Anda di halaman 1dari 2

Abah, Kau insan yang sangat aku hormati, Kau juga insan yang teramat mulia, Pada pandangan

hati dan akalku, Kesabaran kau begitu mengagumkan aku, Tanpa keluh kesah, Kau rela berpanas dan berhujan, Demi membesarkan anakmu ini, Abah, Kepayahan kau dalam mendidik aku, Amatlah aku hargai, Biarpun hanya berbekalkan tulang 4 keratmu yang tidak seberapa itu, Engkau terus berjuang, Untuk menyelesakan aku, Sehingga membuatkan aku berazam, Untuk membalas jasamu itu, Yang tak pernah kenal erti jemu, Abah,Ketahuilah, Anakmu ini teramat sayang padamu, Biarpun terkadang diherdik, dimarah, Aku tetap akan selalu menyayangimu, Kerana engkau adalah abahku, Namun, Kata-kata yang terlafaz dibibirmu dulu, Membuatkan hatiku tertusuk sembilu, Tuduhan yang kau lemparkan hari itu, Teramat berat untuk aku galas, TIDAK!!!! Aku bukan seperti itu! Aku bukan begitu! Aku masih anakmu yang dahulu, Aku masih seperti dulu, abah, Anak yang masih mendambakan kasih sayang darimu,

Anak yang masih memerlukan perhatianmu itu, Dan, anak yang masih lagi anakmu, Percayalah abah! Anakmu ini tidak pernah berubah dan tidak akan berubah, Selamanya akan kekal seperti dahulu...

Anda mungkin juga menyukai