Anda di halaman 1dari 7

SPSK PK19-1

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT JALAN PEEL


JALAN PEEL, 55100 KUALA LUMPUR

LAPORAN PERMAINAN BADMINTON

1.0 PENGENALAN/PRAKATA

Permainan Badminton SK Convent Jalan Peel merupakan salah satu aktiviti Ko-Kurikulum
yang ditubuhkan untuk memberi peluang kepada murid-murid bergiat aktif dalam bidang sukan dan
permainan. Kewujudan Permainan Badminton ini adalah selaras dengan dasar 1 Murid 1 sukan
yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia agar murid-murid dapat mengenal
potensi diri dan seterusnya menyediakan atlet pelapis untuk negara. Dalam usaha untuk
memantapkan lagi pemahaman dan kemahiran ahli terhadap permainan badminton, pelbagai aktiviti
yang dijalankan di sekolah.

2.0 LATAR BELAKANG

Permainan Badminton ini ditubuhkan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
kecergasan mental dan fizikal. Selain itu juga ianya untuk membentuk sahsiah diri dan bakat
kepimpinan murid. Carta organisasi terdiri daripada :

i. Penaung : Guru Besar.


ii. Penasihat : GPK Kokurikulum.
iii. Penyelaras : Penyelaras Persatuan.
iv. Penasihat Persatuan : Guru Persatuan.
v. AJK Murid : a. Pengerusi.
b. N.Pengerusi.
c. Setiausaha.
d. N. Setiausaha.
e. Bendahari.
f. N. Bendahari.
g. AJK.

Keahlian adalah terbuka kepada semua murid-murid tahap 2. Permainan Badminton ini
bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mengetahui maksud kecergasan fizikal berkaitan
SPSK PK19-1

dengan daya tahan kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan, ketangkasan, daya tahan otot,
kekuatan, masa tindak balas, kelajuan dan kuasa.

2.1 TARIKH PELAKSANAAN ( Tarikh/Masa/Tempat)


Tarikh : Hari Rabu mengikut jadual yang telah ditetapkan
Masa : 12.50 tengah hari hingga 2.50 petang
Tempat : Dewan SKCJP

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA


Semua guru Permainan Badminton yang seramai 7 orang dan ahli yang terdiri dari murid-
murid tahap 2 seramai 69 orang.

2.3 OBJEKTIF
a. Memupuk minat murid terhadap permainan Badminton.
b. Memberi pendedahan pada murid teknik asas dalam permainan Badminton.
c. Mencungkil bakat terpendam murid dalam permainan Badminton.
d. Mengasah bakat murid bagi mewakili sekolah di dalam pertandingan.

2.4 KAEDAH PELAKSANAAN

1. Pengerusi Persatuan akan mengambil kehadiran murid


2. Murid membentuk kumpulan masing-masing.
3. Penerangan dan teori tentang cara dan teknik asas permainan Badminton
4. Latihan memanaskan badan dan regangan.
5. Murid berlatih bermain Badminton secara berpasangan atau kumpulan.
6. Guru Penasihat membimbing murid bermain mengikut cara yang betul.
7. Guru penasihat akan membuat laporan menggunakan borang yang disediakan.
8. Guru penasihat akan menghantar laporan tersebut kepada GPK KoKurikulum.
9. GPK Ko-Kurikulum akan memeriksa laporan aktiviti persatuan setiap kali selepas
aktiviti Ko-kurikulum dijalankan.
10. Semua aktiviti yang dijalankan hendaklah dicatat di dalam laporan tersebut.
SPSK PK19-1

2.5 BAHAN-BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN


- Slide LCD PAK21
- Komputer Riba
- Raket
- Bulu Tangkis.

