Anda di halaman 1dari 44

GKB 1053

Kemahiran Mengambil dan Membuat Nota


Kemahiran Mengambil
&Membuat Nota
Definisi
Nota, bahan yang dicatat ajar semasa proses PnP. Penting agar kita
tidak perlu mengingat semua yang dipelajari. Nota menjadi bahan
rujukan bila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.

Mencatat nota adalah satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan
dalam bentuk yang menarik, dapat tingkatkan daya ingatan dan
keberkesannya dalam proses pembelajaran..
Menyalin nota bermakna menyalin semula nota yang diberi,
atau yang dibuat oleh pelajar lain, atau yang terdapat dalam
buku, majalah dan sebagainya.

Mencatat nota bermakna mencatat maklumat ringkas dan penting


yang terdapat dalam ceramah, syarahan, buku, atau sumber lain.

Membuat nota bermakna membuat nota ringkas sendiri dalam


pelbagai bentuk
Mengapa perlu Membuat nota ?

Semasa mencatat nota, perlu gunakan


otak untuk berfikir secara kritis, analitik,
dan kreatif untuk menapis isi-isi penting.

Bantu mengimbau kembali apa yang


telah diipelajari atau baca.

Merupakan rekod kekal yang boleh


dirujuk bila-bila masa atau apabila
terlupa. Kaedah berkesan untuk
pengukuhan.

Membolehkan anda tidak perlu


mengingat semua yang telah dipelajari.
Rujukan akhir sebelum menghadapi
peperiksaan
Langkah-langkah dalam kemahiran membuat nota
i. Memahami maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber.

ii. Memilih idea atau maklumat yang penting dan menyusunnya.

iii. Menulis atau merekod idea atau maklumat penting secara ringkas
dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki dan menggunakan
pelbagai warna jika perlu
Semasa menulis nota ringkas
i. Perkataan atau frasa yang penting

ii. Singkatan: Misalnya: dgn = dengan, spt = seperti, U.K.=United


Kingdom

iii. Simbol: Misalnya: * = penting, ù = jadi

iv. Nemoniks atau akronim: Misalnya: BaFIA = Baca, Faham, Ingat,


Aplikasi

v. Lukisan atau lakaran


Penggunaan Bentuk/ Ikon

• Jadual

• Carta aliran

• Gambar rajah Venn

• Peta konsep dalam


pelbagai bentuk seperti
kelompok, awan dan
kaitan, pokok dan ranting,
tulang ikan, kipas, dan
sotong.
Ciri-Ciri Nota Yang Baik

• Terdiri daripada isi-isi penting [utama].

• Terang, kemas dan mudah dibaca.

• Ditulis di dalam buku catatan khas untuk sesuatu mata pelajaran.

• Catatkan isi-isi penting sahaja menggunakan ayat sendiri.

• Dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang.

• Gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham.

• Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan


minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika
membaca.
1. Kaedah Cornell
2. Kaedah “Outlining”
3. Kaedah Pemetaan
4. Kaedah Carta
5. Kaedah Ayat
Alat-Alat Berfikir Dalam Membuat Nota
Definisi

Alat-alat berfikir membantu penggunaan minda dengan lebih bijak


dan berkesan.
Pemikiran sksn menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan tidak
terburu-buru dalam melakukan sesuatu.
Empat alat yang boleh
digunakan untuk meningkatkan ketrampilan berfikir ialah:
Pengurusan grafik
Peta minda
Pemetaaan i–think
Pengurusan Grafik
DEFINISI - Satu bentuk ilustrasi atau
lakaran. Digunakan
untuk membantu dan mengurus cara
berfikir yang lebih tersusun bertujuan
memantapkanpemikiran.
Pengurusan grafik juga dapat
menyedarkan individu tentang proses
pemikiran yang berlaku.
Ia menggambarkan secara mudah
dan jelas sesuatu idea dan
hubungannya dengan aspek yang
berkaitan.
Jenis Kerangka Pemikiran

PG membanding dan membeza


Jenis Kerangka Pemikiran

PG membuat kategori
Jenis Kerangka Pemikiran
PG meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
Jenis Kerangka Pemikiran
PG membuat sekuen
Jenis Kerangka Pemikiran
PG menerangkan sebab
Jenis Kerangka Pemikiran
PG membuat ramalan
Jenis Kerangka Pemikiran
PG menyusul periksa andaian
Jenis Kerangka Pemikiran

