Anda di halaman 1dari 16

Dikemukakan oleh

PPD PASIR MAS


Tema
PEMBUDAYAAN ICT DALAM PdP

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN


TASK FORCE
PENGINTEGRASIAN
INISIATIF ICT DALAM
PdP ABAD KE-21
PERINGKAT PPD PASIR MAS
TAHUN 2015
1. PENDAHULUAN

Inisiatif ICT dalam pembelajaran dan pengajaran abad ke-21 adalah merupakan gerbang
kepada limpahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang kesemuanya boleh diakses
dalam persekitaran pembelajaran maya (VLE) yang selamat dan telah ditapis. Dengan VLE,
pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan
di mana jua, pada bila-bila masa. Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras
dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan kualiti
pendidikan bertaraf dunia. ICT membolehkan pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di
negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Kaedah
pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah
mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan projektor, komputer dan MS
Office.
Inisiatif ICT dalam pembelajaran dan pengajaran abad ke-21 menyediakan peluang kepada
guru dan murid untuk mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru dalam proses
pembelajaran serta pengajaran. Bagi melaksanakan pembaharuan ini, guru harus bersedia
mengambil cabaran baharu dan melaksanakannya. Keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran berasaskan Inisiatif ICT dalam pembelajaran dan pengajaran abad ke-21
adalah merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan
teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari
bahan yang disediakan.
Prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi memastikan penggunaan
ICT secara meluas dalam kalangan guru. Pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT
merupakan faktor penting ke arah pembentukan sikap positif dalam kalangan guru. Usaha
untuk mempertingkatkan pengetahuan dalam kalangan guru diperluaskan melalui kursus
dan latihan yang berkesan. Peranan pihak pentadbir amat penting untuk membudayakan
penggunaan ICT di bilik darjah dengan kebijaksanaan, semangat, kesungguhan dan iltizam
yang tinggi untuk menjayakannya. Justeru, pengaplikasian ICT dan rekabentuk pengajaran
dalam penggunaan bahan multimedia mempunyai potensi untuk menjadikan pembelajaran
dan pengajaran lebih menarik dan bermakna.
Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana
pembelajaran abad ke-21 yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self
paced , dan self directed. Integrasi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran abad ke-21
merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang
bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Untuk itu
penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan
sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan
dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan
penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

2. RASIONAL

Rasional penubuhan Task Force Inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21 Peringkat PPD Pasir
Mas :

2.1. Meningkatkan penggunaan Inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21 di tahap yang optimum
selaras dengan surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2015.

2.2. Memastikan pentadbir dan guru sekolah menggunakan Inisiatif ICT dalam PdP abad
ke-21 sebagai satu aplikasi atas talian yang dapat meningkatkan kecekapan pengurusan
dan keberkesanan dalam penyampaian pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

2.3. Ibu bapa warga sekolah mendapat manfaat dengan komunikasi yang berkesan dengan
sekolah dan pemantauan kemajuan pembelajaran anak-anak secara talian.

2.4. Mengurangkan jurang beza antara guru kurang mahir dan mahir dalam pengggunaan
teknologi ICT dalam PdP.

3. OBJEKTIF

Objektif penubuhan Task Force Inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21 Peringkat PPD Pasir
Mas:

3.1. Memastikan semua guru dan murid mahir dan kompiten menggunakan ICT dalam PdP.

3.2. Memastikan semua pentadbir di sekolah menyediakan latihan dalaman


Pengintegrasian inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21 kepada semua guru.

3.3. Melaksanakan pemantauan berterusan terhadap pengajaran guru dan pembelajaran


murid dalam memanfaatkan Inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21 secara optimum.
3.4. Memastikan guru mengintegrasikan Inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21 dalam
pembelajaran dan pengajaran dan mencatatkannya dalam Rekod Persediaan Mengajar.

3.5. Menyediakan sekumpulan jurulatih berkonsepkan mentor kepada sebilangan kecil guru
yang kurang mahir agar pembudayaan ICT dalam PdP semakin meluas dan mantap.

3.6. Memberi bimbingan secara intensif dan holistik agar dapat menggunakan ICT dalam
PdP dengan yakin dan berterusan dalam kalangan guru berkonsepkan DARI GURU
UNTUK GURU.

