Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI – 4

TAHUN 2022/2023
SK SIKIJANG
ISKANDAR PUTERI JOHOR.

Tarikh : 24/11/2022
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran:
1. Pn. Sarinah binti Md Jamin – Guru Besar Sk Sikijang
2. Mohamad Nazrul bin Mansor Majdi = Ketua Panitia
3. Mohd Anas bin Abdul Halim
4. Chitra A/P Ganesan

AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Kali -2 bagi
sesi 2022/2023

1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang dapat
dijalankan dengan sebaik mungkin.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

1.3 Pengesahan minit mesyuarat Bil 3 / 2022/2023, disahkan tanpa sebarang pindaan.
Cadangan : En Anas b Abdul Halim
Sokongan: Chitra A/P Ganesan

PERKARA – PERKARA BERBANGKIT

1.4 Tiada perkara berbangkit.

Ujian Segak
Ketua panitia mengingatkan guru untuk melaksanakan ujian SEGAK kali ke 2 dan mengisi data dalam PAJSK.

Stor Sukan

1.5 Barang-barang dalam stor sukan tidak perlu diubah dan perlu disusun
mengikut kedudukan sekarang.

HAL-HAL LAIN

2.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan memastikan peralatan
tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga segala peminjaman peralatan dicatatkan
dalam buku catatan peminjaman peralatan.

2.2 Guru diingatkan untuk memberitahu pelajar supaya mengambil dan menyimpan alat sukan dalam
stor dengan kemas dan tersusun.
UCAPAN PENANGGUHAN

3.1 Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al Asr’.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.20 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………… ………………………………………………..
( En. Mohamad Nazrul bin Mansor Majdi ) ( Pn Sarinah bt Md Jamin)

Ketua Panitia PJPK, Guru Besar


SK Sikijang, Iskandar Puteri, Johor.
SK Sikijang, Iskandar Puteri, Johor

Anda mungkin juga menyukai