Anda di halaman 1dari 27

PENGENALAN

Allah menciptakan manusia dengan sifat saling memerlukan antara satu sama
lain. Tidak ada seorang pun yang dapat menguasai segala apa yang diinginkan.
Oleh itu, manusia memerlukan individu lain bagi memenuhi keperluan yang
dihajatinya.

Untuk itu, Allah s.w.t. memberikan inspirasi (ilham) kepada mereka untuk
mengadakan perdagangan dan perniagaan dengan cara jual beli dan sebagainya.
Dengan ini, manusia dapat memenuhi kehendak dan keperluannya.



Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti perkara yang berkaitan dengan jual beli dari sudut
pengertian, dalil, hukum jual beli serta hikmah jual beli;
2. Membincangkan rukun dan syarat jual beli serta jenis jual beli yang
dilarang;
3. Menerangkan pengertian khiyar dan jenisnya;
4. Menjelaskan persoalan riba seperti pengertian riba, dalil
pengharaman riba, hikmah pengharaman riba, jenis riba serta jenis
barangan yang boleh menyebabkan berlakunya riba; dan
5. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian.
HASIL PEMBELAJARAN
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
5
5

Muamalat I
TOPIK 5 MUAMALAT I

114
Islam amat menggalakkan umatnya untuk menceburi aktiviti perdagangan dan
perniagaan bagi memantapkan ekonomi umat Islam. Kemantapan ekonomi
dapat memberi gambaran bahawa Islam merupakan agama yang mendorong
kemajuan dan kejayaan umatnya.

Jual beli merupakan bentuk hubungan antara manusia dengan manusia yang
lain. Oleh itu, ia termasuk di dalam perkara muamalat Islam. Berniaga
merupakan sunnah Nabi dan baginda berniaga sebelum dibangkitkan menjadi
Rasul Allah akhir zaman.

Topik 5 ini akan membincangkan tentang perkara yang berkaitan dengan jual
beli yang meliputi definisi jual beli, dalil dari al-Quran dan hadis Nabi
Muhammad s.a.w yang menjelaskan tentang jual beli serta hikmah jual beli.

Topik ini juga akan membincangkan tentang rukun dan syarat jual beli, jenis jual
beli serta hukumnya. Selain itu, persoalan mengenai khiyar dalam jual beli juga
akan dibincangkan yang meliputi pengertian khiyar dan jenisnya. Subtopik yang
akan menyusul ialah persoalan yang berkaitan dengan riba.

Topik ini amat penting bagi seorang guru Pendidikan Islam memandangkan ia
antara perkara muamalat yang berlaku sepanjang masa dalam kehidupan
seorang Muslim. Guru perlu menguasainya dengan baik agar mudah memberi
pemahaman kepada pelajar. Maka, cadangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bagi topik ini akan dihuraikan dengan ringkas. Diharap cadangan
pengajaran yang dijelaskan akan dapat dilaksanakan di dalam kelas nanti.





Tahukah anda bahawa jual beli adalah perkara muamalat yang sering
dilakukan sepanjang hari dalam kehidupan kita? Perniagaan juga pernah
diterokai oleh Nabi Muhammad s.a.w. bersama Khadijah Khuwailid r.a.
Oleh itu, jelaskan bentuk dan perlaksanaan perniagaan oleh nabi dan
isteri baginda berpandukan penceritaan sirah.
AKTIVITI 5.1
TOPIK 5 MUAMALAT I


115
JUAL BELI
Sejak dahulu, manusia telah melakukan aktiviti jual beli untuk memenuhi
keperluannya. Nabi Muhammad s.a.w juga merupakan seorang pedagang dan
peniaga.

Mari kita lihat dan teliti pernyataan pembelajaran bagi topik konsep dan
pengertian jual beli satu persatu. Mengapa anda perlu memahaminya? Kerana ia
akan menentukan anda boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan tepat dan berkesan.
5.1.1 Pengertian Jual Beli
Beberapa pengertian jual beli diterangkan dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Empat Pendapat Pengertian Jual Beli
Sumber Sudut Pengertian
Ahmad Isa Asyur
(t.th)
Bahasa
Arab
Memberikan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu
yang lain.
Muhammad Rawwas
Qalah Ji dan Hamid
Sadiq Qunaibiyy
(1988)
Bahasa
Arab
Memberikan sesuatu dengan suatu bayaran. Jual beli
juga bermaksud menukar sesuatu dengan sesuatu.
Ahmad Isa Asyur
(t.th)
Syarak Menukarkan suatu harta bagi mendapatkan suatu
harta yang boleh digunakan dengan menggunakan
lafaz ijab dan kabul dengan bentuk yang memberikan
pemilikan kepada harta berkenaan.
Muhammad Rawwas
Qalah Ji dan Hamid
Sadiq Qunaibiyy
Syarak Mendapatkan suatu harta dengan harta dengan
pemilikan kepada harta berkenaan dengan cara yang
diredai melalui lafaz ijab dan kabul.



Menurut hukum syarak, jual beli didefinisikan sebagai menukarkan harta
dengan harta mengikut cara yang tertentu.
5.1
TOPIK 5 MUAMALAT I

116
Kesimpulan yang boleh dibuat dari definisi di atas adalah jual beli bermaksud
pertukaran bagi mendapat sesuatu harta yang boleh dimiliki dengan suatu harta
lain. Misalnya, duit dan sebagainya. Di samping itu, harta berkenaan boleh
memberikan manfaat kepada pembeli dengan cara yang diredai antara keduanya
dengan menggunakan lafaz ijab dan kabul.

