Anda di halaman 1dari 10

PENGAPLIKASIAN PDC BOX MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN

OPERASI TAMBAH MURID LEMBAM.

Mohd Ikhwan Bin Ishak

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan murid Lembam dalam topik
penambahan melibatkan sebarang dua nombor (satu digit dengan satu digit) yang
jumlahnya dalam lingkungan 11 hingga 18 dengan mengaplikasikan PDC Box. Kajian
ini juga dijalankan untuk meningkatkan minat murid-murid Lembam dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Reka bentuk kajian ini
adalah merupakan kajian tindakan berdasarkan Model Kurt Lewin (1940). Kajian ini
dilaksanakan di kelas Program Pendidikan Khas, Sungai Petani, Kedah. Peserta kajian
terdiri daripada 3 orang murid berkeperluan khas yang dikategorikan Lembam dan
berumur dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun. Instrumen kajian yang digunakan untuk
pengumpulan data dalam kajian ini ialah ujian diagnostik, ujian pra dan pasca serta
skala pengkadaran manakala kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah
pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan murid-
murid Lembam dalam topik penambahan melibatkan sebarang dua nombor (satu digit
dengan satu digit) yang jumlahnya dalam lingkungan 11 hingga 18 meningkat secara
keseluruhannya. Dapatan kajian juga menunjukkan minat peserta kajian dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran telah dapat ditingkatkan melalui pengaplikasian PDC
Box dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci : PDC Box; murid Lembam

Pengenalan

Murid Lembam didefinisikan sebagai murid yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas
biasa menggunakan kurikulum biasa di sekolah biasa. Selain itu, mereka terlalu lambat untuk
mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah disamping mempunyai daya ransangan serta daya
pengamatan yang lemah (Jamila Mohamed, 2005). Dalam mata pelajaran Matematik, murid Lembam
mempunyai tahap penguasaan yang agak rendah, terutamanya untuk menguasai konsep asas
Matematik yang merangkumi kemahiran pra nombor, menulis nombor, operasi tambah dan juga tolak.
Penguasaan dan pengaplikasian konsep asas Matematik adalah penting dalam kehidupan
seharian kanak-kanak dan bukan sahaja kanak-kanak biasa. Justeru itu, sesi pengajaran dan
pembelajaran Matematik yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) perlu memberi penekanan terhadap pengajaran konsep asas Matematik.
Namun, penguasaan Matematik murid-murid berkeperluan khas, terutamanya murid Lembam
adalah pada tahap yang kurang memuaskan. Hal ini berpunca daripada asas Matematik yang lemah.
Masalah ini wujud dalam dua keadaan iaitu murid-murid salah membuat tanggapan dalam memahami
konsep Matematik dan lemah dari segi mental (Shazlina Yusoff, 2009). Kenyataan ini disokong oleh
Kirk dan Kirk (dalam Syed Ismail, 2010) yang menyatakan bahawa murid berkeperluan khas berbeza
daripada murid biasa dari segi mental (kognitif dan pengamatan), fizikal (keupayaan otot-otot dan
sendi) serta sosial (interaksi dan kemahiran interpersonal). Justeru, bagi meningkatkan penguasaan
murid Lembam dalam kemahiran operasi tambah, guru perlulah kreatif dan bijak memilih kaedah
yang bersesuaian dengan tahap, keupayaan dan minat murid.
Menurut Rohaya Yahya (1996), permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat
mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik. Permainan juga dapat
mengurangkan rasa bosan dan jemu, khususnya semasa menyelesaikan pelbagai masalah Matematik.
Pengunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik
darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar.

53
Refleksi pengajaran dan pembelajaran
Setelah saya menjalankan ujian diagnostik pada minggu pertama, saya amat terkejut kerana
murid-murid di kelas KSSR 2 mempunyai pelbagai masalah dan keputusan yang amat berbeza.
Berdasarkan penilaian diagnostik yang dijalankan, saya dapati beberapa orang murid yang masih
lemah dalam kemahiran operasi tambah. Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas pula, saya mendapati kebanyakan murid tidak dapat menguasai kemahiran menyelesaikan
operasi tambah sebarang dua nombor (satu digit dengan satu digit) yang jumlahnya dalam lingkungan
11 hingga 18 dengan baik. Setelah diajar secara berulang-ulang menggunakan kaedah tradisional,
murid-murid masih tidak menunjukkan sebarang perubahan dan masih gagal menguasai kemahiran
tersebut dengan baik. Ini telah menyebabkan saya berasa kecewa dan hampir berputus asa untuk
mengajar di kelas tersebut. Kaedah yang telah diguna pakai oleh saya semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran adalah menyelesaikan operasi tambah dengan menambah menggunakan jari dan
menggunakan bahan konkrit. Namun, peserta kajian masih sukar untuk memahami konsep tambah
dengan baik serta menunjukkan sikap yang tidak berminat untuk mempelajarinya. Timbulnya
pelbagai persoalan di dalam pemikiran saya untuk mencari idea atau penyelesaian bagi menarik minat
peserta kajian untuk meningkatkan lagi kefahaman dan minat murid dalam mempelajari kemahiran
operasi tambah.

Fokus Kajian
Dalam mata pelajaran Matematik, terdapat empat jenis operasi, iaitu tambah, tolak, darab dan
bahagi. Operasi tambah merupakan operasi yang paling mudah difahami dan dipelajari oleh murid-
murid. Setelah meneliti setiap masalah yang timbul semasa pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan serta semakan kertas ujian diagnostik, saya simpulkan bahawa peserta kajian yang dipilih
tidak dapat menguasai kemahiran penambahan yang melibatkan jumlahnya lebih dari sepuluh.
Masalah timbul apabila murid-murid tidak menguasai konsep penambahan dengan betul. Kemahiran
operasi tambah merupakan asas penguasaan kemahiran mata pelajaran Matematik. Masalah ini perlu
ditangani segera agar murid tidak tercicir dalam pelajaran mereka. Kesan keciciran boleh
menyebabkan ramai murid akan gagal mempelajari pelbagai kemahiran dalam Matematik. Selain itu,
hal ini menyebabkan mereka tidak mempunyai kemahiran asas Matematik yang baik dan kukuh.
Sebagai seorang guru, kita tidak boleh membiarkan perkara ini menjadi penghalang kepada
pemerolehan pengetahuan mereka pada masa akan datang. Menurut Seow Siew Hua (1995), jika
kesilapan-kesilapan ini tidak diperbetulkan dari awal lagi, ia akan menjadi penghalang kepada
pembelajaran Matematik pada masa akan datang.

Objektif Kajian
1. Meningkatkan penguasaan murid Lembam dalam topik penambahan sebarang dua nombor
(satu digit dengan satu digit) yang jumlahnya dalam lingkungan 11 hingga 18 dengan
menggunakan PDC Box.
2. Meningkatkan minat murid Lembam terhadap pengajaran dan pembelajaran
menggunakan PDC Box.

Soalan Kajian
1. Adakah murid Lembam dapat menguasai topik penambahan sebarang dua nombor (satu digit
dengan satu digit) yang jumlahnya dalam lingkungan 11 hingga 18 dengan menggunakan
PDC Box?
2. Adakah minat murid Lembam meningkat melalui penggunaan PDC Box dalam sesi
pengajaran guru?

Tinjauan Literatur

Kajian mengenai penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik telah banyak dijalankan oleh beberapa pengkaji. Dalam bahagian ini, saya
memetik beberapa kajian yang telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai rujukan kajian ini.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran.


Menurut Kamaruddin Hussin (1986), Bahan Bantu Mengajar merupakan segala kelengkapan
yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah.
Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi
juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya. Johnson dan
Johnson (1994), telah menjalankan analisis ke atas 1200 pelajar dengan membandingkan pencapaian

54
pelajar menggunakan strategi pembelajaran melalui aktiviti berkumpulan menggunakan bahan bantu
mengajar dan pembelajaran tradisional. Hasil analisis jelas membuktikan bahawa pengetahuan
seseorang individu lebih tinggi berbanding belajar tanpa menggunakan bahan bantu mengajar.
Kemampuan pelajar juga turut berubah sama ada dari segi prestasi, minat memberi idea, dan dapat
mengingat sesuatu konsep dalam jangka masa yang lama. 
Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman, 1997), mendapati
penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti :

1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran.


2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat.
3. Membantu mencapai objektif pengajaran.
4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.

Kaedah Permainan Dalam Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Matematik.
Kajian yang dilakukan oleh Gan (2003), yang menyatakan bahawa permainan merupakan
satu medium yang sangat berkuasa dalam meningkatkan kemahiran Matematik kerana permainan
menyediakan pemikiran logik, seronok dan berkemahiran. Penglibatan murid dalam permainan dapat
meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Matematik. Beliau juga menyatakan pemahaman
konsep Matematik dapat dipertingkatkan dengan penglibatan murid secara berkesan dalam aktiviti
yang dianjurkan bagi mengukuhkan pemahaman murid terhadap topik yang dikaji. Pengetahuan sedia
ada murid (retention) juga boleh dikembangkan melalui pengalaman melaksanakan ativiti permainan.
Menurut Bloom (1956) dalam Taksomi Objektif Pendidikan menyatakan bahawa objektif pendidikan
harus merangkumi tiga peringkat domain, iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Berdasarkan
objektif ini, penekanan kaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran telah mempraktikkan
ketiga-tiga domain ini. Permainan Matematik adalah alat yang boleh divisualisasi dan dimanipulasi
bagi meningkatkan kemahiran atau kecekapan gerakan dan koordinasi motor (psikomotor), yang
melibatkan aktiviti mental (kognitif) dan perkembangan psikologi kanak-kanak iaitu keyakinan diri
(afektif). Ini kerana semasa bermain, penggunaan deria, anggota badan (tangan) dan otak berfungsi
secara serentak

Metadologi Kajian

Kumpulan Sasaran.
Peserta kajian ini adalah terdiri daripada 3 orang murid Lembam sahaja. Ketiga-tiga murid
ini ditempatkan di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran. Peserta kajian
merupakan seorang murid lelaki dan dua orang murid perempuan dan sering menunjukkan sikap yang
negatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ketiga-tiga murid ini kurang memberi
perhatian yang baik serta sukar memahami isi kandungan yang dipelajari. Prestasi akademik ketiga-
tiga peserta kajian juga berada dalam lingkungan peratusan yang lemah.

