Anda di halaman 1dari 5

ASAL USUL KARNATAK Muzik klasik India telah wujud dalam 2 jangka masa seribu tahun atau lebih

dari itu. Sehingga kira-kira abad ke-12 dalam era baru, kesemua tempat di India menggunakan hanya satu sistem muzik klasik. Setelah itu, kebanyakan negara-negara di utara India berada di bawah kepimpinan pemerintah Islam dari negara Turki dan Afghanistan (sehingga kira-kira 1700 dalam era baru, apabila British mengambil alih tapok pemerintahan). Pemerintah-pemerintah ini masing-masing membawa masuk pengaruh muzik Persia mereka sendiri, puisi, dan kesenian lain ke India. Ini membawa pengaruh yang besar kepada muzik klasik India di Utara India. Di selatan India pula, pengaruhnya adalah di kebanyakan kawasan luar bandar dan ini menyebabkan kawasan ini mengekalkan gaya yang asli, tetapi telah juga meresap ke dalam sejumlah sistem muzik rakyat di Selatan India. Pada sekitar kurun ke-14, gaya muzik di daerah-daerah utara dan selatan masing-masingnya adalah cukup berbeza untuk dikenali sebagai muzik Hindu dan Karnatak. Kini, muzik Karnatak masih bertapak kukuh di empat negara selatan India Andra Pradesh (Aandhra Pradesh), Karnataka (Karnaatakaa), Kerala (Kayralaa), dan Tamil Nadu (Tamil Naadu) dan juga di manamana tempat di seluruh dunia di mana ramai orang Selatan India tinggal. Bandar Chennai di Tamil Nadu menjadi tuan rumah untuk pesta muzik Karnatak setiap tahun dari pertengahan Disember hingga pertengahan Januari. Daerah lain di seluruh dunia dengan kepadatan penduduk selatan India yang tinggi juga biasanya mempunyai pesta yang sama. Apa itu muzik karnatak ?

Salah satu antara dua genre dominan dalam muzik klasik India Berdasarkan melodi dan bukan berdasarkan simfoni Lagu digubah untuk pelbagai alat muzik untuk dimainkan bersama Bagaimana karnatak dipersembahkan ? Persembahan karnatak merupakan sebuah persembahan tradisional masyarakat kaum India yang bermula sejak berkurun lamanya. Struktur dalam sesebuah Konsert Karnatak konsert muzik dipersembahkan dengan para senimannya duduk. Seniman utama duduk di tengah pentas menghadap penonton. Seniman berikutnya masing-masing duduk di sebelah kiri dan kanan seniman utama, setiap mereka menghadap satu sama lain. Kadang-kadang, seniman yang lebih muda yang tugasnya hanyalah untuk mengekalkan pic konsert tersebut (dengan

membunyikan satu alat muzik bertali disebut thanpoora) duduk di belakang seniman utama

Komponen dalam persembahan karnatak Berpusatkan lagu Berpusatkan melodi

Terdapat dua gaya persembahan:-

Berpusatkan Lagu Gaya yang berpusatkan lagu meletakkan tekanan pada :

Nnyanyian atau permainan sesuatu lagu seperti mana penggubah menetapkannya batas gubahan yang menggambarkan sifat spontan seniman dan penguasaan terhadap melodi dan irama

menyanyikan pelbagai lagu dalam melodi yang berlainan untuk menerangkan emosi yang berbeza-beza Berpusatkan Melodi Fokus sepenuhnya kepada gubahan,dengan hanya satu garis lirik untuk dipenuhi seperti asasnya yang mana digubah. Konsert secara langsung biasanya mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 jam, walaupun salah satunya yang mengambil masa yang lama bukan yang tidak umum.

Kesimpulan: Terdapat berbagai-bagai muzik di seluruh dunia dan muzik Karnatak adalah salah satu muzik yang unik dan mempunyai ciri-ciri yang kompleks. Ciri-ciri inilah yang menjadikannya lain daripada yang lain dan rakyat negara India Selatan yang memiliki muzik ini telah berusaha mengekalkannya agar ianya tidak luput ditelan dek zaman. Misalnya, mereka mengadakan festival atau perayaan muzik Karnatak setiap tahun bagi memastikan muzik klasik ini tidak dilupai. Begitu juga sama halnya dengan muzik di negara kita yang harus sentiasa dikekalkan dari zaman ke zaman agar identiti negara kita terpelihara dan diperturun dari generasi ke generasi. Seterusnya, tamadun negara terpelihara dan terjaga agar menunjukkan bahawa kita juga mampu mengekalkan sesuatu warisan di negara kita seperti negara-negara yang lainnya.

