Anda di halaman 1dari 2

Juliha Suut 670418-13-5088 REFLEKSI KENDIRI

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah mengenal pasti beberapa kekuatan, kelemahan dan tindakan untuk mengatasi kelemahan tersebut.

Kekuatan

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya mendapati bahawa saya lebih yakin dan mulai memahami kandungan kursus ini. Saya juga mendapati bahawa tugasan ini menjadikan saya lebih sedar akan kepentingan bidang ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahan dan sumber rujukan untuk kursus ini mudah diperolehi. Bahan dan sumber rujukan adalah seperti buku rujukan, majalah, artikel dan internet mudah didapati. Bahan-bahan bercetak saya dapatkan dari perpustakaan, rakan-rakan dan internet. Bahan rujukan ini saya telah lampirkan di bahagian bibliografi.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, Encik Mamat telah mengadakan beberapa siri tutorial dan kelas. Penerangan yang diberikan oleh beliau amat terperinci dan lengkap, walaupun masa untuk kursus kami adalah padat dan singkat. Beliau juga selalu membuka peluang untuk saya dan rakan-rakan bertanya tentang perkara yang tidak difahami sepanjang tempoh

menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya dan rakan-rakan sering

mengadakan perbincangan dalam kelas, telefon dan e-mel.

Kelemahan

Kelemahan semasa menyiapkan tugasan ini ialah faktor kekangan masa. Walaupun bimbingan daripada pensyarah dapat dilakukan melalui media lain seperti telefon dan e-mel, tetapi adalah lebih elok jika dapat bersemuka dan berbincang dengan beliau tentang tugasan ini dengan lebih terperinci.

Juliha Suut 670418-13-5088

Cadangan penambahbaikan

Cadangan penambahbaikan ini telah saya jalankan setelah saya mengenal pasti kelemahan semasa menyiapkan tugasan ini. Semasa penerangan oleh pensyarah, saya telah mencatat nota dan contoh yang diberi. Latihan yang diberi oleh pensyarah semasa kelas juga saya lengkapkan dan disemak bersama-sama. Saya juga sering mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan sekelas jika ada kesempatan, selain daripada merujuk bahan yang boleh dipercayai.

Anda mungkin juga menyukai