3.7. Membudayakan penggunaan Inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21 dalam kalangan guru
dan murid.

4. TEMA

PEMBUDAYAAN ICT DALAM PdP

5. STRUKTUR JAWATANKUASA

5.1. Struktur Jawatankuasa dibahagikan kepada 2 tahap iaitu :

5.1.1. Jawatankuasa peringkat Daerah

5.1.2. Jawatankuasa peringkat Sekolah


5.2. Jawatankuasa Peringkat Daerah

JAWATANKUASA TASK FORCE VLE PPD PASIR MAS 2015

Pengerusi : Hj. Ahmad Nordin b. Che Ismail

(Pegawai Pendidikan Daerah)

Timbalan Pengerusi : Hj. Jamaludin b. Yusof

(Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah)

Setiausaha 1 : En. Zulkifli b. Abdullah

(Pen. PPD Pengurusan Kurikulum - Teknik &Vokasional)

Setiausaha 2 : Pn. Tuan Roslina bt. Tuan Mat (Penyelaras PKG Daerah)

AJK : 1. En. Razali b. Setapa (Pen. PPD Peng. Kurikulum - Bahasa)

2. Hj. Wan Nor Azman b. Wan Hassan (Pen. PPD Sains & Matematik)

3. En. Ghazali b. Ahmad ( Pen. PPD Pengurusan Peperiksaan)

4. En. Abd. Razak b. Salleh (Pen. PPD Pengurusan Maklumat ICT)

5. En. Mohd. Azman b. Ali (Penyelia Pend. Peng. Sekolah)

6. En. Hazian b. Che Hassan (SIC+)

7. En. Mohd. Ismadi b. Ismail (PTP PKG Mekasar)

8. En. Wan Fakri b. Wan Yusof (Pengerusi PKG K. Tanjong)

9. Pn. Hasmah bt. Harun (Pengerusi PKG R. Panjang)

10. Pn. Hjh. Hamidah bt. Ramli (Pengerusi PKG Mekasar)

11. Pn. Fauziyah bt Ismail (Pengerusi PKG Kangkong)


5.3. Jawatankuasa Peringkat Sekolah

Pengerusi: Pengetua / Guru Besar


Timbalan Pengerusi : Guru Penolong Kanan Akademik
Guru Penolong Kanan HEM
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Setiausaha 1 : Guru Penyelaras Bestari /
Guru ICT sekolah
Setiausaha 2 :
Guru Perpustakaan & Media
Jawatankuasa:

I. Semua Ketua Bidang / Ketua Panatia Mata Pelajaran

II. Guru Penyelaras MBMMBI

III. Guru Admin VLE

IV. Guru Penyelaras SSQS

V. Guru Penyelaras LMS (Sekolah berkenaan sahaja)

VI. Guru Penyelaras NILAM

VII. Guru Penyelaras PuAS

VIII. Guru Penyelaras EduwebTV

IX. Guru Muda 1Malaysia (GM1M)

X. Wakil Komuniti

XI. Wakil PIBG


6. PENDEKATAN

Pakej program yang akan dirancang dan dilaksanakan oleh Task Force Pengintegrasian
inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21 Peringkat PPD Pasir Mas akan bersifat lebih bersifat
holistik dan komprehensif; mengambil kira keperluan teknikal, latihan dalaman dan
penggunaan di kalangan guru, pelajar dan ibu bapa/penjaga.

7. FUNGSI TASK FORCE

7.1. Task Force Pengintegrasian inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21 Peringkat PPD Pasir
Mas akan menumpukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Latihan Dalam Perkhidmatan
(LDP) peringkat sekolah, pemantauan bersepadu, peningkatan kemahiran, kajian impak,
micro teaching, pelaporan, promosi dan pembudayaan.

7.2. Task Force Pengintegrasian inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21 Peringkat PPD Pasir
Mas ini lebih merupakan satu kumpulan yang bergerak atas dasar kesedaran, menyedari,
menggerak dan membangunkan inisiatif kerajaan yang melibatkan pendidikan berasaskan
ICT.

7.3. Task Force Pengintegrasian inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21 Peringkat PPD Pasir
Mas akan memastikan dasar-dasar KPM berkaitan inisiatif ICT dalam PdP setiasa
dilaksanakan dan dipatuhi.
8. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

8.1. Pejabat Pendidikan Daerah

8.1.1. Mempengerusikan Task Force pengintegrasian ICT dalam PdP di peringkat


daerah.

8.1.2. Membentuk pelan tindakan dan perlaksanaan Task Force pengintegrasian ICT
dalam PdP di peringkat daerah.

8.1.3. Menyediakan pelan pelaksanaan pengintegrasian ICT dalam PdP peringkat


daerah.

8.1.4. Memantau kemajuan pelaksanaan pelan pengintegrasian inisiatif ICT dalam PdP
di peringkat daerah.

8.1.5. Melantik Ahli Jawatankuasa, Pemudahcara dan Ketua Kumpulan diperingkat


daerah.

8.1.6. Memastikan pentadbir memantau pengintegrasian ICT dalam PdP oleh guru,
pelajar dan komuniti di tahap optimum.

8.1.7. Merancang dan mengurus latihan kepada guru dan murid di sekolah.

8.1.8. Memberi pengiktirafan kepada sekolah di peringkat daerah.

8.1.9. Menganalisis dan melapor keberkesanan program yang telah dilaksanakan di


peringkat daerah.
8.2. Pusat Kegiatan Guru

8.3.1. Berkerjasama dengan PPD dan SIP+/SISC+ dalam meningkatkan penggunaan


dan pembudayaan inisiatif ICT dalam PdP.