Hukum jual beli dalam Islam adalah harus.

Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 275:


Maksudnya:
Dan Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
5.1.2 Pensyariatan Jual Beli
Terdapat pelbagai dalil tentang jual beli dan diterangkan seperti berikut (lihat
Rajah 5.1):


Rajah 5.1: Tiga pensyariatan jual beli

(a) Dalil al-Quran
Allah s.w.t. menjelaskan dalam surah al-Baqarah, ayat 275 yang berbunyi
seperti berikut:



Maksudnya:
Dan Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan
riba.


Firman Allah s.w.t. lagi dalam surah al-Nisa, ayat 29:
TOPIK 5 MUAMALAT I


117

$' %!# #`# #=2'? 39& 6/ 69$/ ) &
3? gB #? 3 #=F)? 3& ) !# %. 3/
$m
Maksudnya:
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta kamu
sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali
dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara
kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya, Allah sentiasa mengasihani kamu.

(b) Dalil Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Imam Abu Bakar Abu Syaibah dalam kitab al-Musannaf daripada Abi Zar
al-Ghifari r.a. berbunyi:



Maksudnya:
(Golongan) yang terawal memasuki syurga adalah peniaga yang benar.

Nabi Muhammad s.a.w juga menjelaskan dalam hadis lain:


Maksudnya:
Sebaik-baik usaha ialah pekerjaan seorang lelaki menggunakan tangannya
dan semua perniagaan yang tidak mempunyai unsur penipuan dan
khianat.
(Riwayat al-Hakim, al-Mustadrak)

TOPIK 5 MUAMALAT I

118
(c) Ijmak Para Ulama
Semua ulama bersepakat mengatakan bahawa jual beli itu adalah perkara
yang disyariatkan (masyru) berdasarkan dalil sebelum ini.
5.1.3 Hikmah Jual Beli
Sayyid Sabiq (1987) menjelaskan terdapat beberapa hikmah daripada
pensyariatan jual beli. Empat hikmah jual beli adalah:

(a) Kemudahan yang Disediakan oleh Allah pada Hamba-Nya
Allah mengharuskan jual beli kepada hamba-Nya sebagai kemudahan
kerana manusia sentiasa memerlukan makanan, pakaian, kenderaan dan
sebagainya. Kesemua keperluan berkenaan tidak dapat disediakan oleh
seorang manusia sahaja tetapi disediakan oleh ramai orang. Oleh itu,
manusia memerlukan kepada proses jual beli untuk mendapatkan
kesemua keperluan berkenaan.

(b) Cara Pemilikan yang Betul
Jual beli juga disyariatkan bagi membolehkan manusia memiliki harta
dengan cara yang betul dan sah mengikut syarak. Pemilikan harta secara
sah boleh terjadi dengan berlakunya akad antara penjual dan pembeli.

(c) Melatih Kita Menjadi Masyarakat yang Harmoni
Melalui jual beli, masyarakat akan dapat berhubung antara satu sama lain.
Penjual bakal mendapat laba dan keuntungan, manakala pembeli bakal
menikmati barang yang dihajatkan. Dalam masa yang sama, terjalinlah
ikatan murni dan persefahaman antara mereka dalam kelompok
masyarakat yang penyayang lagi harmoni.

(d) Melatih Kita Bertolak Ansur dan Berbuat Kebajikan
Rasulullah s.a.w memuji peniaga yang bermurah hati dan bertolak ansur
termasuklah pembeli yang berakhlak semasa berjual beli, melalui hadis
yang dirakamkan oleh Jabir bin Abdullah r.a.:


Maksudnya:
Allah s.w.t. merahmati lelaki yang bertolak ansur ketika berjual, membeli
dan membuat keputusan penghakiman.
(Riwayat Imam al-Bukhari)

TOPIK 5 MUAMALAT I


119

5.1.4 Rukun dan Syarat Jual Beli
Transaksi jual beli yang dilakukan mestilah memenuhi rukunnya. Jika salah satu
daripada rukun ini tidak dapat dipenuhi, maka urusan jual beli tidak mungkin
akan berlaku. Rajah 5.2 menjelaskan rukun jual beli yang perlu dipenuhi apabila
melakukan transaksi jual beli.


Rajah 5.2: Rukun jual beli

Setelah kita mengetahui rukun yang ada dalam transaksi jual beli, perlu
dijelaskan juga syarat bagi setiap rukun tersebut. Sesuatu transaksi jual beli tidak
akan menjadi sah jika tidak memenuhi syaratnya. Jadual 5.2 menerangkan syarat
bagi setiap rukun jual beli.

