Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS 13200 KEPALA BATAS PULAU PINANG

KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 2011

Tarikh Tempat

: 27 dan 28 Julai 2011

: Dataran dan Gelanggang Sepak Takraw,SKKB

Anjuran : Guru Pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun Dengan Kerjasama Unit Kokurikulum

KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 2011 TAJUK : BELON KAIN BATIK 1.0 PENGENALAN Sukaneka merupakan satu aktiviti rekreasi sosial yang dimainkan sewaktu masa terluang atau lapang. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti riadah yang menyeronokan kepada para pemain di samping melakukan kemahiran kemahiran yang boleh menyihatkan badan . Selain itu , ia akan menjadi suatu pemangkin dalam pembentukan individu yang cergas lagi cerdas melalui aktiviti-aktiviti sukan yang teramat penting . Sukaneka ini juga akan melibatkan murid-murid dan guru-guru pelatih sebagai memenuhi keperluan internship dan sambutan bulan kecergasan.

2.0 MATLAMAT Matlamat utama Karnival Sukaneka ini adalah untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik sukan dalam aktiviti reakrasi sosial yang mendatangkan keseronokan dan menghiburkan para pemain . Menerusi aktiviti sukaneka ini , murid-murid akan dapat menunjukkan kemahiran dan kemampuan fizikal mereka dengan sepenuhnya. Selain itu, semasa aktiviti sukaneka juga, murid-murid akan didedahkan dengan semangat kesukanan seperti semangat berpasukan, tidak mudah berputus asa dan berusaha untuk menang. Aktiviti Karnival ini juga adalah merupakan sebahagian keperluan untuk guru pelatih memenuhi syarat internship mereka disamping dapat memberikan pendedahan kepada mereka tentang proses pengendalian aktiviti-aktiviti yang berlansung disekolah pada masa akan datang.

3.0 OBJEKTIF Objektif Karnival Sukaneka adalah seperti berikut : i. Murid akan menunjukkan potensi diri dengan lebih yakin dan berusaha dalam mencapai sesuatu matlamat. ii. Murid akan mengaplikasikan kemahiran dan teknik bersukan dalam aktiviti reakreasi sosial iii. Mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif kepada guru pelatih untuk mempelbagaikan kreativiti mereka dalam sukaneka. iv. Membentuk personaliti murid yang mantap seperti mempunyai daya saing untuk menang, tidak mudah putus asa, bekerjasama, menghormati rakan-rakan sebaya, bersungguh-sungguh dan sebagainya v. Memenuhi keperluan program internship bagi guru pelatih semester 8 PISMP. vi. Merapatkan hubungan silaturrahim sesama guru pelatih dan murid-murid.

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT Tarikh : 28 Julai 2011 Masa : 4.00 p.m 6.00 p.m Tempat : Gelanggang sepak takraw Sek. Keb. Kepala Batas.

5.0 PESERTA Wakil setiap kelas darjah 4 dan 5.

6.0 SINOPSIS ACARA Seperti yang diketahui, rakyat Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional bagi setiap kaum. Namun uniknya kain batik, ianya dipakai oleh majoriti kaum di Malaysia. Sukaneka ini dinamakan belon kain batik kerana kain batik adalah medium perantaraan utama untuk menyambut dan membaling belon air tesebut kepada pihak lawan. Sukaneka ini dimainkan oleh 2 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang pemain. Pemain-pemain dikehendaki memakai kain batik sewaktu perlawanan berlangsung. Setiap pemain perlu mempunyai kemahiran membaling dan menyambut serta kerjasama oleh ahli kumpulan.

7.0 PELAKSANAAN SUKANEKA Sebelum : 1) Pemainan akan berlangsung selama 3 minit. 2) setiap kelas perlu menghantar 4 orang wakil peserta. 3) Pemain dikehendaki memakai kain batik sebelum memasuki gelanggang. 4) Setiap ketua kumpulan perlu berjumpa dengan pengadil untuk menentukan kumpulan manakah yang akan memulakan perlawanan dan memilih kawasan gelanggang.

Semasa : 1) Kumpulan pertama yang akan memulakan balingan perlu memegang setiap bucu kain batik dan belon air akan diletakkan di tengah-tengah kain. 2) Pengadil akan meiupkan wisel sebagi tanda perlawanan akan bermula. 3) Kumpulan yang mempunyai belon air akan membuat balingan kearah pihak lawan. 4) Pihak lawan perlu menyambut belon tersebut, sekiranya belon tersebut gagal disambut oleh pihak lawan, markah akan diberikan kepada kumpulan yang membaling. 5) Sekiranya kumpulan yang membaling menyebabkan belon jatuh dan pecah di gelanggang sendiri, markah akan diberikan kepada pihak lawan. 6) Pemain juga perlu memastikan kain batik diikat dengan kemas kerana jika kain batik tertanggal, markah kumpulan tersebut akan ditolak.

8.0 SYARAT ACARA 1) Setiap kelas perlu menghantar 4 orang wakil peserta. 2) Setiap peserta perlu memakai kain batik sewaktu permainan dijalankan. 3) Dilarang menggunakan pin, tali pinggang atau lain-lain barang untuk

mengemaskan kain batik tersebut. 4) Para peserta dikehendaki menanggalkan jam tangan sebelum bermain. 5) Kiraan mata: PERKARA 1. Kumpulan yang dapat menyambut belon 2. Kumpulan yang gagal membaling belon 3. Belon yang jatuh di gelanggang sendiri dan terkeluar gelanggang. 4. Jika kain batik tertanggal 1 markah ditolak 1 markah pada pihak lawan 1 markah pada pihak lawan 1 markah MARKAH

6) Masa yang diperuntukkan bagi setiap perlawanan ialah 3 minit. 7) Apabila belon pecah, permainan di kira tamat.. 8) Dilarang menggunakan sebarang objek lain atau mana-mana anggota badan untuk memukul belon. 9) Keputusan adalah muktamad.

9.0 PERALATAN YANG DIPERLUKAN i) Belon Air ii) Kain Batik iii) Jaring

10.0 PENUTUP Dengan adanya Karnival Sukaneka ini , ia dapat memberi pendedahan kepada muridmurid tentang keseronokan dalam bersukan dan sekaligus melahirkan murid yang bukan sahaja cerdas dalam pelajaran malahan cergas tubuh badan. Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang pengendalian Sukaneka . Justeru, guru pelatih akan dapat manfaat dan pengetahuan baru serta boleh

mengaplikasikannya sebagai bakal guru di masa hadapan .

Anda mungkin juga menyukai