Anda di halaman 1dari 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,

SEKOLAH KEBANGSAAN POS KUALA MU


31100 SUNGAI SIPUT (U),
PERAK DARUL RIDZUAN. Kod Sekolah: ABA 4054
Email : ABA4054@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 1/2021

TARIKH : 12 JANUARI 2021 (SELASA)


MASA : 2.00 PTG
TEMPAT : BILIK GERAKAN
KEHADIRAN:

Kehadiran :
1. En. Ahmad Termizi Bin Abdul Pantas (GB)
2. En. Asnulwida Bin Amir Hassan (GK HEM)
3. En. Akmal Fahmi Bin Ahmad (S/U HEM)
4. En. Megat Asrul Bin Megat Mohamed Yusof
5. En. Mohd Aminuddin Bin Rohani
6. En Mohd Hafis Bin Ismail
7. En Wan Hassan Bin Wan Ahmad
8. En Mohd Ajmal Amin Bin Ahmad
9. En. Mohd Zain Bin Hassan
10. En Ahmad Affandi Bin Hasnan
11. En. Izzat Hanafi Bin Khairun Nasri
12. En. Syed Shukri Bin Syed Alwi

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi


( En. Ahmad Termizi Bin Abdul Pantas, Guru Besar )

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.


1.2 Memberi ucapan aluan selamat kembali ke sekolah kepada guru walaupun negara masih lagi
dalam musim PKP dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ke mesyuarat HEM kali
pertama.
1.3 Berharap guru-guru telah bersedia kembali bertugas dengan norma baru iaitu bekerja dari
rumah mengikut giliran, PdPr dan sebagainya serta mengingatkan peranan guru adalah
mencemerlangkan murid.
1.4 Mengingatkan guru-guru kelas agar menyediakan dan menampal Visi, Misi, Jadual Waktu
Kelas, Organisasi Kelas, Jadual Bertugas, Pelan Kecemasan dan Sudut-Sudut Mata Pelajaran
di dalam kelas walaupun kelas bersemuka belum bermula.
Tindakan : Makluman

Agenda 2: Ucapan Timbalan Pengerusi


(En. Asnulwida Bin Amir Hassan, GK HEM )

2.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama dan penglibatan perkhidmatan
dalam unit HEM tahun 2020 semoga semua guru dapat meneruskan semangat kerja
berpasukan dalam semua aktiviti
2.2 Selain memberi ilmu, guru-guru juga perlu mendidik akhlak dan sahsiah diri agar mereka
menjadi insan yang berketerampilan dan dicontohi.
Tindakan : Makluman
Agenda 3 : Pembentangan Jawatankuasa HEM 2021

3.1 Guru Kanan HEM membentangkan senarai jawatankuasa unit HEM untuk sesi
2021. Unit HEM membuat penstrukturan semula ahli jawatankuasa berdasarkan cadangan
yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Bil Unit HEM Nama Guru


1 Setiausaha HEM En. Akmal Fahmi Bin Ahmad
2 Lembaga Disiplin & Pengawas Tn. Syed Shukri Bin Syed Alwi
3 Kebajikan & Bantuan Awal En. Mohd Zain Bin Hassan
4 Penyelaras Guru Bertugas En. Akmal Fahmi Bin Ahmad
5 Skim Pinjaman Buku Teks En. Izzat Hanafi Bin Khairun Nasri
6 Bimbingan Kaunseling En. Mohd Hafis Bin Ismail
7 Program Susu Sekolah En. Wan Hassan Bin Wan Ahmad
8 Sekolah Selamat / 3K En. Mohd Zain Bin Hassan
9 Pendidikan Pencegahan Dadah En. Mohd Ajmal Amin Bin Ahmad
10 Pendaftaran & Persijilan En. Mohd Hafis Bin Ismail
11 PIBG / Sarana En. Ahmad Affandi Bin Hasnan
12 RMT / Kantin En. Wan Hassan Bin Wan Ahmad
13 APDM / E-Operasi En. Asnulwida Bin Amir Hassan

Agenda 4: Hal-Hal Lain

4.1 GK HEM memaklumkan bahawa ponteng sekolah bermaksud murid tidak hadir ke sekolah
tanpa ada surat kenyataan daripada ibubapa keesokan harinya.
4.2 Kes ponteng sekolah, guru kelas perlu mengambil tindakan mengikut tata cara yang betul
dengan membuat laporan dalam SSDM setiap kali berlaku kes. surat amaran yang diberi
kepada ibubapa mesti dijana melalui SSDM dan melalui SOP yang ketat agar tiada kesilapan
perlaksanaannya.
4.3 Kes ponteng perlu direkodkan dalam SSDM agar apa –apa kes yang berlaku di kemudian hari
pihak PPD dan JPN dapat merujuk di dalamnya sebagai bukti kes salah laku murid .
4.4 Rekod SSDM juga perlu dikemaskini setiap bulan oleh guru kelas walaupun tiada kes berlaku.
4.5 Guru Kelas perlu menutup rekod kehadiran murid dalam APDM setiap bulan sebelum 5
haribulan.

Tindakan : Guru kelas.

Agenda 5 : Ucapan Penangguhan

5.1 Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru yang hadir dan
menyumbangkan idea serta buah fikiran dalam mencemerlangkan SKPKM. Beliau juga
berharap agar semangat bekerjasama dan muafakat dapat diteruskan dalam mengekalkan
kecemerlangan SKPKM.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................................................. ................................................................................
(EN. AKMAL FAHMI BIN AHMAD) (EN. ASNULWIDA BIN AMIR HASSAN)
Setiausaha Hal Ehwal Murid, GURU KANAN HEM

Anda mungkin juga menyukai