Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT GURU BIL.

2 TAHUN 2021
TARIKH : 23/2/2021

MASA : 2.00 PM

TEMPAT : Google Meet

KEHADIRAN :

Nama yang hadir:

1.

1.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS


1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran barisan pentadbir dan guru-guru.
1.2 Pengerusi majlis membuka mesyuarat dengan bacaan doa.

2.0 UCAPAN GURU BESAR


2.1 Bilik Guru
2.1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
mengemas bilik guru untuk kerja baik pulih. Barang-barang guru yang berada di
dataran sekolah hendaklah di bawa pulang ke rumah.
Tindakan:Semua Guru
2.2 Pembukaan Sekolah
2.2.1 Pada 1 Mac 2021 persekolahan sesi pagi akan dibuka kepada Prasekolah dan
murid PPKI. Sesi petang pula murid Tahun 1 dan Tahun 2.

Tindakan:Makluman

2.2.2 Diminta guru kelas sesi petang dan pendamping bersama dengan guru kelas sesi
pagi dan pendamping yang menggunakan kelas yang sama untuk hadir ke
sekolah pada hari berikut:

Rabu (24 Februari 2021) Tahun 1


Khamis (25 Februari 2021) Tahun 2

Jumaat (26 Februari 2021) Tahun 3

Guru hendaklah mengemas kelas, menyusun semula kerusi meja mengikut


bilangan murid dan SOP yang telah ditetapkan. Guru boleh mengambil alatan
yang diperlukan di pejabat sekolah untuk membuat tanda arah masuk keluar di
dalam kelas. Guru kelas juga boleh menceriakan kelas masing-masing. Peralatan
kebersihan seperti penyapu, penyodok boleh dapatkan di pejabat sekolah.
Tindakan:Guru Kelas & Guru Pendamping
2.2.3 Kehadiran guru sekolah adalah mengikut sesi masing-masing. Guru akan
melaksanakan sesi PdPR di sekolah. Guru juga mestilah mematuhi SOP yang
telah ditetapkan.
Tindakan:Makluman

2.2.4 Kehadiran murid Tahun 1 dan Tahun 2 pada Isnin hingga Khamis jam 12.50
tengah hari. Manakala, pada hari Jumaat jam 2.00 petang. Pada hari Isnin dan
Selasa murid Tahun 1 dan Tahun 2 akan pulang pada pukul 6.40 petang. Pukul
6.25 petang guru akan membuat penyusunan murid untuk pulang mengikut
giliran masing-masing. Pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat pula, murid akan
pulang pada jam 6.10 petang.

Tindakan:Makluman

2.2.5 Pergerakan murid ke kelas akan disusun oleh Puan Sabariah dan akan diberikan
kepada semua guru.

Tindakan: Puan Sabariah

2.2.6 Guru besar memaklumkan guru bertugas pada minggu hadapan adalah
kumpulan G dan dibantu oleh kumpulan A bagi sesi petang. Ibu bapa tidak
dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

Tindakan:Guru Bertugas

2.2.7 Murid Tahun 1 akan masuk melalui pintu pagar C manakala Tahun 2 akan masuk
melalui pintu pagar B. Guru sesi pagi akan membantu membawa murid ke kelas
masing-masing. Guru kelas akan menunggu murid di dalam kelas.

Tindakan:Semua Guru
2.3 Rancangan Pengajaran Harian
2.3.1 Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah menghantar RPH. Guru
yang masih belum menghantar RPH hendaklah hantar secepat mungkin.

Tindakan:Semua Guru

2.3.2 Pada minggu ini, guru hendaklah menghantar RPH kepada pentadbir
masing-masing dan RPH mestilah lengkap.

Tindakan:Semua Guru

2.4 Semakan Buku Aktiviti


2.4.1 Sebelum cuti sekolah, buku aktiviti mestilah dikumpulkan dan dihantar kepada
pentadbir masing-masing untuk disemak.

Tindakan:Semua Guru

2.4.2 impan dan tidak boleh dipamerkan. Semua guru atau murid yang ingin
menunaikan solat mestilah membawa telekung dan sejadah sendiri.

Tindakan:Makluman

2.4.3 Guru mestilah bersedia dengan RPT dan RPH jika pemantau ingin melihat PdPC
guru terlibat.

Tindakan:Semua Guru

2.4.4 E-Operasi hendaklah diselesaikan sebelum 28 Februari 2021. Beliau


mengucapkan terima kasih kepada 71 orang guru yang telah mengemaskini
e-operasi. Guru yang belum kemaskini hendalah berbuat demikian secepat
mungkin.

Tindakan:Semua Guru

2.4.5 RPH hendaklah dihantar kepada pentadbir masing-masing pada tarikh yang
ditetapkan.

Tindakan:Semua Guru

2.4.6 Buku kerja murid hendaklah dihantar kepada pentadbir masing-masing pada
22-26 Mac 2021 untuk disemak.

Tindakan:Semua Guru
2.4.7 kluk kepada arahan perkhidmatan. Kehadiran adalan mengikut masa yang telah
ditetapkan. Perhimpunan sekolah yang melibatkan guru, murid atau warga
sekolah yang berkumpul secara beramai-ramai adalah tidak dibenarkan.

Tindakan:Makluman
2.4.8 Pengurusan prasarana – Pentadbir mestilah memastikan semua kelas dan
bangunan termasuk bilik pdp dibersihkan. Guru dan warga sekolah masih tidak
dibenarkan untuk makan di kantin. Semua murid hendaklan makan di dalam bilik
pdp dan guru hendaklan mengawasi kelas tersebut. Kantin juga mestilah tanda
penjarakan dan tanda arah. Bilik guru, bilik mesyuarat, pusat sumber dan
makmal sains masih digunakan dan mestilah disusun mengikut sop yang telah
ditetapkan.

Tindakan:Makluman
2.4.9 Keselamatan murid - Sebelum memasuki murid mestilah memeriksa suhu.
Murid yang bergejala tidak dibenarkan memasuki sekolah dan ibu bapa harus
mengambil murid tersebut.

Tindakan:Guru Bertugas
2.4.10 RMT – RMT dan susu bermula pada 1 Mac 2021. Guru RMT dikehendaki
memaklumkan kepada pihak kantin tentang makanan murid.

Tindakan:Penyelaras RMT
2.4.11 APDM – Guru kelas Tahun 1 dan Tahun 2 hendaklah mengisi kehadiran murid
bermula 1 Mac 2021. Bagi sesi pagi kehadiran hendaklah dikemaskini sebelum
japm 9.30 pagi, manakala sesi petang sebelum jam 3.30 petang.

Tindakan:Guru Kelas
2.4.12 Bantuan Awal Persekolahan - Jika ibu bapa yang belum menghantar borang
bantuan, guru kelas diminta untuk menghubungi mereka. Borang yang telha
lengkap boleh dihantar kepada AJK bantuan yang telah ditetapkan. Bantuan
akan diserahkan melalui akaun bank murid. Murid yang tiada akaun bank akan
diberikan secara tunai di sekolah.

Tindakan:Guru Kelas
2.4.13 Unit-unit HEM yang belum menghantar laporan Tahun 2020 diminta untuk
menghantar laporan tersebut sebelum 1 Mac 2021.

Tindakan:Ketua Unit HEM


3.0 n.

Tindakan:Makluman
3.1 Aktiviti PJK adalah dibenarkan dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan dan tidak boleh
bersentuhan.

Tindakan:Guru PJK

3.2 Laporan aktiviti kokurikulum mestilah dilengkap dan dihantar kepada penyelaras untuk
disemak pada setiap minggu.

Tindakan:Ketua Unit Kokurikulum


3.3 ar ke sekolah.

Tindakan:Makluman
3.4 Guru PPKI diminta untuk hadir pada hari Rabu hingga Jumaat bersama PPM untuk
mengemaskini bilik masing-masing.

Tindakan: Guru PPKI


3.5 Guru di bawah seliaan beliau hendaklah menghantar PRH di bilik pejabat atas pada hari
Jumaat.

Tindakan: Guru Terlibat


4.0 HAL-HAL LAIN
4.1 Pihak sekolah akan membina satu lorong daripada pagar pra sekolah sehingga ke palang besi
bagi mengelakkan kesesakan sewaktu murid pulang sekolah.

Tindakan:Makluman
4.2 Suntikan Imunisasi Tahun 1 di klinik dibatalkan kerana sekolah telah dibuka. Pihak klinik akan
menyusun semula jadual dan akan dimaklumkan kepada pihak sekolah.

Tindakan: Makluman
4.3 Puan Marsidah memohon untuk meneruskan tempahan makanan di kantin seperti tahun
lepas. Untuk sesi petang, diminta Puan Farah untuk berbincang mengenai tempahan
makanan di kantin.

Tindakan: AJK Kantin


4.4 Pada hari Sabtu 27 Februari 2021 akan diadakan gotong-royong anjuran Unit Kokurikulum,
Unit Hal Ehwal Murid dan Persatuan Ibu Bapa & Guru yang diketuai oleh Cikgu Aizuddin.

Tindakan:Makluman
4.5 Mesyuarat Agung PIBG dijangka akan diadakan secara online pada 20 Mac 2021. Sekiranya
terdapat perubahan, pihak pentadbir akan maklumkan kemudian.

Tindakan:Makluman
5.0 PENUTUP
5.1 Taklimat ditangguhkan pada 16 Januari 2021 jam 12 tengah hari.

Disediakan oleh,

Anda mungkin juga menyukai