Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Dalam membuat kerja kursus ini, saya dan rakan kumpulan saya telah mengumpul maklumat berkaitan

dengan masalah atau isu dalam memberi kesedaran kesihatan di Negara kita. Kami telah bekerjasama untuk mencari maklumat dari internet atau pusat sumber supaya boleh mendapat maklumat yang lebih jelas dan tepat. Selepas itu, kami telah mencari masa untuk berbincang tentang maklumat yang kami dapat dan akhirnya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat Negara kita iaitu masalah obesiti. Seterusnya, kami mengagihkan kerja masing-masing untuk mencari

maklumat yang berkaitan dengan punca obesiti dan cara untuk menangani masalah obesiti. Kami telah menggunakan kemahiran penyelesaian masalah, operasi dan pengiraan, pengukuran, sense ruang serta analisis dan interpretasi dalam masalah yang dihadapi. Ilmu matematik telah digunakan di samping menggunakan kemahiran tersebut. Setelah membuat kerja kursus ini, saya telah menguasai ilmu matematik dengan lebih mendalam. Saya telah menguasai kemahiran penyelesaian masalah, operasi dan pengiraan, pengukuran, sense ruang serta analisis dan interpretasi dengan jelas. Bukan itu sahaja, saya juga mengetahui cara menggunakan kemahiran tersebut dalam keadaan yang sesuai dan tepat. Saya harus

mengucapkan terima kasih kepada rakan kumpulan saya kerana mereka sudi mengajar saya apabila saya menghadapi masalah dalam proses membuat kerja kursus ini. Kami telah berkongsi pengetahuan yang sedia ada pada masing-masing kami supaya dapat belajar pengetahuan yang baru dari rakan. Di samping itu, saya juga sedar bahawa kesihatan merupakan aspek yang terpenting dalam kehidupan seharian kita. Masalah obesiti telah membawa banyak penyakit yang lain yang mengancam nyawa kita. Oleh itu, kita haruslah mengamalkan cara pemakanan yang sihat mengikut jadual yang telah ditetapkan untuk mengelakkan diri untuk mendapat masalah obesiti. Kesimpulannya, saya yakin bahawa saya dapat menguasai kemahiran matematik dengan lebih jelas dan mahir. Jika saya disuruh untuk menjadi guru Matematik pada masa hadapan saya, saya percaya saya akan dapat mengajar

murid saya dengan baik kerana saya lebih mahir dalam ilmu Matematik. Oleh itu, saya akan menggunakan pengetahuan yang saya telah belajar untuk mengajar murid saya di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai