Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

KALI PERTAMA 2022


TARIKH : 17 MAC 2022
HARI : KHAMIS
MASA : 9:30 PAGI
TEMPAT : DEWAN AL-FARABI, SK MENERONG

KEHADIRAN :

Tn. Hj. Nik Asri b. Nik Lah


En. Zaharuddin b. Abd Razak
Pn. Masitah bt. Abdul Rashid
En. Abdul Hakim b. Ismail
Pn. Masitah bt. Abdul Rashid
En. Mohd Hanafi b. Said
En. Mazlan b. Mustafa
En. Wan Rosdi b. Wan Hasan
En. Mohd Jamali b. Awang
En. Nizuwar Noor b. Abd Samad
En. Badrul Hisyam b. Kadir
En. Mokshen bin Sanus
En. Mohd Sahrudin bin Abdullah
Pn. Norliza bt. Johar
Pn. Mawaddah binti Kamaruddin
Pn. Siti Aisyah binti Abdullah
Pn. Nurul Husna binti Hamzah
Agenda Mesyuarat :
1.0 Ucapan alu-aluan
Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat menghadirkan diri untuk
mesyuarat pengurusan HEM kali pertama tahun 2022. Beliau juga mengucapkan terima kasih
dan tahniah kepada PK HEM dan guru-guru di atas kerjasama dan kejayaan sepanjang tahun
2021.

2.0 Ucapan Guru Penolong Kanan HEM


Guru Penolong Kanan HEM, Pn. Masitah bt. Abdul Rashid mengucapkan Selamat Tahun
Baru dan selamat datang kepada semua guru. Ucapan tahniah juga kepada semua guru kerana
kecemerlangan yang dicapai pada tahun 2021. Di harap agar amanah dan tanggungjawab yang
diterima pada tahun 2022 dijalankan dengan ikhlas dan hati terbuka dan akan lebih banyak
kejayaan yang akan dikecapi pada tahun ini.
Bagi sesi persekolahan tahun ini, guru-guru boleh rujuk di dalam buku pengurusan 2022.

2.1 PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2021 & BUKU TEKS

2.1.1 Guru-guru kelas pastikan kerusi, meja , peralatan dan buku teks mencukupi dan
berada dalam keadaan baik. Semua kelas mestilah dalam keadaan kemas dan
selamat.
2.1.2 Sesi pemulangan dan pengagihan buku teks akan dilaksanakan pada hari
pertama persekolahan di kelas dan akan diselia oleh guru kelas masing-masing.
Perlu mengikut SOP yang telah dietapkan.
2.1.3 Guru kelas pastikan kerusi dan meja yang mencukupi dan pastikan Kawasan
kelas berada dalam keadaan yang selamat.

Tindakan: Guru Kelas/


SPBT
2.2 KEHADIRAN MURID

2.2.1 Guru Bertugas diminta untuk hadir awal bagi memastikan murid hadir dalam
keadaan yang selamat.

2.2.2 Enrolmen murid pada awal tahun 2022 adalah seramai 132 orang
( Tahun 1-tahun 6, PPKI dan pra sekolah ).

Tahun 1 : 14 orang Tahun 5 : 15 orang


Tahun 2 : 21 orang Tahun 6 : 20 orang
Tahun 3 : 17 orang PPKI : 12 orang
Tahun 4 : 18 orang Pra : 15 orang

2.3 Pengurusan RMT & Susu

2.3.1 RMT 2022 akan bermula pada hari pertama persekolahan .


2.3.2 Seramai 62 murid dari tahun 2 hingga 6 termasuk kelas PPKI telah dipilih pada
tahun ini.
2.3.3 Waktu rehat adalah berlainan antara murid Tahap 1 dan Tahap 2. Mrid Tahap 1
bermula 9.45 pagi – 10.15 pagi, manakala murid Tahap 2 bermula 10.15 pagi –
10.45 pagi.
2.3.4 Semua murid akan makan di kantin dengan pantauan guru bertugas. RMT akan
diberikan pada waktu pagi.
2.3.5 Buku laporan RMT juga hendaklah diisi oleh guru bertugas kerana buku tersebut
akan disemak dan diperiksa oleh PK HEM.
2.3.6 Semua guru mestilah mengambil cakna jika ada aduan daripada murid RMT
mengenai makanan pada hari tersebut dan guru memaklumkan kepada pihak
kantin pada hari tersebut.
2.3.7 Susu diagihkan sewaktu rehat.
Tindakan : AJK RMT & Susu/ Guru
Kelas

2.4 Pengurusan Kantin Sekolah

2.4.1 Kebersihan kantin mestilah dipantau 2 kali seminggu. Penyelaras hendaklah


sentiasa membuat pemantauan dikantin, penyediaan makanan dan pakaian
pekerja kantin hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
2.4.2 Penyelaras dan AJK juga hendaklah memastikan kawasan dapur sentiasa bersih.

Tindakan : Penyelaras dan AJK Kantin

3.0 Perutusan Penutup

Diharapkan, SK Menerong akan mencapai lebih banyak kecemerlangan berbanding tahun-tahun


sebelumnya. Semua jawatankuasa HEM dapat menjalankan tugas sepertimana yang telah
ditetapkan dengan lebih dedikasi.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.


Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

…………………………………….. ………………………………………. …………………………….

(NORZAHARIAH BINTI ISMAIL) (MASITAH BINTI ABDUL RASHID) (NIK ASRI BIN NIK LAH)
Setiausaha HEM, PK HEM, Guru Besar,
SK Menerong. SK Menerong. SK Menerong.

Anda mungkin juga menyukai