Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN SUKAN SMK DATO SRI AMAR DIRAJA

TAHUN 2011
TARIKH
MASA
TEMPAT
AGENDA

: 13 Januari 2011
: 2.00 petang.
: Bilik Mesyuarat SMK Dato Sri Amar DiRaja Muar.
: 1) Kata-kata aluan pengerusi.
2) Pembentangan Laporan dari J/Kecil
3) Hal-hal lain.

KEHADIRAN

: 1) Sila Rujuk Edaran Kehadiran Guru

Agenda

Perkara

Tindakan

1.0 Kata-kata aluan


Pengerusi

Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang


hadir.

2.0 Ucapan Setiausaha Sukan

2.1 Pelajar Tingkatan 6 yang akan


membantu semasa Kejohanan Merentas
Desa dan Sukantara akan diberi taklimat
pada hari Sabtu (15/1/2011). Taklimat untuk
Sukan Sekolah akan dijalankan pada hari
Rabu (16/2/2011).

Setiausaha Sukan

3.0 Laporan AJK Teknikal

3.1 Garisan lorong larian masih dalam


proses untuk disiapkan. Insyaallah sebelum
acara akhir Sukan (17/2/2011) akan selesai.

PKoko
Setiausaha Sukan

3.1.1 Mohon jasa baik guru yang


tersenarai dalam J/Kuasa Teknikal dapat
bersama-sama menyiapkan garisan lorong
larian.
3.1.2. Masalah untuk mendapatkan
minyak enjin terpakai untuk membuat
garisan lorong dan sebagainya. Pihak
J/Kuasa Teknikal memberitahu jika sesiapa
yang tahu tempat untuk mendapatkan
sumber tersebut secara percuma kerana
jumlah yang diperlukan banyak dan tidak
mampu untuk membayar sejumlah wang
yang mahal (anggaran RM50.00 15 liter)
kerana harga minyak enjin terpakai boleh
dikitar semula dan biasanya akan dijual.
.
4.0 Laporan AJK Peralatan

4.1 Alatan yang ada perlu ditambah seperti


peluru, cakera dan lembing. Alatan kurang
untuk latihan rumah Sukan.

Setiausaha Sukan

4.2 Tilam Lompat Tinggi perlu ditambah lagi


1 @ dibaiki yang rosak.

5.0 Laporan AJK Persiapan


Tempat/ Khemah

6.0 Laporan AJK Hadiah

5.1 Encik Wahid menyatakan akan


menggunakan 4 khemah besar. Kanopi kecil
akan digunakan untuk rumah-rumah sukan.
Kerusi VIP dan jemputan tidak perlu disewa,
gunakan yang di pejabat@ bilik kaunseling
untuk menjimatkan kos.
4.1 Cik Athirah menyatakan hadiah sudah
ditempah dan ada piala pusingan yang
digantikan kerana rosak dan sudah tidak
menarik.

AJK Persiapan
Tempat/ Khemah

AJK Hadiah

4.2 AJK Hadiah memerlukan 1 khemah


kecil/kanopi semasa Kejohanan
berlangsung.
7.0 Laporan AJK Makanan

7.0 Pn. Maimunah menyatakan VIP dan


jemputan akan menjamu selera di Dewan
makan asrama.

AJK Makanan

7.1 Guru dan pembantu sukan akan diberi


makan dan minum.
7.2 Makan dan minum guru dan pembantu
sudah ditempah mengikut bajet yang
dipersetujui.
AJK Buku Program
8.0 Laporan AJK Buku
Program

8.0 Pn. Yee Lee Ming memberitahu buku


Program dalam proses editing akhir.
Pemilihan warna pamphlet ialah warna biru
sejajar dengan warna rasmi sekolah.
8.1 Pamplet akan diedarkan pada hari
Kejohanan nanti.

9.0 Laporan AJK Keselamatan

9.0 Encik Rasyiq memaklumkan AJKnya


memerlukan beberapa gulung Tali AWAS
untuk direntangkan di laluan tertentu bagi
menghalang pelajar masuk dan keluar.
9.1 Beberapa orang ahli Pasukan Kadet
Polis dan Pengakap ditugaskan untuk
mengawal di kawasan tertentu supaya
mereka tidak melintas atau keluar masuk
secara bebas terutama pintu utama masuk
padang SEDAR.