Cara pengumpulan data.


Saya telah menggunakan beberapa cara pengumpulan data untuk memungut data bagi
melancarkan lagi perjalanan proses penyelidikan tindakan yang diuji iaitu:- .
Semasa Tinjauan Awal
- Ujian Diagnostik
Saya telah menjalankan ujian diagnostik Matematik terhadap peserta-peserta kajian ini untuk
mengesan tahap penguasaan dan kelemahan peserta kajian dalam kemahiran dan konsep asas
Matematik bagi topik penambahan. Berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan, peserta
kajian lemah untuk menyelesaikan masalah operasi tambah yang melibatkan sebarang dua
nombor (satu digit dengan satu digit) yang jumlahnya dalam lingkungan 11 hingga 18.

- Temu bual
Pengkaji telah menemu bual guru Bahasa Matematik yang mengajar peserta-peserta kajian ini.
Proses ini dijalankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah yang dihadapi oleh
peserta-peserta kajian ini di dalam mata pelajaran Bahasa Matematik. Berdasarkan kepada temu
bual yang telah saya jalankan, didapati bahawa peserta-peserta kajian ini keliru dan masih lemah
serta menghadapi masalah untuk mengira hasil tambah sebarang dua nombor (satu digit dengan
satu digit) yang jumlahnya dalam lingkungan 11 hingga 18. Ini kerana, peserta kajian terlalu
bergantung dengan kaedah kiraan terus (counting on) seperti mengira hasil tambah menggunakan
jari tangan serta cuai ketika menjalankan pengiraan.

55
- Penelitian dokumen
Saya telah meneliti rekod pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun 2011 peserta-peserta kajian.
Berdasarkan kepada rekod pencapaian peserta, didapati bahawa keputusan peserta-peserta kajian
dalam mata pelajaran Matematik adalah sangat rendah iaitu antara 30 markah hingga 56 markah
sahaja yang mampu mereka perolehi. Hal ini bagi memudahkan saya mengenal pasti masalah
utama yang dihadapi oleh murid dalam mata pelajaran Matematik. Berdasarkan pemerhatian
terhadap lembaran kerja murid dan kertas ujian, saya mendapati murid tidak menjawab soalan
operasi tambah yang diberikan serta meninggalkan tempat kosong pada kotak jawapan walaupun
telah diberikan contoh penyelesaian operasi tambah secara terperinci di dalam kertas soalan yang
disediakan.
Sebelum menjalankan intervensi
- Ujian Pra Matematik
Ujian pra Matematik dijalankan sebelum rawatan pengajaran dilaksanakan. Hal ini bertujuan
untuk mengesan tahap penguasaan peserta kajian dalam topik penambahan sebarang dua nombor
(satu digit dengan satu digit) dalam lingkungan 11 hingga 18.
Semasa menjalankan intervensi
- Pemerhatian
Saya menjalankan pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran peserta kajian
dijalankan. Saya memerhatikan penglibatan (minat) peserta kajian ketika menjalankan setiap
aktiviti yang dilaksanakan iaitu aktiviti Mari Mengira, Dam Doraemon dan Tembak & Kira
dengan menggunakan lembaran skala pengkadaran. Skala pengkadaran ialah item untuk
mengukur ciri-ciri peserta kajian dalam aspek minat mereka. Ciri ini dianggap sebagai suatu
dimensi dan nilai kuantitatif. Semasa menjalankan pemerhatian, saya telah menggunakan
instrumen skala pengkadaran untuk melihat minat setiap peserta kajian sepanjang sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Skala pengkadaran yang digunakan mempunyai lima
pemeringkatan iaitu, skala 5 (sangat berminat), skala 4 (berminat), skala 3 (kurang berminat),
skala 2 (tidak berminat) dan skala 1 (langsung tidak berminat).

- Temu bual tidak berstruktur


Temu bual ini dilakukan semasa dan selepas melaksanakan aktiviti tersebut. Temu bual yang
dijalankan semasa intervensi menjurus kepada minat peserta kajian terhadap penggunakan PDC
Box semasa menyelesaikan operasi tambah dan pada setiap aktiviti yang dilaksanan. Saya akan
menemu bual peserta kajian selepas kesemua pelaksanaan aktiviti dilakukan untuk menilai sejauh
mana peserta kajian dapat menyelesaikan operasi tambah yang jumlahnya lingkungan 11 hingga
18 terhadap aktiviti yang dilaksanakan dengan menggunakan PDC Box. Berdasarkan temu bual,
saya dapat membuat rumusan yang tepat berkaitan penggunaan PDC Box dalam membantu
peserta kajian menyelesaikan soalan kemahiran operasi tambah. Data yang diperoleh telah
dikumpul dan direkodkan dalam bentuk naratif dan refleksi.
Selepas menjalankan intervensi

- Ujian Pasca Matematik


Ujian pasca pula dijalankan selepas rawatan pengajaran dilaksanakan. Ujian Pasca bertujuan
untuk menguji dan mengesan tahap pencapaian peserta kajian selepas menjalani kaedah rawatan
pengajaran yang dilaksanakan. Ujian pasca Matematik ini menggunakan lembaran kerja yang
sama dengan lembaran kerja semasa ujian pra. Ujian ini bertujuan untuk melihat sama ada
terdapat peningkatan atau tidak dalam kemahiran operasi tambah yang jumlahnya lingkungan 11
hingga 18 selepas menjalani intervensi menggunakan PDC Box dalam 3 aktiviti yang telah
disediakan.

Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan


Kajian yang dijalankan ini adalah berdasarkan Model Kurt Lewin (1948) (dlm. Rosinah
Edinin, 2012). Lewin telah menerangkan bahawa dalam satu lingkaran terdiri daripada empat
peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan refleksi.

56
Rajah 1.Peringkat-peringkat di dalam Model Kurt Lewin (1946)

Langkah 1 : Merancang aktiviti


Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti, saya telah merancang untuk membangunkan
dan mengaplikasikan PDC Box semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran topik
penambahan bagi membantu murid-murid Lembam yang lemah ini bagi menguasai kemahiran operasi
penambahan dengan baik. PDC Box berasal daripada perkataan put, drop and count atau dalam bahasa
Melayu dikenali sebagai letak, jatuh dan kira. PDC Box dibina untuk memudahkan kefahaman murid
Lembam menyelesaikan topik penambahan sebarang dua nombor (satu digit dengan satu digit) yang
jumlahnya dalam lingkungan 11 hingga 18. Peserta kajian akan didedahkan dengan tiga aktiviti
berlainan di mana setiap aktiviti akan melibatkan sepenuhnya penggunaan PDC Box yang berperanan
sebagai bahan bantu mengajar kepada peserta kajian dalam menyelesaikan permasalahan operasi
tambah. Peserta kajian perlu memasukkan guli yang telah disediakan dalam PDC Box.

Langkah 2 : Melaksanakan Tindakan

1. Mari Mengira
Saya memperuntukkan sebanyak satu masa pengajaran iaitu selama 60 minit (1 jam) untuk
memperkenalkan PDC Box dan penggunaannya kepada peserta kajian. Semasa memperkenalkan
PDC Box, saya telah memberikan 4 soalan kepada peserta kajian dengan menggunakan
Mounting Board yang dinamakan sebagai aktiviti Mari Mengira. Mounting Board ini dibalut
dengan pembalut plastik dan peserta kajian menulis jawapan dengan menggunakan marker.
Aktiviti ini bertujuan memperkenalkan penggunaan PDC Box kepada peserta kajian untuk
pengiraan operasi tambah. Melalui aktiviti ini dapat saya menilai sejauh mana pemahaman
peserta kajian dalam kemahiran operasi tambah dengan menggunakan PDC Box.
2. Dam Doraemon
Ketiga-tiga peserta kajian bermain Dam Doraemon bersama-sama. Peserta kajian diperkenalkan
cara bermain Dam Doraemon. Peserta kajian perlu membalingkan dadu Doraemon untuk
menentukan giliran. Jumlah balingan dadu yang paling tinggi menjadi pemain pertama dan
seterusnya. Peserta kajian akan memilih rumah masing-masing sebelum menjalankan giliran.
Apabila rumah tiba pada petak (?), peserta kajian perlu mengambil kertas soalan yang terdapat
dalam poket Doraemon yang disediakan di Dam Doraemon. Dalam poket Doraemon
mengandungi soalan-soalan operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 18 yang mesti dijawab
oleh murid dengan mengira menggunakan PDC Box. Saya memantau peserta kajian dari semasa
ke semasa. Permainan ini dimainkan sebanyak 3 pusingan oleh ketiga-tiga peserta kajian secara
bersama-sama. Pemenang dikira melalui ketepatan menjawab soalan.
3. Tembak & Kira
Aktiviti ketiga dinamakan permainan Tembak & Kira. Peserta kajian dinamakan penembak dan
sentiasa membawa bersama PDC Box dalam aktiviti ini. Aktiviti Tembak & Kira dijalankan
dalam bilik darjah dengan menggunakan pistol dan peluru untuk menembak gambar A dan
Gambar B. Gambar A dan Gambar B disediakan nombor 1 hingga 9. Peserta kajian diarahkan
untuk menembak Gambar A dan Gambar B sebanyak satu tembakan serta menulis dan mengira
nombor yang ditembak dengan menggunakan PDC Box. Aktiviti ini dimainkan sebanyak 5 kali.