Dengan merujuk kepada kitab fiqh, senaraikan hikmah jual beli.
SEMAK KENDIRI 5.1
TOPIK 5 MUAMALAT I

120
Jadual 5.2: Syarat bagi Rukun Jual Beli
Rukun Syarat
Penjual
dan
Pembeli
(a) Mukalaf: Tidak sah jual beli bagi orang yang gila, mabuk dan kanak-
kanak. Namun, menurut mazhab Hambali, sah jual beli yang dilakukan
oleh kanak-kanak bagi sesuatu yang sedikit walaupun masih belum
mumaiyiz dan tanpa keizinan daripada penjaganya. Manakala, jual beli
sesuatu yang banyak tidak sah dilakukan oleh kanak-kanak yang tidak
mumaiyiz walaupun dengan keizinan penjaganya;
(b) Kemahuan sendiri: Tidak sah jual beli orang yang dipaksa;
(c) Merdeka: Tidak sah jual beli yang dilakukan oleh hamba;
(d) Bukan daripada golongan yang ditahan hartanya: Disebabkan bankrap
atau tidak waras; dan
(e) Beragama Islam: Khas bagi jual beli al-Quran dan hadis sahaja.
Barang (a) Bersih dan suci: Tidak sah bagi jual beli najis seperti bangkai dan babi.
Begitu juga tidak sah sesuatu yang terkena najis yang tidak boleh
disucikan seperti susu, minyak atau cuka.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

:

.

Maksudnya:
Daripada Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya
Allah dan Rasulnya mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan
berhala.
(b) Berfaedah dan bernilai: Tidak sah bagi jual beli barang yang tidak
berfaedah dan tidak bernilai seperti menjual dua biji padi atau
sebagainya;
(c) Barang adalah kepunyaan penjual atau wakil;
(d) Barang itu wujud: Barang yang dijual beli itu mestilah barang yang ada.
Syarak tidak membenarkan jual beli kepada barang yang masih belum
ada seperti menjual binatang ternakan yang masih lagi berada di dalam
perut ibunya;
(e) Boleh diserahkan kepada pembeli ketika akad kecuali jual beli yang
bertangguh (baial-salam): Tidak sah menjual barang yang tidak boleh
diserahkan serta-merta seperti burung di udara dan ikan di dalam
lautan; dan
(f) Diketahui tentang jenis, kadar dan sifat barang itu.
TOPIK 5 MUAMALAT I


121
Harga (a) Bersih: Tidak sah harga itu jika tidak bernilai di sisi syarak seperti arak;
(b) Harga adalah milik pembeli: Tidak sah jual beli dengan wang yang
bukan kepunyaan pembeli;
(c) Harga tersebut mampu diserahkan oleh pembeli kepada penjual; dan
(d) Pembeli dan penjual mengetahui jenis mata wang yang digunakan.
Ijab dan
Kabul



Syarat ijab dan kabul adalah:
(a) Ijab dan kabul tidak diselangi dengan perkataan lain yang tidak
berkaitan dengan akad;
(b) Tidak berselang lama antara ijab dan kabul;
(c) Ijab menepati kabul: Bersamaan ijab dan kabul pada maknanya
walaupun berlainan lafaznya.
Contohnya, bagi ijab dan kabul yang bertepatan ialah seorang penjual
berkata kepada pembeli, Saya menjual dua helai baju ini dengan harga
RM100.Lantas, pembeli menjawab, Saya beli kedua-dua helai baju ini
dengan harga RM100.Sambil menunjukkan kedua-dua helai baju yang
telah dibeli, ketika itu berlakulah akad jual beli kerana lafaz ijab itu
bertepatan dengan kabul.
Namun, jika penjual mengatakan, Saya menjual kedua-dua helai baju
ini dengan harga RM10,kemudian, pembeli tiba-tiba menjawab, Saya
beli hanya sehelai baju ini sahaja dengan harga RM100,akad jual beli
itu tidak berlaku kerana ijab tidak bertepatan dengan kabul.
(d) Tidak boleh taklik: Misalnya, penjual mengatakan, Saya jual kereta ini
kepada kamu jika ayah saya meninggal dunia.
(e) Tidak boleh dihadkan masanya: Umpamanya, penjual berkata, Saya
jual buku ini kepada awak selama sebulan.
(f) Akad berlaku di tempat jual beli iaitu berlaku di tempat atau dalam
majlis yang sama (lihat Rajah 5.3), manakala kedua-dua penjual dan
pembeli masih belum meninggalkan tempat atau majlis berkenaan,
sekalipun lafaz ijab dan kabul itu tidak bersambungan terus.













Ijab dan kabul merupakan ucapan yang menunjukkan persetujuan
menyerahkan barang dan menerima barang antara penjual dan pembeli.
TOPIK 5 MUAMALAT I

122

Rajah 5.3: Ijab dan kabul berlaku di tempat atau dalam majlis yang sama
Sumber: www.era.fm

Imam al-Nawawi dan sebahagian ulama berpendapat bahawa sah jual beli
walaupun tanpa ijab dan kabul.


5.1.5 Jenis Jual Beli yang Dilarang
Jual beli tidak semuanya sah belaka, ada juga yang boleh dikategorikan sebagai
tidak sah dan ada pula yang hukumnya haram. Justeru, Islam melarang jual beli
yang haram bagi mengelakkan sebarang penipuan, penindasan dan
penganiayaan semasa menjalankan urusan atau transaksi jual beli.

Jual beli terlarang ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
(a) Jual beli yang dilarang dan tidak sah akadnya; dan
(b) Jual beli yang dilarang tetapi sah akadnya.

Kedua-dua bentuk jual beli ini akan kita perjelaskan dalam Jadual 5.3.

Adakah anda mengamalkan rukun jual beli sepenuhnya? Cuba anda
lakonkan aksi jual beli berdasarkan rukun jual beli Islam dengan rakan
sekelas anda.
AKTIVITI 5.2
TOPIK 5 MUAMALAT I


123
Jadual 5.3: Enam Jenis Jual Beli yang Dilarang
Tidak Sah Akad Sah Akad
(a) Menjual atau memperdagangkan
barang bagi tujuan maksiat seperti
menjual berhala, salib, babi, arak,
dadah dan seumpamanya.
(a) Menyekat pembelian orang lain
dengan cara membeli semua barang.
(b) Menjual daging dengan daging sama
ada dari satu jenis mahupun tidak,
seperti menjual daging kambing
dengan seekor lembu.
(b) Membeli barang yang sedang dibeli
oleh orang lain.
(c) Menjual barang yang tidak dimiliki
dengan sempurna, seperti menjual
burung di udara atau ikan di lautan.
(c) Menyekat penjual dari desa dengan
tujuan memborong barangan mereka
dengan harga yang murah daripada
harga pasaran disebabkan mereka
tidak mengetahui harga sebenar.
(d) Menjual buah-buahan yang masih di
pokok kecuali setelah nyata
masaknya. Dilarang menjual buah
yang masih di pokok atau masih
muda kerana buah-buahan tersebut
berkemungkinan gugur dan busuk.
(d) Melakukan monopoli dalam jual beli
iaitu membeli semua barang dengan
tujuan supaya orang lain tidak dapat
membelinya.
(e) Jualan bersyarat seperti kata penjual,
Saya jual basikal saya ini dengan
harga RM200 dengan syarat tuan
jualkan basikal tuan dengan harga
RM500.
(e) Berjual beli barang halal tetapi
digunakan secara terang untuk tujuan
maksiat.
(f) Menjual anak binatang yang masih
berada dalam perut ibunya. Jual beli
jenis ini dilarang kerana anak
binatang itu masih belum tentu lahir
dan tidak kelihatan.
(f) Melakukan penipuan semasa menjual
sama ada melalui sukatan, timbangan
dan sebagainya.



1. Kebanyakan amalan jual beli pada waktu sekarang tidak
mengandungi ijab dan kabul. Bincangkan.

2. Bincangkan cara untuk melibatkan diri dengan aktiviti jual beli
yang halal dan digalakkan oleh syarak bagi memajukan umat Islam.
AKTIVITI 5.3
TOPIK 5 MUAMALAT I

124
KHIYAR DALAM JUAL BELI
Sesungguhnya, Islam adalah agama yang penuh kemudahan dan syumul
(menyeluruh) yang meliputi segenap aspek kehidupan, selalu memperhatikan
pelbagai maslahah dan keadaan, dan mengangkat dan menghilangkan segala
beban umat. Termasuk dalam maslahah tersebut adalah sesuatu yang Allah
s.w.t. mensyariatkan dalam jual beli berupa hak memilih bagi orang yang
bertransaksi, supaya dia berpuas hati dalam urusannya.

Dalam urusan jual beli, ada kalanya terjadi penyesalan antara pihak penjual dan
pembeli disebabkan kurang berhati-hati, tergesa-gesa, penipuan atau faktor lain.

Perlu diingat bahawa prinsip utama berlakunya jual beli adalah atas dasar suka
sama suka atau meredai, maka syariat Islam memberikan kesempatan kepada
kedua-dua belah pihak yang melakukan akad jual beli untuk memilih antara dua
kemungkinan iaitu meneruskan jual beli atau membatalkannya.
5.2.1 Pengertian Khiyar
Apakah yang dimaksudkan dengan khiyar?



Manakala khiyar dari segi istilah syarak bermaksud:



Khiyar ini sangat penting dalam transaksi untuk menjaga kepentingan,
kemaslahatan dan kerelaan kedua-dua belah pihak yang melakukan kontrak
serta melindungi mereka daripada bahaya yang mungkin menimbulkan
kerugian bagi mereka. Dengan demikian, khiyar disyariatkan oleh Islam untuk
memenuhi kepentingan yang timbul daripada transaksi urus niaga dalam
kehidupan manusia.

Hak memilih yang diberikan kepada kedua-dua belah pihak (penjual dan
pembeli) sama ada hendak meneruskan jual beli mereka atau
membatalkannya mengikut syarat atau sebab tertentu yang dibenarkan oleh
syarak.
Khiyar dari segi bahasa bermaksud memilih atau menyisihkan. Secara
umumnya, khiyar ialah memilih yang terbaik antara hal atau keadaan.
5.2

TOPIK 5 MUAMALAT I


125
Hikmah yang mengharuskan melakukan khiyar, dapat disimpulkan
sebagaimana berikut:

(a) Supaya kedua-dua belah pihak (penjual dan pembeli) dapat memikirkan
dengan lebih mendalam terhadap kepentingan masing-masing;
(b) Supaya pihak penjual dan pembeli merasa puas dalam urusan jual beli;
(c) Untuk menghindarkan terjadinya penipuan dalam urusan jual beli; dan
(d) Untuk menjamin kesempurnaan dan kejujuran bagi pihak penjual dan
pembeli.
5.2.2 Jenis Khiyar
Mustofa al-Khin et. al (2004) menjelaskan bahawa khiyar dalam jual beli
terbahagi kepada tiga jenis iaitu seperti dalam Rajah 5.4.


Rajah 5.4: Tiga jenis khiyar dalam jual beli

Huraian kepada ketiga-tiga jenis khiyar diperjelaskan dalam Jadual 5.4.

TOPIK 5 MUAMALAT I

126
Jadual 5.4: Huraian Jenis Khiyar
Jenis Khiyar Huraian
Khiyar Majlis (a) Definisi
Pembeli dan penjual boleh memilih sama ada ingin meneruskan
atau membatalkan jual beli yang telah diakadkan selama mana
mereka masih belum berpisah dari majlis akad berkenaan.

(b) Dalil
Rasulullah s.a.w bersabda:


Maksudnya:
Penjual dan pembeli diharuskan khiyar selama kedua-duanya
belum berpisah dari tempat akad.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(c) Keterangan
(i) Jika mereka telah berpisah daripada majlis jual beli,
khiyar ini tidak dibenarkan dan kontrak tersebut perlu
dilaksanakan;
(ii) Maksud berpisah dari majlis akad boleh dirujuk kepada
amalan yang diguna pakai iaitu mengikut adat kebiasaan.
Jika adat kebiasaan mengatakan bahawa kedua-dua
penjual dan pembeli itu dianggap telah berpisah, maka
tidak boleh lagi melakukan khiyar majlis;
(iii) Jika urusan jual beli itu berlaku di dalam kedai yang kecil,
maka dianggap tidak boleh khiyar apabila keluar dari
kedai berkenaan;
(iv) Jika urusan jual beli itu dilakukan di dalam kedai yang
besar atau tempat lapang seperti pasar raya, pasar malam
dan padang, maka tidak boleh khiyar lagi setelah
berpaling atau beredar dua atau tiga langkah dari tempat
berkenaan (lihat Rajah 5.5);
(v) Jika penjual dan pembeli keluar bersama-sama atau
berjalan bersama-sama, maka majlis tersebut masih
berterusan dan mereka berhak menuntut khiyar selama
mana belum berpisah; dan
TOPIK 5 MUAMALAT I


127

(vi) Hak khiyar yang dimiliki tidak boleh digunakan jika
salah seorang antara mereka ataupun kedua-dua pihak
membuat keputusan untuk memeterai kontrak jual beli
tersebut. Contohnya, apabila mereka berkata, Kami telah
bersetuju untuk meneruskannya.


Rajah 5.5: Jual beli di pasar besar
Khiyar Syarat


(a) Definisi
Penjual dan pembeli atau salah seorang daripada mereka
meletakkan syarat sama ada meneruskan jual beli atau
membatalkannya dalam tempoh tertentu semasa melakukan
akad jual beli.

(b) Dalil
Rasulullah s.a.w bersabda:


Maksudnya:
Kamu boleh melakukan khiyar pada setiap yang telah dibeli
selama tiga hari tiga malam.
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

(c) Keterangan
(i) Khiyar ini dinamakan khiyar syarat kerana pihak yang
terlibat dalam urusan jual beli meletakkan syarat tertentu;
(ii) Syarat ini boleh dinyatakan ketika memeterai akad jual
beli ataupun selepas akad dilakukan, tetapi masih belum
berpisah dari majlis tersebut; dan
(iii) Tempoh yang ditetapkan dalam khiyar syarat tidak
melebihi tiga hari, menurut mazhab Syafie, jika barang
tersebut tidak mudah rosak.

TOPIK 5 MUAMALAT I

128
Khiyar Aib

(a) Definisi
Pembeli boleh mengembalikan barang yang dibelinya apabila
pada barang itu terdapat suatu kecacatan yang mengurangkan
kualiti atau harganya.

(b) Dalil
Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya:
Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lainnya, tidak
halal bagi seorang Muslim menjual suatu barang yang ada
kecacatan kepada saudara, kecuali dia menjelaskan kecacatan
itu kepadanya.
(Hadis riwayat Ibn Majah)

(c) Keterangan
(i) Apabila akad jual beli telah dimeterai dan pembeli telah
memperoleh barang yang dijual tanpa dinyatakan
sebarang kecacatan pada barang tersebut, kemudian baru
disedari wujudnya kecacatan pada barang tersebut, maka
jual beli tersebut masih sah. Namun, pembeli diberi
pilihan sama ada merelakan kecacatan yang ada atau
memulangkan semula barang tersebut kepada penjual
dan mengambil semula bayaran yang telah dibuat;
(ii) Pembeli dibenarkan melakukan khiyar aib jika dia tidak
mengetahui kecacatan pada barang ketika akad atau
ketika penerimaan;
(iii) Kecacatan pada barang dapat dibuktikan telah pun ada
sebelum akad dan ia boleh mengurangkan harga atau
kualiti barang;
(iv) Pembeli hendaklah memulangkan segera barang yang
dibeli setelah mengetahui ada kecacatan, namun ia perlu
menurut amalan setempat yang diguna pakai; dan
(v) Hak khiyar aib gugur, jika pembeli menggunakan
barangan tersebut setelah menyedari kecacatannya atau
lewat memulangkannya walaupun dia mampu berbuat
demikian.


TOPIK 5 MUAMALAT I


129
RIBA
Sungguhpun aktiviti perniagaan dianjur dan digalakkan dalam Islam, ia tidak
bermakna manusia bebas menentukan tatacara perniagaan tanpa ada prasyarat
yang mesti dituruti. Bagi memastikan kemaslahatan manusia terjamin dan
terpelihara, Islam telah mengharamkan beberapa perkara dalam aktiviti
perniagaan. Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah riba.
5.3.1 Pengertian Riba
Sayyid Sabiq (1987) dalam kitabnya berjudul Fiqh al-Sunnah menerangkan
bahawa riba dari sudut bahasa Arab ialah lebih atau bertambah. Riba dari sudut
syarak ialah setiap penambahan dalam perkara yang tertentu. Riba juga adalah
pengambilan tambahan dari harta pokok (modal) dengan cara yang batil.

Sayyid Sabiq turut menyimpulkan bahawa riba itu adalah setiap tambahan dari
harta modal yang telah ditetapkan. Riba adalah kontra atau lawan kepada jual
beli. Jual beli yang mengandungi unsur haram dan riba jauh daripada rahmat
Tuhan dan berkat-Nya.

Allah s.w.t. membicarakan konsep jual beli yang halal dan riba yang haram ini
sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 275:

%!# =2' #/9# `) ) $. `) %!# 6F 9#
9# 79 '/ #9$% $) 79# `W #/9# m& !# 79# m
#/9# %` / F$ `&# $ #= `& <) !#
$ 79`' =s& $9# $ $#z

Maksudnya:
Orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan
seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana
sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan:
Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba.Padahal Allah
telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu,
sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu
5.3
TOPIK 5 MUAMALAT I

130
ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu
(sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah
kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba
itu), maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
5.3.2 Dalil Pengharaman Riba
Terdapat beberapa dalil yang mengharamkan riba:

(a) Dalil al-Quran
Allah s.w.t. menjelaskan di dalam surah al-Baqarah, ayat 278:

$' %!# #`# #)?# !# #' $ +/ #/9# ) F.

Maksudnya:
Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan
tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba (yang masih ada pada
orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang yang beriman.
Firman Allah S.W.T lagi dalam surah al-Nisa, ayat 29:

$' %!# #`# #=2'? 39& 6/ 69$/ ) &
3? gB #? 3 #=F)? 3& ) !# %. 3/
$m
Maksudnya:
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta
kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya),
kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka
antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya, Allah sentiasa mengasihani kamu.

TOPIK 5 MUAMALAT I


131
(b) Dalil Hadis
Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim:

.

Maksudnya:
Jauhkanlah kamu dari tujuh perkara yang merosakkan, baginda menyebut
antaranya ialah riba.

Rasulullah s.a.w juga bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Daud:

.


Maksudnya:
Rasulullah s.a.w. melaknat pemakan riba, wakilnya, saksinya serta
penulisnya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan Abu Yala dengan
sanadnya yang baik, baginda menegaskan:

.
Maksudnya:
Apabila riba dan zina menjadi-jadi di sesebuah kampung (negeri), maka
sesungguhnya mereka telah membenarkan kampung (negeri) mereka
diazab oleh Allah s.w.t.

(c) Ijmak Para Ulama
Semua ulama Islam bersepakat mengatakan bahawa hukum riba adalah
haram. Bahkan, masyarakat biasa yang tidak beragama Islam pun turut
menentang riba. Secara ekonominya, riba menindas kaum yang lemah dan
miskin sedangkan si kaya akan terus mewah dan kaya-raya.
TOPIK 5 MUAMALAT I

132
5.3.3 Kesan Buruk Amalan Riba
Dr Haron Din (1985) dalam bukunya berjudul Manusia dan Islam menjelaskan
bahawa antara hikmat Islam melarang riba ini adalah seperti berikut:

(a) Riba Menyebabkan Pengambilan Harta Tanpa Tukaran Barang
Riba bererti mengambil harta orang lain tanpa ganti. Mengambil harta
orang lain tanpa ganti bererti harta seseorang telah dicabul secara paksa
tanpa kerelaan. Mencabul hartanya bererti mencabul darahnya.

(b) Riba Menghalang Orang Lain Menikmati Hasil Usahanya
Riba boleh menghalang manusia daripada mencari nafkah dengan titik
peluh sendiri. Ini disebabkan dengan modal yang ada, boleh bertambah
tanpa perlu bekerja tetapi dengan hanya mengenakan riba daripada harta
yang diberikan pinjaman kepada orang lain.

(c) Riba Membawa kepada Perselisihan dan Perpecahan Ummah
Riba boleh menyebabkan terputusnya hubungan silaturrahim dalam
masyarakat dan negara. Riba turut akan mencetuskan perbalahan dalam
kalangan anggota masyarakat dan menyebabkan tidak timbul perasaan
tolong-menolong sesama mereka.

(d) Riba Menggalakkan Sistem Kapitalisme
Riba akan menjadikan orang yang sudah kaya akan bertambah kaya dan
orang miskin akan menjadi lebih miskin serta tidak mampu membayar
pinjaman yang dipinjamnya.

(e) Riba adalah Penjajahan Bentuk Baru
Riba juga merupakan penjajahan sesuatu pihak ke atas pihak yang lain.
Kegagalan menjelaskan hutang yang disertai dengan riba menyebabkan
pihak penerima hutang terpaksa memberikan hartanya kepada pemiutang
dan ia terpaksa akur dengan semua kehendak pemiutang.

