Anda di halaman 1dari 14

Hadis-Hadis berkaitan

kelebihan hafazan Al-


Quran
MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH
SWT
Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Daripada Anas ra. Ia berkata
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya
Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada
manusia." Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah
s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah.
Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang
membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan
isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang
yang istimewa bagi Allah.

DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING
TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
"Daripada Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari
nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti
para ahli Al Quran di perintahkan, "Bacalah
dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran
dengan tartil seperti engkau membacanya
dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat
tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling
akhir yang engkau baca."

AHLI AL QURAN ADALAH ORANG
YANG ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w "Daripada Anas ra.
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Para pembaca Al Quran itu adalah orang-
orang yang arif di antara penghuni syurga,"

HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI
SEKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
" DaripadaAbdullah Bin Mas'ud ra. Daripada
nabi s.a.w. baginda bersabda: " bacalah Al
Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati
orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan
Allah, siapa yang memasukkunya ia akan
aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al
Quran maka hendaklah ia bergembira."

DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w
menyatukan dua orang daripada orang-orang yang
gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, "dari mereka berdua
siapakah paling banyak hafal Al Quran?" apabila ada
orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya,
maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih
dahulu ke liang lahad."

diangkat sebagai pemimpin
Selain itu orang yang menghafal Al-Quran juga
diangkat sebagai pemimpin seperti di dalam
maksud hadith riwayat muslim Yang menjadi
imam suatu kaum adalah yang paling
banyak hafalannya.
Ibu bapanya mendapat kemuliaan

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang
terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan
dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu
akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu
berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam
Ahmad , Abu Daud)

Hadith ini jika diteliti telah mengaitkan suatu kelebihan yang amat besar
kepada ibu bapa. Secara logiknya adalah sesuatu yang tidak wajar apabila
orang yang tidak ada kena mengena telah mendapat suatu kelebihan yang
berpunca dari amalan orang lain. Tetapi inilah dia method yang telah
digunakan oleh Nabi s.a.w dalam menceritakan kelebihan yang dijanjikan
Allah kepada seorang penghafaz Al-Quran.


Penghafaz al-Quran
mendapat pengiktirafan dari Nabi
Muhammad S.A.W

Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang
syuhada Uhud kemudian beliau bersabda,
Manakah di antara keduanya yang lebih banyak
hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah
satunya, maka beliau mendahulukan
pemakamannya di liang lahat. (Riwayat Bukhari)

Penghafaz al-Quran mendapat pahala
yang berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab
Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca)
dengannya (al-Quran) pahala dan pahala
digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak
kata bahawa alif laam mim itu satu huruf tetapi
alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu
huruf (Riwayat Tarmizi)


Penghafaz al-Quran akan
mendapat syafaat (penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda, Bacalah olehmu al- Quran,
sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada
hari kiamat kepada para pembacanya
(penghafalnya).(Riwayat Muslim)

Begitulah kelebihan-kelebihan bagi orang yang menghafal Al-Quran.
Sesungguhnya Al-Quran itu wajib dipelajari bagi kita umat islam
kerana didalam sembahyang pun kita membaca Al-Quran.
Sebaik-baik kamu adalah orang yang
menghafaz Al-Quran dan mengajarkannya

Ada dua pendapat ulama berkenaan hadith ini,
iaitu huruf wau yang menghubungkan antara
kata belajar dan mengajar. Ada yang
mengatakan seseorang itu akan mencapai darjat
sebaik2 manusia apabila dia bukan sahaja belajar
tetapi diikuti dengan mengajar dan menyebarkan
Al-Quran tersebut. Manakala selebihnya
mengatakan memadai dengan menunaikan satu
sahaja.

Barangsiapa yang menghafaz Al-Quran dan
beramal dengan isi kandungannya, maka Allah
akan memakaikan kepada kedua orang tuanya
pada hari kiamat, suatu mahkota yang mana
kilauannya lebih cerah berbanding cahaya
matahari .

Hadith ini jika diteliti telah mengaitkan suatu kelebihan
yang amat besar kepada ibu bapa. Secara logiknya adalah
sesuatu yang tidak wajar apabila orang yang tidak ada
kena mengena telah mendapat suatu kelebihan yang
berpunca dari amalan orang lain. Tetapi inilah dia
method yang telah digunakan oleh Nabi s.a.w dalam
menceritakan kelebihan yang dijanjikan Allah kepada
seorang penghafaz Al-Quran.

http://blogpbu.blogspot.com/2010/09/kem-
tahfiz-perdana-pusat-bimbingan.html
http://www.hafizpage.tripod.com/keutamaan
_penghafaz.htm

Anda mungkin juga menyukai