Anda di halaman 1dari 10

TEKNIK RUMUSAN

PERATURAN MERUMUS
i. Perlu mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan
ii. Asingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti
iii. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120pp
iv. Jumlah isi tersurat dan tersirat adalah antara 2 - 8 isi dan boleh ditulis lebih asalkan tidak
melebihi jumlah patah kata
v. Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus. Tukar dengan
perkataan lain / tukarkan penanda wacana
vi. Rumusan mesti ditulis dalam 4 peranggan iaitu peranggan pendahuluan, isi tersurat, isi
tersirat dan kesimpulan
CONTOH PENDAHULUAN
1. Menulis frasa pendahuluan
CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/ menyatakan...
2. Tukarkan arahan 1 dengan sinonim
CONTOH: Petikan membincangkan punca-punca/ sebab- sebab penderaan pembantu
rumah...
3. Letakkan penambahan sedikit pada hujung ayat yang menggambarkan keseluruhan
petikan seperti di negara kita/ pada masa ini / dalam kalangan ...
CONTOH: Petikan membincangkan perkara-perkara yang mendorong majikan mendera
pembantu rumah mereka di negara ini.
CONTOH ISI TERSURAT
I: Isi tersurat merupakan isi yang terdapat secara langsung dalam petikan memenuhi
arahansoalan / tugasan pertama.
II, Jika arahan soalan ialah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.
III. Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti
menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal
IV. Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.
CONTOH ISI TERSIRAT
I. Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas
keduadalam arahan soalan
II. Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua.... kesan-kesan.. maka pelajar
hendaklah menulis kesan yang munasabah.
Contoh :
Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan
CONTOH PENUTUP
I. Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul / merumus
petikan
II. Unsur pertama - menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu..... dengan ditandakan

dengan kata... mestilah/ haruslah / hendaklah.


III. Unsur kedua - menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini ditandakan
dengan kata ... agar / supaya
Contoh :
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah
dengan segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi.
FORMULA: 4 PERENGGAN ( PSTK )
Petikan membincangkan ( Sinonim kata kunci )........................
Antara ( Kata tugasan S ) ialah/ adalah......... S1................... ( dan )......... S2 ................ . Selain
itu, S3 serta S4 Di samping itu, .. S5.
dan S6
Antara ( kata tugasan T ) ialah/ adalahT1................. (dan)
............. T2 ................................................
Kesimpulannya, pihak ... mestilah/ haruslah .... supaya/ agar ...( 120 patah kata )
CONTOH JAWAPAN RUMUSAN
Soalan: Punca kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran KOMSAS
dan langkah mengatasinya
Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor kekaburan pelajar terhadap mata
pelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) di negara kita.
Antara puncanya ialah sesetengah guru yang mengajar KOMSAS dalam Bahasa Melayu masih
kabur dengan kaedah pengajaran mereka dan sesi ceramah yang diadakan dengan tujuan
untuk memudahkan tugas guru tidak menepati kehendak para guru. Selain itu, masa yang
diperuntukkan tidak mencukupi serta guru sastera mengajar komsas melebihi sukatan. Di
samping itu, banyak pelajar yang kurang berminat membaca dan sesetengah guru mengambil
sikap sambalewa dalam hal ini.
Antara langkahnya ialah para guru Bahasa Melayu perlu diberi ceramah oleh penceramah
yang pakar dalam bidang Komsas dan guru-guru tidak seharusnya menganggap pangajaran
KOMSAS sebagai satu beban.
Kesimpulannya, guru perlu lebih kreatif dalam pengajaran KOMSAS agar para pelajar tertarik
dengan pengajaran tersebut.

TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM

Strategi Menjawab
1.

Membaca arahan soalan dengan teliti.

2.

Mengenal pasti kehendak soalan.

3.
Pelajar diingatkan bahawa bagi setiap soalan mempunyai dua kata kunci atau
arahan atau tugasan iaitu:
(a) Arahan pertama meminta pelajar mencari dan mengenal pasti isi-isi tersurat.
(b) Arahan kedua meminta pelajar mencari dan mengenal pasti isi-isi tersirat.
4.
Pelajar digalakkan menulis rumusan menggunakan teknik ataupun panduan
yang diberi agar dapat membantu pelajar untuk melonjakkan diri untuk
memperoleh markah cemerlang.

Panduan Menulis Rumusan

Bahagian Pendahuluan
i.

Pelajar digalakkan menulis pendahuluan dalam sebaris ayat saja.

ii.
Pelajar digalakkan supaya menukar arahan soalan dengan menggunakan
perkataan yang bersinonim (sama maksud) dengan kata atau frasa tersebut.
Contoh:
(a) Faktor : sebab, punca
(b) Kesan : Implikasi, akibat
(c) Langkah : Usaha, cara

iii.
Pelajar tidak perlu menulis kembali arahan atau kata kunci kedua dalam
bahagian pendahuluan.
iv.
v.

Pelajar perlu menulis skop petikan untuk melengkapkan pendahuluan.


Formula rumusan :

Petikan membincangkan _(kata kunci pertama tukar perkataan


sinonim) dalam__(skop petikan) .

Menulis Isi-isi tersurat


i.
Pelajar boleh mengenal pasti isi-isi tersurat yang terdapat di dalam
petikan seperti mana arahan atau kata kunci pertama dalam soalan.
ii.
10 isi.

Pelajar diingatkan bahawa di dalam petikan soalan kelazimannya terdapat

iii.
Bukan semua isi tersurat harus ditulis kembali oleh pelajar. Pelajar hanya
disarankan agar menulis maksimum tujuh isi tersurat.
iv.
Isi-isi tersurat boleh dikenal pasti dengan menandai atau menggarisi
ataupun membuat blok menggunakan pen berwarna.
v.
Pelajar digalakkan menulis isi tersurat dengan menyusun mengikut tertib
dengan menggunakan ayat yang gramatis dan lengkap.
vi.
Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan
kata hubung atau penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu,
dalam pada itu, dan sebagainya.
vii.
Hal ini dikenal pasti dapat membantu pelajar untuk boleh menjimatkan
bilangan patah perkataan yang ditulis.
viii.
Pelajar boleh menyalin semula ayat sama ada mengikut baris ataupun
menyalin sebahagian ayat di dalam petikan tetapi pelajar dilarang menyalin bulatbulat daripada petikan.
ix.
Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau
kata kunci dalam soalan.

Menulis Isi-isi Tersirat


i.
Pelajar digalakkan membina isi-isi tersirat berdasarkan arahan atau kata
kunci kedua dalam soalan.
ii.
Pelajar perlu mematuhi arahan soalan iaitu isi tersirat merupakan isi yang
tidak terdapat di dalam petikan yang diberi.

iii.
Sekiranya pelajar menulis isi tersirat berdasarkan petikan, tiada markah
untuk isi tersebut.
iv.
Pelajar boleh mengemukakan dua, tiga atau empat isi tersirat tetapi
sekurang-kurangnya tiga isi tersirat.
v.
Pelajar digalakkan mengolah ayat dengan menggunakan ayat sendiri
dengan syarat ayat tersebut hendaklah gramatis dan lengkap.
vi.
Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan
kata hubung atau penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu,
dalam pada itu dan sebagainya.
vii.
Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau
kata kunci dalam soalan.

Penutup (Kesimpulan)
i.
Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup sebagai kesimpulan
dalam rumusan.
ii.
Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup ini dalam bentuk dua
bahagian iaitu:
a) Ayat berbentuk cadangan
b) Ayat berbenuk harapan
iii.
Pelajar dikehendaki menulis ayat berbentuk cadangan dengan
menyatakan kesan, akibat, atau implikasi kepada tema petikan.
iv.
Seterusnya, pelajar hendaklah menyatakan ayat berbentuk harapan
dengan menggunakan kata hubung supaya atau agar sebagai pelengkap kepada
ayat penutup tersebut.
v.

Formula kesimpulan iaitu:

Tema petikan + Ayat berbentuk cadangan (supaya/agar) Ayat berbentuk harapan.

Pemerengganan dalam Rumusan

Dari segi binaan pemerengganan, pelajar bebas menulis rumusan sama ada
menulisnya dalam satu, dua, tiga ataupun empat perenggan.
INGAT! Dalam penulisan pemerengganan rumusan, tidak ada satu format khusus
tentang bilangan pemerengganan kerana hal ini tidak menjejaskan markah pelajar.
Namun, sewajarnya pelajar mampu mengemukakan rumusan dalam persembahan
yang berkesan.
Namun demikian, pelajar digalakkan supaya menulis rumusan dalam empat
perenggan seperti cadangan berikut :
a) Pemerengganan 1 Pendahuluan
b) Pemerengganan 2 Isi-isi tersurat
c) Pemerengganan 3 Isi-isi tersirat (T)
d) Pemerengganan 4 Penutup (Kesimpulan)

Panduan Mengira Perkataan dalam Rumusan

Pelajar digalakkan supaya mengingati panduan mengira perkataan dalam rumusan,


perkataan yang dikira sebagai satu perkataan seperti berikut :
a) Tarikh
b) Gelaran
c) Nama khas
d) Perkataan berulang (kata ganda)
e) Penggunaan kata depan di dan ke
f) Angka yang ditulis dalam bentuk nombor atau perkataan

Pemarkahan dalam Rumusan


1.
Bahagian ini memperuntukkan 30 markah iaitu:
Isi 20 markah
Bahasa 10 markah

2.
Pembahagian markah mengikut bahagian ialah:
Pengenalan 2 markah
Isi tersurat (S) 1 isi : 2 markah
Isi tersirat (T) 1 isi : 2 markah
Penutup/Kesimpulan 2 markah

3.
Dalam rumusan, pelajar harus mengemukakan 10 isi untuk mendapat markah
penuh isi iaitu 20 markah.

4.
Dalam aspek bahasa, markah diperuntukkan 10 markah. Pemberian markah
bergantung kepada jumlah markah yang isi yang diperoleh.

5.
Sekiranya pelajar memperoleh markah isi sebanyak 20 markah, markah
maksimum aspek bahasa selayaknya 10 markah.

6.
INGAT! Pelajar tidak semestinya memperoleh separuh daripada markah isi
secara automatik.

7.
Hal ini perlu ditentukan setelah pemeriksa berpuas hati dengan jawapan
pelajar. Aspek bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa
kata, tanda baca dan sebagainya akan diteliti sebelum markah untuk bahagian
bahasa diberikan.

8.
Dalam markah bahasa, sekiranya pelajar menulis rumusan dengan
menggunakan bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa
kata yang baik, tepat, dan lancar dan tidak terdapat kesalahan bahasa dan tanda

baca, pelajar layak mendapat markah tambahan untuk aspek bahasa sebanyak 1
markah.

9.
Sekiranya pelajar berbuat sebaliknya, 1 markah akan ditolak daripada
keseluruhan markah bahasa yang diperuntukkan.

10. Sehubungan itu, pelajar harus ingat bahawa penilaian dalam rumusan bukan
sahaja dinilai dari aspek isi-isi yang dikemukakan oleh pelajar.

11. Pelajar harus mengetahui bahawa aspek bahasa seperti penggunaan istilah dan
kosa kata ayat untuk memperlihatkan pertauatan idea atau wacana yang sesuai
dan idea yang mengikut urutan dan sebagainya amat dititikberatkan oleh
pemeriksa.

12. Pelajar harus mematuhi bilangan perkataan yang dibenarkan hanyalah 120
patah perkataan. Isi atau kesimpulan yang ditulis selepas itu tidak akan dinilai.

13. Sekiranya pelajar menulis rumusan tidak mencukupi bilangan yang diarahkan
iaitu 120 patah perkataan atau kurang daripada itu, markah tidak ditolak.

Aspek Kelemahan Pelajar dalam Penulisan Rumusan

1.
Pelajar dikenal pasti menulis semula arahan atau kata kunci soalan tanpa
menukarkannya dengan perkataan lain yang bermaksud sama(sinonim).

2.
Semasa menulis isi tersurat, didapati pelajar menulis isi yang tidak tepat
dengan arahan atau kata kunci pertama di dalam petikan.

3.

Pelajar menulis isi tersurat berulang-ulang.

4.
Pelajar bukannya menulis fakta tetapi menjadikan contoh atupun huraian
sebagai isi tersurat.

5.
Semasa menulis isi tersirat, didapati pelajar menulis isi yang tidak tepat
dengan dengan arahan atau kata kunci kedua dalam petikan.

6.
Pelajar boleh mengenal pasti isi tersirat berdasarkan isi tersurat yang
disenaraikan dengan syarat mematuhi arahan atau kata kunci kedua di dalam
petikan.

7.
Pelajar tidak menulis kedua-dua bahagian yang dikehendaki dalam kesimpulan
(ayat berbentuk cadangan dan ayat berbentuk harapan.

8.
Pelajar menulis kesimpulan dalam rumusan dengan membina dua ayat
ataupun lebih ayat.

9.

Pelajar menyalin ayat bulat-bulat daripada petikan.

10. Menulis rumusan dengan menggunakan ayat yang tidak gramatis, ayat
tergantung, ayat tidak lengkap dan sebagainya.

11. Menulis rumusan melebihi 120 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai