Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LINTANG, KOTA TNGGI JOHOR

KERTAS KERJA PERMOHONAN MENAIK TARAF


GELANGGANG SERBAGUNA ‘MULTIPURPOSE COURT’

1.0 PENGENALAN :
Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah. Dalam merealisasikan dasar ini kemudahan prasarana
yang sempurna memainkan peranan yang sangat penting. Kemudahan prasarana ini
dapat membantu murid-murid dalam memperkembangkan lagi potensi diri murid-murid
dalam permainan yang diceburi.

2.0 RASIONAL :
Gelanggang Serbaguna ‘Multipurpose Court’ Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang telah
dibina pada tahun 2017. Rasional pembinaan gelanggang ini adalah untuk menyediakan
prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan murid-murid beriadah serta
melakukan aktiviti kokurikulum. Kemudahan ini juga berguna dalam melahirkan bakat-
bakat baru untuk mengharumkan nama sekolah serta ke peringkat yang lebih tinggi
dalam sukan permainan yang diceburi. Akan tetapi terdapat kekurangan pada
gelanggang ini iaitu dari aspek bumbung. Gelanggang ini tidak dilengkapi dengan
bumbung yang akan menyukarkan pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti sekiranya
berlaku cuaca buruk seperti kemarau dan hujan lebat. Masalah ini akan menyebabkan
gelanggang ini tidak dapat digunakan secara maksimum dan penggunaan gelanggang
ini menjadi terhad bergantung pada cuaca.

3.0 OBJEKTIF :
Objektif menaik taraf Gelanggang Serbaguna ini adalah :
1. Memberi keselesaan kepada pihak sekolah dan murid dalam menjalankan
semua aktiviti luar bilik darjah di Gelanggang Serbaguna.
2. Mengelakkan berlakunya masalah kesihatan apabila aktiviti ko-kurikulum
dijalankan di Gelanggang Serbaguna
3. Meningkatkan kecemerlangan ko-kurikulum terutamanya dalam sukan
permaianan
4. Menjadi pemangkin kepada penglibatan murid-murid dalam sukan permainan
4.0 UKURAN GELANGGANG : LAMPIRAN 1

5.0 SUMBER KEWANGAN :


5.1 SUMBANGAN
1. Syarikat Zublin Precast Industries

6.0 PENUTUP
Unit Kokurikulum SKBL berharap semoga projek ini akan mendapat perhatian semua pihak
dalam membantu menaik taraf Gelanggang Serbaguna yang telah dibina ini. Projek ini
merupakan salah satu kemudahan kepada semua murid dalam melahirkan bakat-bakat
baru dalam bidang sukan, menggunakan gelanggang ini untuk semua aktiviti kokurikulum
dan seterusnya merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan
individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………… ………………………………..
( AMAR NAZIRUL HAZIQ BIN ZAMRI ) ( ABDUL HAMID BIN AHMAD )
Setiausaha Sukan, GPK Ko-Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang
Kota Tinggi, Johor Kota Tinggi, Johor

Disahkan oleh,

…………………………..
( ROSLAN BIN BONGSU @ BABA)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang
Kota Tinggi, Johor
LAMPIRAN 1

UKURAN DAN GAMBAR GELANGGANG SERBAGUNA ‘MULTIPURPOSE COURT’

Ukuran Gelanggang : 60 ft x 100 ft ( 6,000 kps )

Anda mungkin juga menyukai