Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAL PERIOK,

17200 RANTAU PANJANG, KELANTAN.


TEL/FAX : 09 7960400

Kepada, Ruj.Kami : SKGP 800-15/1 ( )


............................... Tarikh : 05.01.2022

Tuan / Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT RMTS KALI PERTAMA 2022

Saya merujuk kepada perkara diatas,sukacita dijemput tuan / puan menghadiri


mesyuarat di atas sebagaimana berikut :

Tarikh : 06.01.2022 (Khamis)

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Gerakan

2. Agenda mesyuarat seperti berikut :


2.1. Ucapan Pengerusi
2.2. Ucapan Guru Besar
2.3. Ucapan PKHEM
2.4. Menu RMTS dan jadual bertugas
2.5. Hal – hal lain

3. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan jutaan terima


kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

.............................................
(NURUL HAZIMAH BINTI MAT ZIN )
SU RMTS 2022
SK GUAL PERIOK
MINIT MESYUARAT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN RMTS KALI
PERTAMA 2022

Tarikh : 6.01.2022
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :

1. En. Ab Hadi bin Sulaiman


2. En.Zaidi bin Omar
3. Cik Nurul Hazimah Binti Mat Zin
4. Pn.Nazarina Binti Abdullah
5. Pn.Sabariah binti Muhamad

2.1 Ucapan pengerusi

Mengucapkan terima kasih dengan kehadiran semua guru pada mesyuarat RMT
kali pertama pada tahun 2022 ini.
Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru – guru RMT yang telah
memberi komitmen didalam menjalankan tugas.

2.2 Ucapan Guru Besar

En. Ab Hadi mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberi serta
memaklumkan:
- RMT bermula pada 9.1.2022
- Tiada kelas penggiliran bagi semua penerima RMT.
- Murid makan di dalam kelas.
- Guru bertugas berada di dalam kelas pada waktu rehat.
- Guru boleh makan di kantin.
- Pekerja kantin wajib divaksin dan telah menerima suntikan typoid.
- Kehadiran pekerja ke sekolah perlu scan MySejahtera
- Kantin perlu menyediakan buku daftar, sanitizer, penyukat suhu dan QR
code.
- Pekerja kantin juga perlu memakai apron, kasut, sarung tangan serta
pelitup muka.
2.3 Ucapan PKHEM

En.Zaidi mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan. Guru yang
telah diamanahkan pada setiap pagi yang menjaga murid makan perlulah
memastikan murid –murid tersebut makan makanan yang telah disediakan.
Guru juga perlu memanggil murid untuk menghabiskan makanan yang
disediakan oleh pihak kantin.

Jumlah murid yang layak bagi tahun 2022 ialah seramai 118 orang dari kelas 1
hingga kelas 6. Senarai penerima adalah berdasarkan pemilihan yang telah
dibuat pada tahun 2021 dan masih digunakan hingga akhir penggal ke tiga sesi
persekolahan 2021/2022.

2.4 Menu RMTS dan jadual bertugas

Menu RMTS dan jadual bertugas akan ditampal disudut kantin. Pengusaha
kantin akan menyediakan menu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Waktu perlaksanaan adalah seperti berikut :

Tahap 1 : 9.45 - 10.15 pagi

Tahap 2 : 10.15 - 10.45 pagi

2.5 Hal – hal lain

Arahan terbaru dari Kementerian Pendidikan Malaysia, bayaran sewa kantin


ditangguhkan bagi bulan Januari dan Februari.

Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 11.30 pagi.

Dicatat oleh : Disahkan oleh:

………………………………. ……………………..
( Nurul Hazimah Binti Mat Zin ) ( Zaidi bin Omar )
Setiausaha RMT SKGP Pen. Kanan HEM SKGP
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAL PERIOK,
17200 RANTAU PANJANG, KELANTAN.
TEL/FAX : 09 7960400

Kepada, Ruj.Kami : SKGP 800-15/1 ( )


............................... Tarikh : 15..01.2019

Tuan / Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT RMTS 2019

Saya merujuk kepada perkara diatas,sukacita dijemput tuan / puan menghadiri


mesyuarat di atas sebagaimana berikut :

Tarikh : 24.01. 2019 ( KHAMIS )

Masa : 01.30 tengahari

Tempat : Bilik Gerakan

2. Agenda mesyuarat seperti berikut :


2.1. Ucapan Pengerusi
2.2. Ucapan Guru Besar
2.3. Ucapan PK HEM
2.4. Penyeliaan RMT
2.5. Hal – hal lain

3. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan jutaan terima


kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

.............................................
( PN. NAZARINA BINTI ABDULLAH )
SU RMT 2019
SK GUAL PERIOK

MINIT MESYUARAT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN RMTS KALI


PERTAMA 2019
Tarikh : 24.01.2019 ( KHAMIS )
Masa : 1.30 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :

1. En.Mohd Aslin bin Hassan


2. En.Rahim bin Mat Jusoh
3. En.Zaidi bin Omar
4. Pn.Nazarina binti Abdullah
5. Pn.Sabariah binti Muhamad
6. Pn.Faridah binti Mohd Nor
7. Pn. Suhaida binti Mustapha
8. En.Mohd Maslim bin Ibrahim

2.1 Ucapan pengerusi

Mengucapkan terima kasih dengan kehadiran semua guru kelas pada mesyuarat
RMT kali pertama ini.
Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru – guru RMT yang telah
memberi komitmen didalam menjalankan tugas.

.2.2. Pelaksanaan RMT


Bermula pada 01.01.2019 pada hari Selasa.
Murid yang terlibat seramai 172 orang murid. Daripada murid tahun 2 hingga
tahun 6.
Pemilihan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan berdasarkan borang
maklumat murid.
Waktu makan bermula jam 7.00 pagi sehingga 7.30 pagi.

2.3. Borang RMT

Maklumat murid di dalam borang perlu dilengkapkan.


Timbang berat murid diawal tahun hendaklah direkodkan.( Tindakan guru Kelas)
Kehadiran murid juga hendak direkodkan.
Rekod kehadiran murid RMT mestilah bersama dengan buku rekod kehadiran
murid bagi memudahkan guru mencatat kehadiran murid.

2.4 Penyeliaan
Guru bertugas mingguan hendaklah mencatat atau membuat laporan harian
didalam buku pemantauan.
Guru bertugas boleh menegur pihak pengusaha makanan jika kualiti makanan
yang disediakan tidak memuaskan.

2.5. Hal – hal lain

Pengerusi meminta guru kelas agar dapat menyenaraikan nama murid miskin
yang belum menerima bantuan RMT.
Guru bertugas perlu memastikan makanan yang dibekalkan segar dan
mengandungi khasiat.

Ucapan penangguhan

Ucapan terima kasih kepada guru-guru kerana dapat hadir dan semoga segala
usaha berjalan dengan lancar dan teratur.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh Disahkan oleh:

…………………….. ……………………….
( Pn.Nazarina binti Abdullah ) ( En.Zaidi bin Omar )
Setiausaha RMT SKGP PK HEM SKGP

MINIT MESYUARAT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN RMTS KALI


KEDUA 2019

Tarikh : 10.06.2019 ( ISNIN )


Masa : 1.30 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :

1En.Mohd Aslin bin Hassan


2En.Rahim bin Mat Jusoh
3En.Zaidi bin Omar
4Pn.Nazarina binti Abdullah
5Pn.Sabariah binti Muhamad
6Pn.Faridah binti Mohd Nor
7Pn. Suhaida binti Mustapha
8.En.Mohd Maslim bin Ibrahim

2.1 Ucapan pengerusi

Mengucapkan terima kasih dengan kehadiran semua guru kelas pada mesyuarat
RMT kali kedua ini.
Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru – guru RMT yang telah
memberi komitmen didalam menjalankan tugas.

2.2 Ucapan Guru Besar

En.Mohd Aslin mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberi.


. Jumlah murid yang layak bagi tahun 2019 ialah seramai 185 murid iaitu dari
tahun satu sehingga tahun enam.
Ini adalah penambahan daripada murid tahun satu, kerana murid tahun satu
akan mendapat RMT adalah pada bulan Februari.

.2.3 Ucapan PKHEM

En.Zaidi mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan.Guru yang


telah diamanahkan pada setiap pagi yang menjaga murid makan perlulah
memastikan murid –murid tersebut makan makanan yang telah disediakan.
Guru juga perlu memanggil murid untuk menghabiskan makanan yang
disediakan oleh pihak kantin.
Beliau juga memaklumkan susu malaysia juga akan diagihkan kepada penerima
RMT sebanyak 2kali seminggu.Ianya berkuatkuasa pada bulan Jun sehingga
bulan Oktober.
Pembekal makanan RMT yang bertanggungjawab mencari pengedar yang
membekalkan susu tersebut.Harga sekotak susu adalah sebanyak RM1.50.

2.4 RMT

Penyelaras RMT menyatakan jumlah murid terkini ialah seramai 185 orang.
Penyediaan dan pemilihan menu terkini adalah berdasarkan buku pengurusan
yang dibekalkan oleh KPM.
Buku laporan harian RMT menyatakan bahawa laporan yang diberi oleh guru
bertugas berada dalam keadan baik dan memuaskan.

Hal-hal lain

Pn.Sabariah memberi cadangan supaya murid yang mendapat RMT memakai


tanda nama yang berwarna merah atau pun tag yang akan dibekalkan
Pn.Faridah mencadangkan agar memanggil murid yang lain sekiranya makanan
tidak dapat dihabiskan pada masa yang ditetapkan.

Ucapan penangguhan

Ucapan terima kasih kepada guru-guru kerana dapat hadir dan semoga segala
usaha berjalan dengan lancar dan teratur.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh disahkan oleh:

…………………………. ………………………
( Pn.Nazarina binti Abdullah ) ( En.Zaidi bin Omar )
Setiausaha RMT SKGP PK HEM SKGP

MINIT MESYUARAT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN RMTS KALI


KETIGA 2019

Tarikh : 30.10.2019 ( RABU )


Masa : 1.30 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :

1En.Mohd Aslin bin Hassan


2En.Rahim bin Mat Jusoh
3En.Zaidi bin Sulaiman
4Pn.Nazarina binti Abdullah
5Pn.Sabariah binti Muhamad
6Pn.Faridah binti Mohd Nor
7.En.Mohd Maslim bin Ibrahim

2.1 Ucapan pengerusi

Mesyuarat dimulakan dengan membaca. surah Al fatihah. Mengucapkan terima


kasih dengan kehadiran semua guru pada mesyuarat RMT kali ketiga ini.
Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru – guru RMT yang telah
memberi komitmen didalam menjalankan tugas.

2.2 Ucapan Guru Besar

En.Mohd Aslin mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberi. Guru
bertugas mingguan hendaklah mencatat dan membuat laporan
harian di dalam buku pemantauan.
Jumlah murid yang layak bagi tahun 2020 ialah seramai 117 orang dari kelas 2
hingga kelas 6.Ini adalah berdasarkan pemilihan yang telah dibuat oleh semua
ahli jawatankuasa RMT.
Pemilihan tersebut berdasarkan jumlah pendapatan keluarga murid iaitu
sebanyak 151 perkapita untuk miskin tegar dan 244 perkapita bagi yang miskin
serta borang permohonan yang lengkap.
Sekiranya borang yang tidak lengkap,maka ahli jatawankuasa boleh menolak
terus borang tersebut.

.2.3 Ucapan PKHEM

En.Zaidi mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan. E n . Z a i d i


memberitahu bahawa guru bertugas boleh menegur pihak 
p e n g u s a h a   m a k a n a n   j i k a   k u a l i t i   m a k a n a n   y a n g dibekalkan tidak

memuaskan. .Guru bertugas perlu memastikan makanan yang dibekalkan


berkhasiat dan segar.Perubahan menu mengikut kesesuaian dan selera murid-
murid.

2.4 Makanan

Sekolah akan memilih 5 atau 10 menu daripada senarai 20 menu yang


disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menu ini diulangi setiap
minggu atau dua minggu mengikut cita rasa setempat, kemampuan bekalan
bahan makanan dan sesuaian dengan peruntukan kewangan. Dari segi proses
penyediaan makanan, 95% sekolah di Semenanjung dikendalikan oleh pihak
kantin
Bagi murid yang berpindah sekolah, kelayakkan RMT akan diteruskan di sekolah
baru mereka.

2.5 Menu RMTS dan jadual bertugas

Menu RMTS dan jadual bertugas akan ditampal disudut kantin. Pengusaha
kantin akan menyediakan menu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Waktu perlaksanaan adalah seperti berikut :
Sebelah pagi ; Peruntukan RM2.50 maksimun sebanyak 190 hari.
Jumlah peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM 87875.00
Baki peruntukan RMT di sekolah adalah sebanyak RM 6772.50.

Hal-hal lain

Murid yang menerima RMT boleh menghabiskan makanan sehingga jam 8.30
pagi.Ini bermakna,murid diwajibkan juga menghabiskan makanan yang
disediakan. Pengusaha kantin perlu menutup dan menyimpan makanan yang
dibekalkan sementara guru bertugas memanggil murid yang belum makan.

Ucapan penangguhan

Ucapan terima kasih kepada guru-guru kerana dapat hadir dan semoga segala
usaha berjalan dengan lancar dan teratur.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh disahkan oleh:


…………………………. ………………………
( Pn.Nazarina binti Abdullah ) ( En.Zaidi bin Sulaiman )
Setiausaha RMT SKGP PK HEM SKGP

Anda mungkin juga menyukai