Anda di halaman 1dari 6

ISL M1-Sediakan Family Tree peribadi dan kaitan dengan sejarah penghijrahan

nenek moyang. Bincang tentang faktor-faktor penghijrahan yang berkaitan.

Datuk
Chin Yuk Yin
Shung Qun

Nenek
Chok

Ayah

Ibu
Chin Yun Min
Nyuk Fong

Saya
Chin Li Jun

Woo

Adik
Chin Jun
Yang

Family Tree

Sejarah Penghijrahan Nenek Moyang


Selain golongan bumiputera yang merupakan penduduk asal di negeri ini terdapat juga
warganegara Malaysia yang terdiri daripada penduduk yang berasal dari negeri China
dan India. Walaupun terdapat pedagang dan saudagar dari negeri China dan India serta
Arab yang belayar ke Selat Melaka untuk menjalankan perniagaan pada zaman
kegemilangan Melaka, bilangan mereka yang menetap adalah kecil. Kebanyakan yang
memihh untuk menetap di negara ini kemudiannya telah mengasimilasikan diri mereka
dengan budaya dan cara hidup penduduk setempat. Hal ini ternyata berbeza sekali
dengan gelombang kedatangan imigran yang berlaku dengan rancaknya mulai
pertengahan abad ke-19. Penghijrahan masuk-secara beramai-rarnai orang Cina di
peringkat awal berlaku setelah pihak Inggeris membuka Pulau Pinang (1786),
Singapura (1819) dan menubuhkan Negeri-negeri Selat (1826). Dasar ekonomi dan
pentadbiran Inggeris telah menggalakkan kedatangan beramai-rarnai imigran Cina.

Di peringkat ini mereka tertumpu di Lukut dan Sungai Ujong untuk bekerja di lombong
bijih yang diusahakan oleh para pembesar Melayu. Berikutan keadaan politik yang tidak
stabil dan keadaan kucar-kacir yang berlaku di Perak, Selangor serta Sungai Ujong
pada suku ketiga abad ke-19, telah mendorong campurtangan Inggeris ke atas
pentadbiran negeri-negeri Melayu tersebut pada tahun 1874. Dengan terbentuknya
pentadbiran Inggeris, lebih banyak buruh Cina bcrhijrah terutamanya ke kawasan
perlombongan utama. Saudagar Cina dan Eropah di Negeri-negeri Selat juga semakin
giat melabur dalam penisahaan bijih yang menjadi usahaniaga mereka.
Pada tahun 1870 terdapal kira-kira 10,000 orang Cina di Sungai Ujong. Di Selangor
menjelang tahun 1850, sudahpun ada lombong bijih yang diusahakan oleh orang Cina
di kawasan Ampang, Kuala Lumpur. Sungai Kanching dan Kelang. Pada waktu yang
sama terdapat juga perkembangan yang berlaku di Johor. Di sana Temenggung lbrahim
telah menggalakkan tanaman lada dan gambir dengan memberikan kawasan-kawasan
di sepanjang sungai untuk orang Cina membuka ladang. 'Surat Sungai' atau surat
kuasa diberikan kepada sescorang ketua atau 'Kangchu' di satu-satu kawasan gambir
dan lada. Pada tahun 1870-an dianggarkan penduduk Cina di Johor mencapai bilangan
100,000 orang. Di Perak.
Long,Jaafar. seorang pembesar tempatan telah menernui kawasan bijih yang luas di
Larut pada tahun 1840-an. Beliau telah membuka lombong di Kelian Pauh (Taiping) dan
membawa buruh Cina untuk memajukan lombong di Larut. Dianggarkan terdapat
40.000 orang Cina di Larut pada tahun 1873. Keadaan yang sama juga berlaku di Lukut
iaitu kawasan lombong bijih yang ditadbirkan oleh Raja Jumaat bin Raja Jaafar.
Kebanyakan imigran Cina berasal dari wilayah Kwangtung dan Fukien. Terdapat
beberapa puak yang berhijrah mengikut diaiek kedaerahan seperti daerah Arnoy, SenYu, Hok-Chiu. Eng Choon dan daerah-daerah lain di wilayah Kwangtung; manakala
suku-suku lain terdiri daripada penduduk daerah Canton. Tiu Chiu. Fui Chiu dan Kheng
Chow.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan orang Cina berhijrah dari negara asal
mereka. Di antaranya ialah keadaan huru-hara di bawah pemerintahan Manchu.
Kekacauan, pembunuhan dan kekejaman sering terjadi dan tidak terkawal. Malapetaka
seperti banjir dan taufan kerap melanda kawasan pertanian menyebabkan kesukaran
kepada petani. Gerakan menentang pemerintahan Manchu sentfasa meletus,
antaranya ialah Pemberontakan Taiping, Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina.
Pemberontakan Taiping yang berlaku pada tahun 1857 berakhir dengan kegagalan dan
banyak yang terlibat melarikan diri ke beberapa tempat di Asia Tenggara. Adalah
dipercayai banyak imigran yang tiba ke negara ini kerana dipaksa oleh agen buruh di
negeri China. Manakala sesetengahnya pula terpengaruh oleh kaum keluarga yang
berhijrah terlebih awal. Narnun demikian. faktor yang paling penting ialah tarikan untuk
mencari rezeki dan kekayaan di seberang laut. Hal tersebut berlaku kerana kebanyakan
mereka terdiri daripada kelas bawahan dan buruh miskin di negeri China. Penghijrahan

secara beramai-rarnai buruh Cina sebenarnya merupakan langkah yang dirancang oleh
Inggeris. Dasar ekonomi penjajah untuk mengaut kekayaan secepat mungkin daripada
hasil bijih telah menyebabkan galakan diberi untuk mengimport buruh luar.
Pertambahan permintaan bahan tersebut di Eropah telah mendesak peningkatan
eksport bijih ke negara-negara perindustrian. Buruh Cina telah dibawa masuk
khususnya untuk menjadi alat eksploitasi ekonomi Inggeris sendiri. Proses kemasukan
imigran diawasi pula dengan meluluskan undang-undang imigresen, misalnya pada
tahun 1877, The Chinese Immigrants Ordinance dan The Crimpling Ordinance
diperkenalkan. Lanjutan daripada itu Jabatan Perlindung orang Cina dibentuk bagi
melindungi buruh-buruh Cina. Agensi merekrut buruh dibenarkan beroperasi di
Singapura dan di Negeri-negeri Selat yang lain. Menjelang awal abad ioi, orang Cina
yang berhijrah ke negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah tersebar
ke merata tempat, khususnya di kawasan pantai barat. Selain golongan buruh atau
'sinkhek' terdapat juga kategori imigran yang terdiri daripada peniaga, tukang, pekerja
mahir dan sebagainya. Di negeri Sarawak kedatangan secara beramai-ramai imigran
Cina bermula pada suku kedua abad ke-19 iaitu setelah wujudnya pemerintahan James
Brooke pada tahun 1841. James Brooke telah berusaha mengekalkan keamanan
Sarawak dengan memerangi kegiatan lanun di sekitar perairan Sarawak. Kejayaannya
telah menyebabkan berkembangnya aktiviti pemiagaan saudagar Inggeris dan Cina di
Singapura dan Sarawak. Keamanan yang wujud di Sarawak telah menarik minat orang
Cina untuk datang ke Sarawak. Pada peringkat awal orang Cina yang berhijrah
bukanlah berasal dari negeri China tetapi terdiri daripada pelombong keturunan Hakka
yang datang dari kawasan Sambas, Pontianak. Mereka telah melombong emas di
kawasan tersebut sejak tahun 1760-an lagi.
Apabila Belanda meluaskan kekuasaan di Pontianak pada tahun 1820-an, orang Cina
merasa tertekan. Apabila longgokan emas mulai berkurangan rarnai yang berpindah ke
Bau, Sarawak dalam tahun 1841. Apabila bandar Kuching dibuka pada tahun 1836 oleh
Pangeran Mahkota, banyak peniaga Hokkien mulai menetap di situ bersama-sama
orang Melayu dan Bidayuh. Sepertimana dengan keadaan di Semenanjung, tarikan
untuk mendapat keuntungan ekonomi menjadi faktor utama. Selain melombong emas di
Bau dan Marup, tanaman gambir dan lada untuk tujuan eksport juga menjadi daya
pcnarik. Sehingga tahun 1857 adalah dianggarkan terdapat sebanyak 4,000 orang Cina
di barat Sarawak. Perusahaan tanaman lada hitam secara meluas hanya bermula pada
tahun 1876 apabila Raja Brooke menawarkan pelayaran percuma kepada penanam
lada dari Singapura dan menguntukkan tanah bagi ladang lada hitam kepada saudagar
Cina. Selain orang Hakka, pada tahun 1900 banyak imigran Foochow masuk ke
Sarawak untuk menanam lada di Sibu, Sarikei-Binatang dan Serian. Tanaman getah
mula diperkenalkan di Sarawak pada tahun 1881. Hasilnya menjadi eksport penting
Sarawak mulai tahun 1906 apabila harga getah melambung naik.
Getah dimajukan dengan cara menggalakkan pekebun kecil bumiputera dan orang
Foochow menanam tanaman ini. Kenaikan harga getah pada tahun 1920-an telah

menyebabkan, banyak imigran Cina masuk dan mengusahakannya secara ladang.


Perangkaan tentang bilangan imigran yang meningkat di Sarawak adalah jelas, pada
tahun 1908 dianggarkan terdapat 45,000 orang Cina - lebih kurang 10 peratus daripada
penduduk Sarawak. Walau bagaimanapun pada tahun 1960jumlahnya menjadi 229,154
orang atau 32 peratus dari jumlah penduduk Sarawak. Pertambahan pesat berlaku di
antara tahun 1939 hingga 1960. Dengan itu adalah jelas faktor ekonomi menjadi
pendorong kedatangan imigran Cina. Malahan dasar keluarga Brooke yang
memberikan pelbagai kemudahan seperti pemilikan tanah, bantuan kewangan, dan
tambang pelayaran telah memesatkan lagi kedatangan mereka. Raja Brooke kedua
pula secara peribadi menggalakkan orang Foochow datang ke Sarawak. Negeri Sabah
mengalami pertambahan jumlah penduduk yang pesat di antara tahun 1901 hingga
1911. Banci penduduk pertama pada tahun 1891 menunjukkan penduduknya berjumlah
67,062 orang. Narnun jumlah ini meningkat kepada 208,183 orang pada tahun 1911.
Pertambahan ini jelas berlaku sesudah Sabah ditadbirkan oleh Syarikat Chartered,
apabila banyak imigran Cina dan Jawa dibawa masuk sebagai buruh ladang kepunyaan
syarikat tersebut. Sebelum Syarikat Chartered mentadbir Sabah, bilangan orang Cina
adalah amat kecil. Selain beberapa orang pedagang barang hasil hutan di Sandakan,
terdapat beberapa keluarga Cina tinggal yang di Labuan dan TelukMarudu. Usaha
pengasas Syarikat Chartered, Alfred Dent dan Pesuruhjaya bagi imigran Cina, Sir
Walter Medhurst menunjukkan kesungguhan Inggeris untuk mengaut keuntungan
dengan menggunakan buruh Cina di ladang dan kawasan pembalakan. Pada tahun
1880-an apabila kayu balak dan tembakau menjadi eksport penting, pihak syarikat dan
para pelabur di dalam kedua jenis perusahaan membawa masuk orang Cina dan Jawa
untuk menjadi buruh. Apabila tanaman getah mula mengambil tempat di sekitar tahun
1907, imigran dari Cina telah diambil sebagai buruh.
Orang Hakka turut berhijrah kerana ingin mengambil peluang menanam getah. Di
sekitar tahun 1907 bilangan penduduk Cina telah meningkat kepada 13,000 orang.
Peraturan masuk imigran bagi orang Cina dipermudah. Medhurst sendiri telah pergi ke
negeri China dan kemudiannya menawarkan free-passage bagi menggalakkan
penghijrahan. Jabatan Pelindung Cina wujud bagi mengawasi buruh kontrak dan
kebajikan imigran. Hong Kong dan Singapura menjadi pangkalan rekrut buruh imigran
ini. Kemasukan imigran Cina meningkat pada tahun-tahun 1920 hingga 1940 hasil
daripada tindakan syarikat mengeluarkan pas masuk kepada keluarga imigran yang
ingin berhijrah. Satu faktor lain yang mendorong orang Cina terutama dari suku Hakka
dan Kantonis untuk datang ke Sabah ialah kemudahan untuk memiliki tanah yang
mudah dan percuma. Menjelang tahun 1931 penduduk Cina di Sabah telah meningkat
menjadi 47,779 orang.

