Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT AGUNG

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE 18 TAHUN 2019


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KOTA PUTERI

Tarikh : 14 April 2019 (Ahad)


Masa : 8.00-10.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMK Seri Kota Puteri
Pengerusi : En Mohd Khairul Faudzi Bin Atan (Yang Dipertua PIBG SMKSKP)
Kehadiran (Bilangan) : 55 orang guru
130 orang ibu bapa
Turut Hadir (Jika ada) : 60 orang pelajar

AGENDA 1 : PERUTUSAN PENGERUSI


Pengerusi memulakan mesyuarat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu
bapa dan guru yang hadir. Melahirkan rasa bersyukur atas penggunaan dewan terbuka yang
baru yang mendapat sumbangan sebanyak RM200,000.
Makluman

AGENDA 2 :UCAPAN PENGETUA


Melahirkan rasa bersyukur atas kerjasama yang bagus antara pihak ibu bapa dan guru.
Menyatakan kejayaan signifikan SMK Seri Kota Puteri sepanjang tahun 2018 sehingga har
ini.Menekankan bahawa pencapaian murid SMK Seri Kota Puteri meningkat dengan
cemerlang dan akan diteruskan pada tahun berikutnya.
Makluman

AGENDA 3 :PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU


Cadangan disahkan oleh : Puan Ong Siew Bee
Cadangan disokong oleh : Puan Nusa Saad

Makluman
AGENDA 4 : PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN

4.1 Puan Nur Razilah Binti Juhari meminta para hadirin untuk merujuk helaian muka
surat 22 hingga 24 untuk laporan kewangan berakhir bagi 1 Jan 2018 hingga
Disember 2018.

Makluman

4.2 Puan Nur Razilah menjelaskan bahawa kutipan PIBG bagi tahun November 2017
adalah sebanyak RM2,200 dan juga kutipan pelajar sebanyak RM3,480. Baki
keseluruhan adalah RM23,245.80.

Makluman

4.3 Menerangkan bahawa terdapat banyak sumbangan yang dapat dibuat oleh pelbagai
pihak seperti YPJ sebanyak RM5,000 pada bulan April 2018, Johor Corporation
RM5,000,sumbangan dari Pejabat Menteri Besar Johor sebanyak RM200,000
September 2018 dan Kutipan Majlis Makan Amal pada Oktober 2018 sebanyak
RM11, 580 banyak menolong untuk memperbaiki infrastruktur di sekolah.

Makluman

4.4 Puan Nur Razilah menjelaskan bahawa kutipan kecemerlangan bagi November 2017
adalah sebanyak RM2,480 dan juga kutipan pelajar sebanyak RM3,510. Baki
keseluruhan adalah RM24, 503.22. Makluman

4.5 Kutipan untuk kecemerlangan banyak disalurkan untuk menanggung aktiviti sekolah
seperti Bengkel PT3 & SPM, rombongan pelajar ke Cameron Highland ,lawatan ke
Kolej Vokasional Kota Tinggi dan juga mencetak modul kecemerlangan PT3 dan
SPM.

Makluman

4.6 Puan Sharifah bertanya tentang yuran PIBG keseluruhan. Yang Dipertua PIBG
menerangkan bahawa bayaran untuk sekeluarga adalah RM40. Manakala bayaran
kecemerlangan adalah RM60 seorang murid. Tambahan RM30 untuk pelajar PT3
dan SPM.

Makluman
4.7 Cadangan dari Puan Pengetua, Puan Rahimah Binti Ibrahim untuk menaikkan RM50
untuk PIBG dan RM 50 untuk kecemerlangan tetapi jumlah keseluruhan
kecemerlangan dan juga PIBG tetap RM100. Cadangan diterima.

Makluman

AGENDA 5 : MEMBAHASKAN USUL

5.1 Agenda: Pembentangan Usul Bahagian Hal Ehwal Murid ( HEM )

5.1.1 Pelajar sepatutnya diberikan senarai buku yang harus dibeli bermula pada awal tahun
(usul oleh Puan Sharifah)
Tuan Pengetua memaklumkan bahawa disebabkan kelewatan pihak penerbit untuk
mengeluarkan senarai buku yang harus dibeli oleh pelajar yang menyebabkan
kelewatan untuk memaklumkan pembelian buku kepada para ibu bapa.

5.1.2 Bantuan harus disalurkan kepada ibu tunggal untuk meringankan beban menanggung
anak yang bersekolah. (usul oleh Puan Sharifah)
Yang Dipertua PIBG mencadangkan usul ini dibentangkan kepada pihak AJK PIBG
SMK Seri Kota Puteri dan saluran Makanan Berkupon (untuk pelajar tidak
berkemampuan ) diberikan juga untuk anak-anak ibu tunggal.

AGENDA 6 : PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2019/2020


6.1 En. Khairul Faudzi Bin Atan mengumumkan pembubaran AJK PIBG sesi 2018/2019
dan mengucapakan terima kasih atas sokongan semua ahli PIBG 2018 terhadap pimpinan
beliau.
Makluman
6.2 Puan Muhazian mencadangkan bahawa AJK PIBG 2018 dikekalkan untuk sesi
2019/2010 . Cadangan diterima oleh para ibu bapa yang hadir.
Makluman

6.3 Cik Jamaliah mencadangkan bahawa perlatikan AJK baru untuk ahli PIBG yang tidak
aktif atau tidak hadir bagi kebanyakan mensyuarat PIBG.
Makluman
6.4 En. Mohd Fakaruddin mencadangkan En Siew Mey untuk jawatan AJK PIBG. Puan Siti
Rozita menyokong dan menutup cadangan tersebut
Makluman
6.5 Puan Siti Rozita mencadangkan Puan Sharifah untuk jawatan AJK PIBG. En Mohd
Fakaruddin menyokong dan menutup cadangan tersebut.
Makluman
6.6 En. Mohd Fakaruddin mencadangkan Puan Rohanir untuk jawatan AJK PIBG. En Mohd
Muzamil menyokong dan menutup cadangan tersebut.
Makluman
6.7 Perlantikan AJK PIBG sesi 2019/2020

AGENDA 7 : UCAPAN PENANGGUHAN


7.1 En Mohd Khairul Faudzi Bin Atan mengucapakan terima kasih kepada AJK PIBG bawah
pimpinan beliau atas kerjasama yang telah diberikan dan mengucapkan selamat bertugas bagi
AJK PIBG yang baharu

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.50 pagi.


Pencatat Minit Mesyuarat :
Cik Khairunnisa Binti Jasni
Cik Nor Syazana Binti Azman

Disediakan oleh,

Anda mungkin juga menyukai