Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH

KEBANGSAAN KPG
DATO’ SERI
KAMARUDDIN
MINIT MESYUARAT
GURU DISIPLIN DAN
Tarikh : GURU4 April 2022
PENGAWAS
Masa : 1.00 hingga 2.30 Petang
BIL 1 2022/2023
Tempat : Bilik Mesyuarat , SK Kpg Dato’ Seri Kamaruddin
Pengerusi : Guru Besar SK Kpg Dato Seri Kamaruddin
Kehadiran :

1. Pn Noor Azrina Binti Mazlan


2. Pn Noor Azura Binti Aziz
3. Ustaz Mohd Ismail bin Abdul Rahman
4. Pn Nurul Akmal Binti Ghani
5. En YM Tengku Norhishamuddin bin Raja AB Rashid
6. Pn Rabita Binti Jali
7. Pn Rosnani Binti Mohamed Yunos
8. Pn Qalby Binti Rahim
9. Pn Nenden Khuzaimah Binti Kholil
10. Cik Noor Aziah Doon Binti Yusop
11. En Muhammad Yusli bin Yasin

Tidak hadir bersebab :


1. Pn Zanariah Binti Adnan
2. Pn Marina Binti Basri

1.0 Kata Alu-Auan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al Fatihah. Pengerusi mengucapkan terima kasih
kepada semua guru yang dapat hadir. Pengerusi memaklumkan bahawa ini adalah mesyuarat
pertama bagi sesi persekolahan 2022/2023.

2.0 Pengacaraan Majlis.


2.1 Guru besar meminta supaya murid diberi bimbingan untuk mengacara majlis supaya majlis berjalan
lancar dan sempurna.

1
2.2 Guru pengawas perlu menyediakan hanya beberapa orang murid yang terpilih untuk menjalankan
tugas sebagai pengerusi majlis, pembaca ikrar dan pembaca doa.

Tindakan : Guru Pengawas

3.0 Majlis Watikah dan Kursus Kepimpinan


3.1 Perbincangan tentang tarikh Majlis Watikah Lantikan yang akan diuruskan oleh kaunselor sekolah.
Majlis Watikah ini akan dilaksanakan selewat-lewatnya minggu kedua bulan Mei
3.2 Majlis ini akan turut disertai oleh pengawas PSS, Bridget Bestari, dan Pengawas SPBT.
3.3 Selepas Majlis Watikah dijalankan, Kursus Kepimpinan pula akan diadakan beberapa hari mengikut
sesi masing masing yang akan diurus selia oleh Pn Qalby Bt Abd Rahim.

Tindakan : Makluman

4.0 Pelantikan AJK Pengawas


4.1 Guru besar meminta supaya pemilihan Jawatankuasa Pengawas bagi tahun ini dibuat dengan lebih
teliti.agar tidak berlaku masalah pemilihan tokoh seperti sebelumnya di mana tiada seorang murid
pun yang berkaliber untuk dilantik sebgai tokoh murid.
4.2 Pemilihan perlu ditambah baik dengan memasukkan sesi temu duga yang mana barisan pentadbir
sendiri akan menjadi penemuduga bagi sesi itu.
4.3 Instrumen temu duga perlu disediakan dan rujuk dari Puan Qalby bt Abd Rahim

Tindakan : Guru pengawas

5.0 Pengurusan Disiplin


5.1 Guru disiplin mencadangkan agar pemeriksaan disiplin atau “Spot Check” dijalankan dengan bantuan
pengawas sekolah selepas cuti Hari Raya. Guru pengawas perlu sediakan borang senarai semak
pemeriksaan disiplin tersebut.
5.2 Guru disiplin juga meminta senarai semua pengawas untuk dijadikan rujukan. Beliau juga
mencadangkan agar jadual tugas pengawas di sediakan mengikut bulan.

Tindakan : Guru pengawas

2
6.0 Hal Hal Lain.
6.1 Guru besar meminta semua ahli mesyuarat mencadangkan penyelesaian masalah kekemasan murid
yang memakai vest bersama baju kurung. Keadaan ini akan menyebabkan tudung yang melebihi
vest nampak tidak kemas dan selekeh.
6.2 Papan kenyataan pengawas juga perlu dikemaskini dengan info terkini tahun 2022/2023

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………….. ……………………………..
( Cik Noor Aziah Doon Bt Yusop ) ( Pn Noor Azrina Bt Mazlan )
Sk Kpg Dato Seri Kamaruddin Guru Besar
Sk Kpg Dato Seri Kamaruddin

Anda mungkin juga menyukai