Anda di halaman 1dari 8

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI (JKPA)


PUSAT KEGIATAN GURU BIDOR
BIL. 2/2017

Tarikh : 1 November 2017

Hari : Rabu

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Komputer, Pusat Kegiatan Guru Bidor

Hadir :

1. Pn. Hjh. Roslina Abdul Rani Pengerusi


Guru Besar. SK Bidor

2. En. Ahmad Salehudin Muhamad Asarudin Setiausaha


Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP), PKG Bidor

3. Pn. Siti Sharipah Undar


Guru Besar, SK Kampong Poh

4. Pn. Roziah Zol


Guru Besar, SK Jeram Mengkuang

5. En. Amir Hamzah Jamaluddin


Guru Besar, SK Pos Gedong

6. En. Mahazir
Wakil Guru Besar, SK Kampung Senta

7. En. Tarmizi Husain


Wakil Guru Besar, SK Bidor 2

8. En. Sundar Shanmugam


Wakil Guru Besar, SK Seri Bidor

9. Pn. Chan Lee Yoon


Guru Besar, SJKC Choong Hua 1

10. Pn. Chin Ngan Yeng


Guru Besar, SJKC Choong Hua 2
11. Pn. Leong Li Yoon
Guru Besar, SJKC Pin Min

12. Pn. Tan Kok Choo


Guru Besar, SJKC Kampung Coldstream

13. En. Kong Lap Chee


Guru Besar, SJKC Tanah Mas

14. En. Syazwan Toh Abdullah


Guru Besar, SJKC Pekan Pasir

15. Pn. Wong Ve Chin


Guru Besar, SJKC Kuala Bikam

16. En. Palany Suppiah


Guru Besar, SJKT Tun Sambanthan

17. Pn. Visagi G. Muniandy


Guru Besar, SJKT Ladang Bidor Tahan

18. Pn. Krishnanveny Perumal


Guru Besar, SJKT Ladang Banopdane

19. Pn. Hjh. Zabidah Hassim


Pengetua, SMK Bidor

20. Pn. Cheong Yoke Fung


Wakil Pengetua, SMK Choong Hua

21. En. Shamsul Rizal Sabran


Wakil Pengetua, SMA Daerah Batang Padang

Urusetia:

1. En. Mohd Zulfadli Zawawi


Juruteknik Komputer, PKG Bidor

2. Cik Mawarni Othman


Pembantu Tadbir, PKG Bidor
1. Ucapan Timbalan Pengerusi ( Pn. Hjh. Roslina )

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan seterusnya menyemak


kehadiran ahli mesyuarat.

Makluman

1.2 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli mesyuarat dan
mengucapkan tahniah atas keberkesanan semua ahli mesyuarat dalam
memberikan kerjasama untuk melaksanakan segala perancangan aktiviti
bagi Pusat Kegiatan Guru Bidor sepanjang tahun 2017 ini.

Makluman

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat:

2.1 Minit Mesyuarat JKPA Bil. 1/2017 dibentang oleh En. Ahmad Salehudin
Muhamad Asarudin selaku setiausaha JKPA.

2.2 Cadangan pengesahan dikemukakan oleh Pn. Chin Ngan Yen, Guru Besar
SJKC Choong Hua 2 dan disokong oleh En. Palany Suppiah, Guru Besar SJKT
Tun Sambanthan.

3. Perkara-Perkara Berbangkit:

3.1 Masalah pendawaian SJKT Tun Sambanthan.

3.1.1 En. Palany memaklumkan peruntukan (sumbangan) dari Kerajaan


Pusat telah diperolehi dan akan selesai dalam masa terdekat.

Makluman

4. Sepintas Perlaksanaan Aktiviti Tahun 2017.

4.1 Setiausaha JKPA, En. Ahmad Salehudin membentangkan setiap


perlaksanaan aktiviti kluster yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2017
ini.

4.1.1 Kluster Tekno-ICT:


4.1.1.1 Pengurusan Peralatan ICT Di Sekolah – memastikan
setiap sekolah telah mengemaskini sistem rekod fail
untuk memudahkan perlaksanaan sebarang proses
berkaitan peralatan ICT dilakukan
(penyelenggaraan, pelupusan). Untuk tahun 2017,
beberapa sekolah telah dilaksanakan

penyelenggaraan peralatan ICT (projektor) secara


penggantian dan sekolah terlibat adalah SK
Kampong Poh, SK Jeram Mengkuang dan SJKC
Tanah Mas.

4.1.1.2 Penyelenggaraan (Laporan STS) – dilakukan oleh


pengurus ICT sekolah untuk memastikan peralatan yang
mengalami kerosakan telah dilaporkan melalui sistem.

4.1.1.3 Penjagaan – setiap peralatan yang diperolehi (PC,


netbook, Chromebook, projektor) adalah menjadi
tanggungjawab pihak sekolah sepenuhnya.

4.1.2 Kluster PSS:

4.1.2.1 Wakil Pengetua SMK Bidor menerang kaedah


Pengurusan Nilam Ditambah Baik Di Sekolah – Galakan
Menambahkan Bilangan Pembacaan (Bahan Buku Dan
Bahan Bukan Buku) di mana semua guru adalah terlibat
dalam perlaksanaan Nilam baharu ini.

4.1.2.2 Perkongsian pintar berkaitan pengurusan PSS


Cemerlang.

4.1.3 Kluster Teknologi Pendidikan – PAK21:

4.1.3.1 En. Sundar sebagai wakil dar SK Seri Bidor


menerangkan beberapa manfaat Penggunaan Peralatan Ict
Dalam PdPc seperti penggunaan tablet / smartfon Dalam
Pdpc.

4.1.3.2 Beberapa perlaksanaan Kaedah PAK-21 dari SK Seri


Bidor dan SK Bidor - Showcase – Sekolah Abad Ke-21 –
dipantau SIC+ - Bilik Darjah/PdPc guru – impak/objektif
perlu tambahbaik (boleh diukur) beserta refleksi yang
lengkap (kekuatan/kelemahan).

4.1.4 Kluster Professional Learning Community (PLC):


4.1.3.3 SJKT Tun Sambanthan bertindak sebagai sekolah
transformasi (TS25) kohort 1.0. Beberapa program
telah dilaksanakan di peringkat sekolah dan akan
dikembangkan di peringkat kelompok pada masa akan
datang mengikut kesesuaian dan permintaan.

Makluman

5. Penutup:

5.1 Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada semua ahli atas pemuafakatan yang ditunjukkan. Beliau
mengharapkan semua pentadbir dapat bekerjasama bersama-sama Guru
Perpustakaan dan Media beserta Guru ICT bagi memastikan perlaksanaan
aktiviti yang telah dirancangkan akan berjalan dengan lancar kelak.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,

AHMAD SALEHUDIN MUHAMAD ASARUDIN


Setiausaha

Anda mungkin juga menyukai