Anda di halaman 1dari 1

TERAPI BELON DAN PICTURE EXCHANGE COMMUNICATION

SYSTEM (PECS) MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR


MURID AUTISME

NURULAINI BINTI KUSMANIIRAT


SK KUALA KUBU BHARU
aini1989@gmail.com

Abstrak
Terapi belon dan Picture Exchange Communication System (PECS) merupakan satu
kaedah yang digunakan untuk menangani masalah pertuturan murid autisme. Kajian
ini dilakukan terhadap seorang murid autisme dari kelas PPKI daerah Hulu Selangor.
Masa yang diambil untuk mengumpul maklumat adalah selama sebulan. Tinjauan awal
telah dilaksanakan dengan menggunakan pemerhatian, temu bual dan ujian bahasa
yang diadaptasi daripada Ujian Bahasa Bayi dan Ujian Bahasa Kanak-kanak Rohani
Abdullah (2010). Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa peserta kajian memiliki
kemahiran bertutur yang lemah dari aspek penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Intervensi
bagi mengatasi masalah ini adalah menggunakan terapi belon iaitu belon air dan udara
serta penggunaan kad bergambar. Hasil kajian diperoleh melalui ujian pra,
pemerhatian dan ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan, melalui terapi belon
peserta kajian mampu menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala melalui
penggunaan Picture Exchange Communication System (PECS) perbendaharaan kata
peserta kajian dapat ditingkatkan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terapi belon
dan Picture Exchange Communication System (PECS) berjaya mengatasi masalah
pertuturan murid autisme.

Kata kunci: terapi belon, Picture Exchange Communication System (PECS), autisme,
masalah pertuturan.

Anda mungkin juga menyukai