Anda di halaman 1dari 29

REKA BENTUK PENGAJARAN

EDU 3105
DISAMPAIKAN OLEH Chin Li Jun Jeffery Chong Chung Zin Pei Koh Kian Tong

Reka Bentuk Pengajaran

Reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.

Enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran


Menentukan keperluan pelajar Menentukan matlamat dan objektif Membina prosedur penilaian Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian Mencuba sistem pengajaran Menilai keseluruhan sistem

Kegunaan Reka Bentuk Pengajaran


Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan.

Model ASSURE
Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah (Heinich (1982)


A Analyse learner (Analisis pelajar) S State objective (Nyatakan objektif) S Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan) U Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan) R Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar) E Evaluate and revise (Nilai dan semak)

Analisis Pelajar
Tiga perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar:
(a) Ciri-ciri umum Merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi dan sebagainya.

(b) Kompetensi khusus - Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. (c) Stail pembelajaran - Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran.

Nyatakan Objektif
Ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. Ia juga harus difokuskan kepada apakah pengentahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipaelajari.

Pilih kaedah, Media dan Bahan


Terdapat 3 langkah dalam pemilihan. a) Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran. Seperti Set Induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru.

b) Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Pemilihan media berasaskan kriteria yang tertentu: 1. 2. 3. 4. Sepadan dengan kurikulum Maklumat tepat dan terkini Bahasa yang jelas dan tepat Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar 5. Menggalakkan penglibatan pelajar

6. Mempunyai teknikal kualiti yang baik. 7. Terdapat bukti keberkesanannya 8. Bebas daripada bias. 9. Mempunyai buku panduan yang lengkap.

(c) Mereka bentuk media Tujuh perkara yang perlu diambil kira untuk mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri.

Objektif Pelajar Kos Kepakaran teknikal Peralatan Fasiliti Masa

Gunakan Media dan Bahan


Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik: (i) Pribiu bahan (ii) Sediakan bahan (iii) Sediakan persekitaran (iv) Sediakan pelajar (v) Sediakan pengalaman pembelajaran

Melibatkan Pelajar
Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran berlaku pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti: Membuat latihan Perbincangan Latih tubi Kuiz Projek dan sebagainya

Nilai dan Semak


Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Penilaian melibatkan aspek: - Menilai pencapaian pelajar - Pembelajaran yang dihasilkan

Menilai media dan kaedah Kualiti Media Penggunaan guru Penggunaan murid

Menilai kaedah dan media


Kualiti media seringkali dilihat dari sudut sumbangannya terhadap pembelajaran. Terdapat ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam aspek ini seperti: - Adakah media berkesan? - Bolehkah ia dipertingkatkan? - Adakah ia berguna? - Adakah media membantu pelajar mencapai objektif?

- Adakah ia mencetuskan minat pelajar? - Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bererti?

Menilai kaedah dan media


Terdapat beberapa senarai lain yang juga elok dijadikan garis panduan ketika menilai media iaitu: - amat kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat pelajar. - menyokong pemikiran tinggi (Soktratik) - Memperkembangkan kemahiran berfikir.

menyampaikan kandungan secara mendalam. meransang naluri ingin tahu pelajar pelajar dapat melibatkan diri secara aktif. membolehkan penerokaan isu secara mendalam. menghubungkaitkan bidang pelajaran meningkatkan nilai murni

Selain daripada menggunakan soal selidik dan senarai semak, penilaian terhadap media dan kaedah juga boleh dilakukan melalui: - perbincangan dengan kelas - temubual dengan setiap individu - pemerhatian.

Model Addie
Model Addie terdiri daripada 5 langkah utama: 1.Analisis 2.Reka bentuk 3.Pembangunan 4.Pelaksanaan 5.penilaian

Analisis
Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk pengajaran Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan analisis tugasan Output bagi fasa ini termasuklah matlamat pengajaran dan senarai tugasan yang perlu diajar Kesemua output ini akan menjadi input bagi fasa rekabentuk

Reka Bentuk
Merancang strategi dalam membangunkan pengajaran Menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran. Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang hendak disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian, memilih sistem penyampaian dan menyusunatur pengajaran. Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa pembangunan.

Fasa Pembangunan
Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran Semasa fasa ini akan dibangunkan langkah pengajaran, media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan

Fasa Pelaksanaan
Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau dilaksanakan dalam keadaan sebenar

Fasa Penilaian
Penilaian terbahagi kepada 2 bahagian, penilaian formatif dan penilaian sumatif Penilaian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya. Penilaian sematif pula biasanya berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan

Anda mungkin juga menyukai