(f) Riba adalah Penentangan Hukum Allah
Riba bererti berperang dengan Allah dan Rasul-Nya. Mengamalkannya
bermaksud menentang hukum Allah, sedangkan Dia menyediakan
alternatif yang halal untuk diamalkan dalam kehidupan mereka.

TOPIK 5 MUAMALAT I


133

5.3.4 Jenis Riba
Mohd Rifai et al. (1982) menjelaskan bahawa riba itu terbahagi kepada tiga
bahagian seperti dipaparkan dalam Rajah 5.6.


Rajah 5.6: Tiga jenis riba

(a) Riba Fadhl
Al-Fadhl di dalam bahasa Arab bermaksud lebih.



Contoh yang lain seperti seseorang menukarkan wang RM10 miliknya
dengan wang RM20 milik orang lain.

Riba ini berlaku bagi pertukaran atau penjualan antara dua barang yang
sama jenis seperti penjualan atau pertukaran antara gandum dengan
gandum dan duit dengan duit.

Semua ulama bersepakat mengatakan bahawa riba jenis ini adalah
diharamkan oleh Allah s.w.t.

Riba fadhl bermaksud jualan yang disertai dengan penambahan antara
dua barang yang ditukarkan seperti seseorang menukarkan satu kilo
gandum yang dimilikinya dengan dua kilo gandum milik orang lain.
Apakah maksud riba? Jelaskan kesan negatif yang berlaku akibat
amalan riba.
SEMAK KENDIRI 5.2
TOPIK 5 MUAMALAT I

134
(b) Riba Yad
Al-Yad di dalam bahasa Arab bemaksud tangan.



(c) Riba Nasiah



Riba jenis ini amat popular dalam kalangan masyarakat jahiliah. Riba ini
berlaku apabila seseorang lelaki memberikan sejumlah hutang kepada
seorang yang lain untuk satu tempoh masa, contohnya, selama 12 bulan.
Dalam masa yang sama, diletakkan syarat. Jika dalam tempoh 12 bulan,
orang yang berhutang itu tidak mampu untuk menjelaskannya, tempoh
masa akan dilanjutkan mungkin selama 6 bulan dengan bayaran tambahan.

Semua ulama Islam bersepakat mengatakan bahawa riba jenis ini juga
adalah diharamkan oleh Allah s.w.t.
5.3.5 Jenis Barangan Ribawi
Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan dalam hadisnya tentang barang yang boleh
berlakunya riba di mana Ubadah al-Samit r.a. berkata:

.
Maksudnya:
Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w melarang menjual emas
dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair dengan syair,
tamar dengan tamar, garam dengan garam kecuali bersamaan, ain dengan ain,
Riba nasiah ialah satu bayaran tambahan yang diwajibkan oleh pemberi
hutang kepada orang yang berhutang kerana pembayaran hutang secara
bertangguh.
Riba yad dalam syariat Islam ialah riba yang berlaku apabila barang
tidak diserahkan semasa majlis akad jual beli berlangsung.
TOPIK 5 MUAMALAT I


135
maka sesiapa yang menambah atau meminta tambah, maka dia telah melakukan
riba.
(Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai & Ahmad)

Nabi menjelaskan bahawa riba boleh berlaku kepada enam barangan seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 5.7.


Rajah 5.7: Enam jenis barangan ribawi

Emas dan perak merupakan dua unsur penting dalam perniagaan dan ia menjadi
sumber kepada mata wang negara. Empat lagi barangan lain yang disebutkan
merupakan bahan makanan asasi yang diperlukan oleh manusia.

Baginda s.a.w. turut menjelaskan bahawa sebab berlakunya riba kepada
barangan tersebut adalah disebabkan oleh jual beli yang tidak sama
timbangannya, barangan tidak diserahkan semasa berlakunya akad dan bayaran
tambahan yang diminta daripada harta modal yang diberikan pinjam kepada
peminjam.



Huraikan maksud konsep berikut:
(a) Riba fadhl;
(b) Riba yad; dan
(c) Riba nasiah.
SEMAK KENDIRI 5.3
TOPIK 5 MUAMALAT I

136
CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Dalam bahagian yang terakhir ini, kita akan melihat kepada cadangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi Topik 5. Walau bagaimanapun, anda tidak
perlu terikat dengan kaedah yang disediakan tersebut kerana ia hanyalah
cadangan. Anda boleh menggunakan kombinasi kaedah lain yang sesuai untuk
diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran, mengikut objektif pengajaran,
kesesuaian waktu mengajar, jumlah pelajar, topik yang diajar dan tahap
kebolehan serta kemampuan pelajar anda.

Sila baca dan teliti perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dijelaskan dalam Jadual 5.5.

Jadual 5.5: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah Penyampaian
(a) Penerangan Konsep Jual Beli
(i) Guru menayangkan VCD lakonan yang berkaitan dengan aktiviti jual beli;
(ii) Bersoal jawab dengan pelajar mengenai aktiviti serta barang yang diniagakan
dalam lakonan tadi;
(iii) Guru menjelaskan kepada pelajar mengenai takrif, dalil serta hukum jual beli;
(iv) Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang rukun jual beli;
(v) Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan
hikmah jual beli yang menepati syarak;
(vi) Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas;
(vii) Guru membuat rumusan tentang hasil pembentangan pelajar;
(viii) Pelajar diminta untuk mencatat nota mengenai rukun dan hikmah jual beli;
(ix) Sumbang saran mengenai jual beli yang berlaku tanpa ijab dan kabul seperti
jual beli dengan mesin dan Internet; dan
(x) Guru membuat rumusan tentang hasil pembelajaran pada hari ini.

