Anda di halaman 1dari 12

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

283 | MEDC 2018


Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018
Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar,
Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah
eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

TINJAUAN TENTANG PENGETAHUAN DAN PENERIMAAN


TERHADAP PENGAJARAN BERBEZA DALAM KALANGAN SISWA PENDIDIK
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
1
MAZURA SULAIMAN & *2WAK CHU WOK
1
Jabatan Pedagogi Tinggi
2
IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
*wakchuwok@ipgkbm.edu.my

Abstrak: Selaras dengan perkembangan Pendidikan Abad ke-21 (PAK21) sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) lebih berpusatkan murid. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing
murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Setiap murid mempunyai kepelbagaian dalam pelbagai aspek.
Justeru seorang guru perlu mampu membezakan kepelbagaian muridnya. Ini penting agar corak
pengajaran yang menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan teknik dapat digunakan secocok dengan
kepelbagaian murid tersebut. Dalam hal ini seorang guru perlu menguasai ilmu tentang pengajaran
berbeza (PB). Kajian ini merupakan tinjauan untuk mengetahui sejauh mana siswa pendidik mempunyai
pengetahuan dan penerimaan mereka terhadap PB. Responden kajian ini terdiri daripada 34 orang siswa
pendidik semester dua, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(PISMP BM SR) . Soal selidik yang mengandungi sepuluh item respons tertutup telah ditadbir kepada
responden. Dapatan kajian mendapati lebih 80 peratus responden tidak mengetahui tentang PB manakala
lebih 80 peratus responden juga berminat untuk mendalami PB. Selain itu 90 peratus responden juga
bersetuju agar ilmu PB ini dimasukkan sebagai satu kursus dalam struktur kurikulum IPG. Kajian ini
menunjukkan perlunya pengetahuan tentang PB diberikan kepada siswa pendidik kerana mereka sedar
kepentingan ilmu tersebut apabila bertugas di sekolah kelak. Seharusnya para siswa pendidik diberi
pengetahuan tentang PB ini selaras dengan keperluan semasa dan akan datang.

Kata kunci: pengetahuan, penerimaan, pengajaran berbeza, siswa pendidik.

PENGENALAN

Pendidikan di Mala ia adalah a aha be e an ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan nega a.

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menyedarkan para pendidik bahawa


peranan mereka bukan setakat memberi ilmu akademik kepada anak didik mereka tetapi
mengjangkau ilmu rohani, emosi dan jasmani. Pembangunan sesebuah kelompok masyarakat
bergantung kepada pendidikan. Mutu pendidikan yang baik akan memberikan sumbangan
kepada pembentukan generasi cemerlang. Mutu pendidikan yang cemerlang pula banyak
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

284 | MEDC 2018

bergantung kepada komitmen, penglibatan, kesediaan, kesanggupan dan produktiviti tinggi


dalam kalangan pendidik.
Dalam masa yang sama para pendidik juga perlu sedar bahawa anak didik mereka
mempunyai kepelbagaian. Pelbagai dalam erti kata yang mudah mempunyai ciri-ciri yang
berbeza tidak kira dari aspek kognitif, afektif, minat, kecenderungan, jantina mahupun latar
belakang. Justeru dalam melaksanakan pengajaran di dalam kelas, keterbezaan ini sebenarnya
perlu diambil berat. Pendidikan adalah untuk semua, tidak kira untuk siapa, bila, di mana dan
bagaimana dijalankan.