3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN / AKTIVITI


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun adalah seperti berikut:

 Perjumpaan kali 1 ( 16 Januari 2019 )


Pada perjumpaan kali pertama ini aktiviti yang dijalankan adalah mendaftarkan keahlian dan
mengadakan Mesyuarat Agung Permainan Badminton bagi tahun 2019. Pendaftaran keahlian pada
tahun 2019 ini bagi Permainan Badminton ialah seramai 74 orang. Selepas mendaftarkan keahlian
murid-murid membuat Mesyuarat Agung yang mana mereka memilih sendiri Ahli Jawatankuasa
Persatuan ini. Jawatan yang akan dipilih oleh murid-murid ialah Pengerusi, Naib Pengerusi,
Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, AJK tahun 4, AJK tahun 5 dan AJK tahun 6. Murid-murid
mencalonkan beberapa nama murid untuk memegang jawatan-jawatan tersebut. Selepas itu mereka
akan membuat undian. Ahli yang mendapat undian tertinggi akan memegang jawatan-jawatan
tersebut.

 Perjumpaan kali ke 2 ( 13 Februari 2012 )


Perjumpaan kali ke 2 ini merupakan sesi suaikenal antara ahli dan guru Penasihat Permainan
Badminton dan pengenalan serta taklimat tentang Permainan Badminton.. Guru penasihat
memperkenalkan diri kepada murid-murid.
Murid-murid diberi taklimat tentang peraturan dan Perlembagaan Permainan Badminton.
Guru Penasihat juga memaklumkan tentang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2018
ini. Murid-murid juga diberi penerangan tentang keperluan dan peralatan yang perlu
disediakan oleh murid seperti pakaian, buku Log Permainan Badminton, Buku PAJSK, kasut ,
raket dan bulu tangkis..
SPSK PK19-1

 Perjumpaan kali ke 3 ( 6 Mac 2019 )


Aktiviti yang dijalankan bagi perjumpaan kali ke 3 ini ialah melakukan kemahiran asas Servis.
Murid-murid diberi penerangan secara teori tentang cara melakukan servis dengan betul. Mereka
juga diberi panduan cara pengiraan mata melalui servis yang dibuat.
Seterusnya guru menunjuk cara melakukan Servis kepada murid. Beberapa orang murid
diminta untuk melakukan Servis di hadapan murid lain. Murid lain akan mengira mata yang yang
diperolehi.
Kemudian murid akan bermain dan melakukan Servis secara berpasangan dan rakan mereka
akan mengira mata yang diperolehi. Mereka akan bergilir-gilir bermain. Murid masih belum mahir
dengan kemahiran asas Servis

 Perjumpaan kali ke 4 ( 13 Mac 2019 )


Memandangkan murid-murid masih belum mahir melakukan Servis, maka aktiviti Servis
diteruskan pada perjumpaan kali ke 4 ini. Murid bermain dan berlatih melakukan Servis dalam
kumpulan. Murid juga membuat kiraan mata yang diperolehi melaui hantaran Servis.
Guru membimbing murid sepanjang latihan dijalankan. Guru membantu dan menunjuk cara
Servis yang betul kepada murid. Murid semakin oleh melakukan Servis dengan betul dengan
bimbingan guru.

 Perjumpaan kali ke 5 ( 17 April 2019 )


Pada perjumpaan kali ke 5 ini murid-murid diberi pendedahan tentang teknik menangkis Servis
lawan. Murid diberi penerangan tentang cara menangkis Servis lawan dengan betul. Guru juga
menunjuk cara bagaimana melakukan teknik menangkis Servis lawan.
Guru turut menerangkan tentang :
i. Kedudukan pemain di gelanggang.
ii. Teknik menangkis servis lawan.
iii. Cara pengiraan mata melalui Servis lawan.
Selepas sesi teori, murid berlatih bermain dalam kumpulan . Guru memantau dan dan
membimbing murid melakukan cara menangkis Servis lawan dengan betul. Namun begitu, aktiviti
latihan tidak menyeluruh. Hanya 14 orang murid yang hadir membawa raket dan bulu tangkis. Pada
akhir perjumpaan, guru mengingatkan murid supaya membawa alatan sendiri pada perjumpaan
akan datang.
SPSK PK19-1

 Perjumpaan kali ke 6 ( 19 Jun 2019 )


Aktiviti yang dijalankan bagi perjumpaan kali ke 6 ialah tentang Teknik Lob.Murid didedahkan
dengan pukulan atau cara melakukan pukulan Lob dengan betul.
Seperti biasa di awal perjumpaan murid beri penerangan bagaimana melakukan teknik Lob
dengan betul. Guru juga menunjuk cara melakukan Lob kepada murid. Kemudian, guru meminta
beberapa orang murid membuat demonstrasi pukulan Lob di hadapan rakan mereka.
Selepas itu, murid bemain dan berlatih secara kumpulan atau berpasangan. Guru akan
memantau dan membimbing mereka melakukan teknik Lob dengan betul. Masih ramai lagi murid
yang tidak membawa raket dan bulu tangkis sendiri. Ini menyebabkan latihan menyeluruh. Murid
yang tiada alatan ditugaskan untuk mengira mata yang diperolehi oleh rakan yang sedang berlatih.

 Perjumpaan kali ke 7 & 8 ( 17 Ogos 2019 ) , kali ke 9 & 10 ( 25 September 2019 )


Aktiviti kali ini adalah Teknik Pukulan Menyilang. Murid diberi penerangan tentang cara
melakukan pukulan menyilang dengan betul. Guru juga menunjuk cara melakukan pukulan
menyilang kepada murid.
Murid berlatih bermain dalam kumpulan dan berpasangan. Ada murid yang boleh menguasai
kemahiran dan ada juga yang belum menguasai kemahiran pukulan menyilang dengan betul. Untuk
memastikan murid menguasai kemahiran, aktiviti ini diteruskan lagi pada perjumpaan kali ke 8,
kali ke 9 dan ke 10.
Murid seronok diberi peluang berlatih untuk memahirkan diri dalam teknik pukulan menyilang
ini. Namun begitu, masalah murid tidak membawa alatan masih berterusan walaupun telah
diingatkan berulang kali.

 Perjumpaan kali ke 11 & 12 ( 9 Oktober 2019 )


Ini merupakan perjumpaan kali terakhir bagi sesi 2019. Pada kali ini murid didedahkan dengan
Peraturan Permainan Perseorangan dan Beregu. Murid diberi penerangan tentang peraturan
permainan perseorangan dan beregu. Guru menunjuk cara perminan dan kedudukan perseorangan
dan beregu di dalam gelanggang.
Murid berlatih bermain secara perseorangan dan beregu di bawah pemantauan dan bimbingan
guru.
SPSK PK19-1

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI


Semua Aktiviti Permainan Badminton pada tahun ini berjalan seperti dirancang. Murid
melibatkan diri di dalam aktiviti yang dijalankan dengan aktif. Murid sangat seronok menjalankan
latihan. Murid dapat meningkatkan kemahiran asas bermain Badminton.

5.0 KEMAJUAN / MASALAH


Terdapat Guru Penasihat yang tidak mahir dalam permainan Badminton. Guru mengajar
teknik dan kemahiran asas berdasarkan buku panduan. Manakala murid-murid pula tidak membawa
membawa raket dan bulu tangkis untuk menjalankan aktiviti latihan. Ini menyebabkan aktiviti
latihan yang hendak dijalankan tidak menyeluruh. Tiada gelanggang yang sesuai untuk murid
berlatih.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Pihak sekolah perlu menyediakan peralatan seperti raket, jaring dan bulu tangkis yang
mencukupi untuk murid. Selain itu juga adalah lebih baik sekiranya disediakan gelanggang yang
sesuain untuk murid berlatih.
Guru-guru penasihat perlu diberi kursus atau bengkel berkaitan kemahiran permainan
badminton bagi memantapkan lagi pelaksanaan aktiviti permainan badminton di sekolah.

7.0 PENUTUP
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam Permainan Badminton, sedikit sebanyak telah
membantu murid mengenal dan mengetahui kemahiran asas dalam permainan badminton. Ianya
juga memberi peluang kepada murid untuk mengasah dan mengembangkan potensi diri mereka.
SPSK PK19-1

Disediakan oleh,

……………………….
PN SITI ZARIYAH IBRAHIM
Guru Penasihat
Permainan Badminton 2019
Sk Convent Jalan Peel

18 Oktober 2019

Disahkan oleh

……………………

Anda mungkin juga menyukai