Anda di halaman 1dari 27

GKEB1072

KEMAHIRAN
BELAJAR
KEMAHIRAN MEMBACA DAN MEMBUAT NOTA
KEMAHIRAN MEMBACA
DAN MEMBUAT NOTA
 Teknik membaca
- Pembacaan cepat
- Pembacaan perlahan
 Kaedah mengambil nota
- Kaedah Cornell
- Kaedah Rangka
- Kaedah Pemetaan
- Kaedah Carta
- Kaedah Ayat
Kemahiran Membaca
 Kemahiran membaca yang betul mampu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap bahan bacaan yang
dibaca. Kemahiran membaca sangat penting kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan
dan fakta mengenai sesuatu perkara. Dalam memperoleh keberkesanan dalam pembacaan, pelajar perlu
mengetahui kaedah-kaedah tertentu yang bersesuaian dengan diri pelajar itu sendiri. Menurut Syed
Ismail dan Ahmad Subki (2011), proses membaca yang berkesan memerlukan kemahiran yang tertentu
sama ada sebelum, semasa atau pun selepas proses membaca.
Definisi Membaca
 Membaca dimaksudkan sebagai proses
memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas
lambang-lambang bercetak dan bertulis
(Haris dan Sipay, 1980)

 Membaca ialah proses psikolinguistik yang


bermula daripada pembaca mengamati perkataan
yang terdapat dalam teks yang dibaca sehingga
terbentuknya makna berdasarkan pengamatan.
(Goodman, 1973)
Membaca Dengan Berkesan
Fokuskan Kepada Isu Yang di Baca
◦ Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran kepada TOPIK yang sedang dibaca
Membaca Dengan Berkesan

Gambar dan Rajah


◦ Anda hendaklah memberikan perhatian kepada gambar-gambar atau
rajah-rajah di dalam buku.
◦ Biasanya gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan
sesuatu dengan lebih jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian
buku tersebut dengan lebih mudah.
◦ Ingat peribahasa Cina, “a picture is worth a thousand words”
Membaca Dengan Berkesan

Fahami Dahulu Baru Hafal


◦ Tumpukan perhatian kepada MEMAHAMI dan mendapatkan idea-idea
atau fakta-fakta utama bacaan anda.
◦ Yang penting ialah anda faham apa yang sedang dibaca.
◦ Anda lebih mudah mengingat fakta-fakta atau isi-isi utama jika anda
memahami bahan yang anda baca.
◦ Menghafal tanpa memahami boleh menyebabkan anda cepat bosan
untuk belajar.
◦ Apabila faham, minat untuk terus membaca akan meningkat di samping
mudah untuk membuat nota.
Membaca Dengan Berkesan

Perkataan Yang Anda Tidak Tahu


◦ Sekiranya anda tidak tahu erti atau maksud sesuatu perkataan, tandakan dengan pensel.
◦ Anda tidak seharusnya terus memberhentikan bacaan. Memberhentikan bacaan akan
mengganggu proses pembacaan.
◦ Cari maksud atau pengertian perkataan berkenaan setelah selesai membaca
keseluruhan bahan/teks.
Membaca Dengan Berkesan

Perbendaharaan Kata
◦ Setiap perkataan baharuyang terdapat dalam buku khas.
◦ Catatkan pengertiannya serta tuliskan contoh ayat yang sesuai bagi perkataan
tersebut
◦ Cuba gunakan perkataan berkenaan dalam penulisan atau percakapan sehari-
hari. Dengan cara ini anda dapat memperluaskan kefahaman dan
kegunaannya.
◦ Dengan demikian, anda sebenarnya telah menambah perbendaharaan kata.
Teknik Membaca
Terdapat 3 Teknik Membaca
Dengan Pantas dan Berkesan
Teknik membaca
Teknik membaca KWHLAQ

Know – Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)


Teknik membaca KWHLAQ

Want – Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)


Teknik membaca KWHLAQ

How – Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan berkaitan


Teknik membaca KWHLAQ

Learnned – Apa yang telah diketahui (selepas membaca)


Teknik membaca KWHLAQ

Action – Apa tindakan seterusnya perlu dilakukan


Teknik membaca KWHLAQ

Question – Apa persoalan baru yang diperolehi


Teknik membaca SQ3R

 SQ3R ialah Teknik membaca secara kritis yang diperkenalkan oleh Robinson (1961).
 Ia memerlukan pembaca mempersoal kesesuaian maklumat dalam suatu bahan bacaan yang dibaca
dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
 Survey (tinjau) ialah langkah pembaca mendapat gambaran keseluruhan tentang apa yang dibaca.
 Lakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk kecil, gambar, ilustrasi, lakaran grafik, perenggan
pengenalan dan perenggan akhir di bahagian-bahagian buku atau bahan bacaan.
 Boleh dilakukan pembacaan pantas iaitu skimming dan scanning.
 Question (soal atau tanya) dimana pelajar perlu menyenaraikan satu ciri soalan mengenai teks yang
sedang dibaca.
 Soalan menjurus kepada keinginan pembaca tentang maklumat yang diinginkan. Ia menjadi garis
panduan sepanjang pembacaan.
 Pelajar akan terus menerus mencari jawapan kepada soalan berkenaan dalam bahan yang sedang dibaca.
 Read (baca) ialah peringkat sebenar pembacaan secara aktif. Pembaca cuba dapatkan segala jawapan
kepada soalan-soalan yang telah disenaraikan sebelum ini.
 Pembaca mungkin keluarkan soalan-soalan tambahan berdasarkan perkembangan kandungan yang
difahami untuk mewujudkan keinginan untuk teruskan pembacaan.
 Pembaca terus mempersoalkan maklumat atau pendapat yang baru ditemui.
 Recite (imbas kembali) dilakukan setelah pembacaan selesai. Pelajar cuba mengingat kembali apa
yang telah dibaca dan meneliti segala maklumat yang telah diperolehi.
 Maklumat yang bersesuaian akan dipilih mengikut konteks tugasan.
 Pelajar boleh cuba menjawab soalan-soalan yang tersenarai berdasarkan kefahaman daripada bacaan
tanpa merujuk/melihat kepada nota atau bahan bacaan.
 Review (baca semula) ialah peringkat akhir pembacaan.
 Bahagian-bahagian yang terdapat pada bahan bacaan dipilih untuk dibaca semula bagi mengesahkan
japan-jawapan kepada senarai soalan.
 Peringkat ini pelajar perlu memastikan fakta-fakta yang diperolehi daripada bahan bacaan berkenaan
tidak ada yang tertinggal.
Skimming & Scanning

 Teknik skimming dan scanning sesuai digunakan untuk


pembacaan bahan yang ringkas seperti petikan ataupun
bahan bacaan yang lebih Panjang seperti buku, jurnal dan
majalah.
 Dalam pembacaan artikel, perhatian hanya diberikan kepada
idea-idea yang penting sahaja pada setiap perenggan
manakal idea khusus diabaikan terlebih dahulu.
 Pembacaan buku pula, fokus diberikan pada bahagian
pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan
akhir dan senarai rujukan. Ini bertujuan untuk mendapatkan
gambaran umum tentang kandungan buku berkenaan.
Skimming & Scanning

 Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat


yang khusus dan bukan mendapatkan gambaran keseluruhan
bahan bacaan.
 Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu
yang difikirkan kurang penting.
 Ketika membaca, mata digerakkan dari atas ke bawah dengan
pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambal
memberikan tumpuan kepada maklumat penting yang dicari.
 Pembacaan menggunakan teknik ini lebih cepat berbanding
dengan teknik skimming

Anda mungkin juga menyukai