8.3.2. Memberikan khidmat bantu dan hand holding kepada Pentadbir dan guru di
sekolah dalam pengintegrasian inisiatif ICT dalam PdP.

8.3.3. Mengenalpasti dan merancang program kepada guru-guru di peringkat PKG.

8.3.4. Memberikan khidmat bantu kepada guru dalam pengintegrasian ICT dalam PdP.
8.3.5. Menghasilkan bahan-bahan promosi, bahan micro-teaching berkaitan
pengintegrasian ICT dalam PdP.

8.3.6. Memantau pelaksanaan pelan pengintegrasian inisiatif ICT dalam PdP di sekolah.

8.4. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

8.4.1. Memantau perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam PdP oleh pentadbir sekolah.

8.4.2. Memantau penggunaan ICT dalam PdP oleh guru di sekolah.

8.4.3. Memberi khidmat nasihat kepada guru terhadap penggunaan ICT dalam PdP
secara optimum di bilik darjah.

8.4.4. Melaporkan pemantauan yang telah dilaksanakan kepada JPN.

8.5. SIP+/SISC+

8.5.1. Membantu pentadbir sekolah bagi pengintegrasian ICT dalam PdP.

8.5.2. Membantu guru bagi penggunaan ICT dalam PdP di bilik darjah.

8.5.3. Mempromosi dan menjadi agen perubahan pengintegrasian ICT dalam PdP di
sekolah.
8.6. Pengetua/ Guru Besar

8.6.1. Mempengerusikan Jawatankuasa Task Force pengintegrasian ICT dalam PdP di


peringkat sekolah.

8.6.2. Merancang pelan tindakan memperkasa dan membudayakan ICT di sekolah.

8.6.3. Menyediakan latihan dalaman pengintegrasian ICT dalam PdP.

8.6.4. Melaksanakan pemantauan dan pecerapan secara berterusan menggunakan


instrumen pemantauan bersepadu bagi pengintegrasian ICT dalam PdP secara
optimum.

8.6.5. Mempromosi dan mengurus pengintegrasian ICT dalam PdP di sekolah.

8.6.6. Menganalisis dan melapor perlaksanaan program pengintegrasian ICT dalam


PdP kepada PPD.

8.7. Guru-Guru

8.7.1. Melaksanakan pengintegrasian ICT dalam PdP dan direkod dalam buku RPH.

8.7.2. Menghasilkan bahan bantu mengajar yang berteraskan ICT dalam PdP.

8.7.3. Memastikan murid mahir dan membudayakan penggunaan inisiatif ICT dalam
pembelajaran.

8.7.4. Membantu guru lain bagi pengintegrasian ICT dalam PdP di sekolah.
9. MODUS OPERANDI

Modus Operandi dalam memperkasakan pengintegrasian inisiatif ICT dalam PdP abad ke-
21 ini di laksanakan dalam 3 fasa yang dilaksanakan secara berperingkat iaitu :

9.1. Fasa Pengukuhan Kemahiran, Promosi dan Latihan


9.1.1. Fasa Pengukuhan Kemahiran dan Latihan berfokuskan kepada peningkatan
pengetahuan, pengiklanan dan modal insan di kalangan guru di PPD Pasir Mas. Fasa
ini lebih merupakan kepada memberikan latihan lanjutan kepada pada guru. Fasa ini
dapat di tunjukkan melalui rajah berikut :

1. Pengintegrasian Inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21


2. Latihan Dalam Perkhidmatan
3. Kemudahan dan Pengurusan Infrastruktur
4. Micro Teaching
5. Promosi / Pameran / Galak guna
6. Pembangunan Bahan
7. Penghasilan Modul

9.2. Fasa Pemantauan Pembudayaan Penggunaan

Pemantauan merupakan aspek penting dalam memastikan pembentukan Pembudayaan


penggunaan Inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21. Instrumen pemantauan yang digunakan
adalah instrumen seragam berdasarkan SKPM dengan penambahbaikan. Pemantauan
akan dilaksanakan dalam 2 peringkat iaitu :

9.2.1. Pemantauan kendiri :

Perlu dilaksanakan oleh pentadbir sekolah menggunakan instrumen yang disediakan.


Pentadbir

1. Guru / Murid / Komuniti


2. Pengintegrasian Inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21
9.2.2. Pemantauan Bersepadu :

1. Pemantauan dilakukan secara berfokus dan bersepadu. Pemantauan dilaksanakan


oleh PPD Pasir Mas dan PKG Daerah
2. Surat Peringatan
3. Maklumbalas sekolah
4. Pengesahan PKG dan PPD Pasir Mas.

