Anda di halaman 1dari 42

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA DAN PADANG PPKI

PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2017

1. Nama Program

Kejohanan Olahraga Dan Padang PPKI Peringkat Daerah Dungun 2017

2. Maklumat Program

Tarikh : 22 Februari 2017


Hari : Rabu
Masa : 8 pagi – 2 petang
Tempat : Trek dan padang SMK Sultan Omar, Dungun, Terengganu

3. Penganjur

Unit Pendidikan Khas, PPD Dungun

4. Bil. Murid Yang Terlibat

Lelaki : 8 Orang

Perempuan : 6 Orang

Penyokong : 25 orang
5. Bil. Guru dan PPM Yang Terlibat

Guru : 10 orang

PPM : 4 orang

6. Pengenalan

Pada 22 Februari 2017 yang lalu, seramai 14 orang murid PPKI SK Kuala
Dungun telah menyertai Kejohanan Balapan dan Padang PPKI Peringkat Daerah
Dungun di padang SMK Sultan Omar, Dungun Terengganu. Acara yang telah
disertai adalah lari 100 m, berganti-ganti 4x100, acara terbuka 50 m, lompat jauh
dan lontar peluru. Mohammad Haikal bin Zamzuri yang menyertai acara larian
terbuka 50m telah memenangi pingat gangsa.

7. Objektif

Mencukil bakat dan minat murid PPKI dalam acara sukan balapan dan padang
serta melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal

8. Kekuatan

Melalui acara balapan dan padang yang disertai oleh murid-murid PPKI ini telah
dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam
pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
9. Kekangan

Peserta kurang mendapat latihan yang mencukupi disebabkan oleh kekangan


masa.

10. Penutup

Walaupun kontigen PPKI SK Kuala Dungun hanya memenangi satu sahaja


pingat gangsa pada kejohahan kali ini, ia tidak mematahkan semangat kami
untuk lebih maju untuk kejohanan akan datang. Para peserta akan diberi latihan
yang mencukupi sebelum menjelang hari kejohanan agar peserta lebih bersedia
dan mampu memungut pingat.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………….. …………………….

(Nik Yusanida Nik Daud) (Ahmad Fazri bin Abd. Ghani)

Setiausaha, GPK Pendidikan Khas,

PPKI SK Kuala Dungun. SK Kuala Dungun


LAPORAN KARNIVAL BOWLING PENDIDIKAN KHAS

PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2017

1. Nama Program

Kejohanan Bowling PPKI Peringkat Daerah Dungun 2017

2. Maklumat Program

Tarikh : 07 Ogos 2017


Hari : Isnin
Masa : 10 pagi – 1 petang
Tempat : U- Bowl Bowling Centre, Mesra Mall, Kertih, Terengganu

3. Penganjur

Unit Pendidikan Khas, PPD Dungun

4. Bil. Murid Yang Terlibat

Lelaki : 2 Orang

Perempuan : 2 Orang

Penyokong : 25 orang
5. Bil. Guru dan PPM Yang Terlibat

Guru : 10 orang

PPM : 4 orang

6. Pengenalan

Pada 7 Ogos 2017 yang lalu, seramai 4 orang murid PPKI SK Kuala Dungun
telah menyertai Karnival Bowling Pendidikan Khas, Peringkat Daerah Dungun di
U- Bowl Bowling Centre, Mesra Mall, Kertih, Terengganu. Acara yang telah
disertai adalah oleh murid-murid PPKI SK Kuala Dungun adalah acara
perseorangan lelaki dan perempuan serta acara beregu campuran. Peserta dari
acara beregu campuran telah berjaya menadapat pingat gangsa.

7. Objektif

Mencukil bakat dan minat murid PPKI dalam acara bowling serta melahirkan
insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal

8. Kekuatan

Peserta dari PPKI SK Kuala Dungun sangat bersemangat walaupun pertama kali
menyertai karnival bowling seumpama ini. Peserta beregu campuran telah dapat
mencapai kecemerlangan dengan mendapat pingat gangsa.
9. Kekangan

Peserta kurang mendapat latihan yang mencukupi disebabkan oleh kekangan


masa.