PG membuat inferen
Jenis Kerangka Pemikiran

PG mengesahkan sumber maklumat


Jenis Kerangka Pemikiran

PG menjana idea
Jenis Kerangka Pemikiran

PG mencipta analogi
Jenis Kerangka Pemikiran

PG mencipta metafora
Jenis Kerangka Pemikiran
PG membuat keputusan
Jenis Kerangka Pemikiran
PG menyelesaikan masalah
Penggunaan Pengurusan Grafik

 PG digunakan untuk membantu mengurus dan menyusun


pemikiran supaya menjadi lebih sistematik danberkesan.
 PG boleh dicipta atau diubah suai dari PG yang sedia ada
mengikut keperluan dan peringkat pembelajaran
 PG perlu digunakan bagi setiap kemahiran yang berkaitan.
 PG juga dapat memudahkan pemahaman sesuatu proses
pemikiran dengan lebih baik.
Komponen Pengurusan Grafik

(I) GARIS

(II) BULATAN

(III) GAMBAR

(IV) PERKATAAN
Cara Menggunakan Pengurusan Grafik

(I) Merancang dan menyusun idea


(II) Memahami proses pemikiran kendiri
(III) Menterjemah pemikiran tersirat kepada bentuktersurat
(IV) Menghubungkan semua maklumat danmemvariasikan cara
penghubungan maklumat tersebut
Peta Minda

 DEFINISI - Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda


adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di
bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang
dikembangkan dari sekelilingnya untukmenggambarkan
idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini
sebagai huraiannya.
Tujuan Peta Minda

 Mencatat nota dengan mudah.


 Merancang sesuatu seperti penulisan karangan,
persembahan, ucapan, projek dan sebagainya.
 Mengingat sesuatu dengan mudah.
 Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak
kanan dan otak kiri semasa belajar
Kepentingan Peta Minda

 MENGHASILKAN NOTA - Apabila maklumat dicatat, peta minda


mampu menguruskannya dalam bentuk ringkas, mudah
diasimilasi dan diingati otak. Peta minda boleh digunakan untuk
membuat nota dari sumber - buku,
kuliah, syarahan, taklimat, bahan bacaan, mesyuarat, temu bual
dan perbualan telefon.

 INGAT KEMBALI - Apabila maklumat diimbas kembali dari


ingatan, peta minda membenarkan idea yang lintas pada fikiran
dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus. Catatan tidak
perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta minda berfungsi pantas
dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah,
kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji
Kepentingan Peta Minda

Kreativiti :

 Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea


berdasarkan kreativitinya, peta minda membebaskan
pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan
idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta
minda harus menganggap setiap item di dalam peta minda
adalah pusat kepada peta minda yang baru.
Kepentingan Peta Minda

Penyelesaian Masalah -

 Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan


sama ada dalam bidang profesional atau peribadi, peta minda
membantu individu untuk mengenal pasti isu-isu dan hubung
kait antara satu sama lain.

 Selain itu, ia juga membantu individu mendapatkan gambaran


keseluruhan dengan pantas di samping mengesan perbezaan
ke atas aspek situasi dan kepentingannya.
Kepentingan Peta Minda

Perancangan

 Dalam merancang sesuatu, peta minda membantu memperolehi dan


mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Peta minda boleh
digunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari surat
hingga ke skrip lakonan, mahu pun buku.

 Di samping itu, peta minda juga boleh digunakan untuk merancang suatu
mesyuarat, aktiviti harian, pelancongan, kerangka karangan, penulisan
makalah, laporan dan persembahan
Kepentingan Peta Minda

Penggunaan Otak Kanan Dan Kiri Secara Serentak

 Peta minda berupaya menggabungkan dan


mengimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri
semasa belajar.
Kepentingan Peta Minda

Membuat Sinopsis

 Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan


bacaan ke dalam bentuk sinopsis atau ringkasan yang
padat dan lengkap.
 Antara bahan bacaan yang sering kali dirumuskan
adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi
Tajuk Pembentangan

1. Peta minda membantu dalam penyediaan topik dan urutan semasa ingin
membuat suatu pembentangan.

2. Peta minda bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea dengan nyata,
malah memberikan satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran
tanpa merujuk kepada helaian kertas.

3. Peta minda sangat membantu dalam membuat persembahan seperti laporan,


kertas kerja, hasil perbincangan dan sumbangsaran.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai