Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR SARAWAK

Lampiran 1A INTERNSHIP KERTAS CADANGAN PROJEK/AKTIVITI NAMA PELAJAR : Raja Nazran Shah bin Raja Ainal Shah PROGRAM : PISMP BM/PJ/PSK Ambilan Januari 2010 NAMA SEKOLAH : Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Merah, Sibu NAMA PROJEK/AKTIVITI: Pengendalian Perhimpunan Mingguan Sekolah TEMPOH PELAKSANAAN: 1 Hari RASIONAL Pengendalian perhimpunan sekolah ini merupakan satu projek yang relevan dengan keperluan seorang guru permulaan apabila mula berkhidmat di sekolah kelak. Hal ini kerana, setiap sekolah akan menetapkan bahawa setiap guru akan mengendalikan perhimpunan mingguan. Oleh itu, pengalaman yang diperoleh semasa program Internship ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan awal dan pengalaman bermakna kepada guru pelatih untuk menimba ilmu yang berguna terutama sekali dalam hal-hal mengendalikan perhimpunan supaya perjalanan majlis perhimpunan dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Selain itu, ianya juga dapat memberikan keyakinan kepada guru untuk bersuara di hadapan hadirin tanpa perasaan gugup dan gementar. Menjadi tanggungjawab bagi guru untuk memastikan keadaan muridmurid sentiasa dalam keadaan bersedia untuk mendengar amanat yang akan disampaikan oleh guru-guru terutama sekali amanat daripada guru besar. Untuk itu, guru haruslah cekap dalam mengendalikan murid terutama sekali dalam mengendalikan disiplin murid agar tiada murid yang membuat bising dan mengganggu rakan-rakan lain. Melalui projek ini, diharap guru pelatih dapat membuat laporan yang lengkap dengan mengambil kira dari sudut pemikiran reflektif dengan memikirkan tentang kekuatan dan kelemahan yang berlaku sepanjang pengendalian perhimpunan mingguan berlangsung. Oleh itu, segala perkara yang berlaku dapat dibuat penambahbaikan dan dibuat tindakan
JUN 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR SARAWAK

susulan yang bersesuaian agar kelemahan yang berlaku tidak berulang lagi pada masa hadapan. OBJEKTIF : 1) Merancang program perhimpunan mingguan. 2) Mengendalikan majlis perhimpunan. 3) Memastikan disiplin murid-murid berada dalam keadaan yang baik dan teratur. 4) Membuat dokumentasi dan laporan tentang projek yang dilaksanakan.

STRATEGI PELAKSANAAN: 1) Merangka tentatif bagi majlis perhimpunan mingguan. 2) Menjadi pengacara majlis semasa majlis perhimpunan mingguan berlangsung. 3) Sentiasa peka dan dapat mengawal disiplin murid semasa perhimpunan dengan membuat kerjasama yang baik dengan pengawas sekolah. 4) Menguruskan perhimpunan sekolah dengan baik mengikut perancangan yang ditetapkan. PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROJEK/AKTIVITI Pelan Tindakan Pelaksanaan ini merupakan persediaan sebelum aktiviti ini dilaksanakan. Ianya merupakan senarai semak yang perlu diikuti agar tiada sebarang perkara penting yang tertinggal semasa aktiviti dijalankan kelak. Berikut merupakan pelan tindakan yang telah dirancang. 1) Merujuk kepada guru yang diberi tugas untuk mengendalikan perhimpunan mingguan. Guru yang bertanggungjawab mengendalikan perhimpunan mingguan ini ialah Puan Murni Abdullah. Antara perkara yang akan dirujuk ialah berkenaan

JUN 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR SARAWAK

kawasan perhimpunan, aktiviti sepanjang perjalanan majlis dan perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas perhimpunan. 2) Merangka kertas cadangan Projek Pengendalian Perhimpunan Mingguan Sekolah. Penghasilan kertas cadangan ini merupakan salah satu kehendak IPG untuk guru pelatih yang mengadakan Program Internship. Penghasilan kertas kerja ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk membuat kertas cadangan agar semasa berkhidmat kelak, mereka dapat menghasilkan satu kertas kerja yang lengkap dan mengikut format yang dikehendaki. Semasa taklimat Program Internship yang diadakan pada 26 Jun 2013, Ketua Unit Praktikum telah menjelaskan tentang format kertas cadangan ini dan isi kandungan yang perlu ada pada setiap kertas cadangan yang dirangka. 2) Pembahagian tugas bersama pasangan Internship. Oleh kerana projek ini merupakan projek berkumpulan, maka program mengendalikan perhimpunan mingguan ini akan dilakukan oleh dua orang guru pelatih yang menjalani Program Internship di Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Merah ini. Pembahagian tugas merangkumi pengacara majlis, penyediaan alatan siaraya (P.A System), penyediaan kawasan perhimpunan seperti kerusi guru serta dokumentasi. 3) Menyediakan tentatif Majlis Perhimpunan Mingguan. Setiap program atau majlis yang diadakan akan disediakan dengan tentatif ataupun atur cara majlis. Hal ini sangat penting kerana tanpa atur cara majlis yang terancang, maka perjalanan majlis atau sesuatu program itu tidak dapat berjalan lancar.

JUN 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR SARAWAK

4) Penyediaan Kerusi Guru di Tapak Perhimpunan. Seperti kebiasaan bagi setiap perhimpunan mingguan, setiap kelas akan dipertanggungjawabkan untuk bertugas menyediakan kerusi guru di tapak perhimpunan. Pada hari perhimpunan mingguan tersebut iaitu pada 8 Julai 2013 bersamaan dengan hari Isnin, kelas 6 Melur telah diberi tugas berkenaan dan dipantau oleh guru kelas mereka iaitu Puan Hartini binti Alias. Guru kelas akan memastikan bahawa murid kelas tersebut akan menyediakan kerusi yang mencukupi untuk guru-guru. Selain itu, mereka turut menyediakan rostrum bagi kegunaan guru besar, penolong kanan dan guru-guru lain yang ingin menyampaikan amanat semasa perhimpunan tersebut. 5) Penyediaan Peralatan Siaraya (PA System) Perhimpunan di sekolah biasanya menggunakan peralatan siaraya yang merangkumi mikrofon, pembesar suara dan radio. Penggunaan peralatan ini adalah penting bagi memastikan setiap amanat yang disampaikan semasa perhimpunan dapat didengari oleh semua hadirin. Selain itu, nyanyian lagi sekolah juga memerlukan penggunaan radio untuk diikuti oleh murid-murid. 6) Penyediaan Skrip Pengacara Majlis Penyediaan skrip untuk pengacara majlis merupakan perkara penting yang harus dibuat semasa pengendalian perhimpunan. malahan, setiap majlis rasmi yang diadakan memerlukan skrip yang telah disediakan. Berikut merupakan skrip perhimpunan bagi pengacara majlis yang telah disediakan: i. ii. Selamat pagi dan salam sejahtera kepada Guru Besar, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi. Bagi memulakan perhimpunan kita pada pagi ini, marilah kita bersamasama menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Guru-guru dipersilakan berdiri. iii. iv. Seterusnya ialah bacaan doa dan ikrar murid. Guru-guru dan murid-murid dipersilakan duduk.

JUN 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR SARAWAK

v.

Sempena dengan Bulan Bahasa Melayu ini, saya ingin menjemput Ustazah Nurul Zhaty, Puan Maryline dan Adik Mohd Zulazzery untuk mendeklamasikan sajak yang bertajuk Dirgahayu Bahasaku.

vi.

Terima kasih di atas persembahan yang menarik itu. Di harap murid dapat mengambil iktibar dan pengajaran yang terdapat pada sajak tersebut.

vii. viii. ix. x. xi.

Seterusnya, dijemput guru-guru untuk menyampaikan maklumat dan pengumuman. Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Guru Besar untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar. Bagi mengakhiri perhimpunan kita pada pagi ini, marilah kita bersamasama menyanyikan lagu sekolah Ilmu Suluh Hidup. Terima kasih dan kita boleh bersurai ke kelas masing-masing mengikut barisan.

7) Kawalan disiplin murid. Kawalan disiplin yang sistematik dan terancang akan dapat menjadikan perhimpunan menjadi lebih teratur dan segala maklumat yang ingin disampaikan dapat disampaikan dengan jelas serta dapat difahami oleh murid-murid. Oleh itu, menjadi tugas pengawas sekolah untuk memastikan murid-murid tidak membuat bising dan tidak mengganggu rakan-rakan lain. Untuk itu, telah diagihkan tugastugas pengawas untuk mengendalikan satu kelas untuk setiap orang agar pengawalan disiplin murid dapat dijalankan dengan mudah. Selain itu, guru pelatih akan menjalankan tugas juga untuk memastikan tahap disiplin murid berada dalam keadaan yang baik. 8) Bacaan Doa Seperti kebiasaannya, setiap perhimpunan dan majlis akan diadakan bacaan doa bagi merahmati perjalanan majlis dan program. Oleh itu, telah dilantik seorang pembaca doa dalam kalangan pelajar bagi mengetuai upacara

