi : Thailand, Malaysia, Filipina, Australia
Timur Tengah-Sebuah wilayah yang secara politis, dan budaya merupakan bahagian dari benua
Asia, atau Afrika-Eurasia.Wilayah tersebut mencakup beberapa kelompok suku, dan Budaya
termasuk suku Iran, suku Arab, suku Yunani, suku Yahudi, suku Berber, suku Assyria, suku Kurdi,
dan suku Turki. Kebanyakan sastra barat mendefinisikan Timur Tengah sebagai negara-negara
di Asia Barat Daya, dari Iran (Persia) ke Mesir.Sejak pertengahan abad ke-20, Timur Tengah
telah menjadi pusat terjadinya peristiwa-peristiwa dunia, dan menjadi wilayah yang sangat
sensitif, baik dari segi kestrategisan lokasi, politik, ekonomi, kebudayaan, dan keagamaan.
Timur Tengah mempunyai cadangan minyak mentah dalam jumlah besar, dan merupakan
tempat kelahiran, dan pusat spiritual Islam, kristen, agama Yahudi.

CABARAN PENDEMOKRASIAN DI NEGARA-NEGARA TIMUR TENGAH


1. Kebangkitan rakyat
2. Ketidakstabilan politik
3. Persaingan kuasa
4. Campur tangan kuasa asing

CABARAN PERTAMA-Kebangkitan Rakyat

Kezaliman dan tekanan yang di lakukan oleh pemerintah ke atas rakyat sesebuah negara
akhirnya tercetusnya kebangkitan rakyat untuk menyuarakan kebebasan dari sistem zalim yang
mencengkam hidup mereka sehingga ada yang mencecah hampir setengah abad.
Buktinya,bermula dengan kebangkitan rakyat di Tunisia mencetus revolusi untuk menjatuhkan
pemerintahnya.

Contoh Negara: TUNISIA


*Pada 17 Disember 2010, kebangkitan masyarakat sivil bermula di Tunisia akibat
seorang
remaja lelaki Mohamed Bouazazi bertindak membakar dirinya kerana membantah tindakan
polis merampas buah-buahan dan sayur-sayuran jualannya di warung jalanan.
Faktor Berlaku Kebangkitan Rakyat di Tunisia
-Pengangguran, inflasi makanan, korupsi, ketiadaan kebebasan bersuara, dan kebebasan politik
serta keadaan hidup yang tidak memuaskan.
-Menentang pemerintahan zalim Ben Ali
-Tindakan berani Mohamed Bouzazi telah membangkitkan rasa marah masyarakat sivil dan
akibatnya revolusi berlaku bagi menumbangkan rejim Ben Ali.
Contoh Negara:Mesir
Contoh Tokoh: Hosni Mubarak
Rejim Mubarak memerintah hampir 30 tahun secara diktator dan kuku besi.Kadar rasuah serta
penyalahgunaan kuasa amat ketaraKekayaan negara berputar di sekeliling pimpinan parti
politik yang menyokong Mubarak serta sekutu rapat mereka dengan kehidupan mereka yang
terlalu mewah.Kenaikan harga barang & keperluan harian.Kadar pengganguran dan kemiskinan
terlalu tinggiKesedaran generasi muda untuk mendapatkan hak dan kebabasan mereka dari
cengkaman rejim ini
Contoh Tokoh: Mohd Morsi
Beliau memenangi pilihanraya demokratik .Kuasa tentera masih lagi merupakan kuasa tertinggi
yang boleh membubarkan Parlimen. Keengganan pemerintah tentera memberi kuasa penuh
kepada Parlimen mencetuskan kemarahan rakyat.Morsi mengambil kuasa imuniti (unlimited
power) dalam mengembalikan dan memudahkan aturcara pendemokrasian berjalan lancar.
Tindakan tersebut menyegar semulakan kediktatoran dan mengkhianati revolusi kebebasan
rakyat.Pada 30 Jun 2013, rakyat Mesir mengadakan bantahan untuk menyeru perletakan
jawatan Presiden.
CABARAN KEDUA-CAMPUR TANGAN KUASA ASING

Kebanyakan negara-negara barat menginginkan satu perubahan yang mesti dilakukan di Timur
Tengah.Perancangan mereka ialah dapat mempromosikan agenda atau ideologi mereka sama
ada dari segi budaya, pemikiran, corak hidup di timur tengah.Iaitu melalui kemudahan-
kemudahan yang sedia ada di mana pada pengakhirannya ialah ideologi barat seperti
sekularisme,libralisme, dan sebagainya dapat diserap oleh semua penduduk di negara timur
tengah yang majoritinya terdiri daripada umat islam. Sesungguhnya pelbagai cara telah dan
sedang digunakan oleh Barat untuk membentuk arah perubahan ini. Yang terpenting ada lima
cara iaitu:Pertama, memanfaatkan para politik boneka mereka.Kedua, memberi bantuan
ekonomi (hutang).Ketiga, melakukan campur tangan
ketenteraan.Keempat,mempropagandakan Islam moderat.Kelima, mengendalikan media massa
bagi mempengaruhi pandangan umum (public opinion). Barat kerap memanfaatkan ahli-ahli
politik lokal untuk melayani kepentingannya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dari pelbagai
campur tangan politik negara-negara Barat di kebanyakan negara di Timur Tengah.
Campur tangan politik ini tidak akan berjalan kecuali kerana adanya peranan aktif para politik
lokal ini yang menjadi tangan Barat.

