Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI – 1

TAHUN 2022/2023
SK SIKIJANG
ISKANDAR PUTERI JOHOR.

Tarikh : 21/3/2022
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran:
1. Pn. Sarinah binti Md Jamin – Guru Besar Sk Sikijang
2. Mohamad Nazrul bin Mansor Majdi = Ketua Panitia
3. Mohd Anas bin Abdul Halim
4. Chitra A/P Ganesan

AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Kali -1 bagi
sesi 2022/2023

1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang dapat
dijalankan dengan sebaik mungkin.

AGENDA 2 : RANCANGAN MENGAJAR

2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis dengan
berpandukan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang terkini dan mengikut
Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu [ PU(A) 531 Per 7&PU (A) 531 Per 8 ].

2.2 Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran diserahkan kepada semua guru mata pelajaran.

2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah disiapkan. Mengucapkan
terima kasih kepada guru-guru yang menyediakan RPT 2022/2023. RPT Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan akan dibuat dalam bentuk Hard Copy dan Soft Copy.

2.4 Pengerusi menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurang-kurangnya perlu ada
tunjang, tajuk, sub tajuk, objektif, aktiviti, BBM dan catatan.

AGENDA 3 : AKTIVITI TAHUNAN

3.1 Memaklumkan bahawa buku tulis mesti ada untuk pendidikan kesihatan. Wajib ada aktiviti dalam
buku tulis sebagai bukti kita menjalankan sesi pendidikan kesihatan.

3.2 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan 3 untuk penggal
pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut perlu direkodkan aplikasi PAJSK.
AGENDA 4: ANGGARAN PERBELANJAAN

4.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang diperlukan untuk tahun
ini dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta peralatan tersebut melalui nota minta yang
boleh didapati di pejabat.

4.2 En Anas mencadangkan supaya membeli lebih banyak bola memandangkan kita kekurangan bola di
stor PJ.

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan memastikan peralatan
tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga segala peminjaman peralatan dicatatkan
dalam buku catatan peminjaman peralatan.

5.2 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar yang segera untuk
proses membuat tempahan barang.

AGENDA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al Asr’.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.20 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………… ………………………………………………..
( En. Mohamad Nazrul bin Mansor Majdi ) ( Pn Sarinah bt Md Jamin)

Ketua Panitia PJPK, Guru Besar


SK Sikijang, Iskandar Puteri, Johor.
SK Sikijang, Iskandar Puteri, Johor

Anda mungkin juga menyukai