Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS GAYA TUGASAN KURSUS TAJUK PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS : MZU 3111 PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK

SEMESTER : 4 (Ambilan Januari 2011

TARIKH MULA

22 JULAI 2013

TARIKH HANTAR

22 OGOS 2013

Hasil Pembelajaran Kursus : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mengenal pasti falsafah Zoltan Kodaly, Carl Orff dan Dalcroze. Mengaplikasikan pendekatan muzik kodaly, Orff dan Dalcroze melalui pengalaman muzikal. Mengaplikasikan pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di Sekolah Rendah Mengenal pasti kesesuaian penggunaan pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di Sekolah Rendah Membanding beza pendekatan muzik Kodaly, orff dan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di Sekolah Rendah. Mesintesiskan pelbagai pengalaman muzik dalam pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze. Kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1,3,4,5 dan 6 Objektif Kerja Kursus : 1. 2. Membincangkan secara kritis falsafah pendekan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze. Membincangkan dan menghujahkan sejauh manakah penggunaan pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze dapat membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah. 3. Menganalisis perbezaan dan persamaan aplikasi pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze 4. Merancang dan membuat rakaman video persembahan aktiviti muzikal menggunakan pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze secara kumpulan.

5.

Menyediakan refleksi yang lengkap dengan jumlah perkataan sebanyak 750 patah perkataan.

Tugasan Projek (100%) 1. 2. Membincangkan secara kritis falsafah pendekan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze (10 %) Membincangkan dan menghujahkan sejauh mana penggunaan pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze dapat membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah. ( 20 %) Menganalisis perbezaan dan persamaan aplikasi pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze tentang berikut: a. Kemahiran Aural (Skills Aural) b. Literasi Muzikal (Musical Literacy) c. Ekspresi Muzikal Kreatif (Creative Musical Creative) (15%)

3.

4.

Berdasarkan komponen Kodaly, rancang aktiviti muzikal dan hasilkan rakaman video persembahan secara kumpulan dengan mengambil kira kriteria berikut:-. a. Lagu Joy To The World dan Row, Row, Row Your Boat b. Nyanyian Solfa c. Sebutan Irama (Chanting the rhythm syllabes) d. Isyarat Tangan Curwen e. Iringan Ostintato (40 %)

5.

Menyediakan refleksi yang lengkap dengan jumlah perkataan sebanyak 750 patah perkataan. (15 %)

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kerja Kursus ini dilaksanakan secara individu/kumpulan. Anda perlu melaksanakan perbincangan di kalangan rakan sekelas anda bagi memastikan sumber yang dipilih menepati tajuk dan bersesuaian dengan proforma. Kerja Kursus yang dipilih perlu melalui proses-proses yang terdapat di dalam tajuk-tajuk sinopsis yang telah diedarkan. Anda boleh berbincang dengan rakan dan pensyarah. Anda perlu berbincang dan mengadakan mesyuarat untuk merancang satu Pertandingan Forum yang lengkap. Format penulisan adalah seperti butiran di bawah: Muka depan hendaklah mengikut templet terkini. Fon Arian Saiz huruf 11 Langkau 1.5 baris.

7. 8. 9. 10. 11.

Rujukan mengikut format APA (American Psycchological Association).

Panjang tugasan adalah antara 3 000 hingga 4 000 patah perkataan dan tidak melebihi 20 muka surat. Rujukan, dan lampiran tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%. Kulit luar Tugasan Pelajar perlu ada butirbutir yang berikut: Nama Pelajar Angka Giliran No. Kad Pengenalan Kumpulan / Kursus Kod dan Mata Pelajaran

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut :

1.

Liputan isi kandungan perlulah menyeluruh, konsisten dan terperinci. Pengurusan grafik amat membantu perbincangan anda.

2.

Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut: a. Penghargaan dibincangkan dengan jelas dan kreatif. b. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas tajuk-tajuk sinopsis dengan terperinci. c. Membincangkan secara kritis falsafah pendekan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze.

d. Membincangkan dan menghujahkan implikasi penggunaan pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah. e. Menganalisis perbezaan dan persamaan aplikasi pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze. f. Menghasilkan rakaman video dan disimpan di dalam CD/DVD persembahan aktiviti muzikal menggunakan pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze secara kumpulan. g. Bukti-bukti bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah yang dikemukakan. h. Isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah. i. j. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan ketiadaan kesalahan ejaan. k. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan

Tugasan disediakan oleh,

Disemak oleh,

( LUCY BINTI GAWIS ) Unit Pendidikan Muzik Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Gaya

( SAPIHI HAJI DULAMIT ) Ketua Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Gaya

Disahkan oleh:

( NURUL HUDA ABDULLAH ) Pakar Bidang (SME) Jabatan Ko Kurikulum IPG Kampus Gaya

Perubahan tajuk/format/tarikh adalah bergantung kepada budi bicara pensyarah yang mengajar.

Anda mungkin juga menyukai