10. Penutup

Walaupun peserta beregu campuran PPKI SK Kuala Dungun hanya memenangi


satu sahaja pingat gangsa pada karnival bowling pada kali ini, ia tidak
mematahkan semangat kami untuk lebih maju untuk karnival bowling akan
datang. Para peserta akan diberi latihan yang mencukupi sebelum menjelang
hari pertandingan agar peserta lebih bersedia dan mampu memungut pingat.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………….. …………………….

(Nik Yusanida Nik Daud) (Ahmad Fazri bin Abd. Ghani)

Setiausaha, GPK Pendidikan Khas,

PPKI SK Kuala Dungun. SK Kuala Dungun


LAPORAN SAMBUTAN HARI LAHIR MURID-MURID PPKI SK KUALA
DUNGUN ( JAN – JUN ) TAHUN 2017

1. Nama Program

Sambutan Hari Lahir Murid-Murid PPKI SK Kuala Dungun (Jan-Jun) Tahun 2017

2. Maklumat Program

Tarikh : 16 Ogos 2017


Hari : Selasa
Masa : 10 pagi – 12 tengahari
Tempat : RJ Katering & Restoran Juz, Dungun, Terengganu

3. Penganjur

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SK Kuala Dungun, Dungun


Terengganu.

4. Bil. Murid Yang Terlibat

Lelaki : 32 Orang

Perempuan : 8 Orang
5. Bil. Guru dan PPM Yang Terlibat

Guru : 12 orang

PPM : 4 orang

6. Pengenalan

Pada 16 Ogos 2017 yang lalu, seramai 40 orang murid PPKI SK Kuala Dungun
telah diraikan dalam Sambutan Hari Lahir Murid-Murid PPKI SK Kuala Dungun
(Jan-Jun) Tahun 2017 di RJ Katering & Restoran Juz, Dungun, Terengganu.
Seramai 19 orang murid PPKI yang menyambut hari lahir pada bulan Januari
hingga Jun diraikan dengan meriah. Sambutan kali ini telah mendapat tajaan dari
RJ Katering & Restoran Juz, Dungun dan kumpulan D’ Clown & Fiends, Dungun.
Dalam majlis itu, semua murid-murid PPKI sangat teruja dengan persembahan
silap mata, nyanyian dan belon-belon yang diberi secara percuma oleh kumpulan
D’ Clown & Fiends.

7. Objektif

Mewujudkan rasa dihargai dan disayangi dikalangan keluarga PPKI SK Kuala


Dungun

8. Kekuatan

Murid-murid PPKI SK Kuala Dungun sangat teruja dan gembira ditambah lagi
sambutan kali ini sungguh meriah kerana mendapat tajaan dari RJ Katering &
Restoran Juz, Dungun dan kumpulan D’ Clown & Fiends, Dungun.
9. Kekangan

Terdapat juga murid yang dirai tidak dapat turut serta dalam majlis sambutan hari
lahir pada kali ini kerana masalah kesihatan.

10. Penutup

Program Sambutan Hari Lahir Murid-Murid PPKI SK Kuala Dungun (Jan-Jun)


Tahun 2017 pada kali ini telah berjaya menggembirakan seluruh warga PPKI.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
terutama sekali mereka yang menaja Sambutan Hari Lahir Murid-Murid PPKI SK
Kuala Dungun (Jan-Jun) Tahun 2017 iaitu RJ Katering & Restoran Juz, Dungun
dan kumpulan D’ Clown & Fiends, Dungun.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………….. …………………….

(Nik Yusanida Nik Daud) (Ahmad Fazri bin Abd. Ghani)

Setiausaha, GPK Pendidikan Khas,

PPKI SK Kuala Dungun. SK Kuala Dungun


LAPORAN SAMBUTAN HARI LAHIR ( JULAI – DISEMBER ) DAN
JAMUAN AKHIRTAHUN MURID-MURID PPKI SK KUALA DUNGUN
2017

1. Nama Program

Sambutan Hari Lahir ( Julai – Disember ) Dan Jamuan Akhirtahun Murid-Murid


PPKI SK Kuala Dungun 2017

2. Maklumat Program

Tarikh : 2 November 2017


Hari : Isnin
Masa : 10 pagi – 12 tengahari
Tempat : Restoran Marrybrown, Dungun, Terengganu

3. Penganjur

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SK Kuala Dungun, Dungun


Terengganu.

