Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN IBOI

09200 KUPANG
KEDAH DARUL AMAN
TEL – 04-4721078 / FAX – 04-4720317
Email : skiboibalingsik@gmail.com

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTUAN PROGRAM SUSU SEKOLAH


BIL 1 /2020

Tarikh : 2 September 2020


Hari : Rabu
Masa : 1.15 petang – 2.30 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Agenda Mesyuarat :

1. Perutusan pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit yang lalu.
3. Perkara berbangkit.
4. Pemilihan dan Kelulusan permohonan bantuan PSS 2020.
5. Perancangan program dan aktiviti tahunan.
6. Hal-hal lain.
7. Penutup

Kehadiran :

1. En. Mohd Nazri bin Rozali PK Hem


2. Pn. Suhaimah bt Saman Setiausaha PSS
3. En. Sabri bin Md Noh Pengerusi PIBG
4. Pn. Sarina bt Husin AJK PIBG
5. Pn. Fauziah bt Ali Pembantu Tadbir
6. Semua Guru Kelas Tahun 1-6 (12 Kelas)

i. Perutusan Naib Pengerusi En. Mohd Nazri bin Rozali ( PK HEM)


1. Melahirkan rasa syukur kerana dapat mengadakan mesyuarat pada hari
ini dan mengucapkan selamat datang kepada semua ahli mesyuarat yang
hadir.
2. Berharap mesyuarat hari ini memberikan kebaikan kepada semua
khasnya guru dan murid.
3. Beliau juga berharap jawatankuasa yang ada dapat membuat pemilihan
yang betul dan berdasarkan borang bantuan persekolahan yang telah
ditetapkan.

4. .Beliau juga menekankan beberapa perkara yang penting yang wajib


dipastikan dalam pelaksanaan PSS :
4.1 Memastikan guru bertugas pada masa yang ditetapkan.
4.2 Memastikan semua murid dapat susu yang diberikan.
4.3 Memastikan tatacara minum susu yang betul.
4.4 Memastikan semua murid minum susu di sekolah, tidak boleh dibawa
pulang.
4.5 Memastikan Susu disimpan ditempat yang selamat.
4.6 Memastikan jadual pengagihan susu dan buku laporan harian ditulis.
4.7 Memastikan Surat Setuju Terima Susu ditandatangani oleh ibu bapa.
4.8 Memastikan Carta Aliran Keracunan Makanan disediakan dan
ditampal.
4.9 Memastikan Senarai Nama Murid dan borang permohonan yang layak
difailkan

Tindakan : Setiausaha dan Guru Bertugas

ii. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang lalu.

1. Pn Suhaimah bt Saman selaku setiausaha PSS membentangkan


Minit Mesyuarat PSS kali 2 tahun 2019.
2. Pn. Noriah bt Zainon guru kelas Tahun 6 AS mencadangkan minit
mesyuarat yang lalu disahkan.
3. Pn. Syarifah bt Abd Latif menyokong.

iii. Perkara Berbangkit


Tiada perkara berbangkit.

iv. Pemilihan Murid Untuk Program Susu Sekolah 2020


En. Mohd Nazri bin Rozali selaku PK Hem SK Iboi menyatakan bahawa:

1. Murid yang layak memohon adalah berdasarkan pendapatan isi rumah


RM604 dan perkapita adalah RM151. Ini berdasarkan kepada
Perangkaan Garis Kemiskinan Tahun 2016 yang telah dikeluarkan oleh
KPM. Pemilihan ini berdasarkan kepada senarai nama murid yang layak
memohon RMT.

2. Proses pemilihan yang telah dilakukan berdasarkan maklumat yang diberi


seramai 108 orang murid layak menerima bantuan PSS bagi tahun 2020.
3. Beliau juga menegaskan bahawa guru perlu mengedarkan Surat Setuju
Terima segera dan pastikan surat tersebut ditandatangi oleh waris serta
difailkan.
Tindakan : Setiausaha/Guru PSS

4. Beliau juga berharap pihak jawatankuasa SUSU menampalkan senarai


nama murid yang layak di papan kenyataan di kantin dan di dalam kelas.
Tindakan : Jawatankuasa PSS

5. Beliau menegaskan agar diadakan taklimat dan penerangan ringkas


tentang khasiat susu,jadual pengagihan susu, waktu minum susu yang
ditetapkan dan tatacara minum susu yang betul.
Tindakan : Setiausaha/ PSS

6. Pengagihan susu akan bermula pada 12 Oktober 2020 . Sebanyak 108


unit akan diagihkan pada setiap murid.Susu akan diagihkan pada waktu
rehat mengikut jadual yang ditetapkan.

7. Beliau menegaskan bahawa guru-guru bertugas perlu membuat laporan


bertulis di dalam Buku Laporan Bantuan Susu Harian.
Tindakan : Guru bertugas

8. Beliau memberitahu bahawa bagi tahun 2020 pihak kantin tidak lagi diberi
kuasa untuk membuat tempahan dengan Syarikat Pengedar susu seperti
tahun 2019 dan pihak KPM telah membuat arahan pihak sekolah sekolah
yang bertanggungjawab menyimpan dan mengagihkan susu kepada
murid.Menyimpan susu di tempat yang selamat. Susu mestilah ditempah
mengikut jumlah murid yang dinyatakan.
Tindakan : Guru PSS

9. Beliau menegaskan bahawa pihak sekolah perlu membuat pemeriksaan


ke atas susu yang telah dihantar ke sekolah daripada aspek kuantiti,
kualiti dan sentiasa membuat pemantauan tentang pengagihan dan
penyimpanan susu.

Tindakan : Guru PSS/PK HEM

10. Pembayaran akan dibuat oleh pihak sekolah mengikut garis panduan
yang diberikan.
Tindakan : PT sekolah
11. Sekiranya berlaku keracunan atau sebarang masalah, guru perlu
mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Tindakan : Guru Kelas/Guru bertugas/Setiausaha

v. Perancangan program dan aktiviti tahunan PSS


Senarai program dan aktiviti yang dicadangkan :

1. Taklimat dan Penerangan PSS, tarikh : 11 Oktober 2020


2. Ceramah “Pengambilan Minuman Berkhasiat: SUSU”
3. Pemantauan Berkala Pengagihan Susu Sekolah

vi. Hal-hal Lain


1. Sebarang kesulitan atau masalah bolehlah rujuk kepada PK HEM.
2. PK HEM berharap segala borang maklumat murid hendaklah disimpan di
dalam fail yang disediakan sebagai bahan bukti.

vii. Penutup
Ucapan Penanguhan :
PK HEM berharap setiap maklumat yang diberikan perlu diteliti dan disahkan
oleh pihak jawatankuasa bagi mengenalpasti murid yang betul-betul layak
menerimanya dan supaya tidak keciciran.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Dicatat oleh : Disahkan oleh :

……………………………………….. ………………………………………
(SUHAIMAH BT SAMAN ) (MOHD NAZRI BIN ROZALI)
Setiausaha PSS Penolong Kanan HEM
Sekolah Kebangsaan Iboi

Anda mungkin juga menyukai