Pengajaran Berbeza

Pengajaran berbeza (PB) atau pengajaran terbeza merupakan kaedah pendekatan pengajaran
yang memenuhi keperluan pembelajaran dan memberi peluang pembelajaran yang sama kepada
setiap pelajar murid. Dalam dunia pendidikan, guru-guru memainkan peranan yang penting
untuk memastikan murid memperoleh yang pengajaran dan pembelajaran (PdP) mempunyai
persediaan yang mencukupi, minat yang mendalam dan daya kefahaman yang tinggi agar selari
dengan objektif PdP serta prestasi murid dari semasa ke semasa.
Setiap murid mempunyai minat dan cara tersendiri untuk memahami sesuatu maklumat
yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Murid-murid ini mempunyai kecenderungan dan
tahap kefahaman yang berbeza terhadap sesuatu ilmu yang disampaikan oleh guru. Oleh itu,
satu pendekatan atau kaedah terbaik perlu diaplikasikan di dalam kelas agar ianya dapat
melibatkan semua pelajar di dalam apa jua aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan memenuhi
keperluan pembelajaran pelajar. Inilah cabaran guru masa kini iaitu untuk memenuhi keperluan
dan kehendak pembelajaran yang pelbagai dalam kalangan murid-muridnya.
Tomlinson dan Imbeau (2010) menyatakan, kesediaan murid, minat dan profil
pembelajaran adalah faktor utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam pelaksanaan
PB. Guru-guru pada masa kini perlu belajar untuk mengembangkan rutin di dalam
kelas, dengan tidak mengabaikan kepelbagaian pelajar di dalam kesediaan, minat
dan profil pembelajaran (Tomlinson et al., 2003). Tomlinson et al. (2003) juga mengatakan rutin
yang dimaksudkan adalah dengan membezakan kurikulum dan pengajaran. Menurut Tomlinson
dan Strickland (2005), guru biasanya membezakan pengajaran dengan menyesuaikan satu atau
lebih perkara berikut:
• kandungan (apa yang pelajar pelajari)
• proses (bagaimana pelajar belajar)
• produk (bagaimana pelajar menunjukkan penguasaan pengetahuan atau
kemahiran mereka)
• persekitaran

Rajah 1: Peta Konsep Pengajaran Terbeza


Sumber daripada: Tomlinson, C. A. (1999). The differentiated classroom:
Responding to the needs of all learners. Alexandria, VA: Association for
Supervision and Curriculum Development
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

285 | MEDC 2018

Pengajaran Berbeza dalam Sistem Pendidikan di Malaysia

Kemahiran pedagogi ditakrifkan sebagai kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru untuk
menyampaikan pengetahuan yang khusus dalam sesuatu bidang (National Board for
Professional Teaching Standards, 1998 dalam Esah, 2004). Cruishank (1995) pula menyatakan
bahawa pedagogi ialah seni dan sains pengajaran yang meliputi prinsip, strategi, kaedah, teknik,
dan pelbagai pertimbangan untuk menjayakan pengajaran.
Pengajaran pula ialah suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan,
pelaksanaan, penilaian, dan maklum balas. Tujuannya adalah untuk menyebarkan ilmu
pengetahuan atau kemahiran tertentu. Keadaan ini melibatkan aktiviti mental, fizikal atau rohani
terhadap diri pelajar itu sendiri (Mohd. Zohir Ahmad, Rohizani Yaakub, dan Shahabuddin
Hashim, 2007).
Sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya juga memang jelas mempunyai ciri
kepelbagaian. Mengambil contoh sistem pendidikan peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah, kita tidak dapat menafikan keterbezaan tersebut. Pada peringakat sekolah rendah,
terdapat sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah orang asli, sekolah kurang
murid dan sebagainya. Manakala pada peringkat menengah pula terdapat sekolah berasaskan
akademik, sekolah teknik dan vokasional serta sekolah kebangsaan agama (Sumber
https://moe.gov.my/index.php/my/dasar/sistempendidikan). Di setiap sekolah menengah pula
terdapat pelbagai aliran.
Di bilik-bilik darjah pula dipenuhi dengan murid yang berbeza. Berbeza bukan sahaja
dari segi budaya dan bahasa, tetapi juga dalam kebolehan kognitif mereka, pengetahuan latar
belakang, dan keutamaan pembelajaran. Menghadapi kepelbagaian sedemikian menuntut para
guru membudayakan PB.

PERNYATAAN MASALAH

Sejajar dengan keperluan pendidikan pada masa kini seseorang guru bukan setakat mahu
memastikan para muridnya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira tetapi para
guru perlu melihat lebih jauh daripada keperluan itu sendiri. Guru perlu menyediakan dirinya
dengan pelbagai kemahiran dalam bidang pendidikan sebelum melaksana PdP dalam bilik
darjah. Para Guru harus menitik beratkan penguasaan pedagogi yang lebih luas. Pedagogi
Berbeza PB perlu menjadi keperluan asas kepada guru untuk melihat kemenjadian para murid
menguasai pelbagai kemahiran dalam pembelajaran.
Pendekatan terhadap PB seharusnya diberikan keutamaan semasa pelaksanaan PdP dalam
kelas kerana setiap individu pelajar dalam kelas mempunyai latar belakang yang pelbagai,
kreativiti dan perbezaan dalam gaya pembelajaran setiap pelajar dari segi jantina, pencapaian
dan sikap sifat-sifat gaya kognitif, norma kumpulan, emosi, fizikal, moral, sosial,dan bakat
(GeiserWilliam, 1999; Sadler-Smith, 1996; Engelbrecht dan Natzel, 1997; Richardson dan
Fergus,1993; dan Santhi Suppiah, 2000 ).
Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) menegaskan antara sifat-sifat guru yang berkesan
ialah mempunyai kemahiran mengajar, termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam pengajarannya. Selain daripada itu, menurut Sims dan Sims (1995), pentingnya guru
mengetahui dan memahami gaya pembelajaran individu kerana gaya pembelajaran yang
berkesan bagi seseorang pelajar mungkin tidak sesuai bagi pelajar yang lain dan memastikan
kesesuaian wujud bagi semua pelajar yang terlibat.
Guru-guru seharusnya menguasai kemahiran PB secara konsisten kerana kemahiran
mengajar merupakan perkara penting dalam kompenen keperluan guru (Dunkin dan Biddle,
1974; Atan, 1978; dan Mustaqim, 2001). Hal ini kerana pengetahuan dan kepercayaan guru
terhadap pengajarannya akan mempengaruhi corak pembelajaran murid-muridnya (Solis, 2009).
Menurut Booth, Goodwin dan Stevens (1993), pelajar yang berkualiti terhasil menerusi proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Proses pedagogi guru juga perlu dilaksanakan dengan berkesan di dalam kelas supaya
objektif pembelajaran dapat dicapai seperti yang dirancang mengikut perbezaan gender dan
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

286 | MEDC 2018

kecerdasan kerana menurut Fall & Robert (2012) bahawa pencapaian akademik antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan adalah berbeza.
Sehubungan itu proses PdP yang tersusunan mengikut pelbagai latar belakang dan
kecerdasan pelbagai murid akan memberikan impak yang sangat bermakna dalam
perkembangan kecerdasan kognitif, kecerdasan psikomotor dan kecerdas afektif para pelajar
kerana efikasi guru dalam kelas telah dikenal pasti mempunyai hubungan yang signifikan
dengan pencapaian murid (Anderson et al. 1991; ; Bandura 1993, 1997; Gibson & Dembo 1984;
Ross 1992; Tschannen-Moran & Hoy 2001).
Kegagalan guru untuk merancang dan melaksanakan PB yang bersesuaian di dalam kelas
akan menarik minat para pelajar untuk cenderung kepada tingkah laku ponteng kelas kerana
pelajar berasa bosan dengan pengajaran dan pembelajaran guru yang tidak menarik. Perkara ini
akan menambah lagi masalah tingkah laku negatif lain seperti kurang memberikan komitmen
terhadap pengajaran dan pembelajaran guru, berbuat bising, tidak menghormati guru dan tidak
menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru kerana para pelajar berasa guru tidak memenuhi
keperluan pembelajaran mereka di sekolah. Jackson (2008) berpendapat pelajar yang kurang
komitmen akan sentiasa mencari jalan untuk mengelak dari melakukan tugasan seperti bermain
dengan rakan sebelah, memberi alasan untuk meninggalkan kelas atau bertanya guru soalan
yang tidak berkaitan.
Selain daripada dapat membantu guru mengurangkan isu kurang berminat untuk
memberikan tumpulan terhadap aktiviti PdP dalam kelas, ponteng dan masalah tingkah laku
yang sering berlaku di sekolah, pelaksanaan proses PB juga akan membantu menyediakan
situasi PdP secara tersusun bersesuaian dengan kaedah, strategi dan taknik sesuatu sesi PdP bagi
memenuhi keperluan pembelajaran para murid. Pengajaran PB ini sangat penting dalam aktiviti
PdP dan perlu dikuasai oleh guru-guru.
Oleh yang demikian kajian yang berkaitan dengan keperluan PB dalam kalangan pelajar
IPG masih belum dilakukan oleh itu keperluan tersebut dalam kalangan pelajar IPG menjadi
perkara yang menarik untuk dilaksanakan.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti pengetahuan siswa pendidik terhadap PB.