Langkah 3 : Pemerhatian
Saya menjalankan pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran peserta kajian
dijalankan. Saya memerhatikan penglibatan (minat) peserta kajian ketika menjalankan setiap aktiviti
yang dilaksanakan iaitu Mari Mengira, Dam Doraemon dan Tembak & Kira dengan menggunakan
lembaran skala pengkadaran. Skala pengkadaran ialah item untuk mengukur ciri-ciri peserta kajian
dalam aspek minat mereka.

Langkah 4 : Refleksi
Saya membuat kesimpulan, merumus dapatan serta memberi cadangan untuk kajian
selanjutnya.

57
Dapatan dan Refleksi

Setelah saya menjalankan intervensi terhadap peserta-peserta kajian, berikut merupakan hasil analisis
dapatan yang diperolehi :

Soalan 1 : Adakah murid Lembam dapat menguasai topik penambahan sebarang dua
nombor (satu digit dengan satu digit) yang jumlahnya dalam lingkungan 11
hingga 18 dengan menggunakan PDC Box?

Ujian Pra Matematik dan Ujian Pasca Matematik.


120

96 98
100
86
80
58
60 50 52

40

20

0
Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2 Peserta Kajian 1

Ujian Pra Ujian Pasca

Rajah 2. Perbandingan keputusan ujian pra Matematik dan ujian pasca Matematik

Dalam menentukan keberkesanan pengaplikasian PDC Box dalam sesi pengajaran dan pembelajaran,
perbandingan keputusan di antara ujian pra dan ujian pasca perlu dilakukan. Perbandingan keputusan
kedua-dua ujian tersebut boleh dilihat dalam Rajah 2. Rajah 2 menunjukkan pencapaian yang
diperolehi peserta kajian dalam ujian pasca adalah lebih baik daripada pencapaian mereka dalam ujian
pra. Dengan kata lain, peserta kajian telah menunjukkan kemajuan selepas menyertai dua sesi
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan PDC Box dalam 3 aktiviti yang telah dijalankan
iaitu Mari Mengira, Dam Doraemon dan Tembak & Kira. Peserta kajian 1 telah mendapat 50 %
dalam ujian pra dan meningkat kepada 86 % dalam ujian pasca. Peserta kajian 2 pula mendapat 52 %
dalam ujian pra dan meningkat kepada 96 % dalam ujian pasca. Manakala peserta kajian 3 turut
meningkat pencapaiannya iaitu 58 % dalam ujian pra dan 98 % dalam ujian pasca.
Berdasarkan daripada keputusan yang diperolehi, saya telah membuat kesimpulan bahawa
sesi pengajaran dan pembelajaran dengan pengaplikasian PDC Box berjaya memperbaiki dan
mempertingkatkan kemahiran menyelesaikan masalah operasi tambah sebarang dua nombor (satu
digit dengan satu digit) dalam kalangan peserta kajian yang dipilih. Oleh itu, soalan satu berjaya
dijawab dan dibuktikan dengan peningkatan pencapaian peserta kajian menggunakan PDC Box.

Soalan 2 : Adakah minat murid Lembam meningkat melalui penggunaan PDC Box dalam sesi

pengajaran guru?

Pemerhatian (Analisis lembaran skala pengkadaran)

Jadual 1
Peserta Kajian Aktiviti
Mari Mengira Dam Doreamon Tembak & Kira
Peserta kajian 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1

Peserta kajian 2 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1

Peserta kajian 3 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1

58
Pemerhatian Sesi Pengajaran Pertama
Jadual 1, menunjukkan keputusan skala pengkadaran bagi sesi pengajaran dan pembelajaran
yang pertama yang melibatkan 3 aktiviti iaitu Mari Mengira, Dam Doraemon dan Tembak & Kira.
Melalui pemerhatian ketika aktiviti Mari Mengira dilaksanakan, ketiga-tiga peserta kajian berada
pada skala 3 (kurang berminat). Manakala melalui pemerhatian ketika sesi permainan Dam
Doraemon, peserta kajian 1 dan 2 berada pada skala 4 (berminat) dan peserta kajian 3 berada pada
skala 5 ( sangat berminat). Seterusnya, pemerhatian ketika sesi permainan Tembak & Kira, peserta
kajian 1 dan 2 berada pada skala 4 (berminat) dan peserta kajian 3 berada pada skala 5 (sangat
berminat) dalam aktiviti tersebut.

Peserta Kajian Aktiviti


Mari Mengira Dam Doreamon Tembak & Kira
Peserta kajian 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1

Peserta kajian 2 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1

Peserta kajian 3 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1

Jadual 2
Pemerhatian Sesi Pengajaran Kedua

Jadual 2, menunjukkan keputusan skala pengkadaran bagi sesi pengajaran dan pembelajaran
yang kedua yang melibatkan 3 aktiviti iaitu Mari Mengira, Dam Doraemon dan Tembak & Kira.
Melalui pemerhatian ketika sesi Mari Mengira dilaksanakan keatas ketiga-tiga peserta kajian 1 berada
pada skala 4 (berminat) manakala peserta kajian 2 dan 3 berada pada skala 5 (sangat berminat).
Manakala pemerhatian ketika sesi permainan Dam Doraemon, ketiga-tiga peserta kajian berada pada
skala 5 (sangat berminat). Seterusnya, pemerhatian ketika sesi permainan Tembak & Kira turut
meningkat skala pengkadarannya. Ketiga-tiga peserta kajian juga keseluruhannya berada pada skala 5
(sangat berminat) dalam aktiviti tersebut.

Refleksi

Refleksi Terhadap Diri

Saya menyedari bahawa tahap penguasaan peserta kajian dalam topik penambahan sebarang
dua nombor (satu digit dengan satu digit) yang jumlahnya dalam lingkungan 11 hingga 18 dapat
dipertingkatkan melalui pengaplikasian PDC Box menggunakan kaedah permainan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Justeru, bagi pendapat saya kaedah permainan merupakan salah satu
kaedah yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam membantu murid untuk membina dan memahami
sesuatu konsep asas dalam Matematik. Pengukuhan pembinaan konsep asas Matematik dalam
kalangan murid-murid Lembam dapat membantu murid-murid untuk mempelajari sesuatu konsep
yang lebih sukar. Selain itu, pengetahuan tentang konsep asas Matematik seperti mengenal nombor,
operasi tambah dan tolak dapat membantu murid-murid Lembam menjalankan rutin harian mereka
dengan baik. Sepanjang saya menjalankan penyelidikan tindakan, telah banyak input-input dan
pengalaman baru yang telah saya perolehi sebagai seorang guru pelatih yang menjalankan kajian
penyelidikan sekaligus merangkap sebagai seorang penyelidik dalam menyiapkan kajian tindakan ini.
Pengalaman dalam melaksanakan kajian ini banyak memberikan pengetahuan tentang melakukan
sesuatu kajian tindakan serta mengajar saya bahawa betapa pentingnya kepada seseorang individu itu
peka terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling. Apabila tindakan memperkenalkan kaedah baru
dilaksanakan ke atas subjek kajian, saya perlu peka dengan segala perubahan atau tindak balas yang
berlaku ke atas mereka. Hal ini bertujuan, untuk melihat akan keberkesanan sama ada kaedah tersebut
dapat memberi sebarang kesan atau tidak ke atas diri subjek kajian. Selain itu, saya juga dapat
mempelajari dengan lebih mendalam tentang cara-cara untuk melaksanakan sesuatu kajian tindakan.
Hal ini kerana, sebagai seorang bakal guru penambahbaikan amalan profesional amat perlu untuk
menjadikan proses pengajaran dan pengajaran lebih bermutu dan berkualiti. Oleh yang demikian,

59
pengalaman seperti ini dapat dijadikan sebagai satu panduan kepada saya untuk diguna pakai bagi
menjalankan kajian tindakan yang seterusnya setelah menjadi guru suatu hari nanti.

Refleksi terhadap Pengajaran Matematik

Melalui kajian ini saya menyedari bahawa pemahaman dan penguasaan terhadap penguasaan
konsep asas Matematik merupakan suatu perkara yang perlu diberi penekanan yang serius dalam
kalangan murid-murid Lembam. Antara kaedah yang boleh membantu dalam pembinaan dan
pemahaman konsep asas Matematik ini adalah melalui kaedah permainan atau bermain sambil belajar.
Ini kerana, semasa bermain, murid-murid akan berinteraksi dengan persekitaran mereka dan akan
cuba menyesuaikan pengalaman ketika mereka bermain dengan pengalaman dalam dunia sebenar.
Selain daripada pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menarik, antara
faktor yang turut mempengaruhi keberkesanan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan oleh guru ialah penggunaan bahan bantu mengajar. Menurut Kamarudin Hussin (1986),
bahan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya
dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar ini tidak terhad kepada
buku-buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang
digunakan dalam pengajaran dan sebagainya.
Justeru, melalui kajian yang dijalankan, didapati pengaplikasian PDC Box dengan
menggunakan kaedah permainan sebagai bahan bantu mengajar telah meningkatkan penguasaan
peserta kajian dalam topik penambahan sebarang dua nombor (satu digit dengan satu digit) yang
jumlahnya dalam lingkungan 11 hingga 18. Secara tidak langsung, turut meningkatkan minat peserta
kajian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Kenyataan ini disokong dengan
pendapat Abu Zahari (dalam Rohani Kasmani, 1999) menyatakan bahawa minat dan kecenderungan
memainkan peranan untuk mempengaruhi pencapaian murid. Oleh yang demikian, kajian yang telah
dilaksanakan ini sedikit sebanyak telah memberikan pelbagai input dan manfaat yang amat berguna
dalam proses untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti amalan profesional sebagai seorang
guru.