Faktor-Faktor penghijrahan

Faktor Luaran

Kekayaan Ekonomi Tanah Melayu

Aktiviti agen buruh (kongsi gelap) dan majikan untuk menggajikan buruh asing

Kestabilan Politik

Kekayaan Ekonomi Tanah Melayu

Perkembangan dan kemajuan ekonomi yang pesat kesan daripada Revolusi


Perindustrian

Peluang ekonomi & Keperluan tenaga buruh menjayakan perusahaan bijih timah
di samping peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan bandar
terutamanya.

Peluang untuk mengerjakan pertanian di bawah sistem Kangcu (Johor)


menggalakkan lagi kedatangan orang-orang Cina.

Aktiviti agen buruh (kongsi gelap) dan majikan untuk menggajikan buruh asing

Proses penghijrahan kaum Cina dilakukan melalui beberapa sistem, antaranya


ialah melalui Sistem Tiket Kredit yang diusahakan oleh kelompok Cina yang lebih
dikenali sebagai kongsi gelap.

Sistem Kangcu turut diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk


menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor.

Kestabilan Politik

Kestabilan politik adalah hasil daripada dasar pemerintahan British yang liberal
menjadi salah satu faktor penarik.

British menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan


sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak.

Mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk
datang ke Tanah Melayu.

Factor Dalaman

Kejadian bencana di negara asal

Keadaan politik yang tidak stabil di negara asal imigran

Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan

Kejadian Bencana di Negara asal

Bencana alam yang berlaku di China seperti kemarau, banjir dan sebagainya
menyebabkan penderitaan yang amat teruk ke atas penduduknya.

Pertanian yang menjadi nadi ekonomi China ketika itu tidak dapat dijalankan
akibat bencana alam

Berlaku kebuluran yang teruk akibat bekalan makanan yang tidak mencukupi.

Keadaan politik yang tidak stabil di negara asal imigran

Keadaan huru-hara di bawah pemerintahan Manchu. Kekacauan, pembunuhan


dan kekejaman sering terjadi dan tidak terkawal.

Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering melancarkan pemberontakan


untuk menggulingkan Kerajaan Manchu.

Kerajaan bertindak lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak
puas hati rakyat dan pemberontakan.

Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa
kekejaman Kerajaan Manchu.

Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan

Pertambahan mahupun lebihan penduduk yang tidak terkawal telah


menyebabkan permintaan untuk memenuhi kekosongan tenaga kerja sama ada
dalam bidang profesional ataupun tidak melebihi kuantiti penawaran pekerjaan
oleh kerajaan China.

Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah


pertanian turut menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi.

Rujukan: Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan orang Cina berhijrah dari
negara asal mereka, retrieved by 9/1/2014 from
http://www.scribd.com/doc/80766251/Faktor-Faktor-Penghijrahan-Nenek-Moyang

Anda mungkin juga menyukai