2. Mengetahui penerimaan siswa pendidik terhadap pelaksanaan PB.

KEPENTINGAN KAJIAN

1. Merangka dan menjana kursus yang bersesuaian untuk memberi


pengetahuan dan input tentang PB kepada siswa pendidik.
2. Memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

DEFINISI KONSEP

Pengetahuan

Menurut Kemus Dewan dalam halaman


1571 pengetahuan merujuk kepada mengetahui apa yang diketahui.

Penerimaan

Menurut Kemus Dewan dalam halaman 1670 penerimaan merujuk kepada menerima,
penyambutan.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

287 | MEDC 2018

Pengajaran Berbeza

Pengajaran berbeza ditakrifkan sebagai pendekatan pengajaran di mana guruguru secara proaktif
mengubahsuai kurikulum, kaedah pengajaran, sumbersumber, aktiviti pembelajaran, dan hasil
pelajar untuk memenuhi pelbagai keperluan setiap pelajar dan kumpulan kecil pelajar untuk
memaksimumkan peluang pembelajaran untuk setiap pelajar di dalam kelas (Tomlinson, 1999).
Tomlinson (2001) telah menyatakan PB sebagai falsafah pengajaran yang menyediakan
pelbagai cara dalam menyampaikan kandungan, memahami ideide dan menilai hasil
pembelajaran.

Siswa Pendidik

Menurut Kamus Dewan dalam halaman 1508 siswa merujuk kepada penuntut atau pelajar di
pusat pengajian tinggi. Manakala pada halaman 350, pendidik merujuk kepada mendidik. Oleh
yang demikian siswa pendidik dalam kajian ini merujuk kepada guru pelatih.

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)

Menurut buku Panduan Akademik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian
tahun 2017 PISMP merujuk program pengajian pelajar yang mengikuti program perguruan di
Institut Pendidikan Guru. Program ini dikendalikan selama empat tahun pengajian atau dalam
tempoh lapan semester di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Siswa pendidik
yang berjaya mengikuti program ini akan ditempatkan di sekolah rendah (KPM).