10. Laporan AJK Hiasan


Padang dan Tempat

10.1 Pn Sanisah menyatakan bendera


negeri-negeri di Malaysia kurang dan
perlukan disemak berapa yang kurang.

AJK Hiasan padang


dan Tempat

10.2 Bendera warna-warna 3segi tidak ada


dan perlu dibeli.
10.3 Banner Kejohanan juga sudah
ditempah berjumlah 2 bidang. Satu akan
digantung di sekolah dan lagi satu di padang
SEDAR.
11. Laporan AJK Siaraya

11.1 En.Mohd Fahmi mengatakan bahawa


alatan p.a system akan diuji 3 hari sebelum
Kejohanan sebenar.

AJK Siarya

11.2 Sumber elektrik akan menggunakan


dari rumah penduduk kampung yang
berhampiran padang.
AJK KESELAMATAN
12. Laporan AJK Kecemasan

12.1 Cik Athirah memaklumkan bahawa St.


John akan bertugas pada hari kejohanan
dan bantuan dari Jabatan Pertahanan Awam
sudah dihantar dan pihak mereka bersetuju
dating pada hari kejohanan nanti.

13. Laporan AJK Fotografi dan


Dokumentasi

13.1 En. Sulaiman menyatakan tidak ada


masalah dan beliau bersama AJKnya
bersiap sedia untuk bertugas pada hari
Kejohanan.

14. Laporan AJK Jemputan,


Sambutan dan Protokol

14.1 Pn. Fung Siew Kin melaporkan suratsurat jemputan kepada Pengarah JPNJ
telah dihantar dan perlu dibuat tindakan
susulan agar beliau dapat hadir.

AJK Fotograpi dan


Dokumentasi

AJK Jemputan,
Sambutan dan
Protokol

14.2 Surat jemputan ke PPD Muar,


Pengetua dan Guru Besar yang
berhampiran, PIBG dan beberapa individu
juga telah dihantar.

15. Laporan AJK Pengacara


Majlis

14.3 Pada perbincangan tersebut seorang


wakil pelajar akan memakaikan Trek Top
pada Tuan Pengarah sejurus belia sampai.
Tuan Pengetua, DiPertua PIBG, Guru kanan
akan mengiringi beliau diarak bersama
mainan kompang dan persembahan silat
akan menyambut kedatangannya.
15.1 En. Nor Khalid memberitahu skrip
pengacara majlis sudah disediakan dan
akan diubahsuai jika perlu semasa raptai
pertama dan kedua nanti.

AJK Pengacara Majlis

16. Laporan AJK Rekod,


Keputusan dan Statistik

17. Hal-hal lain

16.1 En. Choo menyatakan semua borang


keputusan sudah disediakan. Pada hari
kejohanan, AJK beliau memerlukan ruang
untuk meletakkan computer, mesin
pencetak. Diharapkan sebuah meja dapat
disediakan.
17.1 PKoko mengingatkan pegawai yang
bertugas dapat dating awal sebelum
kejohanan bermula dan guru rumah sukan
memastikan peserta mematuhi peraturan
sekolah dan bertanding bersungguhsungguh untuk rumah sukan masingmasing.

AJK Rekod,
Keputusan dan
Statistik

17.2 PK HEM pula mengingatkan semua


guru memastikan pelajar berada di padang
dan memastikan tiada masalah yang
berkaitan disiplin tidak berlaku.

PK HEM

17.3 En. Najib memohon sekali lagi agar


semua guru memeberikan kerjasama yang
maksimum agar Kejohanan kali ini berjalan
dengan lancar.
18. Penutup

PK KOKO

S/U SUKAN

Mesyuarat pelarasan ditangguhkan pada


jam 3.30 petang.

Disediakan Oleh,

Disahkan Oleh,

..
(Mohamad Najib Bin Abd. Rahman)
Setiausaha Sukan
SMK Dato Sri Amar Diraja.

Anda mungkin juga menyukai