Refleksi terhadap murid

Kajian yang telah dilaksanakan ini turut memberikan kesan positif kepada peserta kajian.
Mereka kini sudah mampu menyelesaikan permasalahan yang melibatkan operasi tambah sebarang
dua nombor (satu digit dengan satu digit) yang jumlahnya dalam lingkungan 11 hingga 18 yang
sebelum ini telah menjadi masalah kepada mereka dalam menyelesaikannya. Walaupun kajian ini
dilihat agak mudah namun hasil yang baik dapat diperoleh Peningkatan prestasi mereka dapat dilihat
setelah mengikuti kesemua sesi kajian. Dalam pada itu, saya tidak menyangka mereka begitu seronok
dan berminat dengan aktiviti yang disediakan. Dalam aktiviti Tembak & Kira misalnya, pada
mulanya saya tidak begitu yakin dengan aktiviti tersebut kerana saya merasakan permainan ini sukar
dan memerlukan daya pengamatan yang tinggi untuk menembak kearah nombor yang disediakan di
Gambar A dan B. Oleh yang demikian, saya mendekatkan jarak untuk mereka menembak supaya
pengamatan mereka lebih tertumpu kepada nombor yang ingin ditembak. Namun, saya tidak
menyangka mereka meminta untuk menjauhkan jarak menembak. Mereka juga turut meminta agar
aktiviti ini dibuat selalu pada masa akan datang. Respons tersebut telah membuktikan bahawa mereka
berminat untuk mempelajari tajuk penambahan tersebut.
Kesimpulannya, melalui kajian yang dijalankan terbukti bahawa pengaplikasian PDC Box
dengan menggunakan kaedah permainan sebagai bahan bantu mengajar adalah satu inovasi baru dan
telah memberi kebaikan kepada peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan topik penambahan
sebarang dua nombor yang jumlahnya dalam lingkungan 11 hingga 18. Secara tidak langsung, turut
meningkatkan minat peserta kajian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Cadangan Kajian Lanjutan


Pada kajian akan datang, saya ingin menambah bilangan peserta kajian agar lebih ramai
murid yang sederhana dan lemah dapat dibantu secara berkesan bagi meningkatkan pemahaman dan
pencapaian dalam mata pelajaran Matematik. Namun, dari segi perancangan dan pelaksanaan aktiviti
permainan ini perlu dilakukan sedikit penambahbaikan memandangkan bilangan peserta kajianyang
terlibat adalah ramai. Saya juga ingin melanjutkan kajian ini dengan masa yang lebih panjang agar
keberkesanan pengaplikasian PDC Box dapat dilihat dengan lebih jelas dan nyata lagi dalam topik
yang lain selain dari topik yang dikaji.

60
Kajian ini juga dapat dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada para pengkaji lain bagi
menjalankan kajian terhadap masalah yang timbul semasa menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran, terutamanya dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas. Pengaplikasian PDC Box
juga boleh diaplikasikan sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bagi
murid-murid Pemulihan Khas. Memandangkan murid-murid Pemulihan Khas mempunyai ciri-ciri
pembelajaran yang hampir sama dengan murid-murid Lembam, iaitu lemah dalam penguasaan
Matematik dan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), saya beranggapan pengaplikasian
PDC Box ini juga sesuai untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pemulihan
Khas.
Hasil kajian ini diharapkan dapat digunakan untuk membuat penyelidikan terhadap beberapa
masalah pembelajaran yang lain dengan menggunakan pendekatan hasil daripada kajian ini. Selain
itu, berdasarkan hasil kajian, saya dapati bahawa pengaplikasian PDC Box ini juga boleh
diaplikasikan dalam topik penambahan yang melibatkan jumlahnya lebih besar daripada lingkungan
11 hingga 18. Ini kerana pengaplikasian PDC Box merupakan satu cara yang menarik dan
menyeronokkan disamping dengan aktiviti permainan yang telah dirancangkan dalam mempelajari
Matematik. Melalui pengaplikasian PDC Box, murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain
dan ini dapat meningkatkan kemahiran sosial dalam kalangan murid yang sederhana dan lemah dalam
mata pelajaran Matematik serta dapat meningkatkan sikap keberanian dan keyakinan diri dalam
menyelesaikan masalah Matematik.