Konsep Asas Muzik Karnatak Ghatam (alat muzik)


Merupakan satu belanga yang diperbuat daripada tanah liat Pemain menggunakan jari, ibu jari, tapak tangan, dan tumit tangan untuk memukul permukaan luar ghatam Bunyi pic rendah yang berangin disebut gumki dihasilkan dengan memukul bahagian mulut belanga dengan tangan terbuka Ton yang berlainan boleh dihasilkan dengan menepuk bahagian berlainan di sekeliling belanga dengan setiap lain-lain bahagian tangan Sama bentuknya dengan belanga buatan India tetapi direka khas sebagai alat muzik Dua jenis ghatam ialah:

1) Madras ringan dan tidak perlu dipukul dengan kuat, untuk gaya pukulan yang laju 2) Manamadurai berat, tebal, dengan serpihan loyang yang amat halus dicampur dalam tanah liatnya, susah dimainkan tetapi menghasilkan bunyi alat logam yang tajam berdering yang disukai kebanyakan pemain Thayambaka (alat muzik)

Merupakan gendang solo Chenda yang unik di Kerala, Selatan India Pemainnya menggunakan satu pemukul dan tangan yang satu lagi memainkan alat tersebut, tanpa menggunakan dua kayu pemukul Thayambaka biasanya dimainkan oleh seorang ketua dan dibantu 3-4 pemain lain yang menggunakan Veekku Chendadan 3-4 pemain Elathalam Jalatarangam dalam bahasa Sanskirt bermaksud gelombang air (jala=air, tarangam=gelombang) Terdiri daripada satu set tembikar daripada pelbagai saiz diisi dengan air megikut pic/not yang dikehendaki Disusun dalam bentuk separuh bulatan dihadapan pemain dalam urutan menurun mengikut saiz, dari kiri ke kanan. Cara tuning:

Jalatarangam

- Menukar kuantiti air di dalam tembikar mengubah picnya. - Tembikar yang besar mengeluarkan bunyi yang lebih besar dan dalam manakala yang paling kecil menhasilkan bunyi seperti loceng Tambura

Alat-alat Muzik Yang Lain:

Miruthangam Morsing Sruti Box Thavil Terdapat dua konsep utama dalam muzik Karnatak: melodi (raagam) dan pusingan irama (thaalam). Melodi dan pusingan irama mempunyai nama yang unik untuk mengenal pasti kedua-duanya. Selain daripada nama ini, melodi tertentu juga boleh ditunjukkan dengan melihat nombornya (contohnya dalam melodi nombor 25). Satu melodi terdiri daripada dua bahagian: not muzik yang khas atau spesifik (svaram) yang dibenarkan dalam melodi (dalam setiap oktaf) Aturan pergerakan (sanchaaram) dalam sesebuah melodi menentukan not yang mana satu harus selalu dinyanyikan bersama dan bagaimana seseorang itu dibenarkan untuk bergerak dari not ke not semasa menyanyi atau memainkan melodi ini. Melodi dikumpulkan dalam melodi (janaka raagam) major (atau ibu) dan melodi (janya raagam) minor (atau anak) Terdapat tepat 72 melodi major dan beberapa ribu melodi minor.

Konsep Asas Muzik Karnatak

Melodi

Pusingan Irama

Pusingan irama (thaalam) ialah satu set rentak (aksharam) yang disusun dalam satu kumpulan. (Contoh: 4+2+2 ialah satu rentak 8 dalam pusingan irama dengan 3 kumpulan.)

Terdapat 35 pusingan irama primer: tujuh jenis pusingan irama dengan lima ciri (jaathi) dalam setiap jenis.Di antara 35 ini, biasanya hanya sesetengah sahaja digunakan dalam kebiasaan.

Anda mungkin juga menyukai