Anda di halaman 1dari 4

PERALATAN DAN KEMUDAHAN

setiap sekolah harus mempunyai peralatan dan kemudahan asas yang lengkap. Mengikut spesifikasi kemudahan sukan yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pelajaran, setiap sekolah diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya satu padang dan gelanggang di setiap sekolah tersebut.

Pemilihan peralatan perlu berdasarkan spesifikasi umur dan pertandingan. Kualiti alat perlu dipertimbangkan dalam pemilihan alatan dan keselamatan pengguna perlu dititikberatkan. Seterusnya pihak kementerian juga harus menyediakan peralatan dan kemudahan tambahan yang lain bagi menambah peralatan dan kemudahan yang sedia ada. Ini bagi memudahkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sukan dan Jasmani ini di sekolah.Dengan ini, pelajar juga dapat merasai penggunaan pelbagai jenis peralatan dan kemudahan sukan dalam proses pembelajaran mereka.

Ini akan mendedahkan mereka dengan penggunaan dan pengendalian sesuatu peralatan sukan tersebut. Ini seterusnya membantu pelajar dalam mengenal peralatan sukan tersebut dengan lebih mendalam dan merasai cara penggunaan dan pengendaliannya sendiri. Peralatan dan kemudahan yang lengkap ini boleh membantu guru dalam mengajarkan pelajar lebih banyak jenis permainan sukan.

Sekiranya kemudahan di sekolah tidak mencukupi ketika melaksanakan aktiviti PJ, pihak sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah bagi mengelakkan masa dan kos. Ini akan memudahkan proses pengajarannya kerana dengan adanya peralatan dan kemudahan yang ada ini, tidak ada masalah bagi seorang guru untuk mengajar pelajar dalam proses pengajarannya. Peralatan dan kemudahan sukan yang lengkap ini memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai