Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Selepas PdP (31 Julai 2017)

i. Kekuatan
Tema pelajaran yang digunakan oleh guru sangat menarik perhatian murid
kerana tema tersebut berkaitan dengan kehidupan murid.
Permainan menghantar bola sangat digemari oleh murid kerana mereka berasa
sangat seronok semasa menghantar bola ketika muzik dimainkan.

ii. Kelemahan
Murid tidak ingin berkumpulan dengan rakan sekumpulannya yang ditetapkan
oleh guru kerana murid tersebut bukan merupakan rakan yang paling rapat
dengan mereka. Mereka tidak dapat bekerjasama. Mereka membuat kerja
masing-masing semasa melaksanakan aktiviti kumpulan dan menyebabkan
objektif aktiviti tersebut tidak tercapai.

iii. Cadangan Penambahbaikan


Guru boleh membimbing murid semasa melaksanakan aktiviti kumpulan supaya
dapat memupuk sikap kasih sayang di antara murid. Hal ini demikian kerana nilai
murni sangat penting dalam menjalankan aktiviti kumpulan dan ia dapat
menentukan kerjasama di antara murid. Dengan adanya kasih sayang antara
satu dengan satu, murid akan menerima rakannya dan sudi membuat kerja
bersama rakan dalam satu kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai