Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KWAPM

KALI PERTAMA 2021


SEKOLAH KEBANGSAAN TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH, 06300 KUALA NERANG

Tarikh : 31 Januari 2021


Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Platform google meet.
Pengerusi : Puan Juraina bt Mohamad(PK Hal Ehwal Murid)

Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat
2. Pengesahan minit mesyuarat lalu
3. Perkara berbangkit
4. Perbincangan dan pemilihan murid yang layak menerima KWAPM
5. Hal-hal lain
6. Penutup

Kehadiran :
1. PN JURAINA BINTI MOHAMAD (PK HEM)
2. PN NOR AWANIS BINTI ABD MANAP (SETIAUSAHA, GURU KELAS TAHUN 3)
3. PN FAUZIAH BT ABDULLAH (GURU PRASEKOLAH)
4. PN RUSNAH BT MD SALLEH (GURU KELAS TAHUN 1)
5. PN SAAIDI BT SUDIN (GURU PEMULIHAN)
6. PN RUSNAWATI ABU BAKAR (GURU KELAS TAHUN 6)
7. PN. NAZIRAH BT ADNAN (GURU KELAS TAHUN 5)
8. SHARIMAH BINTI ENDING@AB MANAF (YDP PIBG)
9. AHMAD PARIZAN BIN CHE MEHAT (AJK PIBG)
I. Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat

1. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru atas kesudian menghadirkan diri ke


mesyuarat Jawatankuasa KWAPM kali Pertama Tahun 2021.
2. Pengerusi menyatakan bahawa mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk memilih murid
murid yang berkelayakan untuk menerima bantuan KWAPM (Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin) berdasarkan borang PB yang telah diisi oleh waris.
3. Pemilihan ini perlu diperakukan oleh Jawatankuasa Bantuan dalam tempoh hingga 20
Februari 2021.
4. Pengerusi memulakan ucapan dengan kata-kata aluan. Beliau mengucapkan terima
kasih kepada semua guru, dan AJK PIBG yang dapat menghadirkan diri ke mesyuarat
Jawatankuasa KWAPM kali Pertama Tahun 2021.
5. Mesyuarat ini diharapkan dapat memberi senarai akhir calon murid yang akan menerima
bantuan Kwapm .
6. Mesyuarat ini diharap dapat membuat pemilihan murid secara telus, dengan bantuan
waris dan AJK PIBG.

II. Pengesahan minit mesyuarat lalu.

7. Minit mesyuarat yang lalu dibentangkan oleh Pn. Nor Awanis Abd Manap dan disahkan
oleh Pn Rusnah Md Salleh.

III Perkara Berbangkit

8. Tiada

IV Perbincangan dan Pemilihan murid yang layak menerima KWAPM.

9. Puan Juraina menyatakan bahawa murid yang layak menerima KWAPM adalah
mengikut pendapatan keluarga di bawah RM960 atau RM244 perkapita.
10. Semua guru kelas, waris dan AJK PIBG yang hadir berbincang untuk membuat
keputusan berdasarkan keadaan terkini pendapatan keluarga murid.
11. KEPUTUSAN MESYUARAT.Mesyuarat telah bersetuju memilih murid mengikut
bilangan berikut.
i. Tahun 1 – 11 orang murid
ii. Tahun 2- 16 orang murid
iii. Tahun 3- 8 orang murid
iv. Tahun 4- 17 orang murid
v. Tahun 5- 9 orang murid
vi. Tahun 6- 9 orang murid
JUMLAH – 70 orang murid
12. Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara mencalonkan 70 murid yang layak
mendapat KWAMP.

V Hal-hal lain

13. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru, dan AJK PIBG yang
hadir bekerjasama memilih murid yang layak menerima KWAPM.
14. Pengerusi menyatakan bahawa sekiranya terdapat murid yang tercicir, pemilihan
semula akan diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
15. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahhari.

VI Penutup

16. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahhari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

NOR AWANIS BINTI ABD MANAP PUAN JURAINA BINTI MOHAMAD

Anda mungkin juga menyukai