Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TELEMONG


TAHUN 2013

LATAR BELAKANG

Kejohanan Merentas Desa Sekolah Kebnagsaan Kuala Telemong merupakan satu acara baru yang
pertama kali dilaksanakan sebelum menjelangnya kejohanan sukan tahunan sekolah 2013. Kejohanan ini
melibatkan semua murid Tahap 2 dan Tahun 3 bagi acara merentas desa. Manakala murid Tahun 1 dan
Tahun 2 melibatkan diri dalam larian di padang sekolah. Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam
bidang sukan akan dapat dicungkil dan dididik supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan.

RASIONAL

Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif
dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis
serta menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi
melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.

MATLAMAT

Kejohanan Merentas Desa ini bermatlamat untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan serta
dapat membentuk dan melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan
dalam bidang sukan. Selain itu untuk mempersiapkan murid bagi menghadapi Kejohanan Balapan dan
Padang Sekolah kebangsaan Kuala Telemong. Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan
dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan
yang diperkenalkan.

OBJEKTIF

Meningkatkan kebolehan, kemahiran dan bakat murid.


Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan di dalam diri murid-murid.
Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkat daya tahan murid.
Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang sukan.
Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.
Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi
dan intelektual.
Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan.

TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 28 Februari 2013

Tempat : Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong

Kumpulan Sasaran : Tahap 1 dan 2

STRATEGI PELAKSANAAN

Penubuhan Jawatankuasa Merentas Desa


Mengadakan Mesyuarat menentukan tempat, masa, dan tugas untuk memastikan kejohanan
berjalan dengan lancar.
Menjalankan latihan merentas desa pada setiap kali perjumpaan latihan sukan.
Menyediakan borang-borang penyertaan dan pemarkahan.
Memberikan taklimat dan jadual serta pelan merentas desa kepada guru dan staf terbabit.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Hadiah = RM 350
Minuman/makanan = RM 426
Peralatan = RM 25
Kecemasan = RM 25
Jumlah = RM 826

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI MERENTAS DESA 2013


S.K. KUALA TELEMONG.
PENUTUP

Program Merentas Desa ini telah dapat mencapai objektif yang telah disenaraikan. Aktiviti ini
akan dapat menguatkan lagi minat dan kecenderungan murid-murid terhadap aktiviti-aktiviti
sukan yang akan datang.
Disediakan oleh;

..
(AZALINA BINTI MOHD RANI)
AJK Dokumentasi,
Kejohanan Merentas Desa 2013,
S.K. Kuala Telemong.

Anda mungkin juga menyukai