Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA RENTANG

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA RMT KALI PERTAMA TAHUN 2022

Tarikh :
Masa : 1.30 Tengah Hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SKFBT
Pengerusi : Pn. Nordiana binti Muhamad Salhimi- PK HEM
Kehadiran : 1. En. Wan Razimi bin .... (Setiausaha)

I Aluan Pengerusi

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana dapat hadir ke mesyuarat
Jawatankuasa RMT kali pertama tahun 2022 ini.
2. Ahli jawatankuasa RMT diminta dapat melaksanakan tugasan dengan baik.
3. Bilangan murid SKKR bagi tahun 2022 ini adalah seramai 126 orang. .... lelaki dan ...
perempuan.
Makluman : Semua AJK

II Bilangan Murid RMT

4. Pn. Nordiana memaklum bahawa bilangan peserta RMT pada awal tahun ini adalah seramai
86 orang.
5. Bilangan tersebut adalah termasuk murid tahun 1 2022.
6. Pemilihan lain atau murid cicir akan dibuat dalam masa yang terdekat.
7. Sekolah mencadangkan kepada PPD bilangan peserta RMT sebanyak 86 orang pada tahun
ini.
8. Sebanyak 120 borang RMT diedarkan kepada murid yang dianggap layak.
9. Pemilihan peserta RMT berdasarkan pendapatan waris yang terdapat dalam APDM serta
dibuat pengesahan bersama dengan pengerusi PIBG.

III Menu Harian RMT

10. Mesyuarat memutuskan untuk memilih 10 menu yang dibekalkan oleh KPM. Menu dibahagi
kepada MINGGU A dan MINGGU B
11. AJK diminta membuat pemantauan di kantin semasa pengagihan makanan dilakukan.
12. Pastikan menu yang disediakan adalah sama dengan menu yang dicadangkan.

IV Nilai RMT

13. Nilai RMT pada tahun ini masih lagi RM2.50


14. AJK diminta memantau kuantiti makanan agar sesuai dengan nilai yang ditetapkan oleh
KPM.

V Perancangan Tahunan
15. Mac- Mesyuarat Jawatankuasa unit-unit HEM, Kemaskini fail unit HEM.
1
16. April- Kempen Makanan Sihat.
17. Jun- Kemaskini fail unit HEM.
18. Okt - Kemaskini fail unit HEM.
19. Nov – Penghantaran Laporan Unit HEM.

VI Hal-Hal Lain

20. En. Wan Razimi memberitahu bahawa senarai nama peserta RMT sementara sudah
dipamerkan dalam kelas.
21. Masa menghidang makanan adalah pada pukul 9.30 pagi dan pengagihan pada pukul 9.45
pagi tahap 1 dan 10.15 pagi bagi tahap II (sewaktu rehat)

22. JK diminta mematuhi jadual bertugas yang disediakan.

VI Ucapan Penangguhan

23. Pengerusi mengharapkan agar AJK dapat bekerjasama di samping dapat menjalankan tugas
dengan ikhlas dan bertanggungjawab.
24. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 3.30 petang ke satu tarikh yang akan
dimaklumkan kemudian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………………….. ………..………………………
(WAN RAZIMI BIN …. ) (NORDIANA BINTI MUHAMAD SALHIMI)
Setiausaha RMT PK HEM,
SK Kota Rentang SK Kota Rentang.

Anda mungkin juga menyukai