Kesimpulan
Setiap aktiviti yang dijalankan dilihat dapat membantu peserta-peserta kajian ini menguasai
kemahiran operasi tambah sebarang dua nombor yang jumlahnya dalam lingkungan 11 hingga 18
dengan betul sekaligus dapat meningkatkan motivasi dalaman peserta-peserta kajian. Kajian yang
dijalankan ini juga memberikan pengkaji manfaat sebagai seorang guru seperti dapat meningkatkan
ilmu pengetahuan dan pemahaman amalan bilik darjah serta meningkatkan kemahiran mengajar.
Selain itu, menerusi kajian ini juga, saya berpeluang mengembangkan komitmen ke arah
penambahbaikan dan peningkatan kualiti profesion serta meningkatkan motivasi diri sebagai seorang
guru. Berdasarkan dapatan kajian, saya mendapati bahawa tahap penguasaan peserta kajian dalam
topik penambahan sebarang dua nombor (satu digit dengan satu digit) yang jumlahnya dalam
lingkungan 11 hingga 18 dapat ditingkatkan melalui pengaplikasian PDC Box dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian pasca yang dijalankan, kesemua peserta kajian berjaya
memperolehi pencapaian yang jauh lebih baik dalam ujian pasca jika dibandingkan pencapaian
mereka dalam ujian pra. Bagi membuktikan peningkatan penguasaan kemahiran penambahan
sebarang dua nombor (satu digit dengan satu digit) dalam lingkungan 11 hingga 18, kajian telah
menunjukkan bahawa pengaplikasian PDC Box dapat memperkukuhkan pemahaman konsep
penambahan dalam kalangan subjek kajian. Semua kemahiran yang telah dikemukakan menunjukkan
peningkatan peratus setiap kemahiran daripada ujian pasca berbanding ujian pra.
Selain itu, hasil daripada analisis skala pengkadaran yang telah dijalankan, skala
pengkadaran secara keseluruhannya telah menunjukkan peningkatan. Ini membuktikan bahawa
pengaplikasian PDC Box dapat menggalakkan minat peserta kajian dalam aktiviti pembelajaran yang
dijalankan dan membantu mempertingkatkan tahap penguasaan murid dalam topik atau kemahiran
yang diajar. Justeru, berdasarkan kepada peningkatan skala pengkadaran yang berminat, dapat
disimpulkan bahawa pengaplikasian PDC Box dapat menggalakkan minat murid Lembam dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.
Dapatan daripada hasil kajian ini selaras berdasarkan kajian Johnson dan Johnson (1994),
yang telah menjalankan analisis ke atas 1200 pelajar dengan membandingkan pencapaian murid
menggunakan strategi pembelajaran melalui aktiviti berkumpulan menggunakan bahan bantu
mengajar dan pembelajaran tradisional. Analisis kajiannya jelas membuktikan bahawa pengetahuan
seseorang individu lebih tinggi berbanding belajar tanpa menggunakan bahan bantu mengajar.
Kemampuan pelajar juga turut berubah sama ada dari segi prestasi, minat memberi idea, dan dapat
mengingat sesuatu konsep dalam jangka masa yang lama. 
Dapatan kajian ini dikuatkan lagi berdasarkan kajian Noor Azhar Ahmad (1998) yang
mendapati bahawa murid yang diajar dengan menggunakan kaedah permainan lebih berminat untuk
mempelajari sesuatu topik yang ingin disampaikan oleh guru. Murid yang lemah menjadi lebih aktif di
dalam kelas dengan berkomunikasi antara satu sama lain dan bertanya soalan kepada guru apabila
mereka menghadapi masalah. Murid yang lemah juga menunjukkan interaksi sosial yang lebih baik
apabila diletakkan di dalam kumpulan murid yang pandai.
Kesimpulan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa pengaplikasian PDC Box dapat membantu
meningkatkan penguasaan konsep penambahan sebarang dua nombor (satu digit dengan satu digit)
61
dalam lingkungan 11 hingga 18 yang dikatakan sukar untuk difahami bagi peserta kajian. Justeru,
adalah menjadi harapan kepada saya supaya keberkesanan pengaplikasian PDC Box dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran topik penambahan ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada
guru-guru Matematik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dalam usaha merangka aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kefahaman dan
penguasaan murid berkaitan topik yang dipelajari, tetapi pada masa yang sama dapat menarik minat
dan menggalakkan penglibatan murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
oleh guru.

Rujukan

Abu Basar Mohd. Shah. (1989). Pemulihan Matematik. Jurnal PERKUUP Jilid V : 15-18.

Bloom, B. S. (1956). Taxomi of education objectives. New York David Mckey.

Gan, T. H. (2003). Instructional games for basic skills in mathematics. Miri, Sarawak. Maktab
Perguruan Sarawak

Jamila K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala Lumpur : PTS
Professional

Kamaruddin Husin. (1986). Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kuala


Lumpur:Logman Sdn. Bhd.

Noor Azhar Ahmad. (1998). Teaching reading through language game in KBSR classes tahap 2.
Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Nur Shazlina Binti Yusoff. (2009). Kaedah pengajaran operasi penambahan dalam mata pelajaran
Matematik dalam kalangan murid ‘Lembam’. Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan
IPGM KBL. Kuching, Sarawak. IPG Kampus Batu Lintang.

Rey, R. E., Lindquist, M. M., Lambdin, D. V., and Amith, N. L. (2005). Helping children learn
mathematics, (8th ed). United States of America : John Wiley & Sons, Inc.

Rohaya Yahya. (1996). Kaedah montessori. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors
Sdn. Bhd.

Seow Siew Hua. (1995). Pengajaran Matematik KBSR. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon. (2010). Budaya dan pembelajaran. Puchong,
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

62

Anda mungkin juga menyukai