KAJIAN TERDAHULU

Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor keterbezaan yang


mempengaruhi pembelajaran lalu mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian bertajuk Status
Sosio Ekonomi Dan Komitmen Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian
Menengah Rendah telah dijalankan oleh Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael
Hassanaen, Amir Hasan Dawi (2009). Kajian ini membincangkan tentang status sosio ekonomi
(SSE) serta komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah
(PMR), Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesungguhan usaha dan ketinggian
komitmen telah terbukti menghasilkan perubahan dan kejayaan kedudukan iaitu bukan semua
pelajar dari golongan SSE rendah akan menghadapi kegagalan.
Fazliana Binti Othman (2006) telah menjalankan kajian bertajuk Hubungan Status
Sosioekonomi Keluarga Dengan Pencapaian Pelajar Bumiputera Dan Bukan Bumiputera Dalam
Mata Pelajaran Matematik Di Dua
Buah Sekolah Daerah Johor Bahru. Aspek-aspek status sosioekonomi yang dikaji seperti
pendidikan, pendapatan, pekerjaan dan sikap ibu bapa. Jumlah sampel kajian ini adalah seramai
187 orang pelajar tingkatan 4 yang terdiri daripada 104 pelajar bumiputera dan 83 pelajar bukan
bumiputera. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian
pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek
pendidikan, pendapatan dan sikap ibu bapa. Walau bagaimanapun, tidak wujud hubungan yang
signifikan antara pencapaian pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran
Matematik dari aspek pekerjaan bapa dan pekerjaan ibu.
Zulkifley Hamid (2011) telah mengkaji pengaruh faktor persekitaran sekolah dan etnik
iaitu Melayu dan Cina dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan Bahasa Melayu
di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan faktor persekitaran mempengaruhi penurunan
prestasi bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu apabila mereka di tempatkan di dalam
bilik darjah yang ramai pelajar Cina meskipun bahasa Melayu adalah bahasa ibunda mereka.
Kajian ini membayangkan bahawa pemboleh ubah etnik dan persekitaran sekolah boleh
memberikan impaks yang signifikan terhadap proses perancangan dan pelaksanaan program
pendidikan bahasa Melayu di Malaysia.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

288 | MEDC 2018

Seterusnya, Akma Binti Hj. Abd. Hamid (2011) dalam tesis kedoktorannya bertajuk
Pengaruh Kecerdasan Emosi Dan Personaliti Terhadap Pencapalan Akademik Pelajar Sekolah
Menengah telah menguji pengaruh kecerdasan emosi dan personaliti terhadap pencapaian
akademik pelajar sekolah menengah. Subjek kajian ini seramai 435 pelajar tingkatan empat iaitu
210 lelaki dan 225 perempuan. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara kecerdasan emosi dan konstruk kecerdasan emosi dengan pencapaian
akademik. Faktor personaliti pula menunjukkan empat faktor signifikan dengan pencapaian
akademik iaitu faktor kerisauan, faktor pemikiran tegas, faktor tidak bergantung dan faktor
kawalan kendiri. Kajian ini juga menunjukkan jantina dan lokasi sekolah memberi kesan
terhadap kecerdasan emosi dan faktor personaliti. Hasil daripada kajian ini mendapati pelajar
perempuan mempunyai tahap kecerdasan emosi lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Lokasi
sekolah pula menunjukkan pelajar yang bersekolah di bandar mempunyai tahap kecerdasan
emosi lebih tinggi berbanding pelajar yang bersekolah di luar bandar. Faktor-faktor personaliti
pula menunjukkan terdapat lima faktor signifikan dengan jantina pelajar dan tiga faktor
signifikan dengan lokasi sekolah
Ong Sze Chong, Zamri Mahamod Dan Hamidah Yamat (2013) pula telah menjalankan
kajian yang bertajuk Faktor Jantina, Kaum, Aliran Kelas Dan Hubungannya Dengan
Kecerdasan Emosi Murid Dalam Mempelajari Bahasa Melayu. Kajian dijalankan terhadap 400
orang murid tingkatan 4 di sepuluh buah sekolah terpilih bandar Miri, Sarawak. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kecerdasan emosi antara jantina,
kaum dan aliran pengajian murid. Implikasi kajian ialah guru Bahasa Melayu perlu mengambil
kira aspek kepelbagaian kecerdasan emosi murid dalam merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas Bahasa Melayu.
Seterusnya Fairuz Adlidna Badrol Hissam, Mohd Hasrul Kamarulzaman, Nurul Suzaina
Joli & Noriah Mohd Ishak (2017) menjalankan kajian untuk mengenalpasti impak pengajaran
terbeza ke atas motivasi pelajar pintar dan berbakat di dalam PdP subjek biologi. Kajian mereka
mendapati bahawa Pengajaran Terbeza telah menyumbang kepada motivasi pelajar. Hasil
analisis mendapati bahawa Pengajaran Terbeza memberikan kesan terhadap motivasi pelajar
pintar dan berbakat dan ianya juga menunjukkan bahawa motivasi pelajar pintar dan berbakat
terhadap Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi tidak dipengaruhi oleh faktor jantina dan
umur.

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk Kajian
Dalam melaksanakan kajian ini pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah tinjauan.

Responden Kajian
34 orang siswa pendidik semester dua, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa
Melayu Sekolah Rendah (PISMP BM SR) di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada sesi
semester 1/2018

Instrumen Kajian
Untuk kajian ini instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik item tertutup menggunakan
skala Likert. Soal selidik ini mengandungi 10 item yang dibahagikan kepada dua konstruk iaitu
pengetahuan dan penerimaan terhadap PB.

Prosedur Kajian
Pada peringkat awal responden akan menjawab soal selidik untuk item 1 hingga 5 tentang
pengetahuan sedia ada mereka terhadap PB. Seterusnya penerangan tentang PB telah diberikan
oleh pengkaji kepada responden. Peringkat kedua pula responden menjawab pula item 6 hingga
10 iaitu berkaitan penerimaan responden terhadap perlaksanaan PB.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

289 | MEDC 2018

Analisis Data
Data yang dikumpulkan melalui soal selidik dianalisis secara manual memandangkan analisis
hanya menggunakan statistik deskriptif menggunakan kekerapan dan peratusan. Untuk
memudahkan kefahaman, analisis data dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf bar.

DAPATAN KAJIAN

Profil Responden Kajian

Jantina Bilangan Peratusan


Lelaki 11 32
Perempuan 23 68
Jumlah 34 100
Jadual 1 : Bilangan Responden Mengikut Jantina

Umur Bilangan Peratusan


20 tahun 20 59
21 tahun 12 35

22 tahun 2 6
Jumlah 34 100
Jadual 2 : Bilangan Responden Mengikut Umur

Analisis dan Perbincangan

Rajah 1: Pengetahuan responden tentang Pengajaran Berbeza

Item 1 hingga 5 dijawab oleh responden sebelum pengkaji memberi pendedahan tentang PB
kepada mereka. Analisis item 1 (33/34) dan item 2 (32/34) menunjukkan bahawa responden
mempunyai kesedaran bahawa setiap orang mempunyai kepelbagaian dalam gaya pembelajaran
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

290 | MEDC 2018

dan lain-lain. Analisis respon untuk item 3 (32/34), item 4 (26/34) dan item 5 (25/34) pula
mendapati bahawa responden masih tidak mempunyai pengetahuan yang banyak dan mendalam
tentang PB.

Rajah 2 : Penerimaan responden terhadap pelaksaan Pengajaran Berbeza

Item 6 hingga 10, dijawab oleh responden selepas pengkaji memberi input tentang PB kepada
mereka. Dapatan daripada analisis item 6 (34/34), item 7 (34/34) dan item 8 (32/34)
menunjukkan responden rata-rata amat berminat untuk mendalami dan mengetahui tentang PB.
Manakala untuk item 9 (34/34) dan item 10 (34/34) yang menjurus kepada cadangan
pelaksanaan kursus tentang PB di IPG responden juga memberi respon yang positif.

CADANGAN

Untuk kajian seterusnya pengkaji perlu melakukan kajian yang lebih mendalam terhadap
keperluan PB bukan sahaja dalam kalangan siswa pendidik IPG tetapi juga dalam kalangan guru
yang telah lama berkhidmat. Daripada hasil kajian tersebut selanjutnya akan mengesyorkan
modul, model, kursus atau cadangan yang bersesuaian untuk dijadikan panduan oleh pelajar
seluruh IPG atau guru-guru di sekolah.
Berhubung dengan dapatan kajian ini, dicadangkan pihak berwajib dapat menyediakan
sesuatu kursus atau mata pelajaran PB di IPG supaya boleh diikuti oleh palajar bagi
melengkapkan kemahiran mereka sebelum menjadi guru.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

291 | MEDC 2018

KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjukkan siswa pendidik mengetahui bahawa mereka mempunyai gaya
pembelajaran sendiri dan menyedari juga bahawa setiap orang menpunyai ciri yang berbeza.
Namun demikian kebanyakan pelajar masih tidak mengetahuai tentang PB sebelum ini. Siswa
pendidik juga beranggapan bahawa PB ialah kaedah baru dalam teknik pengajaran guru,
walaupun guru mereka sebelum ini telah mengamalkan PB. Selain itu siswa pendidik juga akan
peka dengan kepelbagaian murid. Suatu kursus yang berkaitan PB perlu digubalkan untuk
diikuti oleh siswa pendidik supaya mendalami pengetahuan PB. Siswa pendidik juga sangat
bersetuju bahawa ilmu tentang PB perlu diberikan pendedahan kepada mereka semasa di IPG.
Sehubungan itu kemahiran ilmu PB ini dilihat sangat signifikan dalam kerjaya seseorang
guru. Guru yang kompeten ialah guru yang akan berasa bangga dalam memastikan
kemenjadian muridnya di sekolah. Sementara guru yang kompeten juga ialah guru yang
berintegriti melaksanakan tanggungjawabnya dalam memenuhi hasrat pendidikan seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

292 | MEDC 2018

RUJUKAN

Akma Binti Hj. Abd. Hamid (2011) Pengaruh Kecerdasan Emosi Dan Personaliti Terhadap
Pencapalan Akademik Pelajar Sekolah Menengah
Tesis Ijazah Doktor Falsafah Psikologi Pendidikan Fakulti Pendidikan
Dan Pembangunan Manusia Unlversiti Pendidlkan Sultan Idris
Allan, S. D., & Tomlinson, C. A. (2000). Leadership for differentiating schools and classrooms.
Alexandria, VA: ASCD.
Anderson, R., Greene, M. & Loewen, P. (1988). Relationships among teachers' and students'
thinking skills, sense of efficacy, and student achievement. The Alberta Journal of
Educational Research, 34 (2), 148165.
Atan Long et al. (1991). Faktor-faktor yang Menyumbang kepada Peningkatan Kemajuan
Sekolah-Sekolah: Kajian Kes. Kertas Kerja Seminar Latihan Mengajar antara Universiti
Kali ke-7. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Azlina Bt. Mohd. Kosnin & Bilhorn B. Defrin (2009).Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan
Pencapaian Akademik : Tinjauan Dikalangan
Pelajar-Pelajar Tahun Akhir Sains Sukan, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai,
Johor.Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor, Malaysia.
Bandura, A. (1977). Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change.
Psychological Review, 83, 191- 215.
Booth, A. (1993). Learning History in university : Student view on teaching and assessment.
Studies in Higher Education, 18 (2): 227-235.
Dunkin, M.J. and B.J.Biddle. (1974) The Study of Teaching. New York: Holt, Rinehart, and
Winston.
Englebrecht, P. & Natzel, S.G. (1997). Cultural variation in cognitive style:
Field-dependence vs field-independence. School Psychology International 18: 155-164
Esah Sulaiman (2004) Pengenalan Pedagogi. Skudai : Penerbit UTM
Gibson, S. & Dembo, M. (1984). Teacher efficacy: A construct validation.
Journal of Educational Psychology, 76, 569-582.
Geiser - William - F. (1999). Effects of learning style responsive versus traditional study
strategies on achievement, study and attitudes of suburban eighth grade Mathematics
students. Research in Middle Level Education Quarterly 22: 19-41.
Goodwin, L. D. & Stevens, E. A. (1993). The Influence of Gender on University
Fac l Membe pe cep ion of Good Teaching. Jo nal of Higher Education. 64(2),
166-185.
Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan
I lam Be ke an Be e a kan Kon ep M allim. Jo nal of I lamic and A abic Ed ca ion
2(1),2010 43-56
Mohamad Johdi Salleh, PhD. Che Noraini Hashim, PhD. Ismael Hassanaen, PhD. International
Islamic University Malaysia (IIUM). Amir Hasan Dawi,
PhD. Status Sosio Ekonomi Dan Komitmen Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Pelajar
Dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia, 14th International Conference on
Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education. 21th 24th May
2009. By Sultan
Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.
Mohd. Zohir Ahmad, Rohizani Yaakub, dan Shahabuddin Hashim, (2007).
Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur : PTS
Profesional
Mustaqim, H. (2001). Psikologi Pendidikan. Yogyakarta: Pustaka Murid.Al- Nahlawi
Abdul Rahman,.( 1996). Usul al-Tarbiyyah wa Asalibiha: fi al- Bait wa al-Madrasah
wa al-M j ama . Bei : Dar al-Fikr.
Ong Sze Chong, Zamri Mahamod Dan Hamidah Yamat (2013) Faktor Jantina,
Kaum, Aliran Kelas Dan Hubungannya Dengan Kecerdasan Emosi
Murid Dalam Mempelajari Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