PPG
J
9.3. Fasa Penilaian dan Pengiktirafan

Penilaian adalah pengukuran kemajuan sesuatu perlaksanaan. Melalui penilaian,


keberkesanan program dapat diukur. Penilaian juga dilaksanakan secara bersepadu.
Pengiktirafan di peringkat negeri perlu diwujudkan sebagai motivasi kepada pentadbir, guru
dan murid. Kaedah penilaian adalah menggunakan instrumen yang digunakan semasa
pemantauan bersepadu.
Antara cadangan pengiktirafan yang boleh diberikan kepada sekolah:

1. Sijil dan Plaque

2. Star Rating

3. Anugerah Teknobestari

4. Sekolah Penanda Aras


10. PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Pembangunan Modal Insan merupakan kunci dalam kejayaan memperkasakan


Pengintegrasian inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21. Pembangunan Modal Insan
dibahagikan mengikut Modus Operandi:

10.1. Fasa Pengukuhan Kemahiran, Promosi dan Latihan

10.1.1. LDP

a. Pendedahan berkaitan Pengintegrasian inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21 kepada
Penyelaras VLE, Pengetua/Guru Besar / SIC+ / SIP+

b. Latihan Dalam Perkhidmatan di sekolah kepada guru seluruh PPD Pasir Mas.

c. Mewujudkan kumpulan TOT dikalangan guru

10.1.2. Kemudahan Fizikal

a. Penyelenggaraan Komputer di dalam Makmal Komputer

10.1.3. Mikro Teaching

a. Membuat Rakaman Video Mikro Teaching

10.1.4. Promosi dan Pameran

a. Pameran

b. Mencetak dan Mengedarkan Poster berkaitan Pengintegrasian inisiatif ICT dalam


PdP abad ke-21

c. Menghasilkan Flyers, Brosur berkaitan Pengintegrasian inisiatif ICT dalam PdP abad
ke-21

d. Mewujudkan Sudut inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21 di setiap sekolah

10.1.5. Penghasilan Modul

a. Membina Modul Penggunaan Inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21


10.2. Fasa Pemantauan Penggunaan

10.2.1. Pemantauan berterusan melalui dashboard KPM dan akan dimaklumkan di


dalam mesyuarat pagi PPD Pasir Mas setiap bulan.

10.2.2. Pemantauan bersepadu melibatkan organisasi utama iaitu PPD, SIC+ dan SIP+
dan PKG

10.2.3. Melaksanakan 1 kajian impak berkaitan penggunaan Inisiatif ICT dalam PdP
abad ke-21

10.2.4. Mewujudkan pelbagai pertandingan berasaskan Inisiatif ICT dalam PdP abad
ke-21

10.3. Fasa Penilaian

Penilaian secara berkala digunapakai untuk melihat keberkesanan program. Ianya juga
bagi tujuan penambahbaikan kaedah pelaksanaan yang juga merupakan tindakan susulan
atau perancangan untuk masa hadapan. Penilaian ini dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu:

10.3.1. Penilaian Kendiri

a. Penilaian berasaskan Kajian Soal Selidik

b. Kajian Tindakan

10.3.2. Penilaian Dalaman

a. Dilaksanakan secara dalaman melibatkan organisasi sekolah

b. 1 instrumen seragam akan diwujudkan

c. Menilai tahap Penggunaan secara Star Rating

10.3.3. Penilaian Peringkat Daerah

a. Penilaian dilaksanakan oleh BTPN / PKG secara bersepadu dengan PPD dan JPN.
11. PELAN TINDAKAN

11.1. Rujuk Lampiran

12. PENUTUP

Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi merealisasikan objektif


penubuhan dan pelaksanaan Task Force pengintegrasian inisiatif ICT dalam PdP abad ke-
21 dalam kalangan warga pendidik. Semoga usaha ini dapat merealisasikan hasrat KPM
bagi membentuk generasi yang lebih komprehensif merangkumi kecemerlangan akademik
dan pembangunan modal insan selaras dengan aspirasi PPPM.
LAMPIRAN
BULAN
BIL PROGRAM/ AKTIVITI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DIS
Perancangan Penubuhan JK Task
1 Force Vle Daerah 15
2 Surat Peringatan Pertama PPD 16
3 Mesyuarat JK Task Force VLE 22
4 Hands Holding Guru Besar/ Pengetua 29
Pengintegrasian Inisiatif ICT dalam
5 PdP abad ke-21 21-23
6 Micro Teaching
7 Promosi / Pameran / Galak guna
8 Penghasilan Modul
9 Pemantauan Bersepadu PKG + PPD
10 Anugerah VLE Daerah

11 Kajian Keberkesanan Task Force VLE

Tarikh / Bulan Cadangan

Anda mungkin juga menyukai