4. Bil. Murid Yang Terlibat

Lelaki : 30 Orang

Perempuan : 10 Orang
5. Bil. Guru dan PPM Yang Terlibat

Guru : 12 orang

PPM : 4 orang

6. Pengenalan

Pada 2 November 2017 yang lalu, seramai 40 orang murid PPKI SK Kuala
Dungun telah diraikan dalam Sambutan Hari Lahir Murid-Murid PPKI SK Kuala
Dungun (Julai-Disember) dan Jamuan Akhir Tahun 2017 di Restoran
Marrybrown Dungun, Terengganu. Seramai 21 orang murid PPKI yang
menyambut hari lahir pada bulan Julai hingga Disember diraikan dengan meriah.

7. Objektif

Mewujudkan rasa dihargai dan disayangi dikalangan keluarga PPKI SK Kuala


Dungun

8. Kekuatan

Murid-murid PPKI SK Kuala Dungun sangat teruja dan gembira ditambah lagi
sambutan kali ini sungguh meriah kerana mereka dihiburkan dengan mascot
comel dari Marrybrown.
9. Kekangan

Terdapat juga murid yang dirai tidak dapat turut serta dalam majlis sambutan hari
lahir pada kali ini kerana masalah kesihatan.

10. Penutup

Program Sambutan Hari Lahir Murid-Murid PPKI SK Kuala Dungun (Jan-Jun)


Tahun 2017 pada kali ini telah berjaya menggembirakan seluruh warga PPKI.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
menjayakan sambutan kali ini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………….. …………………….

(Nik Yusanida Nik Daud) (Ahmad Fazri bin Abd. Ghani)

Setiausaha, GPK Pendidikan Khas,

PPKI SK Kuala Dungun. SK Kuala Dungun


LAPORAN PROGRAM TERAPI SENI : KOLAJ

1. Nama Program

Terapi Seni : Kolaj

2. Maklumat Program

Tarikh : 3 November 2017


Hari : Selasa
Masa : 9 pagi – 12 tengahari
Tempat : Pantai Teluk Gadung Dungun, Terengganu

3. Penganjur

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SK Kuala Dungun, Dungun


Terengganu.

4. Bil. Murid Yang Terlibat

Lelaki : 30 Orang

Perempuan : 10 Orang
5. Bil. Guru dan PPM Yang Terlibat

Guru : 12 orang

PPM : 4 orang

6. Pengenalan

Pada 2 November 2017 yang lalu, seramai 40 orang murid PPKI SK Kuala
Dungun telah mengadakan Terapi Seni Kolaj di Pantai Teluk Gadung, Dungun
Terengganu. Dengan bimbingan guru dan PPM, murid-murid PPKI telah berjaya
menghasilkan kolaj-kolaj yang menarik menggunakan bahan-bahan yang
terdapat di persisiran pantai.

7. Objektif

Meningkatkan keupayaan berinteraksi murid-murid PPKI dengan alam sekitar ,


meluahkan perasaan, menguatkan daya imaginasi dan menguatkan motor kasar
dan motor halus

8. Kekuatan

Murid-murid PPKI SK Kuala Dungun sangat teruja dan gembira apabila mereka
dibenarkan mengutip pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan untuk
membuat kolaj di persisiran pantai dengan pengawasan guru dan PPM.

9. Kekangan
Terdapat juga murid yang tidak dapat menyertai Terapi Seni Kolaj pada kali ini
kerana masalah kesihatan.

10. Penutup

Program Terapi Seni kolaj ini dapat meningkatkan kemahiran menampal dan
menambahkan kecekapan motor halus murid-murid PPKI SK Kuala Dungun.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………….. …………………….

(Nik Yusanida Nik Daud) (Ahmad Fazri bin Abd. Ghani)

Setiausaha, GPK Pendidikan Khas,

PPKI SK Kuala Dungun. SK Kuala Dungun


LAPORAN AKTIVITI MEMBUAT SANDWISH

1. Nama Program

Aktiviti Membuat Sandwish

2. Maklumat Program

Tarikh : 4 November 2017


Hari : Rabu
Masa : 10 pagi – 11 tengahari
Tempat : Kelas PPKI, SK Kuala Dungun

3. Penganjur

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SK Kuala Dungun, Dungun


Terengganu.

4. Bil. Murid Yang Terlibat

Lelaki : 30 Orang

Perempuan : 10 Orang
5. Bil. Guru dan PPM Yang Terlibat

Guru : 12 orang

PPM : 4 orang

6. Pengenalan

Pada 3 November 2017 yang lalu, seramai 40 orang murid PPKI SK Kuala
Dungun telah mengadakan aktiviti membuat sandwish. Dengan bimbingan guru
dan PPM, murid-murid PPKI telah berjaya menghasilkan sendiri sandwich dan
makan bersama-sama rakan mereka. Aktiviti membuat sandwich dijalankan
secara berkumpulan dan pemenang yang dipilih mengikut kriteria pemarkahan
iaitu persembahan makanan, kebersihan dan keselamatan makanan, kerjasama
kumpulan dan kreativiti.

7. Objektif

Mengembangkan kreativiti dan potensi murid-murid PPKI melalui aktiviti


membuat sandwich.

8. Kekuatan

Murid-murid PPKI SK Kuala Dungun sangat teruja dan gembira apabila mereka
mampu membuat sandwich mereka sendiri.
9. Kekangan

Terdapat juga murid yang masih kekok menggunakan alatan seperti pisau dan
sudu semasa membuat sandwich.

10. Penutup

Aktiviti membuat sandwich ini telah dapat mencungkil bakat murid-murid PPKI
dalam kemahiran menyediakan hidangan mudah dan ringkas untuk dijadikan
hidangan keluarga.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………….. …………………….

(Nik Yusanida Nik Daud) (Ahmad Fazri bin Abd. Ghani)

Setiausaha, GPK Pendidikan Khas,

PPKI SK Kuala Dungun. SK Kuala Dungun


LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

SK KUALA DUNGUN 2017

1. Nama Program

Kejohanan Balapan Dan Padang SK Kuala Dungun 2017

2. Maklumat Program

Tarikh : 6, 7 dan 8 November 2017


Hari : Isnin, Selasa dan Rabu
Masa : 8 pagi – 6.30 petang
Tempat : Trek dan padang SK Kuala Dungun, Dungun, Terengganu

3. Penganjur

4. Unit Ko-kurikulum SK Kuala Dungun, Dungun, Terengganu

5. Bil. Murid Yang Terlibat

Lelaki : 30 Orang

Perempuan : 10 Orang
6. Bil. Guru dan PPM Yang Terlibat

Guru : 10 orang

PPM : 4 orang

7. Pengenalan

Pada 6 - 8 November 2017 yang lalu, murid-murid PPKI SK Kuala Dungun telah
menyertai Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Sekolah Kebangsaan
Kuala Dungun di padang Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun, Dungun
Terengganu. Acara yang telah disertai adalah lari 80 m, berganti-ganti 4x100 m
dan perbarisan. Selain daripada itu, murid-murid PPKI juga telah membuka gerai
jualan dengan menjual float, bertih jagung dan belon.

8. Objektif

Mencukil bakat dan minat murid PPKI dalam acara sukan balapan dan padang
serta melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal

9. Kekuatan

Melalui acara 4x100 m yang disertai oleh murid-murid PPKI ini telah dapat
mencapai kecemerlangan dengan mendapat pingat gangsa bersaing dengan
murid perdana.
10. Kekangan

Peserta kurang mendapat latihan yang mencukupi disebabkan oleh kekangan


masa.

11. Penutup

Walaupun kontigen PPKI SK Kuala Dungun hanya memenangi satu sahaja


pingat gangsa pada kejohahan kali ini, ia tidak mematahkan semangat kami
untuk lebih maju untuk kejohanan akan datang. Para peserta akan diberi latihan
yang mencukupi sebelum menjelang hari kejohanan agar peserta lebih bersedia
dan mampu memungut pingat.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………….. …………………….

(Nik Yusanida Nik Daud) (Ahmad Fazri bin Abd. Ghani)

Setiausaha, GPK Pendidikan Khas,

PPKI SK Kuala Dungun. SK Kuala Dungun


LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SK KUALA DUNGUN 2017

1. Nama Program

Kem Bestari Solat, PPKI SK Kuala Dungun 2017

2. Maklumat Program

Tarikh : 14 & 15 November 2017


Hari : Selasa & Rabu
Masa : 8 pagi – 12 tengahari
Tempat : Kelas PPKI SK Kuala Dungun

3. Penganjur

Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Kuala Dungun

4. Bil. Murid Yang Terlibat

Lelaki : 30 Orang

Perempuan : 10 Orang
5. Bil. Guru dan PPM Yang Terlibat

Guru : 10 orang

PPM : 4 orang

6. Pengenalan

Pada 14 dan 15 November 2017 yang lalu, seramai 40 orang murid PPKI SK
Kuala Dungun telah menyertai Kem Bestari Solat. Program ini merupakan aktiviti
yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid PPKI dapat menunaikan solat
dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan
secara intensif mengikut kesesuaian murid-murid PPKI.

7. Objektif

Meningkatkan keupayaan murid-murid PPKI agar dapat melaksanakan wuduk


dan solat dengan lebih sempurna.

8. Kekuatan

Melalui bimbingan secara intensif berkumpulan, murid-murid PPKI telah


menampakkan keberkesanan dalan melaksanankan wuduk dan solat dengan
lebih sempurna.
9. Kekangan.

Terdapat juga murid yang masih lagi kekok untuk melalukan amali wuduk dan
solat walaupun dengan bimbingan guru.

10. Penutup

Kem Bestari Solat, PPKI SK Kuala Dungun 2017 telah berjaya dilaksanakan
dengan bantuan guru-guru, PPM dan kerjasama yang sangat baik dari murid-
murid PPKI. Murid-murid PPKI pada kali ini sangat memberi kerjasama dan
bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amali wuduk dan solat.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………….. …………………….

(Nik Yusanida Nik Daud) (Ahmad Fazri bin Abd. Ghani)

Setiausaha, GPK Pendidikan Khas,

PPKI SK Kuala Dungun. SK Kuala Dungun


LAPORAN PERKHEMAHAN ARGONOREE PERINGKAT NEGERI
TERENGGANU 2017

1. Nama Program

Perkhemahan Argonoree Peringkat Negeri Terengganu 2017

2. Maklumat Program

Tarikh : 24, 25 dan 26 Oktober 2017

Hari : Selasa, Rabu dan Khamis

Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin,


Kuala Terengganu.

3. Penganjur

Unit Pendidikan Khas, JPN Terengganu.

4. Murid Yang Terlibat

 Ahmad Aika bin Mohamad


 Nuur Syahid Syafwan bin Ab Aziz
5. Guru Yang Terlibat

 En. Ahmad Fazri bin Abd. Ghani


 En. Mohd Zarul Ikmal bin Abd. Rahman

6. Pengenalan

Pada 24 hingga 26 Oktober 2017 yang lalu, 2 orang peserta dari PPKI SK Kuala
Dungun telah menyertai Perkhemahan Argonoree di Kem Pengakap Tengku
Muhammad Ismail, Telaga Batin, KualaTerengganu. Mereka berdua merupakan
peserta dalam Kontigen Daerah Dungun.

7. Objektif

Membina ketahanan fizikal dan mental, membentuk keyakinan diri dan memupuk
semangat bekerjasama dalam kalangan peserta.

8. Kekuatan

Peserta dapat mempraktik segala ilmu pengakap yang mereka pelajari di


sekolah dalam aktiviti pengakap.

9. Kekangan

Peserta pada mulanya agak kekok untuk bersosial dengan peserta dari sekolah
lain.
10. Penutup

Walaupun ini merupakan Perkhemahan Argonoree yang pertama kali diadakan,


ini telah berjaya mencapai matlamanya. Para peserta dapat mengutip
pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru. Malah mereka dapat
merapatkan hubungan antara pengakap PPKI.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………….. …………………….

(Nik Yusanida Nik Daud) (Ahmad Fazri bin Abd. Ghani)

Setiausaha, GPK Pendidikan Khas,

PPKI SK Kuala Dungun. SK Kuala Dungun


LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS

DAERAH DUNGUN 2017

1. Nama Program

Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Daerah Dungun 2017

2. Maklumat Program

Tarikh : 9, 10 dan 11 Mei 2017

Hari : Selasa, Rabu dan Khamis

Tempat : Tapak Perkhemahan SMK Ketengan Jaya, Ketengah Jaya


Dungun, Terengganu.

3. Penganjur

Unit Pendidikan Khas, JPN Terengganu.

4. Bilangan Murid Yang Terlibat

Lelaki : 6 Orang
5. Bilangan Guru & PPM Yang Terlibat

Bil. Guru : 8 orang

Bil. PPM : 4 orang

6. Pengenalan

Pada 9 hingga 11 Mei 2017 yang lalu, 6 orang peserta dari PPKI SK Kuala
Dungun telah menyertai Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Daerah
Dungun 2017 di Tapak Perkhemahan SMK Ketengan Jaya. Dalam perkhemahan
tersebut, mereka telah menyertai pelbagai pertandingan antaranya adalah
pertandingan rekacipta, simpulan dan ikatan, memasak dan kebudayaan.

7. Objektif

Membina ketahanan fizikal dan mental, membentuk keyakinan diri dan memupuk
semangat bekerjasama dalam kalangan peserta.

8. Kekuatan

Peserta dari PPKI SK Kuala Dungun telah dapat mempraktik segala ilmu
pengakap yang mereka pelajari di sekolah dalam aktiviti kokurikulum pengakap.

9. Kekangan

Peserta pada mulanya agak kekok untuk bersosial dengan peserta dari sekolah
lain.
10. Penutup

Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamanya. Para peserta dapat


mengutip pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru. Malah mereka
dapat merapatkan hubungan antara pengakap PPKI.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………….. …………………….

(Nik Yusanida Nik Daud) (Ahmad Fazri bin Abd. Ghani)

Setiausaha, GPK Pendidikan Khas,

PPKI SK Kuala Dungun. SK Kuala Dungun


LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS

DAERAH DUNGUN 2017

1. Nama Program

Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Daerah Dungun 2017

2. Maklumat Program

Tarikh : 25 April 2017


Hari : Selasa
Masa : 8 pagi – 12 tengahari
Tempat : SK LKTP Jerangau, Dungun, Terengganu

3. Penganjur

Unit Pendidikan Khas, PPD Dungun

4. Bil. Murid Yang Terlibat

Lelaki : 10 Orang

Perempuan : 4 Orang

Penyokong : 25 orang
5. Bil. Guru dan PPM Yang Terlibat

Guru : 10 orang

PPM : 4 orang

6. Pengenalan

Pada 25 April 2017 yang lalu, seramai 14 orang murid PPKI SK Kuala Dungun
telah menyertai Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Daerah
Dungun. Larian merentas desa kali ini mendapat sambutan yang amat
menggalakkan. Acara larian bermula dari kawasan sekolah SK LKTP Jerangau
itu telah melalui beberapa batang jalan sekitar kampung di situ.

7. Objektif

Memastikan murid-murid supaya aktif dari segi fizikal dan juga mental ini
bertujuan agar murid-murid mempunyai pencapaian yang seimbang dalam
bidang akedamik dan juga kokurikolum dan juga memperatkan silaturahim
diantara murid-murid dan guru-guru yang terlibat sepanjang aktiviti ini berlaku.

8. Kekuatan

Melalui kejohanan merentas desa yang disertai oleh murid-murid PPKI ini telah
dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam
pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
9. Kekangan

Terdapat peserta yang tidak mampu menghabiskan larian kerana laluan agak
jauh.

10. Penutup

Walaupun kontigen PPKI SK Kuala Dungun hanya memenangi satu sahaja


hadiah saguhati pada kejohahan kali ini, ia tidak mematahkan semangat kami
untuk lebih maju untuk kejohanan akan datang. Acara merentas desa ini telah
dilaksanakan sempurna dan berjalan mengikut masa yang ditetapkan.
Keseluruhannya peserta-peserta begitu gembira dan bersemangat untuk
menamatkan larian mereka.Walaupun peserta perempuan telah dilepaskan
terlebih dahulu, namun peserta lelaki berjaya menamatkan larian bersama
peserta perempuan. Sepanjang perjalanan acara ini, tidak ada kecederaan atau
kecemasan yang serius berlaku.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………….. …………………….

(Nik Yusanida Nik Daud) (Ahmad Fazri bin Abd. Ghani)

Setiausaha, GPK Pendidikan Khas,

PPKI SK Kuala Dungun. SK Kuala Dungun


LAPORAN KEJOHANAN PETANQUE PENDIDIKAN KHAS

DAERAH DUNGUN 2017

1. Nama Program

Kejohanan Petanque Pendidikan Khas Daerah Dungun 2017

2. Maklumat Program

Tarikh : 15 Ogos 2017


Hari : Selasa
Masa : 8 pagi – 12 petang
Tempat : Gelanggang petanque PADU, Dungun, Terengganu

3. Penganjur

Unit Pendidikan Khas, PPD Dungun

4. Bil. Murid Yang Terlibat

Beregu (L) : Ahmad Aika b Muhamad &

Nuur Syahid Shafwan b Ab. Aziz

Beregu (P) :Nor Amy Natasha bt Junaidi

Puteri Syahida Amalin bt. Mohd. Nor Rizan

Penyokong : 25 orang
5. Bil. Guru dan PPM Yang Terlibat

Guru : 10 orang

PPM : 4 orang

6. Pengenalan

Pada 15 Ogos 2017 yang lalu, seramai 4 orang murid PPKI SK Kuala Dungun
telah menyertai Kejohan Petanque Pendidikan Khas Peringkat Daerah Dungun
di Gelanggan Petanque PADU, Dungun Terengganu. PPKI SK Kuala Dungun
telah menghantar sepasang regu lelaki dan sepasang regu perempuan. Hanya
regu lelaki layak k eke peringkat suku akhir namun tidak dapat memungut
sebarang pingat.

7. Objektif

Mencukil bakat dan minat murid PPKI dalam acara petanque serta melahirkan
insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal

8. Kekuatan

Murid bukan sahaja menunjukkan minat yang mendalam di bidang sukan


petanque, malahan mereka juga dapat pengalaman lain seperti bersosial,
kepimpinan serta disiplin diri.
9. Kekangan

Peserta kurang mendapat latihan yang mencukupi disebabkan oleh kekangan


masa.

10. Penutup

Walaupun kontigen PPKI SK Kuala Dungun tidak dapat memungut sebarang


pingat pada kejohahan kali ini, ia tidak mematahkan semangat kami untuk lebih
maju untuk kejohanan akan datang. Para peserta akan diberi latihan yang
mencukupi sebelum menjelang hari kejohanan agar peserta lebih bersedia dan
mampu memungut pingat.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………….. …………………….

(Nik Yusanida Nik Daud) (Ahmad Fazri bin Abd. Ghani)

Setiausaha, GPK Pendidikan Khas,

PPKI SK Kuala Dungun. SK Kuala Dungun


LAPORAN LAWATAN BERMAKLUMAT KE BALAI BOMBA DAN
AKADEMI BOMBA WAKAF TAPAI , TERENGGANU 2017

1. Nama Program

Lawatan Bermaklumat Ke Balai Bomba Dan Akademi Bomba Wakaf Tapai ,


Terengganu 2017

2. Maklumat Program

Tarikh : 26 September 2017


Hari : Selasa
Masa : 8 pagi – 3 petang
Tempat : Balai Bomba dan Akademi Bomba dan Penyelamat
Malaysia, Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang Terengganu.

3. Penganjur

Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Kuala Dungun

4. Bil. Murid Yang Terlibat

Lelaki : 20 Orang

Perempuan : 5 Orang
5. Bil. Guru dan PPM Yang Terlibat

Guru : 9 orang

PPM : 4 orang

6. Pengenalan

Pada 26 September 2017 yang lalu, PPKI SK Kuala Dungun telah mengadakan
satu Lawatan Bermaklumat Ke Balai Bomba Dan Akademi Bomba Wakaf Tapai ,
Terengganu. Antara aktiviti yang telah dijalankan disana adalah taklimat tentang
keselamatan dan kebakaran seta lawatan ke sekitar akademi melihat kawasan
latihan kebombaan.

7. Objektif

Mendedahkan murid-murid PPKI SK Kuala Dungun tentang tugas sebagai


anggota bomba serta maklumat-maklumat peralatan dan tugas menyelamat dan
cara-cara menangani bencana.

8. Kekuatan

Murid-murid PPKI SK Kuala Dungun sangat memberi kerjasama dan sangat


teruja dengan bidang tugas kebombaan.

9. Kekangan

Beberapa aktiviti luar terpaksa dibatalkan kerana hari hujan.


10. Penutup

Walaupun terdapat aktiviti-aktiviti luar yang terpaksa dibatalkan kerana hari hujan,
murid-murid PPKI SK Kuala Dungun sungguh gembira dengan segala
pengalaman yang ditimba sepanjang lawatan bermaklumat ini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………….. …………………….

(Nik Yusanida Nik Daud) (Ahmad Fazri bin Abd. Ghani)

Setiausaha, GPK Pendidikan Khas,

PPKI SK Kuala Dungun. SK Kuala Dungun


LAPORAN LAWATAN BERMAKLUMAT KE PAMERAN TENTERA DARAT 2017

1. Nama Program

Lawatan Bermaklumat Ke Ke Pameran Tentera Darat 2017

2. Maklumat Program

Tarikh : 15 Ogos 2017


Hari : Selasa
Masa : 11 pagi – 12 tengahari
Tempat : Arena Squre, Dungun Terengganu

3. Penganjur

Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Kuala Dungun

4. Bil. Murid Yang Terlibat

Lelaki : 20 Orang

Perempuan : 5 Orang

5. Bil. Guru dan PPM Yang Terlibat

Guru : 9 orang

PPM : 4 orang
6. Pengenalan

Pada 15 Ogos 2017 yang lalu, PPKI SK Kuala Dungun telah mengadakan satu
Lawatan Bermaklumat Tentera Darat Malaysia. Antara aktiviti yang telah
dijalankan disana adalah taklimat tentang ketenteraan seperti aset-aset Tentera
Darat yang pernah digunakan dan mengenali sejarah-sejarah Tentera Darat.

7. Objektif

Mendedahkan murid-murid PPKI SK Kuala Dungun tentang tugas sebagai


tentera darat dan aset-aset Tentera Darat yang pernah digunakan dan
mengenali sejarah-sejarah Tentera Darat.

8. Kekuatan

Murid-murid PPKI SK Kuala Dungun sangat memberi kerjasama dan sangat


teruja dengan bidang tugas ketenteraan.

9. Kekangan

Kekangan masa menyebabkan lawatan hanya mengambil masa yang agak


singkat kerana hujan.
10. Penutup

Walaupun dapat meluangkan masa yang agak singkat kerana hari hujan, murid-
murid PPKI SK Kuala Dungun sungguh gembira dengan segala pengalaman
yang ditimba sepanjang lawatan bermaklumat ini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………….. …………………….

(Nik Yusanida Nik Daud) (Ahmad Fazri bin Abd. Ghani)

Setiausaha, GPK Pendidikan Khas,

PPKI SK Kuala Dungun. SK Kuala Dungun

Anda mungkin juga menyukai