293 | MEDC 2018

Rasidah binti Rashid (2007). Hubungan antara Gaya Pembelajaran dengan Motivasi
dalam kalangan Pelajar di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar, Sabah.
Richardson. A.G. & Fergus. E. (1993). Learning style and ability grouping in the high
school system: Some Carribean findings. Educational Research 35 (1): 69 -74.
Ross, J. A. (1992). Teacher efficacy and the effect of coaching on student achievement.
Canadian Journal of Education, 17, 51-56.
Sadler - Smith. E. (1996). Approaches to studying: Age, gender and academic performance.
Educational Studies 22 (3): 367 - 379.
Santhi Suppiah (1998). Satu Tinjauan Terhadap Perbandingan Strategi Belajar
Bagi Pelajar-pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Sekolah Menengah (P) Methodish
Kuala Lumpur. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan PSM. Tidak diterbitkan.
Sims, R. E., & Sims, S. J. (Eds.). (1995). The importance of learning styles: Understanding
the implications for learning, course design, and education. Contributions to the Study
of Education, No. 64. (ERIC
Document Reproduction Service No. ED 386 130)
Tomlinson, C. A. (1999). Leadership for differentiated classrooms. The School
Administrator,56(9), 6 11.
Tomlinson, C.A (1999). The differentiated classroom: Responding to the needs of all
learners. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum
Development.
Tomlinson, C. A. (2000). Differentiation of instruction in the elementary grades.
ERIC Digest. Available: www.ericdigests.org/2001-2/elementary.html
Tomlinson, C.A. (2001). How to differentiate instruction in mixedability classrooms
(2nd ed.). Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum
Development.
Tomlinson, C.A. (2003). Fulfilling the promise of the differentiated classroom:
Strategies and tools for responsive teaching. Alexandria, VA: Association for
Supervision and Curriculum Development.
Tomlinson, C. A., & Strickland, C. A. (2005). Differentiation in practice: A
resource guide for differentiating curriculum, grades 9 12. Alexandria,
VA: ASCD.
Tomlinson C.A. & Marcia B. Imbeau (2010) Leading and Managing a
Differentiated Classroom. VA :ASCD
Tschannen-Moran, M., Woolfolk Hoy, A., & Hoy, W. K. (1998). Teacher efficacy: Its
meaning and measure. Review of Educational Research, 68, 202 248.
Fall, A., & Roberts, G. (2012). High school dropouts: Interaction between social context, self-
perceptions, school engagement, and student dropout. Journal of Adolescence, 35, 787-
798.
Jackson,R.(2008).Students can Learn on Their Own.
http://teacherneedhelp.com/students/.12 Mac 2008. Jemaah Nazir Sekolah. 2001.
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Solis, A. (2009). Pedagogical content knowledge: what matters most in the professional learning
of content teachers in classrooms with diverse student populations. Intercultural
Development Research Association (IDRA) newsletter. (Atas talian) Muat turun 10 Julai
2010,
Zulkifley Hamid (2011) GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10
issue 5 (99 - 109)
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

294 | MEDC 2018

Anda mungkin juga menyukai