JUN 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR SARAWAK

bacaan doa ini. Skrip bagi doa perhimpunan juga turut disediakan bagi memudahkan pembaca doa untuk mengetuai upacara ini. 9) Bacaan ikrar Aktiviti Perhimpunan Mingguan sekolah ini juga turut diisi dengan bacaan ikrar murid dan ikrar Rukun Negara. Bacaan ikrar ini akan diketuai oleh seorang murid yang telah dilantik. Berikut merupakan skrip bagi lafaz ikrar tersebut: Bahawa kami, Murid-murid sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Merah Berikrar dengan sepenuh hati Memenuhi tanggungjawab kami Untuk menumpukan segala tenaga dan usaha Ke arah kecemerlangan Dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah Menghormati guru-guru dan kakitangan sekolah, Kedua ibu bapa kami, rakan-rakan kami, dan Mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah sepanjang masa, Kami juga akan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan 10) Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Lagu Sekolah. Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Lagu Sekolah merupakan lagu-lagu yang wajib dinyanyikan semasa setiap perhimpunan. malahan, ianya seperti menjadi satu tradisi dalam amalan bagi perhimpunan di setiap sekolah. Untuk
JUN 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR SARAWAK

persediaan ini, warga sekolah akan menyanyikan lagu ini secara serentak dengan iringan muzik dan lagu yang diperdengarkan melalui radio yang telah disediakan. Oleh itu, penyediaan lagu-lagu ini amat penting agar perjalanan perhimpunan ini akan berjalan lancar dan berlangsung seperti biasa. 11) Bendera Semasa lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku dinyanyikan, bendera akan dinaikkan oleh beberapa orang murid. Oleh yang demikian, beberapa orang murid dalam kalangan pengawas sekolah akan dipilih untuk dipertanggungjawabkan menaikkan bendera ini semasa lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku dinyanyikan. 12) Persembahan Deklamasi Sajak Bagi memastikan pengendalian perhimpunan bulanan ini memberikan pengalaman yang berguna, persembahan deklamasi sajak akan diadakan. Persembahan deklamasi sajak ini diadakan bersempena dengan Bulan Bahasa Melayu yang telah dilancarkan baru-baru ini. Persembahan ini merupakan satu usaha kami bagi memastikan projek yang dijalankan ini bukan sekadar projek yang biasa-biasa sahaja, malahan mempunyai input dan ilmu yang berguna untuk disampaikan kepada hadirin semasa perhimpunan tersebut. Berikut merupakan cadangan nama pendeklamasi sajak pada perhimpunan tersebut: i. ii. iii. Cik Nurul Zhaty Isymah binti Hapis Puan Maryline anak Chanting Mohd Zulazzery bin Zaaba

12) Dokumentasi dan Pelaporan Dokumentasi dan pelaporan merupakan salah satu cara untuk

melaporkan sesuatu perkara, aktiviti dan acara yang berlaku. Ia juga menjadi bukti bahawa sesuatu perkara, aktiviti dan acara tersebut dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Proses dokumentasi ini memerlukan penulisan laporan yang disertakan gambar sebagai bukti. Laporan dibuat berdasarkan
JUN 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR SARAWAK

perkara yang terjadi sebelum aktiviti, semasa dan selepas aktiviti berakhir. Laporan ini juga meliputi proses membuat refleksi iaitu mengimbas kembali perkara yang berlaku bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan semasa projek dilaksanakan. Selain itu, amalan refleksi ini membantu dalam mencari penambahbaikan dan tindakan susulan yang diperlukan tentang sesuatu perkara. JAWATANKUASA PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SUNGAI MERAH. Pengerusi Naib Pengerusi : : Encik Hamdi bin Najdi (Guru Besar) Encik Idrus bin Mohd Rashid (PK 1) Encik Raden Budiman bin Raden Mahmud (PK HEM) Encik Hasnul bin Abu Samat (PK KK) Setiausaha Siaraya & Teknikal : : Puan Murni Abdullah Encik Clifford Cik Nurliza anak Genam Kawalan Murid : Guru-guru Kelas Pengawas Sekolah Ketua & Penolong Ketua Kelas Persiapan Tempat PENUTUP Diharap dengan terlaksananya projek ini dapat memberikan kami sebagai guru pelatih yang berpengalaman untuk mengendalikan perhimpunan sekolah. Pengalaman ini penting untuk diaplikasikan semasa berkhidmat sebagai guru sebenar suatu hari nanti. Kerjasama dan panduan daripada pihak guru-guru dan rakan-rakan amatlah diharapkan agar segara perancangan dapat dijalankan mengikut waktu dan masa yang ditetapkan tanpa sebarang masalah dan gangguan. Komen Mentor:
JUN 2013

Kelas Tahap 2 ( Ikut giliran masing-masing)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR SARAWAK

________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ _______________________________________________________________

Disemak oleh Mentor Catatan:

Disahkan oleh Guru Besar Catatan:

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

JUN 2013

Anda mungkin juga menyukai