Anda di halaman 1dari 4

TEKNIK MEMBACA PQRST

- CEPAT, PANTAS & BERKESAN


Oleh Taidin Suhaimin

"Reading is a basic tool in the living of a good life."


- Mortimer J. Adler

Artikel Teknik Membaca Cepat, Pantas & Berkesan ini menjelaskan pengertian,
kepentingan kemahiran membaca, teknik membaca cepat, pantas serta berkesan
menggunakan Teknik Membaca PQRST.
Pengertian / Definisi Membaca
Membaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan
penulis. Ianya adalah suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau
tercetak dengan teliti dan memahami makna kandungannya. - Kamus Dewan Edisi
Baru, (1991)

Kepentingan Kemahiran Membaca


Membaca adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh
kerana itu, bagi setiap mata pelajaran terutamanya di sekolah rendah dan
menengah di negara kita telah pun ditetapkan sekurang-kurangnya sebuah buku
teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan bacaan dan rujukan
utama.

Penekanan utama dalam pembacaan ialah kefahaman


yang mantap. Oleh kerana membaca adalah suatu
proses komunikasi, pembaca mestilah menumpukan
sepenuh perhatian - fikiran, pandangan, penglihatan,
persepsi serta emosinya - kepada apa yang dibaca. Ini
amat penting agar pembaca benar-benar dapat
memahami serta menjiwai maksud yang tersirat pada
yang dibaca.

Kurang kemahiran membaca bukan sahaja akan


menyebabkan proses pembelajaran anda menjadi sukar,
malah minat anda untuk membaca juga boleh
merudum. Namun, sekiranya anda mahir dan cekap
membaca, proses pembelajaran anda bukan sahaja akan
menjadi lebih lancar, malah anda akan lebih pantas pula
memahami serta mengingati fakta-fakta penting dari
bahan yang anda baca. Ini secara tidak langsung akan
meningkatkan lagi minat anda untuk membaca dan
membaca di samping dapat menjimatkan masa serta
membolehkan anda melakukan lebih banyak aktiviti
pembelajaran.

Teknik Membaca Cepat -


PQRST
Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca cepat yang
diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar;
Robinson dan H. Alan dalam buku mereka bertajuk
"Improving Reading In Every Class".
Berikut adalah 5 langkah Teknik Membaca Cepat PQRST
ini.
(a) Preview (Tinjau)
TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau
bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-
tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses
meninjau ini ialah untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku itu.
Dengan mendapat gambaran segera tentang
kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu
kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan
pada buku tersebut.
(b) Question (Soal)
SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil
dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk
bagi seksyen ini ialah Teknik Membaca Cepat. Jadi,
bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana
saya dapat meningkatkan mutu pembacaan
saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda
membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus
kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang
soalan yang tertumpu pada fikiran anda semasa anda
membaca.
(c) Read (Baca)
Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari
jawapan soalan yang anda telah bentuk itu. Sambil
MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian
untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda
telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan
yang aktif. Oleh itu, carilah tempat di mana anda boleh
membuat pembacaan dengan sepenuh tumpuan untuk
mengenal pasti dan mendapat idea-idea atau isi-isi
utama bahan yang anda baca. Dengan berbuat
demikian, anda akan dapat meningkatkan kepantasan,
malah pemahaman serta ingatan terhadap bahan atau
buku yang anda baca.
(d) Self-Recitation (Pembacaan
Kendiri)
PEMBACAAN KENDIRI ialah suatu proses dimana anda
mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang
anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda
menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan.
Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa
yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan
semua proses (b), (c), dan (d) serentak.
(e) Test (Uji)
UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan
bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab
yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada
peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang
telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang
anda.

Dengan menggunakan Teknik Membaca Cepat


PQRST, masalah terlalu banyak buku untuk dibaca
akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini
memudah dan mempercepatkan proses pembacaan
serta pengingatan anda.
http://www.solusi.com.my/article/pengurusan-masa

Anda mungkin juga menyukai