5.4
TOPIK 5 MUAMALAT I


137

(b) Penerangan Konsep Khiyar dalam Jual Beli
(i) Guru menerangkan kepada pelajar pengertian, dalil dan hikmah khiyar;
(ii) Guru menjelaskan jenis khiyar dalam jual beli;
(iii) Guru meminta pelajar melakonkan aktiviti khiyar dalam jual beli;
(iv) Guru menyoal beberapa pelajar mengenai jenis khiyar dalam jual beli,
sebagaimana yang dilakonkan oleh pelajar; dan
(v) Guru membuat rumusan mengenai hasil pembelajaran pada hari ini.
(c) Penerangan Konsep Riba
(i) Guru menjelaskan kepada pelajar pengertian dan dalil pengharaman riba;
(ii) Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan
kesan buruk amalan riba;
(iii) Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka tadi di hadapan
kelas;
(iv) Guru membuat rumusan tentang hasil pembentangan pelajar;
(v) Guru menjelaskan jenis riba;
(vi) Guru mengutarakan beberapa soalan berkaitan dengan jenis riba. Pelajar
diminta berfikir sejenak mengenainya;
(vii) Guru memilih beberapa pelajar untuk menjawab soalan tersebut dan jawapan
mereka adalah sampel kepada jawapan rakan lain;
(viii) Guru membuat rumusan dan meminta pelajar mencatat nota mengenai jenis
riba; dan
(ix) Guru membuat rumusan mengenai hasil pembelajaran pada hari ini.

Cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipaparkan di atas
hanyalah merupakan contoh semata-mata. Anda boleh menggunakan kreativiti
anda dengan melakukan tokok tambah mengikut kesesuaian dalam situasi
sebenar. Namun, sekali lagi ditegaskan di sini, rancanglah aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Pastikan pelajar terlibat
sepenuhnya di dalam kelas. Pilih kaedah dan teknik yang sesuai dengan topik
dan kemahiran yang hendak diajar. Sila dapatkan maklumat lanjut daripada
buku pedagogi yang berkaitan.
TOPIK 5 MUAMALAT I

138

Jual beli bermaksud pertukaran bagi mendapat sesuatu harta yang boleh
dimiliki dengan suatu harta lain seperti duit dan sebagainya, dan harta
berkenaan boleh memberikan manfaat kepada pembeli dengan cara yang
diredai antara keduanya dengan menggunakan lafaz ijab dan kabul.

Rukun jual beli ada empat iaitu penjual dan pembeli, barang jualan, harga
dan akad jual beli.

Khiyar dalam jual beli ialah hak memilih yang diberikan kepada kedua-dua
belah pihak (penjual dan pembeli) sama ada hendak meneruskan jual beli
mereka atau membatalkannya mengikut syarat atau sebab tertentu yang
dibenarkan oleh syarak.

Khiyar terbahagi kepada tiga jenis iaitu khiyar majlis, khiyar syarat dan
khiyar aib.

Riba bermaksud setiap tambahan yang dikenakan daripada harta modal
yang telah ditetapkan.

Jenis riba yang wujud ialah riba fadhl, riba yad dan riba nasiah.

Riba adalah produk ciptaan Yahudi yang bertujuan untuk meruntuhkan
kekuatan ekonomi umat Islam.

Menerapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.


Akad
Ijab dan kabul
Jual beli
Khiyar
Khiyar majlis
Khiyar syarat
Khiyar aib
Riba
Riba fadhl
Riba nasiah
Riba yad
TOPIK 5 MUAMALAT I


139

Al-Quran al-Karim. Rasm Uthmani.

Ahmad Isa Asyur. (t.th). Al-Fiqh Muyassar. Maktabah al-Quran.

Apendi Sahi et al. (2004). SPM Pendidikan Islam. Petaling Jaya: Sasbadi.

Fauziah Mohd Ramli, & Aminah Idris. (2002). Pendidikan Islam tingkatan empat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haron Din et al. (1988). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Watan.

Idris Ahmad. (2001). Fiqh Syafie. Jilid 2. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Mohd Rifai, Mohd Zuhri, & Salomo. (1982). Terjemahan khulasah kifayatul
akhyar. Semarang: C. V. Toha.

Muhammad Ismail Daud Fatani. (t.th). Matlaal-badrayn wa majmaal-bahrain.
Maktabah wa Matbaah Muhammad al-Huda wa Awladuh.

Muhammad Mukhtar Syafie. (1982). Mengenal Islam: tingkatan satu. Kuala
Lumpur: Pustaka Antara.

Muhammad Rawas Qalah Ji, & Hamid Sadiq Qunaibi. (1988). Mukjam lughah
al-fuqaha. Beirut: Dar al-Nafais.

Mustofa al-Khin et al. (2004). Al-fiqh al-manhaji: Kitab fikah mazhab Syafie
(Terjemahan). Jilid 6. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Sayyid Sabiq. (1987). Fiqh al-sunnah. Jilid 3. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabiyy.

Wahbah al-Zuhaili. (1987). Al-fiqh al-Islamiy wa adillatuh. Jilid 4. Damsyiq: Dar
al-Fikr.

Anda mungkin juga menyukai