Contoh Peristiwa
Di Mesir, Amerikalah yang memegang kendali perubahan melalui militer Mesir, kerana tidak
ada pengaruh Eropah yang efektif di sana. Manakala di Libya dan Yemen, kekuatan Amerika dan
Eropah hadir secara bersama meskipun kekuatan Eropah lebih nyata berbanding Amerika. Di
Syria, keadaannya lebih rumit di mana Amerika berkali-kali menegaskan bahawa ia tidak akan
melakukan campurtangan. Ini kerana kedudukan Syria yang sentral dan amat signifikan bagi
kepentingan Amerika di Timur Tengah seperti kepentingan Amerika di Israel dan Iraq. Pada
masa yang sama, kewujudan Britain di Syria juga masih kekal melalui ejen-ejennya yang telah
ditempatkan di sana sejak sekian lama.
-Di Mesir misalnya, kepentingan Amerika dalam revolusi Timur Tengah ini dijalankan oleh
Jeneral Sulaiman yang secara de facto menjadi pemimpin Mesir untuk sementara pasca
jatuhnya Presiden Hosni Mubarak. Sulaiman tak ada bezanya dengan Hosni Mubarak atau
Anwar Sadat, yang menjadi boneka politik Amerika di waktu kekuasaan masing-masing.
-Perdana Menteri Tunisia pula telah meminta bantuan dari G-8 sebanyak USD25 bilion dalam
jangka waktu 5 tahun, untuk mengatasi kemiskinan dan pengangguran yang dikatakan akan
menyuburkan ekstremisme. Inilah cara Barat mengheret arah perubahan Timur Tengah melalui
jalur bantuan ekonomi. Atas nama ‘bantuan’, apa yang sebenarnya terjadi ialah Timur Tengah
telah terjerat dengan permainan Barat yang penuh kejahatan.
-Campur tangan ketenteraan di Libya menjadi musibah yang amat buruk bagi rakyat Libya.
Selain kematian 25 ribu orang akibat perang saudara sejak Februari hingga Oktober 2011,
kesannya juga turut terasa dari segi ekonomi. Rakyat Libya bakal jatuh ke dalam penjajahan
ekonomi yang sangat eksploitatif. Di samping itu, semua harta Gaddafi yang disimpan di bank-
bank Barat disita oleh Barat untuk membayar kos operasi ketenteraan ini. Pemerintahan Libya
selanjutnya juga akan dipaksa untuk menjual minyak dan gas Libya dengan harga yang amat
murah kepada Barat, khususnya Amerika dan Perancis.

CABARAN KETIGA-PERSAINGAN KUASA

Kes yang jelas ialah protes di Bahrain yang melibatkan warga majoriti Syiah menentang
rejim pimpinan beraliran Sunni.
Kedua-dua pihak yang berseberangan memberikan laporan dan analisis yang jelas
bertentangan, dengan masing-masing menegaskan perspektif berbeza;media Saudi
mempertahankan kerajaan Bahrain dan menegatifkan warga Syiah manakala media Iran
menyokong penuh aspirasi rakyat Bahrain dan menolak kekerasan kerajaan dan campur tangan
asing (Saudi dan sekutu)di negara itu.Persaingan narati& ini juga dapat menjelaskan politik
diTimur Tengah melibatkan kuasa!kuasa terbabit.

CABARAN KEEMPAT-KETIDAKSTABILAN POLITIK

Berakhirnya enam bulan pertama 2013 menyaksikan politik dunia penuh dengan
percaturan,perbalahan,perdebatan dan persaingan kuasa atas nama demokrasi.
Agenda kerajaan bertembung dengan agenda rakyat,lantas membangkitkan rasa tidak puas hati
yang menyebabkan bantahan jalanan.Secara umumnya,bantahan jalanan mampu
menumbangkan rejim politik secara revolusi,namun dilihat sebagai tidak stabil dan menjejaskan
keadaan politik dan sosioekonomi negara.
CONTOH:Muammar Gaddafi (pemimpin politik Libya)yang menjadi Presiden Libya semenjak
menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tidak berdarah pada 1969 dan menjadi
pengasas Republik Sosialis Arab Libya. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42
tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.Pada awal
Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian
lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi. Gaddafi berikrar "mati syahid"
jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang
mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati Pada 17 Mei 2011 Mahkamah
Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab
jenayah terhadap kemanusiaan. Pada 27 Jun, permohonan ini diterima dan waran dikeluarkan
terhadap Gaddafi dan anaknya. Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi
beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011,
Gaddafi berjaya dikesan di kampung asalnya dan berjaya ditembak mati.

Anda mungkin juga menyukai