Anda di halaman 1dari 2

Laporan Penyertaan Murid SK Menerong Ke Pertandingan Bola Baling Peringkat

Zon

OBJEKTIF :
1. Memperkenalkan sukan bola baling kepada semua murid SK Menerong
2. Melahirkan murid yang berdisiplin serta seimbang dari segi fizikal dan mental
3. Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid SK Menerong untuk mewakili sekolah
ke kejohanan peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan.

SASARAN :
1. Semua pelajar SK Menerong khasnya kelab bola baling lelaki dan perempuan

LAPORAN KEJOHANAN:
1. Kejohanan Bola Baling P12 MSSD Hulu Terengganu 2022 mendapat tempat 3
bersama. Tahniah kepada barisan kejurulatihan, guru-guru, AKP, ibubapa dan semua
yang terlibat.
2. Bagi pasukan Bola Baling, SKeMe bekerjasama dengan pasukan dari KDSR 3 L12
dan P12 yang terdiri dari SK Betong, SK Felda Mengkawang, SK Pereh dan SK
Landas mengadakan latihan pusat di SK Menerong
3. Terima kasih kepada pengurusan Bola Baling SK Betong yang mengendalikan latihan
serta memilih 3 murid SKeMe iaitu adik Anis Anisa binti Jamaludin, Nur Elysha binti
Mohd Firdaus dan Che Norfarah Damia binti Che Wel dalam kejohanan ini
memberikan mata merit bernilai dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan &
Kokurikulum (PAJSK) mereka.

KEPUTUSAN KEJOHANAN:
1. Bagi pasukan L12 untuk Kejohanan Bola Baling B12 MSSD Hulu Terengganu
mewakili Zon KDSR 3 tidak dapat meneruskan ke peringkat separuh akhir. Pasukan-
pasukan dalam Kumpulan B memberi saingan yang sangat sengit.
2. SELASA, 5 Julai 2022 - Hari Ke-2 Kejohanan Bola Baling MSSDHT B12.
Keputusan Penuh Perlawanan :
 KATEGORI BAWAH L12:
Johan : SK Tok Randok (Zon 1) -
Naib Johan : SK Kuala Berang (Zon 2)
Ketiga Bersama : SK Felda Jerangau Barat (Zon 3) dan SK Telaga (Zon 2)
 KATEGORI BAWAH P12
Johan : SK Peroh (Zon 3)
Naib Johan : SK Padang Setenge (Zon 2)
Ketiga Bersama : SK Betong (Zon 3) dan SK Bukit Perah (Zon 1)
PENILAIAN :
Secara keseluruhannya, pertandingan bola baling telah berjalan dengan lancan dan
baik. Peserta dapat menunjukkan semangat kesukanan dalam mempersembahkan
mutu persembahan
mereka.

Disediakan oleh,

……………………………….
Norzahariah binti Ismail,
Penasihat Kelab Bola Baling
SK Menerong.

Anda mungkin juga menyukai